Friday, August 26, 2011

Raya-raya jugak, tapi merdeka jangan dilupa

Morning guys!

Tinggal bape hari je lagi kan nak beraya. Tapi korang sedar tak, makin dekat kita nak beraya, makin dekat kita nak sambut merdeka. Sedar tak, sedar tak? Bagus3..ingatkan dah lupa terus. kehkehkeh.

Bila nak merdeka neh kan, aku teringat zaman sekolah dulu. Dulu masa aku sekolah, sekolah aku ada buat satu aktiviti wajib setiap pagi, menyanyikan lagu Negaraku dan lagu patriotik, setiap hari di bulan Ogos. Setiap pukul 8, loceng akan dibunyikan dan kami yang berada di dalam kelas masing-masing berdiri tanda bersedia nak menyanyi. Kemudian, lagu Negaraku dan mana-mana lagu patriotik akan dipasang secara random. Aku lah yang paling excited nak nyanyi. hihi. Sebabnya, pagi-pagi aku selalu mengantuk dalam kelas tambah-tambah kalo subjek English for Science & Technology (EST). Aku tak suka EST! So bila dah dapat nyanyi pagi-pagi, hilanglah sikit rasa mengantok tu.

Biasanya kelas akan bermula pada pukul 7.45 pagi. Bila cikgu EST masuk je, mata aku terus terasa berat je. Tapi kalo cikgu math or kimia, mata aku akan bersinar-sinar. So, bila cikgu EST masuk, aku akan rajin tengok jam. Cepatlah pukul 8, cepatlah loceng bunyi. Bila loceng bunyi je, aku lah yang paling excited nak nyanyi. Har3.

Tapi kan, budak-budak lelaki kelas aku ni sengal sikit, bila lagu Keranamu Malaysia dipasang. Diorang paling semangat nak nyanyi. Tapi diorang suka sebut "Keranamu.." je..then pompuan akan sambung lirik seterusnya. Yang sengalnya, diorang akan tukar MU tu kepada MAN. Man adalah classmate aku yang selalu dibuli. Budak-budak lelaki suka sangat sebut nama die untuk segala perkara.

cikgu: Sapa nak jawab soalan ni?

Budak-budak lelaki: Mannn

Cikgu: Sapa yang nak bentang dulu?

Budak-budak lelaki: Mannnnn

Segalanya Man lah. Kesian kan..har3. Tapi sebenarnya Man tu adalah seorang blogger femes yang sudah lama tak ter-update blognya. Siapa? Teka sendiri. Malas lah nak link kan dia. ngeh3.




p/s: Quote pada entri semalam takde kaitan dengan aku pun, saja je letak. Semalam aku busy, customer ramai plus penat sangat. Tu sebab aku takde mood nak menaip entri semalam. Sekarang mood dah datang balik dah.

32 comments:

Edy Zaidi said...

hampir terlupa pasal merdeka..huhu

rayne rawt rawt said...

hahaha ... ye laahh . sibuk sangat nak raya .. tapi rawt2 tak beli lagi pon baju raya .. seronok la pagi2 nyanyi lagu negara tu .

farah hanim said...

sian mann tu
mst die pndai an
hehee

Luqeem™ said...

pnggil sy ke? hahaha..

Cik Bell said...

haha..kesian man....~~~

meaw said...

merdeka dulu salu masuk pertandingan nyanyian kemerdekaan siap pakai kostum bendera lagi,hehehehe....sape ye man tu?errrr.....


selamat hari raya dan hari kemerdekaan ye :)

muhamad hanif said...

wooo,


semangat raya lagi meronta-ronta dri semangat kemerdekaan. Serius.


LALALALALALALAA.

aLyA_syGS said...

mood nak raya lebih dari mood nak merdeka... nanti raya pakai bendera malaysia lah...2 in 1 terus

dee said...

Selamat hari raya lea and salam kenalan:)

missSenget said...

siapakah man??


teringin nak kenal...

Miz Novexx said...

selamat hari merdeka,
selamat hari raya!!

heheh, memang perangai budak lelaki macam tu kan
mana yang skema diorang suka buli, hahah
kalau ingat balik kelakar pulak ;)

siti kektus said...

kesian man. ;)





mendeka! mendeka! mendeka! ekekekeke :p

Fathiah Hamim said...

mesti hebat mann tuh. merdekaaaa!

Fara E's said...

slamat hari raya + merdeka , hekhek

Ungu Violet said...

selamat hari raya...salam merdeka gaj..:)

syrupmasin said...

haah nak merdeka.lame ta nyanyi lagu kerane mu tuh :D

d_LA said...

cian kat man..tp best gak, happening sikit time blajar kan..

Iffah Afeefah said...

siape man y malang tu

nk tahu gak

haha

chiLleD...!! said...

kesian man..tapi untung lah dia..bese yang kena cmtu lah yang lebih pndai dr org lain..=)

iMBobo said...

sama lah iMBobo dlu tak suka EST! hehe..eh, kesiaaan man tu tp man blogger yg mane ek?hehe

Tukang Karut said...

yeah... merdeka raya!

ORLANDO AHMAD said...
This comment has been removed by the author.
ORLANDO AHMAD said...

selamat hari raye dan selamat hari merdeka, kontrol hot sokmo :)

hamzah ian said...

sian man.. hehe

SoLy SoLicious said...

man ohhh man....

hahahhaa....

anamizu said...

MAN ek?? hehe
mesti MAN tu hensem..
sbb tu yg len tu jeles kt die..hehe

ïêmå å¢klê§ said...

mesti lea pun pakat buli sekali kan..

dill said...

Merdeka! Merdeka!

kibarkan jalur gemilang~

dill.

bunbun said...

ohhhh siapakah man?


saspen ahhh ehehe. meh bgitaw bunbun sape beliau. muahaha

sergeant keroro said...

kesian man :P

Wanie said...

ye, slmt menyambut kemerdekaan gak...hihi

sape man?
man laksa?

HARITH ISKANDAR said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Salam Kemerdekaan :)