Friday, September 30, 2011

Aku dah buat IC baru

Assalamualaikum wbt.

Setelah berbulan-bulan asyik tangguh je, akhirnya semalam aku dan kawan aku berjaya jugak pergi buat IC baru. Malu dah nak bawak IC zaman umor 12 tahun pergi mana-mana, apatah lagi nak pergi mintak kerja...=.='

IC lama nampak muka macam budak-budak plus muka aku putih semacam je. Padahal zaman kanak-kanak, aku mana reti nak pakai foundation, tempek bedak ke muka. Nak kata natural, kulit muka aku takdelah putih sangat.

Tapi kan, yang tak boleh blahnya...

Ada seorang pekerja kat situ, tukang amek gambor untuk IC. Sambil tunggu dia isi apa yang patut maklumat diri aku, dia suruhlah aku isi borang kaji selidik. Kena isi sama ada layanan pekerja tu ok tak. Ada 5 pilihan.

1- tidak memuaskan. 2- Kurang memuaskan. 3- Memuaskan.
4- Agak memuaskan 5- cemerlang

Aku ni, kalo isi borang kaji selidik neh, aku pasti akan tanda no. 3 sokmo. kiranya sedang-sedang la..tak teruk sangat dan tak bagus sangat. Tapi tadi aku baik hatilah, tanda no. 4. Lagipun layanan diorang baik..kira berbaloi la kan. Tapi boleh pulak pekerja tu cakap...

"Eh adik, tanda cemerlang semua"

Hah? eh suka hati aku la nak tanda apa...

"tapi ni dah buat agak memuaskan"

"Potong-potong, buat cemerlang"

Malas nak cakap banyak, aku pun ikut jela cakap pekerja tuh. Kemudian bahagian cadangan aku kosongkan jela. Sebab memang takde komen apa-apa. Nak cakap, pekerja ni paksa suh tanda Cemerlang kang, nayalah pulak. Lagipun pekerja tu tengok apa yang aku tulis.

"Haa..dik bahagian cadangan ni isilah"

"Saya takde cadangan"

"Tulis, layanan bagus, ada peluang naik pangkat"

Hah? sekali lagi

"Owh ok..sedang berusaha nak naik pangkat eh?" tanya aku sambil tergelak.

"A'ah...terpaksa wat macam ni"

"Ooo..huhu..." takpelah, ikutkan jela. Mana taw bila aku tolong dia naik pangkat neh, lepas ni aku boleh dapat kerja kan. aminnn....

"Dik ada fesbuk tak?"

"Nak buat apa pulak?"

"Nak add, nanti boleh chatting-chatting. hehehe"

"Errrr"

Malas nak cakap banyak, aku pun tulis jela nama fb aku. Kemudian, kawan aku pun kena macam aku..kena paksa tulis Cemerlang dan mitak fb..adehh pakcikkkk..malas aku nak komen apa-apa..hahahaha



Kata Hati Lea: Kena tunggu sebulan lagi, baru buleh dapat IC baru..menyesal pulak pergi buat awal-awal, takkan nak mitak kerja guna IC sementara neh..adehhh



34 comments:

apik pehe said...

hahaha..kesian..kena camtu skali..

aimi said...

ptt nye tu;is kt ketas cadangn 2 "tdk layak duduk di kaunter" ahahhaha biar dy kne kje kt bhgian dlm....

Lea Isnawi said...

hahahaha..betul jugak kan aimi...

tp die tgk apa org tulis
tu xleh nak kutuk2

aimie amalina said...

toink2
alollolo
comeinyeeee
hehehe
pe lagi..laminate le ic sementara tu
kikiki
hayooo..dan pulak minta FB ye..kikiki
ni mesti kes x de keje nih
kikiki

Bell said...

hahah..adoi..bell pun xtuka ic lagi..tapi cam lamanyer sbulan yer..bukan sminggu je dah siap ker?

Fara E's said...

haha , sabar jep la . pejam celik , pejam celik , dah sebulan ;p

Lea Isnawi said...

bell: taklah bella..diorg ckp sebulan...tgu jela...

dill said...

wei pacik! nak buat kawan aku ni stok bini ko ke

dill.

teha said...

hahahha ! layan jee laa pak cik tu !

meaw said...

ek eleh,batak gila worker gitu,nak naik pangkat punya pasal ley pulak wat gitu,hahaha........

H.J said...

sebulan..?lama tu..?aku punya seminggu je dah siap

Hanie_Dew said...

lmbt nye sebulan.kt kl kan seminggu je.hahahahaha

My Name is Mar said...

Cik Lea bagi? Klau saya, saya wat tatau..

Bella Bell said...

baik hati lea.. kalau sy, mmg buat tak tahu je.. hahhaa!!~

Lea Isnawi said...

dill: amboi garangnya dill

Hanie & HJ: alaaa..yeke? x aci2

mar: bagi je..dia add, xyah approve..hahaha

bell: layankan jela..tak layan kan, IC yg patutnya siap sebulan, jadi 2 bulan pulak...huhuhu

Bidadari Syurga said...

gomen oh gomen... memacam.... janji ic adik siap ya dak...

Ct Aja said...

hahahhaha, baik suh org tu isi sendiri jek...

KaK LimAh Si SupiR said...

kik3..kalo kaklimah, cnfm kaklimah bwat mcm ni >>>> (dipaksa tulis mcm ni) ahahha :P

Anif Abdullah| AA said...

haha.. nak tgok i/c masa zaman muda2 lehh.. ^^

baikny lea isi cemerlang :)

Lea Isnawi said...

Ct aja & kak Limah: plan nak buat cenggitu jugak..tp tak sampai hati..hihihi

Lea Isnawi said...

anip: IC zaman muda2 dulu, diorg dh amek pun. :P

budakijaupendek said...

tak suka la kena pksa.
nk tnda mesti ikhlas.
hehe

Tukang Karut said...

bukan boleh guna lagi ke IC lama tu klau tengah proses nak buat baru???

kotak bulat said...

hahahha.. dahsyat tu nak naik pangkat.. layanan kna la bgus jugak..mne leh pksa..baik dia tulis sendiri je borg tu

Lea Isnawi said...

TK: diorg dh amek pun IC tu..sobs

syahirooAhmad said...

wahh.upload pix ic yg lama tu plss.. :D

Umie Artoqiemie said...

lambatnya kau buat ic haha. siap kene ugut tulis lagi tuh hahhahaha ohsem.

cik sakdi said...

kak, kite dulu wat ic 2 minggu je siap. memaksa ye pakcik tu gatai lagi./ hahaha

mr.syazwan said...

ni pun nak tukar ic..

wat kat putrajaya hari itu gak dpt

hehehe

Lea Isnawi said...

Wahhh...mana aci korang semua cepat siap...ish!!

ni nak komplen neh

Ungu Violet said...

haih pakcik...paksa2 org pulak...huhu

Din_diet said...

la.. ko tukar IC free kan?

pakcik tu nak suh semua cemerlang isila borang sendiri..fotostat banyak2 dan tanda cemerlang2. cadangan masuk bakul angkat sendiri.haha

Jue said...

Lama giler sbln. Sabo je la hihi

Aku dgr la ni ramai yg bakal di fired. Trutamanya org yg x bape nak myumbang ke arah kebaikan tmpt dia bkerja. Hr tu aku p bank, org yg slalu assist aku soh aku buat compliment letter utk dia

bighagenjo said...

haha, macam ni punya orang pon ada ke?