Saturday, December 10, 2011

Pengalaman jadi 'pemintak sedekah'



Hari tu chit chat dengan jiran yang tak berapa nak jiran sangat, si Mr AA, kat fesbuk. Sembang punya sembang, alih alih keluar topik yang die sedang mencari sponsor untuk projek akan datang. Oh! tertibe teringat pengalaman jadi exco penajaan zaman universiti dulu. Masa tu, aku naif, taktahu sangat apa tugas-tugas exco penajaan, itu sebab dengan senang hati je terima offer ni. Tapi bila dah taw seksanya nak mencari sponsor, memang tobat taknak pegang jawatan tu dah. sobs.

Projek yang aku join masa tu adalah Ekspo Kampus, antara event yang terbesar kat usmkk. Bajet yang diperlukan mencecah puluhan ribu. Antara aktiviti yang aku lakukan untuk capai target tu.

# Terjah semua kedai kedai kecil kat bandar Kelantan. Time tu, memang muka nak kena tebal berinci-inci. Segan kot nak g mitak duit dengan orang. Dialog yang sama diulang beratus ratus kali sampai terbawa ke dalam mimpi. grr. Paling banyak habuan yang aku dapat bagi setiap premis rm200 dan paling sikit rm1. Kalo duit tu masuk poket aku, best jugak. Ini masuk dalam poket orang lain =.='

# Buat panggilan ke mana-mana bekas penaja tahun lepas dan syarikat besar-besar untuk dapatkan sponsor. Tiap kali nak buat panggilan tu, jantung aku berdegup kencang semacam je. Rasa macam nak bercakap dengan bakal mertua dah. Sangat takut kalo kena reject atau tak dilayan. Kadang-kadang aku rasa dah macam telefonis je.

# Berniaga kecil-kecilan dari bilik ke bilik. Bayangkan tiap-tiap malam kena berniaga Big Apple DOnut, nasi lemak, ice blended, dadih dari bilik ke bilik. Bukan niaga menda tu sume serentak, satu malam satu menu. Eh! tapi aku Exco, so aku hanya arahkan konco-konco aku lah pergi berniaga. Itu untungnya jadi ketua, arahkan anak buah je. har3. Tapi bila anak buah tak cukup orang, terpaksalah aku turun niaga sama. sobs.

# Usaha paling teruk, aku dan konco-konco aku pergi mitak duit dengan exco exco kerajan di Kota Darul Naim. Ofis Nik Aziz. Gila ko, dah macam peminta sedekah je aku rasa. Tu semua idea pengarah aku. Aku rasa tak pergi pun takpe. Bukan dapat duit banyak pun.Tapi kan, at least, aku pernah la jejak kaki ke Kota Darul Naim, bukan calang-calang orang buleh masuk sana. *yeke? entah. aku main agak je. keh keh keh. tapi dah nama ofis menteri kelantan, mesti susah nak masuk suka suki kan kan?

Ikutkan banyak jugak benda yang niaga zaman universiti dulu, semata-mata untuk mengumpul dana bagi projek-projek tertentu. Bukan tujuan persendirian. Sampai students kat sana pun dah buleh cam aku.

"eh eh akak kek pisang"

"Aku start kenal ko, masa ko jual burger dulu"

"eh, ko yang jual ice blended kat aku dulu kan"

"Tak niaga nasi lemak ke malam ni?"


=.='


Tapi bila fikir fikir balik, tu semua kenangan terindah. Paling best, bila aku boleh gunakan alasan berniaga itu ini untuk rapat dengan seseorang. hehe. Ikutkan memang kesian, sapa-sapa yang rapat dengan aku, sebab diorang selalu jadi mangsa untuk beli barang jualan aku. hahaha. Ala, tak rugi aih kalo diorang beli barang yang aku jual, sebab majoriti yang aku jual adalah makanan. Sambil tolong kawan, perut diorang pun kenyang. Cuma, poket makin nipis sikit la. hua3.








Kata hati Lea: Dia selalu beli apa yang aku jual. Rindu kenangan dulu. erm.



33 comments:

kura said...

woo. usm.. apex kan..

banyak event, mmg kena banyak cari sponser la kan. tp pape pun, pengalaman dan kenangan kan. thums up! :0

Jue said...

Geli hatu bc entry ko. best gak ade pgalaman camtu. Org pun knal kita ngan senang wp kita rs x selesa tp skrg2nya ada drpd xda hoho zmn aku dulu buat cr lain. Hoho

Hanie_Dew said...

Nasi lemak paru ade tak kak.hahahaha.best pengalaman ko kalau diimbas balik.aku ingat td ko belakon jd peminta sedekh jd comot

Azekzk said...

Haha. Byk pengalaman tu kalu nk cri sponsor.

Iffah Afeefah said...

xske jd peminta sedekah

pglaman mengajar

kngan mestila tak lupe

Ujie said...

hahaa..mesti gelak sorang2 bila

Ujie said...

sorry..sambung..

..bila teringat!
tp mmg tulah kerja plg susah..kumpul dana!

∫êℳå ℋiℳå₩åℛï said...

betul2..
2 semua kenangan.nasib baek iema xde kena mntk sedekah
cuma kepanasan nak tmpal poster kt bandar jerk...
adoi aiii

qasehraihan said...

erk..
dah tu penah jumpa nik aziz la ek?wow

Princess Feyqa said...

mesti pyh kan cri tajaan,,

semutsengal said...

aku pemalu, so aku tak sesuai buat kerja ni.


LALALALLAALLLA

Nong Andy said...

salam tuan punya blog. Akak mencelah sikit hehe..

wah.. itu benar-benar pengalaman yang 'perit tapi indah' dan kita tak boleh ulang dah... dan pengalaman tu kita tak boleh di kedai :)

mencabar kan tugas tu? hehe..

Pendamba Mawar said...

best tu..mantap ar..

Juliet_iRa~" said...

hee..bila igt blk malu juga kan?tp nkk buat camne..terpaksa sbb nk dpt dana utk projek kita..


ira pon pnah rs apa y lea rs..hee

psss : berminat lagi x dgn hafiz?hhahahaha..;p

SpeakerSekolah said...

Ok r tu dapat kmpul pngalaman hdup..

Karbon Kopie said...

akak kek pisang..
gelak guling

bagus jugak buat mcm tu, byk pengalaman.

LAici KAng Ais said...

haha

Mr. Doctor said...

Ok lain kali nak jalan2 mintak duit pakai topeng Ottomen ya.. huhu.. kenangan camtu memang best kat.. sampai mati bleh ingat.. ^__^

Paris Lipton said...

penah2 gak, kira kita buat utk persatuan/kelab xpela gitu, berkorban muka tebal jap...
tp tu sume pgalaman kot!

Anif Abdullah| AA said...

thanks diatas perkongsian itu.. lepas ni nak usaha berlipat kali ganda lagi.. yeahhh!! :D

Saddila said...

kalau dila kan kak . dila akan bagi seribu alasan tak nak join .
dila ni pemalu -__-' mulut takde . kehkeh

ayat last tak boleh blah . SWEET :)

Nurnajwa KZ said...

Susahnye -.- tp best ble igt blik kan :) nak lg yg sweet memories tuwww :> hihi

zulhilmi tempoyak said...

hahahaha...mencabar kn...

jd kte kna la tlg org klu ad org mntak gak nnt ye.. :)

cik pinaz said...

berniaga macam2 .. fuyooo !!

teha said...

rajin nyee die menjual :)

Aujinz said...

mencabar kannn.. yang dah keje pun lagi laa menebalkan muka nak cari sponsor untuk event company..

sama jer.. koh koh koh

ORLANDO AHMAD said...

sedap ke?

keh3

kim heeruul said...

pengalaman yg menguji keberanian..=)

Wanie said...

hehe..boleh paham perasaan lea ni wlaaupun tak pernah jadi exco pemasaran..eh betul kan keje pemasaran mintak2 duit ni?dok tengok housemate dulu macam ni la..

ILA HonEyBuNNy said...

kalau bab makanan..mesti nak beli..sebab lapar..hehe...

khairul akmal bin azman said...

ok lettew

skill ade

senang nak mintaq keje
keh2


soft skill tue

Syuxer said...

pengalaman yang tak dapat dilupakan neh..awak dah ada sikit2 bakat nak berniaga,cari sponsor tu hehe..

bukan calang2 dapat masuk ofis tok guru nik aziz..hehe, kalau nk dapat sponsor tinggi lain kali, gi jumpa tan sri annuar musa hehe, dia kaya dan banyak pengaruh serta suka tolong orang..

ABU said...

aku kalau bab bab nak mintak duit mmg berat tulang.. selalunya aku sgt segan..