Friday, December 9, 2011

.Motto Hidup.



Korang ada motto hidup? err harap faham motto tu apa, yang pasti bukan motor vroom vroom tu ye. Dulu zaman sekolah, motto hidup aku simple je.

"Tiada kejayaan semanis madu, tanpa kegagalan sepahit hempedu"

Kata-kata nilah aku pegang zaman SPM. Zaman upsr dan pmr takde nak bermotto-motto hidup sangat. Study pun main belasah je. Ala lagipun exam main hitam hitam je, so, takyah nak study sangat la. keh keh keh. ok, tu pemikiran budak tak matured. =.='

Bila masuk form 4, memang perlu ade motto hidup dan matlamat. Tambah-tambah bila masuk mrsm, di kelilingi ramai budak pandai. Memang rasa sangat tercabar. Aku ingat lagi, aku pernah fail satu subjek tu. English for Science & Technology. Rasa sangat memalukan bila aku fail subjek ni. Dahlah result terpampang di notis board. Teacher aku buleh pulak perli perli dalam kelas.

"Candidate pun buleh fail!" sambil mata jeling-jeling kat aku.

Dush! Dah soklan tak menepati format SPM, pastu pemeriksaan yang agak strict. Macam mana aku tak fail. =.='

Oh ye masa tu, hanya 18 orang dari batch aku je buleh amek EST ni dan aku salah sorang. Aku tak pasti pemilihan berdasarkan apa, yang pasti teacher aku yang pilih.

Walaupun hanya ujian biasa, dan tidak mempengaruh CGPA, aku memang menanges gile gile dalam toilet. Yelah, 1st time fail, fail pulak subjek EST, kalo add math ke fizik kira logik la jugak. Tapi alhamdulillah dengan berpegang pada motto hidup aku tu, aku bangkit dan akhirnya dapat A2 dalam SPM. SYukur sangat walaupun hanya dapat A2, ok la. at least A jugak kan kan. Takyah nak tamak tamak sangat kan.

Betullah kata motto hidup aku kan.

Kata-kata aku pegang sampai SPM jela kot. Masuk matrik dan universiti, aku main belasah je study. Ada lah jugak rasa menyesal sebab, banyak main dalam kelas masa zaman u dulu. Bila dah masuk 4th year baru nak insaf. Tapi takpelah, benda dah lepas, malas nak ingat.

Bila dah meningkat dewasa dan melalui banyak dugaan hidup, aku dah tukar motto hidup. Sekarang aku berpegang pada,

"Setiap yang berlaku ada hikmahNya"

Aku pasti, ramai yang faham dan selalu sebut ayat ni tambah-tambah bila sedang ditimpa musibah, tapi kan berapa kerat je yang yakin dengan kata-kata ni. Bagi aku, aku memang yakin, setiap apa yang berlaku dalam hidup aku ada hikmahNya. Sekiranya aku kehilangan sesuatu, aku pasti akan dapat sesuatu yang lebih lebih berharga.

Sebab tu, sampai sekarang aku tak kisah sangat. Aku tak berjaya dapat kerja lagi ke, gagal dalam bercinta ke, tak buleh dapat tu..tak buleh dapat ni. Sebab aku yakin, masanya akan tiba nanti. Cuma perlu tunggu dengan sabar.

Jadi korang korang semua, yakinlah jugak pada kata-kata tu. Bila ditimpa masalah, jangan sesekali korang mengeluh atau salahkan takdir. Yakinlah ada hikmahNya di sebaliknya.

Dan apa yang telah berlaku sebelum ni, biarkanlah ia berlalu, tak payah dikenang, tak payah nak diungkit dan tak perlu nak cakap.."kalau lah aku macam ni dulu"..."kalaulah dulu aku rajin"
Rasanya tak elok kalo kita sebut KALAULAH..ia seperti tidak mempercayai takdir.

SO, konklusinya. Korang pun kena berpegang dengan kata kata ni, yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahNya. Jangan sekadar pandai berkata tapi amalkan. InsyaAllah korang takkan rasa stress dan korang akan rasa bersemangat nak menghadapi hari-hari yang mendatang untuk tengok dan nikmati hikmah yang bakal kita dapat nanti.


pstt

apa motto hidup korang?

takde?

cepat cari satu! Nak berjaya kena ade motto hidup.






kata hati lea: tertibe aku rasa macam bagi ceramah motivasi pulak. err.



38 comments:

Tea said...

aku basikal pun tak reti bawak.. inikan pulak moto yunk..

syrupmasin said...

saye mng moto..

Hanie_Dew said...

"sebelum kata tak bole, cuba dulu baru tau"

Jue said...

Aku nye motto 'agi idup agi ngelaban, enti nyabak anang alang-alang'

tu bhs iban hihi

Ko nanges?ish ish..xpe2 aku phm..jut let it go kalau x tthn beb

justin lover said...

kre oklah tu..ko dpt est A2
ak dpt B3 kot lia...lglah,haha^^

Abg Stalker said...

moto hidup: bercinta biar beribu,berkhawin biar 1. :D


sekian terima kasih.

fndrocka said...

salah satunya....."haha"..

best x motto hidup aku?

lagi satu.."keep rock & roll"

~SaL IjOu~ said...

oh, org kata perkataan 'kalau' tu membuka peluang syaitan..maka hindarilah ia..

akak berpegang pd mcm2 motto..asal yg membangkitkan semangat,akak salin kat buku kecik..& mmg selalu refer bila rasa down..=)

qasehraihan said...

idup mesti epi..haha..boleh ke?

Lea Isnawi said...

boleh aja kak, janji akak hepi =)

kura said...

oooo bergitu... moto hidupku pula adalah- purapura! hahah

Saddila said...

moto hidup akak sekarang umum .
jadi , dila ambik akak punya je laa . hihi :)

khaifaiz said...

aku umpama menunggu bulan jatuh ke riba...

ehhh... ada kaitan ker?

Anif Abdullah| AA said...

"cabar diri dulu sebelum diri tercabar"wahh.. ganas tak motto tuh.haha..
jangan mudah mengeluh itu ini..xjadi apa pun.. yg penting usaha yg terbaik :)

cik pinaz said...

buat sesuatu mesti bersungguh2 ye dak .. huhu

siti kektus said...

Makan untuk hidup.
Hehehe :)

dill said...

tiada yang spesifik. huhu

dill.

Umie said...

motto hidup akak "jangan bawak motor laju2x" ... kah kah kah

Semut Senyum said...

life only begins when u r truly happy... so kene pandai2 cari jalan bagi heppy di waktu time2 yang tak hepy.. =)

Cik TeN10 said...

Erkkk disebabkan aku xde lesen motor makanya aku xde motto.. Apekah ??? Keh3..

SpeakerSekolah said...

Moto aku dah rosak tak leh hidup..kekeke..

Syuxer said...

motto syuk ialah jangan mengalah selagi ajal belum menjemput, dan sentiasa ingat yang kegagalan dialami adalah petanda kejayaan akan menyusul kemudian hari..contohila pencipta lampu mentol..

Zaza Fakharuldin said...

moto hidup saye? not really la. but i know that dream x akan datang dgn sekelip mata.

ABC said...

setiap yang berlaku ada hikmahNya..memang saya setuju,dan ianya telah menjadi m0tto hidup saya gak..^^

Ezad Skytech said...

sekali gagal tak semestinya akan gagal selamanya...yeahhh...mmg guna motto tu...:)

sleeping_maniac90 said...

terornya dpt a2.. ak dpt b kot..
grrr..
da la stu2nye sbjek y dpt b.. sngal sungguh hahahah

Juliet_iRa~" said...

heee..

chop motto spm tu ' sepahit apa?bkn sll sepahit hempedu ke lea?hee

bagus gak motto sekarang tu sbbnya mmg apa y blaku psti ada hikmahnya...:)

motto ira : gagal sekali tak bermakna gagal selama2nya..dr dl lagi ira pegang ni..tp kan..ira byk motto..ehee..main belasah je..;p

Lea Isnawi said...

err nasib ira tegur

tertinggal 'hempedu'

hehe

Din_diet said...

moto: belajar dari kesilapan.

tapi aku tak pasti aku ikut ke tidak moto tu.haha

aiEz said...

motto aie,

esok adalah misteri sedia dari hari ini...^^

*seram tak?hehe

Pendamba Mawar said...

moto wave 125 je.wakakaaka

Haram lari tajuk.wakkaka

Lia Irdelia said...

awk syg sy, sy syg awak..

eh?

silap eh?..
hehehhhehe

ILA HonEyBuNNy said...

ila ska ceramah motivasi neh..hehe..

bagi semangat dekat ila.

ya...apa berlaku ada hikmahnya..ila pernah rasa nikmah d sebalik apa yang berlaku tu...n bersyukur dgn apa y berlaku...;)

shahrazali said...

cuba setakat yg mampu..

kurangkan menyusahkan org..

bersedia menerima kritikan..

bersyukur seadanya..

Khuzrin Kamarudin said...

"Percaya apa yang mungkin"... Ini aku dari kecik sampai sekarang.. serius.. hahaha..

wajibtayang said...

Sekolah aku no 3 paling teruk kt daerah aku dari segi akademik.est aku dpt b3 pon boley hadiah pelajar terbaik est.hihi

semutsengal said...

aku pun tak ingat motto aku apa, tah ada tah tidak kan.

Wanie said...

EST fail?huhu..wanie dulu tak suke betol EST..kite first batch amik EST kan ke second tah?merosakkan result SPM je..

err xtau la ade tak moto hidup..huhuhu