Monday, September 26, 2011

Kisah Cinta Asam Jawa..


*ini kisah lama, tetibe teringat sebab ciken pox ari tu. Kalut cari asam jawa untuk kurangkan demam*

Siap!!! jerit hati kecilku.

Akhirnya berjaya jugak menyiapkan lab report yang baru dapat dua hari lepas. Lab report harus disiapkan dengan kadar segera kerana makin bertambah hari, makin bertambah bilangan lab report yang perlu disiapkan. Ahhh..dah nama pun pelajar, kalo tak dibebani dengan lab report, asignment bukan pelajar la tuh.

Oh! Dah pukul 2 pagi rupanya cepat betul masa berlalu. Mungkin terlalu khusyuk membuat lab report sampil ber-facebooking buat aku tak sedar masa berlalu. Tetiba terasa seram sejuk semacam. Err bukan sebab ade hantu, tapi badan aku terasa macam mahu demam pulak. Bila tak sehat macam ni, terus fikiran aku melayang kat keluarga di kampung. Biasanya kalo sakit, diorang akan jaga aku dengan sebaiknya. Masak makanan yang best-best walaupun akhirnya aku tak makan pun. Yelah, dah sakit selera makan opkos la hilang kan. Ish..rindu pulak kat diorang malam-malam ni. Nak call, rasa macam dah lewat benor..mesti diorang pun sedang enak dibuai mimpi indah.

Terasa nak borak dengan someone untuk hilangkan kerinduan tu. Alahai rumate kesayangan pun sudah tido...erm. nak borak dengan siapa ek. Kemudian, terus mata aku memandang skrin laptop sebelah kiri. Tengok siapa yang masih online di google talk. Eh jap, ade ke yang taktahu google talk tu apa? google talk tu lebih kurang macam YM la cuma xleh nak webcam dan takde emoticon comel2..google talk ni memang kurang femes sikit tapi agak femes di usm.

Eh, dia masih online lagi. Lewat macam ni, masih tak tidur lagi?

aku: tak tidur lagi?
dia: belum..tengah bace journal ni..nape tak tidur lagi?
aku: baru je siapkan lab report neh. Then takleh nak tido pulak
dia: oooo.....

bla bla bla bla bla. Aku dah lupa apa yang kitrg borak malam tu... =.=' tapi agak lama dan berjaya buat aku lupa seketika perasaan tak menentu tadi. Dia berjaya redakan perasaan ala-ala homesick aku tadi... :)

Malam esoknya...aku berasa suhu badan aku makin naek. Adeh! tak suka demam! Biasanya demam sokmo datang menyerang malam-malam kan..siang ok je, malam baru rasa nak demam. agak-agak kenapa? err aku lupa nak tanya lecturer aku dulu...huuu doktor sila jawab!

ok back to the story..

Biasanya kalo demam-demam macam ni, mak aku akan sapukan tuala yang dah direndam dengan air asam jawa ke badan aku. Tapi sekarang kat hostel, mana ade asam jawa. Eh apa susah, suruh jela sapa-sapa tolong belikan. Baru pukul 8.30 malam. masih awal..kedai pun bukak lagi. Kemudian, terus terlintas di fikiran aku, dia. Time-time macam ni biasanya dia akan keluar makan, alang-alang dah keluar boleh tolong belikan asam jawa untuk aku kan. Tanpa buang masa, terus capai henpon..

"Salam..keluar makan ker?"

"A'ah..kenapa?"

"nak mitak tolong belikan asam jawa boleh. asam jawa yg biasa orang buat masak"

"Nak buat apa? nak masak ker? hahaha"

"Eh taklah, kan aku demam. Nak bancuh buat air asam jawa pastu letak kat badan..boleh kurangkan suhu badan"

"Ohh ok..nanti aku try cari"

"Tapi nanti ko beli asam jawa yang pure taw, yang dalam plastik. bukan dalam botol taw"

"haha. ok2. nanti aku try cari kat seven E"

"Thanks ye!"

"no hal lah"
setengah jam kemudian...

"aku dah ade kat bawah dm3 neh"
*dm3 - nama hostel aku*

"oh, ok jap aku turun"

dengan hanya ber-sweater dan berseluar track serta tudung yang dipakai dengan sedikit serabai, aku trun ke bawah. Yelah..takkan aku nak suh die naek ke atas. Nak mampus...aish

"Nah, betul ke yang macam ni"

aku amek bungkusan asam jawa tu. tilik tilik depan belakang bungkusan asam jawa tuh.

"ok la ni. berapa eh?"

" 3o sen je. haha. tak payah bayar r"

" betul ni?"

"ala 30 sen je pun. free dah"

"ok..tq2!"

"oklah, balik dulu"

"ok!"

Sesampai kat bilik, aku sambung belek bungkusan asam jawa. 30 sen je eh. murahnya. sebelum ni paling murah aku beli 70 sen.

Tapi kan, yang peliknya. Lepas je aku jumpa die..terus suhu badan aku turun. eheee...tak sempat pun aku nak sapu air asam jawa ke badan.

Mungkin die adalah ubat yang paling mujarab buat aku. errrr...





kata hati lea: tak sempat nak jumpa die masa konvo ari tu. :(

26 comments:

apik pehe said...

hehehe..nanti jumpa la tu

budakijaupendek said...

ehehe..
no fon dia takde ek ??
try la mesej or calling2.

Hanie_Dew said...

wahahahahaha..cinta asam jawa betul la. jumpe je dah turun suhu badan. agaknya kalo ko sakit soh je dia tepacak depan ko kompem sihat walafiat hendaknya.

KaK LimAh Si SupiR said...

ececece..syok2 ^_^

Fara E's said...

sape eyh ;p

Jue said...

haha nmpk sgt hati tgh berbunga2 kan..pas jumpa trus rs sihat.. dia pgi 5 mins trus suhu bdn naik blk hihi

psst: bgslah dah xde parut beb...tumpang gumbira! pasni leh camwhore tanpa risau hihi

HEROICzero said...

alololo ~

ha ha nasib baik demam tak makin naik lepas jumpa . teruja .

Tukang Karut said...

pointnya nak demam balik la tu sebab tak jumpa dia kan kan?

dill said...

kalau rase2 nak demam tu, cepat2 la tpon die. lalala~

dill.

Gadis said...

sweet jugak cinta asam jawa ni..
hihihi...

Gadis suke baca..=)

Addin said...

hehe alala sweet ;)

Zul Fattah said...

sampai masa. makan nasi free r aku.. haha

Nurnajwa said...

Ehehe, biasa sgt dh tiap kali jmpe 'die' mst sakit hilang ;>

*kte ni, dulu je ade die skrg takde dahhh ;)*

[sutera kasih] said...

alalulu..comelnya..penangan asam jawa turunkan suhu badn hehe

MiR said...

tiba-tiba aku rasa nak menyanyi
lagu "Dia Milikku" :P

Lea Isnawi said...

lagu sapa tu mir?

Ungu Violet said...

mmg cinta asam jawa sungguh...hehe...suke2..shweet..

Uchi kay-f @hmad said...

salam lea!

oic awk rupenye...itulah aritu bce blog justan ade bce & perasan name awk ni dik!

dulu senyap skrg dah xti fbalik iye okeh bagusx2..

ingat lagi iye dgn kf!

tiefazatie said...

alolo..cumil2..hehe

aimie amalina said...

ececececech
itu ubt paling mujarab ye
kikiki
tapi betolla asam jawa mang bg turun reda panas kan
sat je ha
heeeee

missSenget said...

tuuu diaaa~~

amboi2.. angkut die sekali..kekeke..

xpe2..bole jumpa lain kali.. :)

siti kektus said...

ada jodoh dapat jumpa lah lagi kan. ;)

Naji Mahat said...

dalam hati ada taman ka?

meaw said...

acecececeey......terus turun suhu badan awok ye :D

ORLANDO AHMAD said...

on9 je ape susah haha

bighagenjo said...

alololo~ sweetnyeeh