Friday, January 28, 2011

A.L.O.N.E


Sunyi sepi je usm hari ni, mungkin ramai dah balik umah dan masih terperangkap kat sini..Waaaa....

Menyesal ler plak aku balik lambat. Tu la gatal benor nak balik lambat...huhu

Isnin pagi ni baru balik...

Ekceli aku nak pergi wedding ex-rumate aku masa kat mrsm KL dulu. Ahad ni die kawen. eh eh KL ade mrsm ker?? ade...sapa kata xde. :P

KL = Kuala Lipis...haha.

ok, tapi sekarang sume kawan-kawan aku dh balik umah. Tinggal aku sorang-sorang kat sini.

Sangat sadis. Makan sorang, tido sorang, cakap sorang, mandi opkos sorg....


Yang paling sadis, takde orang leh temankan aku jumpe Remy Ishak esok....sob3..

esok Remy Ishak akan datang ke Mydin Kubang Kerian, sapa-sapa yang berada dekat dengan mydin, boleh la datang. Tu pun kalo teringin nak jupe mamat neh la.



p/s: Aku pun tataw tetibe rasa semangat nak jumpe Remy Ishak ni. Bukan minat sangat pun, kalo ashraff muslim or Iqram Dizny tu best la jugak..hahaha.

Tuesday, January 25, 2011

berapa eh harga keta sorong skang?

Dengan ni ai nak memaklumkan ai dah hampir sehat, cuma still selsema dan batuk. Harap-harap hilanglah sebelum lusa. Supaya xde la tercunggap-cungap present research proposal nanti gara-gara tak cukup nafas...fuhhh..

Terimas lah ye kepada kawan-kawan yang amek berat pasal ai especially dak kosmate aku n rakan blogger...nak listkan ker? takyah la ek..kalo list nanti x cukup satu page pulak. Haha..padahal pemalas! ok abaikan.

Tapi dalam banyak-banyak yang care pasal aku, ade sorg ni sangat sangat la amek berat, bukan die saja, malah dengan balak die sekali taw..

"lea, balak ai ckp ko demam, betul ker?

"a'ah...tapi xdelah teruk sangat"

"owh..jaga kesihatan taw"

"baik!"

"balak ai suh ko makan panadol banyak-banyak. Then nanti ko tidur, bukak lampu, tutup kipas. Pastu pakai sweater dan stokin. Biar berpeluh. Nanti cepat la sehat"

" Oooo..ok2..nanti aku wat"

" Ekceli aku gtaw ko ni, coz nak ko cepat sembuh supaya boleh ikut aku g cameron jumaat ni"

cehhhh!! hampeh je kawan aku ni kan. Ada udang disebalik maggi tomyam rupanya..Haha!

Pape pun terima kasih la kat member aku ni, alhamdulillah aku dh sembuh sikit lepas follow nasihat die...tapi malangnya, aku takleh follow jugak die ke cameron jumaat ni. SOri ye...ai ada date lain jumaat ni...ngeh3

kepada yang ambil berat pasal aku...ade present utk korang......

-
-
-
-
-
-
-

jeng!!!


Keta Honda Civic 2011, latest design ni. suka tak? suka tak?

tapi maap la ye. Hanya mampu kasi sofcopy jer, nak bagi real-real, tak mampu la ai. Nak beli keta sorong sebijik pun tak mampu apatah lagi nak beli keta honda civic berbijik-bijik...






Teringat zaman H1Ni dulu, kalo selsema je kena pakai mende ni, tapi sekrang malas la nak pakai. Makin sesak nafas nanti.

Sunday, January 23, 2011

Aku bukan manja ok!

"Jangan manjakan diri sangat, sehari demam dah jumpe doktor. Awak patutnya kena lawan"
pesan pembantu doktor.

uish...ingat aku suka sangat ke nak jupe doktor bile demam. Hari ni je kot tetibe aku rajin nak g klinik. Kalo tak, tunggu bile dah teruk dan dipaksa baru aku pergi. Tak caya, g tanya mak aku kat umah.

Tapi salah ke kalo aku nak mitak ubat? as doctor...rawat jela kan. Bak kata orang, lebih baik mencegah dari merawat....

Ekceli, aku rajin sangat pergi klinik hari ni c0z aku takut makin melarat. Minggu neh dahlah minggu kritikal. Selasa ni ada test Forensik Perubatan. Dan aku tak habis study lagi, baru start semalam kowt! Kalo malam ni makin teruk, macam mana aku nak habeskan study?

Then khamis neh kena present Research Proposal pulak. Haa...kalo aku takde suara khamis neh cmne? Sapa nak present??

Cepat doakan aku moga cepat sembuh, dan dapat jawab test dengan lancar lusa. Dan dapat present research proposal dengan jayanya khamis neh. Paksaan ni ye! hehe





p/s:hari ni first time ponteng lab untuk sem neh. Tak larat nak pergi, dan ni pun baru bangun tidur lepas telan 2 bijk ubat. Sori ye Dr. PTJ!

Saturday, January 22, 2011

Jangan mudah meletakkan hukuman, nanti diri sendiri yang terhukum!

Semalam ade Malam Kebudayaan India (MKI), tapi aku kurang berminat nak j0in. Sebabnya, satu kena bayar rm10 dan rasa segan je nak pergi. Yelah Minggu Penghayatan Islam (MPI) atau nama barunya FESKI taknak join, tapi MKI nak pergi menyibuk lak.. aish. Ekceli aku dh pergi last year, cukuplah sekali seumur hidup. At least bile kuar usm ni, orang tanya sal MKI, taw la jugak nak menjawabnya ye dak?

Semalam seyesly nasib aku tak termakan pujuk cik Nana, ajak aku teman die pergi MKI tu. Kalo tak membazir dowh rm10 tu. Kerna dalam pukul 8.30 malam, Wali msg aku memberitahu ade kes bunuh di Pasir Mas dan doctor akan membuat post-mortem pada pukul 10. Semalam ade dua kes- satu kes remaja mati lemas di Pantai Irama dan satu lagi kes bunuh.

Untuk kes mati lemas tue, tak buat post-mortem pun coz dah tahu punca kematian. Untuk kes ke2 tu yang best cikit. Menarik tapi menyeram coz mangsa adalah HIV +ve. Kena lebih berhati-hati. Dengar cerita mangsa dipukul oleh penduduk kampung gara-gara mencuri susu getah. Bayangkan lebih daripada 10 orang kampung terlibat dalam kes pukul-memukul ni. Kalo tengok pada mayat pun, memang sangat teruk. Banyak gile kecederaan. Dekat kepala, tangan, kaki, belakang. Suma ade lah. Bahagian dalaman pun ada. Tapi selepas dibedah siasat, punca kematian dikenal pasti kehilangan darah yang banyak dan kecederaan teruk di kepala.

Mereka yang terlibat dalam kes pukul-memukul ni dah pun ditangkap. Tulah suka suki je buat hukuman sendiri. Kot ye pun bengang dengan mangsa, report p0lis sudah. Tak payah nak kotorkan tangan, pukul orang. Kang dah tak pasal hampir satu kampung masuk lokap. Banyak kes macam ni terjadi sekarang ni. Orang awam terlalu mudah membuat hukuman sendiri, tak fikir implikasi akan datang. Kalo diikutkan hukaman seorang pencuri hanyalah penjara untuk beberapa tahun jer, takdelah sampai kena hukuman mati mandatori pun. Tapi mereka yang terlibat dalam kes pukul-memukul menyebabkan kematian ni, haaaaa...memang ade harapan nak dapat hukuman mati mandatori. Jadi, sebelum bertindak fikir dulu ye kawan.

Pesan akhir, daftar lah RAKAN COP, bantulah polis kurangkan jenayah~!

Dan jauhi jenayah atau aktiviti yang boleh menyumbat anda ke dalam penjara. Penjara adalah neraka dunia kowt. Sekali anda melangkah ke sana, gelap gelita dan suram la hidup anda lepas neh.


Friday, January 21, 2011

Yahoo!!!!! bukan yahoo.com tapi yahoo gembira!

ehem ehem ehem...testing suara. Pagi-pagi Jumaat ni tetibe tergedik pulak!..haha...

Ekceli kan...ai nak umumkan sumthing neh. Berita bek punyer. Walaupun korang tak tanya or taknak tanya pun, tapi aku nak gtaw jugak! nak jugak!


Apa Jatuh Cinta???

Aku rasa mesti ramai yang syak aku sedang jatuh cinta dgn sumone disebabkan entry sebelum ni. Oh nehi kabhi nehi! saja-saja je suka lagu tue.

abes berita apa yang aku nak umumkan nie??

ekceli saya...erm...saya dah..................

















menang handbag freee. Yahooo!!!!!!!!!!!!




ingat tak ari tu aku ade join Contest: 8 Fakta tentang Darless Zuris? Ingat tak? ingat tak?

haa...dan aku dapat tempat pertama....
hadiahnya Handbag pierre cardin+gelang mutiara.
Ini dah cukup baik, takpayah nak beli handbag baru lagi...hik3.
ai like 100x

Thanks ye kak Zuris coz pilih lea. :)
nanti buat la contest lagi..


Tapi ekceli aku lagi berminat dengan hadiah tempat ke3.
Purse dr China kaler merah...c0mel!
tapi dah rezeki menang tempat pertama, terima jela. Haha.!




Thursday, January 20, 2011

Diam diam Jatuh Cinta




tetibe jatuh cinta pulak dengan lagu 'Diam Diam Jatuh Cinta' nyanyian Ramlah Ram. Macam best jer liriknya, melodi nya quite funny la..hehe Mula-mula dengar kat radio macam kelakar. But then lepas tertengok youtube persembahan Heliza nyanyi lagu. Macam tertarik pulak nak donlod lagu ni.

Diam-diam.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..
Kau buat begitu..

Jeling-jeling.. kau menjeling
Senyumanmu menggoda..
Lama-lama.. dalam diam
Aku jatuh cinta..

Beginikah rasanya
Sakit asmara..
Siang malam gelisah..
Ingin bersama..
http://www.free-lyrics.org/22455-Ramlah-Ram.html

Ku tunggu, ku menanti
Kata cintamu..
Biar senang dihati
Ku disampingmu

Jangan-jangan kau berpura
Sembunyikan hatimu..
Bukan-bukan ku tak tahu
Debar didadamu..

Kita saling sama cinta
Tetapi malu-malu
Diam-diam jadi rindu
Rinduku padamu

Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya


Teringat dulu time kat mpdrm, excited duk menghafal lagu ni coz ingatkan nak karok. Tapi last-last tiada dalam koleksi pun. kecewa kecewa kecewa.

Wednesday, January 19, 2011

Pagi yang Indah.!



Pagi tadi, lepas solat subuh, terasa sangat sangat malas nak mandi. Kalo tidak ade kelas ni, mahu aku sambung tidur lagi. Owh. tidur memang sangat nikmat. But, then..got message from 32462. Ini bukan number utk ON SERAM ke ON CHAT or pape..tapi.................


RM0.30 CREDIT RM4,665.00 to account............................................
Bank Islam.

Yeah! finally. Masuk jugak JPA dalam akaun bank. Sangat hepi dan terus ade m0od nak mandi. haha.

Then, lepas mandi. Terus msg kawan-kawan yang jpa dah masuk. Diorg ni dari awal sem lagi suh aku inform diorg kalo-kalo jpa masuk. Memang dah jadi tugasan aku setiap kali sem, inform berita baik ni kat diorg. Yang tak bleh blahnya, ade sorang dak kosmate aku, Rahim. Sebelum ni, setiap hari tanya jpa dah masuk ke belum. Dah aku tak inform tu, xmasuk la..aish~~

Walaupun, pagi td ade kelas. Aku still bagi msg forward kat Rahim dan beberapa dak kosmate aku. Excited nak bagitaw berita baik. Orang cakap berita baik tak elok tangguh lama-lama.

Kelakarnya, bile Rahim masuk je kelas pagi td. Dengan happy nya die boleh cakap,

"yes! jpa dah masuk"

perlahan, tapi still leh agak dr gerak bibirnya dan siap dengan gaya tangan lagi. Padahal lecturer kat depan tengah ngajar.

Pagi ni semua orang muka happy jerk. Happy sebab JPA dah masuk.






p/s: Ekceli bukan pagi ni jer, pagi-pagi sebelum ni pun sangat sangat indah :)

Monday, January 17, 2011

Kena cube neh!


-Kredit to Google Image-

Safi ada product baru!! Selepas Safi Rania Gold, sekarang muncul pulak Safi Balqis Perfect 10. Nampak menarik, siap menggunakan NANO technology lagi. Mesti lagi efektif.! Kena cuba neh!

Ekceli sebelum ni, sejak dr skul lagi aku menggunakan produk Safi Balqis. Murah tapi sangat berkesan. Banyak kot sumbangannya kat muka aku neh. Sebab Safi Balqis la, kulit muka aku pernah berbelang mcm kuda belang satu masa dulu kerna terpaksa berjemur panas, berkawad, dapat dipulihkan. Malah, jerawat yang meliar kat muka aku pun berjaya dihapuskannya walaupun xdelah 100%. Kira hebat la jugak.

Dulu, pernah jugak tukar produk Syurah dan Clean&Clear. Tapi hasilnya...penuh jerawat meliar-liar kat muka aku. Then, pastu terus serik dah, tak nak khianat kat Safi Balqis lagi. Tapi pasni aku nak try Safi Balqis Perfect 10 ler plak. Takpe kan? adik-beradik Safi jugak kan kan?

Yang menariknya dengan produk Safi terbaru ni adalah Krim Kontur Mata Safi Balqis Perfect 10. Boleh menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Menarik! Sebelum ni, banyak jer produk lain yang ade krim cmni tapi aku takut nak try coz aku kan dh serik nak try produk lain. Tapi kalo produk Safi, aku mesti cube.







p/s: ada sapa-sapa mahu sponsor saya produk ni??? sponsor la...sponsor la..sponsor la...XD

Saturday, January 15, 2011

Projek Best!

Semalam sedang ser0nok ber-facebook-ing, tetiba Hadi komen wall aku. Mengajak aku untuk buat satu projek dengannya. Haaaaaaa...jangan fikir bukan-bukan, bisness project ok..bukan projek tuut tuut. ahaks! Opss..lupa nak bagitaw, Hadi ni ex-student usm induk dan dulu aku pernah bekerjasama dengan die untuk jualan baju t-shirt I Love USM. Ingat tak dulu, dua tahun lepas rasanya, aku pernah jual baju t-shirt tu untuk kutipan duit for Installation Nite..ingat tak? ingat tak? kalo tak ingat, abaikan. Daripada die lah aku amek stok baju t-shirt tue. Macam mane aku boleh kenal die?? ahaaa...takperlu tahu. haha.

Tadi, die dah sent email kat aku tentang proposal tue. Nampak sangat menarik. Tapi rasanya perlu komitmen yang sungguh jitu. hoho. Kemudian, terfikir. Nak join taknak, nak join taknak. Kalo tak join rasa menyesal, projek yang menarik dan boleh la buat duit-duitan sikit. Tapi kalo join boleh bagi komitmen ke tak.

Tengok pada jadual kelas aku, taklah pack sangat. Setakat kelas pagi, petang dah free kecuali ahad coz ade lab tapi lab tue pun berselang minggu. Lab work untuk thesis aku pun dah setel, tinggal writing je. erm erm erm....still dalam dilema..

Then, aku pergi menyerbu bilik Zirah, tanya pendapat die. Die kata ok jerk dan die pun setuju untuk join sama dalam projek neh. Bila die dah cakap macam tu, aku pun hmmm...setujulah.....................

Projek apa? tunggulah bila dah konfem nanti aku gtaw. Kena perlu berbincang lebih dr hati ke hati dengan Hadi tue. Kena tahu la jugak berapa untung boleh dapat. Kalo untung tak setanding dengan peluh yang keluar, hmmm faham-fahamlah ye.. Well, zaman sekarang ni, kite perlu bersifat ke-duit-an sedikit.

Sebut pasal duit-duitan ni, teringat pulak pada JPA...JPA ni saja je taw nak mendera, mentang-mentanglah ni sem last aku nak dapat duit dia. saja nak dera mental aku. Psychological Violence betul.! hish!



Friday, January 14, 2011

sapa nak ayam goreng McD?

Malam tadi, lebih kurang pukul 11.30 malam, Zirah call aku. Ajak makan eskrim. Teringin sangat nak makan eskrim sundae strawberi katanya. Time tu aku tengah praktis untuk pertandingan sketsa malam esok. Ye! saya masuk sketsa. Jangan tak percaya. haha. Ekceli malam besok ade pertandingan sketsa sempena malam Untukmu Wanita sempena FEKSI ataw nama lamanya MPI. (uish bape banyak kali sempena daa~~). Tetibe terasa nak join mende neh, yelah dah final year kan. Saja-saja nak cipta sejarah+kenangan sikit. Sketsa tu tentang apa, atau aku jadi apa dalam sketsa tue, next entry aku citer coz sekarang nak bercerita pasal makan eskrim. hehe.

Lebih kurang pukul 12, latihan sketsa selesai. Dan aku dan Zirah pun bergerak pergi McD dekat Wakaf Che Yeh. Ekceli aku sangat penat td c0z siang tadi memang tak sempat nak qada' tidur selepas tidur diganggu pagi tadi. Tapi kesian pulak kat Zirah, so temankan jela dan terpaksa ajak seorang lagi teman memandangkan kami kan gadis. Bahaya keluar malam-malam. Nasib baek la, teman tue sudi ikut kami keluar malam-malam.

Masa dalam perjalanan, aku berkira-kira nak makan ke tak nanti. Perut terasa lapar. Tapi bila tengok jam dah pukul 12 lebih...uish...kalo aku makan, abeslah diet aku! Sampai di McD, Zirah dah order siap-siap eskrim sundae strawberi die dan ditambah dengan bege McD. Then, tanya aku nak makan apa. Dia nak belanja. Wah! menarik. Tapi erm erm erm....nak order taknak, nak order taknak....but last-last.....

" Nak ayam goreng"
terkeluar jugak dr mulut aku.

Orang cakap terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata........dapat ayam goreng McD free. haha. Tue untuk kes aku sekarang neh la. Untuk kes lain, korang sambung sendirik! :P

Walaubagaimanapun, akhirnya aku tak sentuh jugak ayam goreng dua ketul tue. Suci bersih je dalam kotaknya. Dah kenyang makan french fries. Menyesal ler plak aku pergi order, kalo tak share jer french fries Zirah. Kesian Zirah belanja aku, tapi aku tak makan pun. Tulah, orang Melayu cakap lagi...Orang tamak selalu rugi. Tapi dalam kes ni, aku rugi ke untung eh?

Rasanya untung je kan, coz ayam goreng tu aku dah bungkus bawak balik, buat makan bekfes esok. Ade dua ketul ayam goreng McD, aku nak makan seketul jerk, sapa nak lagi seketul?? cepat-cepat datang ketuk bilik aku pagi esok...hahaha.....




p/s: thanks to Zirah coz belanja tadi dan seorang lagi teman yang sudi temankan kitorang tadi...
.


Wednesday, January 12, 2011

merepek merapu..


"what u give, you get back!"

hoho..sangat takut dengan kata-kata neh.
satu sumpahan berbisa bagi aku.
sangat takut sekiranya terjadi pada aku...T_T





tapi...





seperti iklan mee SEDAP....





Soal rasa lidah tak boleh bohong, tapi

SOAL HATI LIDAH BOLEH BOHONG...





eh eh eh..ade kaitan ker?? hahaha..peduli ar...




p/s: ekceli tengah kempunan nak makan mee goreng SEDAP perisa asli.....haha


Tuesday, January 11, 2011

ini bukan rancangan jalan-jalan cari makan.

Semalam, keluar makan dengan seorang kawan. Bajet nak celebrate kejayaan menyiapkan asignment la. haha. hampeh jerk kan. Dia ajak aku pergi makan Satay Malaysia, kat area pengkalan chepa.

kawan: pernah ke makan sini?

aku: tak. pernah dengar jer.

kawan: seyes? paling jauh ko jalan kelantan neh sampai mane?

aku: ala..aku bukan selalu keluar makan sangat la. setakat pergi jalan, shoping-moping n g pantai ade la.

Segan jer nak menjawab soklan kawan aku tue. Yelah, dah 4 tahun duk kelantan, tapi kedai makan yg femes tu pun aku x pernah pergi. Ala, tapi nak buat cmner, aku dan kawan-kawan aku bukan suka explorer sangat kedai-kedai makan kat kelantan neh. Paling jauh kami pergi makan pun, kat pengkalan chepa jugak la, makan chim chum. tu pun kalo terasa nak bertukar angin, dan bile dompet masih kembung. Kalo tak, biasanya kami makan kat kedai makan depan usm jerk. Kedai makan depan usm pun dah banyak.Setakat nak makan, buat apa nak pergi jauh-jauh...ye tak?

Lagipun kami memang jarang jalan-jalan cari makan, biasanya, kami lagi suka jalan jalan cari beg tangan+tudung+kasut+seliparjamban+selindang...haa..yang tu kami suka lah.

Tapi sate kat Satay Malaysia memang sedap. Yang tak pernah cube, pergilah cube yer. Nak tengok gambar???

































maaf! tiada gambar yang diambil semalam. :P excited makan sate, sampai lupa nak snap picture..hik3.


p/s: baru terperasan hari neh tarikh best. 11.1.11.....wah...cepat sapa nak ajak aku kawen ari neh. ari neh jer. esok tarikh dah takbest! haha. ok! lupakan! aku takde sijil kawen lagi, takbleh kawen ari neh. haha.

Monday, January 10, 2011

3 in 1 seperti MILO....

Yeah...akhirnya siap jugak asignment dr Affizal. Hampir sakit otak dan juling mata aku mencari, menilik-nilik journal yang sesuai. Seyes, bila dah siap neh rasa sangat sangat lega dan tenteram. tapi aku taktahu la ikut kehendak die atau tak, aku dah malas nak fikir, janji cukup 2,678 words review aku tue. hahaha.

"Security guards: involvement in bullying, aggression (verbal and physical), crime, violence and mental health problems. Mystery or reality?"

dengar tajuk macam menarik kan? tapi nak mencari 6 journal related to dis topic memang sangat susah. coz memang xbyk orang yang rajin nak buat research pasal security guards. kalo pasal prison guards ade la jugak, tapi dr Affizal xnak ler pulak. nak security guards jugak! sebagai student terpaksa la ikut. kadang-kadang bila fed-up cari-cari journal tak jumpe. terasa nak buat research sendiri jerk. nak interbiu sendiri jer pak guard, mak guard kat sini. tapi nasib baek aku tak serajin itu...haha.

okeyh, asignment dr Affizal dah siap, next--> asignment dr Fahmi dan research proposal menanti.....


****************************************************

Petang tadi, ade someone tegur aku....

"pasni takyah pakai baju pink lagi eh, pakai baju kaler len pulak...."

hangin jugak bile dapat msg tue...suka hati aku la nak pakai baju kaler apa, kaler merah ker, kuning ker, rainbow ker. baju aku kan...

but then...lepas dengar penjelasan dr die...okeyh! saya terima teguran kamu...thanks coz menegur dengan cara berhikmah...hehehe...

apa reason die? takperlu tahu la....tapi kalo nak tahu jugak...bleh tanya aku depan-depan or just send emai to me....haha


**********************************************************


Hari neh besday kawan baik aku. Aku ade hantar mesej wish besday tapi...................


tiada balasan.



Ye...aku sangat sangat tunggu msg balas dr die.




Hurmmmm...adakah die masih marah aku eh?



kepada beliau...


Sori for what i've done. pliz jangan senyap jerk, kamu buat saya makin serba salah........................huhu.

kita still kawan kan?



Saturday, January 8, 2011

Gerakan Yahudi Sedunia

Semalam ade talk tentang "Gerakan Yahudi Sedunia" oleh Ust Muhammad Syaari di dewan utama, usmkk. Agak menarik talk neh. Dapat buka mata, minda dan segalanya. Yelah, sebelum neh kite selalu mendengar tentang peperangan di Gaza, Palestin oleh kaum Yahudi tapi sedarkah kite hakikatnya kite turut diperangi oleh kaum Yahudi tapi dengan cara yang berbeza. Melalui pemikiran, pemakanan, rancangan televisyen dan sebagainya.


-
-
-
-
-




Actually aku teringin nak share input yang aku dapat semalam tapi nanti la ek. Sebab sekarang sangat busy nak menyiapkan assignment Dr. Affizal. Nanti ade masa, aku citer yer! sabar taw. Tapi sebelum blah, aku tinggalkan korang dengan sepotong ayat. Renungkanlah bersama :)

"In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way" - Franklin D. Roosevert

Wednesday, January 5, 2011

email address lambang identiti?

Sejak akhir ni, aku selalu dengar rungutan dr dak kosmate aku menyatakan mereka sangat penat coz terpaksa bangun memandangkan kelas pukul 8 pagi. setiap hari, kecuali ahad. Aku??? Tak kisah pun kelas pukul 8 coz dah terbiasa. Yelah cuti semester sebulan hari tu, mana aku boleh bangun lambat-lambat. pukul 8 dah nak kena ade kat makmal siasatan kebakaran. Tapi cakap je pukul 8, biasanya pukul 8.10 baru keluar dr rumah dan 8.30 baru sampai kat sana. Ala, aku kan buat final year project bukan praktikal, so tak perlu nak skema sgt sgt neh.

Jadi, sekarang biasanya pukul 12, aku dah tido. tido lambat-lambat takut tak terbangun pulak. tak terbangun g kelas, kira ok lagi kot. tapi kalo tak terbangun subuh. uish...dosa dosa. Lagipun mungkin dah terbiasa sejak duduk kat maktab pdrm lagi tido awal. Tak tahu kenapa bila duduk kat mpdrm, pukul 12 mesti mata dah mengantuk. mungkin suasana bilik yang begitu menggoda atau pun suasana maktab yang sunyi sepi bila waktu malam.

Actually kitrg terpaksa ade kelas pukul 8 coz lecurer yang ajar kami tu adalah doktor hospital Kota Baru (HKB). Beliau masuk kerja kat HKB pukul 9, jadi sempat la mengajar kami sejam. Aku suka doktor neh, Dr Wan Muhammad Zamri namanya. sangat best. memang tak ngantok time die mengajar. Lupa nak bagitahu, subjek yang beliau ajar adalah Forensic Medicine dan aku baru dapat tahu tadi bahawa die adalah antara top 5 pakar bedah mayat di malaysia. sangat hebat kan kan.

Beliau jugak biasanya sebelum pukul 8 dah tercongok kat dalam bilik toturial. Aku yang biasa datang pukul 7.50 pun terasa macam dah lewat coz lecturer dh sampai dulu kan. Semalam aku terkejut bila aku bukak je pintu bilik tutorial tu, tetibe die bleh cakap...

" Ingatkan hari ni pakai baju pink jugak"

terkedu sekejap aku. Macam mana die taw aku suka pink. then, baru teringat sehari sebelum semalam, die ade tanya aku..

Dr. Wan: nama sapa eh?

aku: Norlia..

Dr Wan: (sambil tengok list name)..owh duduk kat kemaman eh...

aku: a'ah...

Kemudian die cakap la

"korang neh suka pakai nama email pelik-pelik...kumbangbersilat la...butterflypink la..bla bla bla bla........."

then...baru teringat, mungkin sebab tu kot die tahu aku suka pink. tapi hari tu, aku tak pakai baju pink pun. huhu.

aku pun pelik cmne ntah aku boleh tulis email tue. Aku ade 2 email

nur_lieya88@yaho.com dan butterflypink88@gmail.

biasanya untuk urusan rasmi, biasanya aku akan bagi yahoo mail. sopan sikit bunyinya berbanding gmail. tapi ntah cmne boleh tertulis gmail adress, kan dah tak pasal-pasal 1/8 identiti aku terbongkar. hahaha.


Tuesday, January 4, 2011

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...takmampu nak berkata pape!

arghhhh...saat minit jam waktu ini aku rasa sangat sangat sangat geram, sakit hati, frust..sume la.....grrr..kalo ade patung belon aku rasa nak tumbuk-tumbuk je utk melepaskan rasa hati aku saat ini. kenapa?

tempat kejadian: makmal komputer, perpustakaan usm.

pukul 3.00 petang..

leka mencari journal-journal utk asignment Dr. Affizal. Kenapa berada di makmal komputer, bukan di bilik? sebab laptop aku masih kat kedai, masih mendapat rawatan rapi oleh mereka yang pakar. Pakar tu cakap mungkin dalam dua tiga hari dapat la balik laptop tu, harap-harap begitulah. Riso jugak kalo lambat sembuh coz banyak kerja tertangguh sejak takde laptop neh...korang, cepat doakan kesejahteraan my lappy..

Pagi td. Dr Affizal dah bagi tugasan pertama- buat review based on 6 journals dan tajuk gile baban susah kot. Dah hampir sejam lebih kat sini, brapa journal je kot aku jupe. Yang paling stress bila due date submit assignment ini adalah 11 januari 2010. Giloh. seminggu je tempoh masa. Kalo laptop aku sehat, aku tak kisah sangat sebab aku memang sangat sangat free minggu ni, tapi sekarang my lappy sakit. memang sangat sangat kisah...sob3 :(

disebabkan my lappy kat kedai la aku sekarang berada di sini dan sempat pulak menghapdate blog..haha. saja untuk melepaskan tension. Padahal aku dah nekad sebelum ini, tunggu dapat lappy balik baru nak hapdate blog. Tapi terasa nak luahkan perasaan sekarang jugak.....

bayangkan hampir sejam kat sana, ade la dua-tiga-empat-lima-enam-tujuh journal aku jumpe untuk assignemnt Dr. Affizal dan jugak untuk thesis. Sangat excited la kan coz berjaya jugak jupe journal.

then.....pukul 4+++. komputer aku ter-restart. Untuk pengetahuan korang, ni 1st time aku masuk bilik komputer kat perpustakaan. Biasalah bila dah ade laptop sendirik, buat apa nak lepak kat bilik komputer lagi kan. Kata kawanku, Fadh. sistem kat sini memang macam ni. komputer akan ter-restart sendiri setiap satu jam. argh...dan segala journal yang aku penat-penat cari tadi..,hilang begitu saja. geram dowh. buang masa satu jam aku kat sini coz terpaksa carik balik.!!!!. kalo taw cmni baik aku pergi Makmal komputer ppsk jerk. huhu.

sekarang mood nak cari-balik journal hilang dah. tu sebab aku hapdate blog..........malasnya nak cari balik........ carikan utk aku bley?