Thursday, August 4, 2011

Telekung Sembahyang Kaler-kaler. Wajarkah?


eceh...tajuk nak lebih kurang macam Wanita Hari Ini (WHI) je. haha. Tapi memang pun, terdetik nak buat entri ni selepas tengok WHI hari tu. Dalam program WHI hari tu, mereka mengulas tentang trend fesyen telekung masa kini. Telekung kini ada yang kaler-kaler, kaler pink pun ada. Pastu ada yang sarat dengan sulaman dan manik-manik.

"Tak salah kot. Kita nak menghadap Tuhan, apa salahnya cantik-cantik"

"Kalo kita nak jumpa bofren boleh pakai cantik-cantik, kenapa nak jumpa Tuhan taknak pakai cantik-cantik"

Lebih kurang macam tulah komen-komen orang ramai apabila ditanya tentang trend fesyen telekung masa kini. Aku sendiri pun pada mulanya bersetuju dengan komen-komen orang ramai tu, yelah tak salah rasanya nak pakai telekung yang cantik-cantik untuk menghadap Allah swt. Tapi lepas dengan komen rakan sekerja aku apabila seorang lagi rakan sekerja nak beli telekung yang bersulaman cantik, buat aku terfikir pulak.

"Aku nak beli telekung ni la, nak buat g sembahyang terawih nanti. Cantik tak?"
(telekung kaler putih tapi sarat dengan sulaman berwarna hijau)

"Cantik, beli la kak sya" - aku menyokong

"Sya, mu pakai telekung cantik-cantik wat pergi terawih nanti tarik perhatian orang lak," komen kak An.

"Ala tapi kita suka, dan untuk keselesaan kita, takpe je kan" tepis kak sya.

"Tapi kalo orang pandang mu nanti pakai telekung ni, mesti diorang kata, uish cantik telekung die. kan dah tarik perhatian orang. Kan tak elok tarik perhatian orang. Pastu ganggu orang nak solat pulak. Mata diorang asyik tengok telekung mu hok comel je,"

Bila dengar komen kak An tu, buat aku terfikir. A'ah betul jugak cakap dia. Yelah bila kita nak pergi terawih, dengan pakai telekung cantik tu, orang pasti akan tengok. Terpegun. Yelah, unik daripada orang lain. Tak kiralah makcik-pakcik-adik-abang-kakak...

uish...merahnya mak ngah...

Time sembahyang pulak, orang yang kat belakang si pemakai telekung cantik tu, terutamanya penggila fesyen, pasti takkan kusyuk. Tambah-tambah kalo tok imam baca surah panjang selepas al-fatihah.

"Ish..mana die beli telekung ni? Nak beli jugaklah. Nak beli kaler pink. Die punyer kaler hijau, tak cantik sangat"

Haa..kan dah tak kusyuk makcik tu solat. Kesian die.

Semalam pun, lepas solat terawih aku, aku toleh ke belakang. Aku perasan ada seorang kakak pakai telekung kaler hitam dan bermanik-manik. Bergerlipan you. Nasib baik dia duduk belakang aku time sembahyang, kalo tak mau mata aku sakit terkilau silauan asmara permata dari telekung dia. uish....


Kesimpulannya, aku rasa tak salah kot nak pakai telekung cantik-cantik, tapi kat umah jela. Takyah la bawak pergi terawih atau solat raya. Menarik perhatian orang ramai...wat tambah dosa je nanti...

Lagipun tak perlu kot nak cantik-cantik menghadap Allah swt, cuma pastikan telekung atau baju yang kita pakai tu bersih dari najis-najis dan solat kita khusyuk. Itu lagiiiii penting kan?


28 comments:

wanie said...

yangggg, wajahkah atau wajarkah? hehe


haaa aku pernah dgr pasal bnd ni dulu. yep, kalo boleh telekung nak bwk pergi smyg kt surau/masjid jgn pakai yg mmpu menarik prhatian org lain sbb nnt tak khusyuk. lagi2 kite ni pmpn. pantang nmpk benda cantik comel msti asek nk tgk je. pakai telekun putih bersih tu pun dah comel jugak kan? hehe

wanie said...

eh telekung lah, bukan telekun. hahaha keyboard laptop aku ni huruf G ni dah tertanggal. kena tekan huruf G kuat2 :P

Lea IsNaw! said...

hahahaha..
nasib ko tegur weh.
seyesly tak perasan..kekekeke...

tapi dh tukar dah....
tgk aku dh ikut gelak ko

--> kekekekek :P

Gadis said...

rasemyer...boleh kalau nak pakai yang jenis berkaler n meriah2..

tapi bergantung pada niat bile nak pakai bukn utk tunjuk2..

tapi mmg kiter berhias utk menghadap tuhan..

tapi Gadis prefer kalau nak pakai yang cantik2 tu pakai kat umah kot..

yela..mulut orang mane leh tutup kan..
ader je nak mengutuk...^_^

tiefazatie said...

btol2..kalu nak pakai yg terlebih comel tue..kat umah je la...kalu g masjid ke..surau ke..bagus yg bese2 je..kang cian org lain xkhusyuk nie..

Scya Lollita said...

mse cik scya sekolah pun dah timbul isu ni .
haihhh .
kdg2 niat tu tpesong .

abah khalisha said...

hehehe..macam-macam hal..

abah khalisha said...

hehehe..macam-macam hal..

Kapten Atok said...

tak pernah tgk plak

Lea IsNaw! said...

ko x sama saf ngan kami

sergeant keroro said...

hehe, biasa-bias sudah. yang penting sah semayang :)

missSenget said...

kapten atok nak nyatakn bahawa dia menjaga mata masa gi msjid..

tu xpernah nampak..

ke jarang gi solat kt msjid/surau kapten?? whahahaa

ILA HonEyBuNNy said...

sekarang neh macam2 design telekung kan...kerawang sana kerawang sini...

xsalah kita nak pakai telekung yg baru dan cantik2...tapi biarlah xmnjadi perhatian org lain sampai xkhusuq semayang kan...hehe

sebab kadang2 mata neh terpndg jugak bila tgk org lain telekung lawa2...hehe

Tukang Karut said...

telekung tu ok lagi... yang tak tahan tu yang pakai baju yang ada tulisan dekat belakang tu... orang belakang boleh terleka baca apa yang ada... tak pun ada gambar2 seksi seksa tu...

teha said...

rite ! mmg xslh pon kalu nk jmpe Allah pkai cantek2 tp jgn nk melebih-lebih pulak

Qaseh dalia adelia said...

tak salah tapi kdg mengganggu solat org lain ..yup agree better kat umah je ..

dill said...

telekung serba putih. :)

dill.

Wanie said...

wanie suke yg kosong je..tapi kain yg bukan cotton tu..kain tu tak jarang..yang penting kite selesa & telekung tu bersih :)

syrupmasin said...

haha..baru meriah kalu ade macam2 rupe..haha

Bidadari Syurga said...

boleh pakai yg color2... memadai kat rumah. kalau berjemaah.. rasanya pakai biasa sudah. nanti terbt rasa hati org belakang tak kusyuk gara2 telekung bervariasi tu....

ORLANDO AHMAD said...

tak salah pown asalkan ikhlas bukan nak tunjuk2

H.J said...

pakai kain kapan jek..haha

Puteri said...

boleh beli kalau stakat nak smayang kat umah..tapi kalau nak bawak pi masjid or surau macam tak sesuei..takut orang lain tak khusyuk smayang sbb dalam ati asyik mengata pasal telekung cantik tu..

Raden said...

telekung akk ade wane biru mude cket. cket je. kat hujung die. tak menarek perhatian kot..akk blaja kat uia..sini foreigner semayang ramai yg xpkai telekung pun. selambe..

Bella Bell said...

ermmm.. sepatutnya kalau nak pakai telekung kena pakai yg tak menarik perhatian org.. setuju dgn kak an tu.. :)


cm tu jugak dgn lelaki.. pakai baju biarlah yang tak menarik perhatian org untuk tgk 10x.. hehehe!!~


tQ untuk info tu dear :)



^^

bighagenjo said...

:) setuju2. asal tak mmbazir pon suda lah.

Khuzrin Kamarudin said...

Lumrah perempuan mahukan kecantikan.. :)

Green Apple said...

apa salahnya... jgn sampai riak dan tidak menganggu para jemaah dibelakang... nt jemaah kt blakang tak khusyuk sembahyang lak... hehe