Monday, October 31, 2011

haaaa...sempuuuutttttt..

Pagi tadi semangat bangun awal sebab dah janji dengan Ahmad nak pergi jogging di Bukit Besar Terengganu, belakang umah kakak aku. Eh takdelah belakang sangat, jauh ler jugak =.='

Biasanya ramai orang jogging kat situ pagi dan petang. Biasanya aku jogging kat trek jogging Batu Buruk. Tetiba pagi tadi rasa nak tukar selera.

Kalo sesiapa yang datang ke Kuala Terengganu dan perasan mende ni, haaa...kat situ la trek jogging Bukit Besar..ada jalan tar dari bawah bukit tu sampai lah ke pencawang tu.

Tengah tunggu Ahmad datang amek aku, hujan ler pulak. Tapi nasib baik, hujan yang kusangkakan sampai tengah hari tetapi akhirnya reda bila Ahmad sampai. ECehhh..ayat nak puitis je kan. hakhaktuih.

Sampai je dekat Bukit Besar tu, kitrang buat strecthing dulu kat area taman depan Bukit Besar tu. Haruslah buat warm up, kang tak pasal cramp kaki aku....Bila dah cukup buat strecthing, aku pun excited la nak jogging kat Bukit Besar tu. 1st time nak cuba menda baru, excited lebih sikit la kan..huhu.

1 minit jogging - semangat masih membara

3 minit jogging- semangat dah macam nak tinggal abu je.

6 minit jogging- terus hilang semangat.....dah tak larat jogging, jalan terus.

Penat wehhh..nak jogging atas bukit yang agak curam tu. adehhh..nampaknya stamina aku masih kurang =.='

"Ahmad, penat la..."

"Baru panjat sikit dah penat, macam perempuan je"

"Ish..dah memang saya perempuan..."


10 minit kemudian

"Tak larat la awak"

"Ish...kata nak jadi bomba, kena la kuat sikit. SIkit je lagi ni"

"Kalo training bomba cmni, mati saya kot."

"Alaa..rileks la..awak 1st time jogging panjat bukit kan. nanti dah biasa ok la"

**ni yang suka dengan Ahmad, sokmo bagi semangat kat aku. ^.^

Dan akhirnya selepas 20 minit, jogging-jalan-rehat-jalan, akhirnya aku sampai ke puncak!! yeay! sangat berpuas hati sebab pemandangan kat atas bukit ni sangat sangat cantek!!

haa..cantek kan. dari sini leh nampak Mydin Mall, Giant & Masjid Kristal. lawa weh.
Gambar sumber Google, aku tak bawak kamera tadi.

Nampak tak bukit tu? Tulah Bukit Besar
dan tadi aku berjaya sampai kat kaki menara pencawang tu!


Nasib baek Ahmad teman aku pagi tadi. Aku agak kalo aku jogging sorang2, mau tak sampai ke kaki bukit, aku dah turun balik. hahaha.


*ahmad - bukan nama sebenar, jurulatih tak terlatih aku. haha.


kata hati Lea: badan aku dah lenguh-lenguh, ada yang nak urutkan tak?


30 comments:

Fara E's said...

haha , berbaloi la kak ! view die lawa ! ;D

meh nak urut , ekeke

Bella Bell said...

terengganu! setiap kali lalu bandar KT mesti nampak bukit tu.. ok fine! nexti time kita jog sama nak tak lea? heheheh!!~

Umie Artoqiemie said...

aiseh.
siapakah ahmad?

hurmmm...
siapakah?

kau lenguh? bawak2 tido cik jenab oi..

Lea Isnawi said...

bella: jejom! jogging berkawan lagi best.

umie: ahmad-nama manja matluthfi. hahahaha.

dah bangun tido pun. dah ok sikit skrg.

si robot comel said...

ahmad yang sering aurora salwa nyanyi tu eh,hahaha.

asal tak ajak aku ni,aku suka tau bnda2 ni

Prince Halilintar said...

prince pon rindu nk jogging...lame x jogging rase cam xde stamina je..

aimie amalina said...

hahahaa
nak jadi bomba kene kuat nihhh
haiyakkk2
hehehe
akhirnye smp juga di atas ye lea
kekeke

comei2

sok sile trening lag dgn ahmad ye
=]

Lea Isnawi said...

esok ahmad sibuk! hihi

khaifaiz said...

ahmad seorang yg baik

Tukang Karut said...

aku nak urut lea! hohoho...

hoho... Kalau perasan aku ada 2 projek kat situ... aku yang buat repair slope kat atas bukit besar tu... hoho...

Paris Lipton said...

ah ah ahmad~~~huhu
nnti wa snggah ganu nk naik nih lah ;p

dill said...

terengganu. kenangan.

dill.

tikahmodjaika said...

perasan2x...aritue g tganu nmpak.....tapi perasan waktu mlm je...siang tak perasan....

missSenget said...

meh ai tolong pijak lompat2...


mcm best je..


baru la bomba yg tough kan??

Daddylicious said...

berzaman sudah mahu berjoging tapi sampai la ni ...habuk jer...hehe

Ct Aja said...

owh yeke... selalu lalu tapi tak tau pun ade tmpat jogging...cam best jo...

Hanie_Dew said...

mari mari mari aku & jue tolg urutkan. hehehehe.. *gelak jahat*.

Wanie said...

mula2 ingat ahmad ni sedare lea..haha..cinta hati la tu :P
dah lame tak jogging kat tempat berbukit ni..last dekat bukit larut..

fany wany said...

ahmad tu siapakah?? ahakkk
biasalah tu kalau dah lama tak jogging tetiba jongging terus pancit. huhu

syahirooAhmad said...

ha ah la.. siapa nama sebenar ahamad tu? syahiroo ahmad? lalala..

oit oit. bab urut saya serahkan pada gintel/ogawa.. sila urut lea!:D

bella luna said...

wah,bestnya,.lea tie bella balik t`ganu boleh la kite jogging sama2 lak,hehe,.pernah je nmpk pencawang and bukit tu, tapi tak tahu lak ade trek jogging kat situ,info baru,balik tie boleh la serbu,hehe

SoLy SoLicious said...

rindu bukit besor..heeee

Syuxer said...

mula2 memang tak biasa..lama2 turun naik 3 kali sempoi je tawan bukit tuh hehe..

emm kena high stamina lagi neh..camner nak lepas bomba neh hehe..hope wak berjaya k..ahmad tuh good person heheh..kalau itu bf awk, good choice hehe

onie said...

ada ore juaa kepok losong dop atah pucok tu?haha :P


letih wooooooo jogging,haha

yen(toka ziizokukuto) said...

huhuh,,cuba jog malam malam,,mesti tak kesorangan,,walaupun datang seoramg,,heheheh

sarah mohamad said...

tak tahu punggg tranung ada bukit yg boleh nampak keseluruhan gini! kalau tahu hari tu dah g dahhhh! hehee

Hanie_Dew said...

oh lea sayang. kalau la aku ni pandai melukis. dah lama aku lukis potret ko.

ala tu pun kitorg yang tak malu mintak org lukiskan. hehehehe.

merahitujambu said...

kemain rajin berjoging..tapi dh rehatkan minda tgok pemandangan kan

YOUsoF said...

Waduhh.. Serius rindu gila nak jogging lama². Kebetulan masa duduk KL dulu memang selalu jogging area bukit. Serius rindulah nak jogging semula..



Ununglah ada 'Ahmad'.. ;P

ctk said...

lau nk g dungun, memang perasan lah...tp xpernh try lagi jogging kt situ..tgk dr jauh je..huhuhu