Tuesday, November 8, 2011

"Dilarang Merokok", means tak dibenarkan merokok la kan. ke aku yang salah faham?

Assalamualaikum wbt & hai hai

Hampir 5 hari tak hapdate blog, rindu aku tak? Tak? Ok, pasni tunggu 5 tahun baru aku hapdate blog balik. keh keh keh. Sori ar, aku terlalu busy memasak daging sampai lupa nak hapdate blog. Yelah, daging kan mengambil masa yang agak lama untuk jadi lembut, so sepanjang masa tu aku kena duk tercongok depan periuk. errk buleh terima tak alasan ni??

Ahh sebut pasal daging ni, rasanya macam banyak je aku makan raya haji ari tu. Semua jenis masakan daging kat umah, aku try. Try pulak bukan seketul dua, tapi berketul ketul. Macam iklan apa ntah, try sekali rasa nak try lagi. err tapi, try la sangat kan? =.='

habes punah ranap, usaha diet + jogging 14 hari. Terpaksa tingkatkan usaha lagi. adeh.

oh ye, tadi aku naik bas dari kemaman ke KT, aku duduk di seat yang agak belakang. Dalam perjalanan tu aku perasan, ada asap berkepul-kepul di bahagian tangga. Korang agak asap apa? Yang pasti, ni bukan entri nak cerita pasal kebakaran di dalam bas. Aku pasti tu asap rokok. Yelah takkan pemandu bas tu nak pasang ubat nyamuk dalam bas pulak.

Melihat pada asap rokok tu, aku agak bengang jugak lah. Agak-agak ar weh nak merokok, dalam bas berair-cond kot. Aku agak musykil, apa pakcik tu tak nampak ke signboard 'DILARANG MEROKOK' kat depan die tu. Aku yang kat belakang pun buleh nampak, dia kat depan apatah lagi. Apa rabun dekat ke pakcik? Nasib baik aku duduk kat belakang, kalo aku duduk depan mahu je aku cakap kat pakcik tu.

"Err..pakcik. Signboard ni cakap apa ek? saya kurang jelas.." kasi ayat sindiran sikit.

atau mungkin

"Pakcik, sebenarnya saya ade benda nak cakap ni. Tak cakap rasa macam tak sedap. Nak cakap, rasa serba salah. Tapi rasanya baik saya berterus terang saja ye, pakcik. Erm sebenarnya, saya dah lama perhatikan pakcik ni. Pakcik taw tak kat sini tak dibenarkan merokok. Ha...tengok tu papan tanda. DILARANG MEROKOK. lagipun pakcik, merokok ni tak elok..bla bla, buleh sebab kanser bla bla bla..." ahhh buang masa aku nak bagi kuliah kat dia.

atau lagi kasar

"Pakcik! kan dah jelas-jelas kat papan tanda tu cakap "Dilarang Merokok", kenapa merokok jugak?" macam agak kasar je =.='

tapi kan, itu hanya imaginasi aku. Berani la pulak aku nak cakap camtu. Nanti kan alih-alih tadi, dia plan nak amek aku jadi menantu dia, terus kansel. Kan ke melepas aku. hahaha.

So, kepada perokok di luar sana tu. Tak salah pun kalo nak merokok, sebab duit korang yang beli rokok, mulut korang yang hisap rokok, bukan aku. Cuma SATU je, aku nak pesan. Kalo nak merokok tu pandai-pandailah cari port yang betul. Jangan lah nak merokok di tempat yang ade signboard 'Dilarang Merokok'. Kang orang ingat korang buta huruf pulak. Kang ade pakcik makcik plan nak amek korang jadi menantu, terus kansel, korang jugak yang melepas. Kalo aku pun, sah-sah dah reject korang. lalalalala~

haa..aku dah nasihat ni....tapi ikut korang la nak dengar ke tak..







kata hati lea: lelaki idaman aku - tidak merokok! syarat wajib.


27 comments:

dill said...

pacik tu rabun. hoho

dill.

si robot comel said...

pak cik tu buta huruf kot,hehe

Anisa Hang Tuah said...

merokok membahayakan kesihatan.

alif haris said...

try bg pacik tu spek .. mungkin die rabun .. haha :D

Fathiah Hamim said...

paling sakit hati orang merokok dalam mall.

Tukang Karut said...

aku tak merokok... tetiba...

Anif Abdullah| AA said...

hai.. saya buka pakcik itu. percayalahh..!!

adwafarahin said...

rabun gamaknya pkcik tu!

sesetengah lelaki mmg x bole lari ngan rokok -____-

diana said...

setuju...
nak merokok,merokok la..
tapi sila bawak diri kat tempat yang betul..
heheheh

armouris said...

lagi info tentang rokok di SIHAT SELALU - Berhenti Merokok Dengan SmokerHaven

IxoR@ said...

dulu... masa mencari bakal suami... sy mesti nak cari yg tidak merokok seperti ayahanda.

syukur... sy dipertemukan dengan suami yg dah berhenti merokok. at least... dia dah tak merokok...

masa lampau dia, biarkan...hehehe

merahitujambu said...

ingat senang dpt laki x mer0kok..=_=

ctk said...

ct pon igt xnk laki merokok..tp skrg pkwe ct merokok..dia jnji kawen nti dia brenti..so, tunggu jer la..
selagi xberenti, xkn kwennyer...effect bahaya tuuuuuuuuu...

Nafisah Ruslan said...

hampir semua wanita pun mahu lelaki yang tak merokok :)

sergeant keroro said...

tanda tu cuma paparan jek,

masyarakat kita ni memang susah nak ikut papan tanda

Ungu Violet said...

bertuah la sape yg dpt lelaki yg tak merokok zaman skang nih...huhu

Iffah Afeefah said...

Erm sy xske org mrokok

dan melarang dorg rokok

lg2 dpn kite

xpsl jd perokok pasif

kalo die mati dlu xpe ni susahkn org lain

Iffah Afeefah said...

Erm sy xske org mrokok

dan melarang dorg rokok

lg2 dpn kite

xpsl jd perokok pasif

kalo die mati dlu xpe ni susahkn org lain

ILA HonEyBuNNy said...

xsuka perokok....heheh

cakap kat kaum adam..merokok leh keroskn otak..wakkak...

HEROICzero said...

peh , merokok dalam bas ? kalau aku pun aku sound je !

Hanie_Dew said...

aku suke yang ni "Err..pakcik. Signboard ni cakap apa ek? saya kurang jelas.." baru kene setepek.

mslhnya bli rokok mmg duit dorg. isap rokok mulut dorg. yg rosak paru paru dorang. tapi secondary smokers lg teruk kesannya. means, kite la yg hidu asap rokok tu lg teruk kesannya.

apela yg sedap sgt merokok tu.

sleeping_maniac90 said...

ak pun bnci perokok hahaha
wei agk2 la msk daging smpi x wt bnd len..
mak ak smpt je bkk fb hak3..
ko tipuuuuuuuuuuu.... hahahahaha

jedi said...

dah ade ke lelaki idamannya nie...ekekekek...


ramai yg jenis wat xpaham bahasa camtu

aimie amalina said...

grrrrr
graaaammmm je kan dgn owg yg terlebih paham bahsa ni kan
aihh
nak kene jadi kesan kat bdn sendiri baru tahu gamaknyeee

hayoo

lea cyg!
salam aidiladha yeee =]

Prince Halilintar said...

prince pun baru blk cuti raya ni...sori lame xdtg sini ye lea..

amboi jgn la smpi 5 thn baru nk update..dah beranak cucu dah tu..haha

betul tu si perokok sepatutnya kene amik taw keadaan sekeliling die..jgn duk hisap rokok suke ati je..cian kat ibu2 yg mengandung klu diorg tehidu asap rokok tu...

YOUsoF said...

Jangan risau bila diet kau punah ranah.. Banyak masa lagi nak jogging lepas ni.. Boring jogging dekat bukit, jogging la tepi taman, tepi tasik dll.. ;D




Kalau aku suka sound orang cara sindiran macam yang 1st tu. Lembut tapi menyentap. Dah memang sah² tak boleh merokok kat situ, dia bantai duk hisap jugak. Dah tak sabar sangat nak menghitamkan organ dalaman dia mungkin..

Abg Stalker said...

abg x merokok lea.yeay!da bole jd lelaki idaman lea. ;P ahahaha