Friday, November 25, 2011

Penggemar laksa penang WAJIB bace ni.


Assalamualaikum wbt & hai hai

Menjawab pada soklan di entri lepas.

"Perlu ke berkawad separa bogel untuk ujian tu?"

-->Ekceli motifnya nak tengok sama ada ade kecacatan, patah pada anggota badan ke tak. Nak tengok sama ada, tangan atau kaki bengkok tak time berkawad. Kalo bengkok, kena reject terus lah. Dan ade budak tu, kena reject gara-gara allergic belakang badan. huhu. memang strict kan. Tu pun siap tanya 'ada pakai gigi palsu ker?'. Alhamdulillah, aku masih muda dan tak memerlukan gigi palsu lagi. hehehe.

ok, harap tak menjadi isu besar pasal mende ni. Err sori jugak, lupa nak explain dalam entri lepas. =.='


***********************************

Laksa penang ni nampak sedap.

Hari tu, borak-borak dengan Ahmad pasal laksa penang.

"Kalo awak nak beli laksa penang kat kedai kena hati-hati taw."

"Kenapa pulak?"

"Ada peniaga letak tisu dalam kuah laksa penang. Kawan saya yang bagitahu, dia pernah keje kat kedai laksa penang dulu"

"Hahhh? ish..kejam gile peniaga tu. Ada ke letak tisu dalam kuah laksa penang. Kot ye pun nak bagi kuah tu nampak pekat, letak la menda lain. Letak biskut ke, letak tepung jagung banyak banyak ke...bla bla"

Melenting gila gila aku bila dengar pasal ni. Yelah bagi aku, memang tak patut peniaga tu letak TISU dalam kuah. Agak-agak lah. Walaupun tisu tu mudah hadam, tapi agak-agaklah. Tisu bukan makanan!

Aku memang hangin sikit kalo peniaga terlalu pentingkan keuntungan. Bagi aku, seorang peniaga mestilah menjual produk yang terbaik untuk pembeli. Pembeli suka dan puas hati, hidup peniaga tu pun dapat berkat kan. Rezeki pun mungkin akan bertambah tambah tambah banyaknya.

ok, tarik nafas tarik nafas. cool cool.

Lepas kejadian borak-borak dengan Ahmad, aku pun berceritalah dengan ayah aku.

"Ayah, taw dok ada peniaga laksa penang letak tisu dalam kuahnya"

"A'ah taw" jawab ayah aku selamba.

"Ayah taw?"

"A'ah. Dia letak tisu dalam kuah nak kasi nampak kunun-kunun, isi ikan banyak."

"Ayah dok kabor pun" =.='

"Err lupa nok kabor. hehe"

Cehhh..patutlah ayah aku tak suka makan laksa penang. Rupanya sebab dah tau pasal ni. huhuhuhu.


SO, korang korang hati-hati kalo nak membeli laksa penang kat kedai. Kot-kot kuahnya dicampur dengan tisu. Lebih baek buat sendiri jela laksa penang tu kalo rasa nak makan tu..Kalo tak pandai jugak, g bodek bodek mak, atau goda goda bini suh masakkan. Kalo tak menjadi jugak, takyah makan la laksa penang tu.

Err tapi tak semua peniaga macam tu. Rasanya ramai je yang tak guna taktik kotor ni kan kan, peniaga sekalian? Tapi tulah, korang kena pandai pandai cari la ye.





kata hati Lea: gigih belajar wat laksa penang ni. 1st time buat kuah cair. Mungkin sebab aku tak letak tisu...ehh..tak letak isi ikan banyak banyak. Takpe, takpe usaha lagi.

31 comments:

dill said...

uish..apsal la letak tisu. tak baik buat mcm tu. dh mcm menipu kan

dill.

Tea said...

Ptutlah senang jer menyahtinja lepas mkn laksa yer.. Rupa2nya ade selulosaaa.

Paris Lipton said...

ptotlah berak xhadam...eh xkan laksa penang je kot....

Ungu Violet said...

e'eh lia masak laksa ke teww...pandainyee...hihi

Ujie said...

tisu? 1st time dgr ni.

takpe, akak mmg tak minat laksa penang. blm jumpa yg sedap agaknya..

Ieja said...

eei zalimnya org yg buat macam tu..
lepas ni mmg x la nak mkn laksa kt luar kecuali my mom yg buat..

merahitujambu said...

lama x mkn laksa..pengemar laksa jugak..=_=

Hanie_Dew said...

ha'ah aku pernah dgr pasal ni. start dari situ aku tak beli dah. kalau gi open house raya je aku makan. harapnye tuan rumah takde la letak tisu kan. hehehe..

pix hasben aku kat camera photographer tu. tak tau publish kat mane.

Munnafendy said...

sukeeeeeee sangat laksa penang! tp sndri masak la...kt kedai xbest! xkaw =P

khaifaiz said...

laksa2 ni memang tak berapo nak gemar... Jadi sy tak berapa nak risau

onie said...

satu je,pesan sesama kita... Bila rezeki melimpah ruah... Doaku satu,Semoga Aku tidak tergolong dari memasuki kawanan yang zalim...

diana said...

akak dok penang..tapi tak suka laksa penang sebab tak sedap.lagi suka laksa kedah..dok kat penang ni kalau nak makan laksa baik buat sendiri sebab sepanjang akak dok sini tak pernah lagi jumpa laksa penang yang sedap.rasanya pelik2..kedai tu rasa lain,kedai ni rasa lain.jadi baik buat sendiri puas hati..rasa laksa depa pelik sebab depa letak macam2 benda..tu yang buat tak sedap.ada yang masuk kan dengan kotak2 tisu pun ada..

Juliet_iRa~" said...

ira suka gila laksa utara!!

eh yeke diorang letak tisu????

waaaa...jahatnya..xbaik la buat camtu..huuu

tp sll beli ngan sorang mkcik ni je..kat p.mlm..dia dr dl mmg jual ni..
mcmn nak beza kuah tu letak tisu?huu

YOUsoF said...

La yeke?.. Nak untung punya pasal, tisu diaorang jadikan makanan ek. Manusia². Laksa lain tak buat macam tu kan?

Iffah Afeefah said...

mujur tak ske sgt

budak penjara said...

cis peniaga..seb baik aku jarang makan laksa pinang..huhu

Lia Irdelia said...

letak tisu tu isu lama..

memang 1 of strategi..

tpi kita takkan tau sebab tisu tu akan hancus bila dah panas lama-lama..

Wanie said...

dah alme kan isu ni lea..huhu..xtau lak laksa penang..sbb selalunye laksa penang kuah ceroi je..alksa kedah mungkin la ade letak tisu..baik buat sendiri je kan..

Gen2Merah said...

mmang tak patut lah para peniaga buat macam tu.. memang tak patut... nak untung tapi menjejaskan para pelanggan... huhu

Salam kunjung mengunjung ye.. ada masa jenguk2 lah blog Gen2Merah ye.. salam persahabatan.. (",)

suha said...

kalo guna facial tissue,cik suha boleh time tapi kalo die guna tisu jamban...grrrrrr see u in court!(haa ko tetibe je kan?)

(^_^)

Cik TeN10 said...

nak kaut untung punya pasal sanggup buat mcm2.. adoi.. nasib baik aku style xsuka sgt mkn kt luar.. ngee ;p

sebut pasal parut segala tu kn.. abg kpd member aku di reject sebab ada parut kesanterkena minyak panas kt belakang bdn dia.. sian e kan.. sbb parut tu xdpt.. tp ape sebabnya diorg xnk eh kalau ada parut, pakai gigi palsu etc ?? explain please..

khairul akmal bin azman said...

berniaga laksa leklok skit..


jgn dok loklaq sgt..
hehe

ILA HonEyBuNNy said...

hah?

letak tisu....eee gelis nak makan...dah la ila suka gila laksa..ehhehe

wajibtayang said...

lagi jimat kalo tisu tu yg da buat lap.rase daki pon ade....

sergeant keroro said...

makan laksam jek, hehe

fany wany said...

pernah jumpa laksa penang letak tisu =="

Saiazuan said...

tisu tu bertindak sbg pelaris???

yen(toka ziizokukuto) said...

thankz kerana berkongsi,baru tau ni

KizZ said...

Aisshhh..Aku ni dah la penggemar laksa penang..

Wanie said...

nanti nak kawen inform la eh..boleh je nak buatkan vektor untuk lea :)

Addin said...

addin tak makan laksa, sob sob .