Monday, February 28, 2011

suamiku lawyer


Sejak masuk kelas Law tertibe aku terfikir

"Best jugak kalo dapat suami lawyer, gaji mesti tinggi. Menang satu kes mahu beribu-ribu duit masuk"

(tetibe ada bling bling $$$$$ kat dua bijik mata aku)

tapi kemudian aku terfikir lagi



kalaulah suamiku seorang lawyer......




giloh! mahunya rumah aku nanti ade undang-undang

Akta Dapur la, Akta Bilik Air la, Akta Membeli belah


oh no! tak sanggup aku

okeyh, cancel! taknak kawen ngan lawyer..kawen dengan orang suka buat loyar buruk lagi best!


btw, ada ker budak Law or peguam yang bace blog aku ni? cepat angkat tangan, mahu buat survey...survey cari calon suami...hahaha..



ok, just kidding :)



p/s: 1st time aku melukis utk blog ni...so jgn kutuk2..hehe


Sunday, February 27, 2011

Ore Kelate owh Ore Kelate

cerita ni diceritakan oleh ustazah aku satu masa dulu...tak tahu lah kisah benar or tak.

Di sebuah kampung di sebuah daerah di negeri Kelantan, (gila banyak 'di'), tinggallah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak gadis yang bernama Maya. Maya memang sangat cun, gebu, putih melepak. Biasalah orang cakap, gadis Kelate ni comel-comel belaka, tapi aku rasa gadis Terengganu pun comel n cun jugak ape. Eh eh gadis negeri lain pun sama jugak. Ala pape pun, semua manusia sama je di sisi Allah :)

ok, berbalik pada kisah Maya. Satu hari, adalah rombongan meminang datang ke rumah mereka. Rombongan tu datangnya dari Penang. Uish...jauh dari utara tu haa nak datang meminang gadis pantai Timur. Taktahu macam mana diorang boleh tahu kewujudan Maya tu, mungkin dari facebook la kot. Ustazah aku tak citer le pulak.

Then, keluarga Maya pun kalutlah buat preparation untuk menyambut rombongan meminang dari utara tu. Mak si Maya siap berpesan kat Maya,

"Maya, nanti mu jage sikit tingkah laku, kecek nanti gak sope sikit deh. Malu kok ore nanti..."
(translate: Maya, nanti jaga tingkah laku, percakapan tu kena sopan sikit. Malu kat orang nanti)

"baik mek"
(sesetengah orang kelantan panggil mak dia- mek)

"Nah amek kuih ni wat gi depe"
(amek kuih bawak ke hadapan-ruang tamu

Maya angguk dan terus mengangkat dulang yang berisi air sirap dan kuih cek mek molek. Melangkah dengan penuh keayuan. Pinggangnya sengaja dilenggang-lenggokkan ke kiri dan ke kanan. Control ayu la kunun-kunun.

Keluarga si peminang tu terpegun tengok Maya. Cantek, ayu, sopan. Perfect! Mak si jejaka memang dah berangan nak jadikan menantu budak Maya tu. Si jejaka pulak tersenyum malu-malu memandang Maya.

Sampai je ruang tamu tu, Maya pun meletakkan dulang tu atas meja dan menegur mak si jejaka perlahan sambil senyuman setia je kat bibir. Mendengar je kata-kata dari Maya, mak si jejaka terus pengsan. Maka kalutlah keluarga si jejaka tu mengusung mak balik ke rumah. Terbantut lah sekejap urusan peminangan pada hari tu.

"Mak, awat mak pengsan tadi?"
tanya si jejaka kepada maknya setelah terjaga dari pengsan.

"Macam mana mak tak pengsan, ada ka patut dia cakap. Jemput lah kedarah. Uish gilo apa nak suruh kita pi minum darah. Dah kansel! p cari orang laen!"

Kedarah tu makan. Tapi mak si jejaka dari Utara tu dah tersilap tafsir. Kesian si Maya dan jejaka tu. Masing-masing melepas takleh kahwin. hahaha!

Jadi moral of the story, orang kelantan kena jaga percakapan, sebab terkadang ade yang tak faham loghat korang. orang kelantan jangan marah ye! :)

Saturday, February 26, 2011

The Best Header For Apezs

Salam.....
sekarang saya dalam mood yang agak baik
asignment baru jer siap
disebabkan baru je setel satu esemen
jadi aku rajin nak join contest sorang blogger ni
tak pernah jenguk pun blog die sebelum ni, baru start follow setelah berkenan nak join contest die
salam perkenalan ye incek Apezs :)

tajuk contest ni sama seperti tajuk entri kat atas takde beza sikit pun
walaupun sebutir huruf
syaratnya aku kena design satu header untuk beliau
hadiahnya? aku pun tatau..
tapi xpe..soal hadiah letak belakang

ok, ni header incek Apezs yang die guna sekarang


dan ini header yang baru siap buat tadi



simple je aku rasa, takde idea sangat nak wat header utk lelaki
jiwa lelaki kan berbeza dgn jiwa pompuan..hehe
tapi penat gak nak mencari sayap tu
Sayap halusinasi katakan..sukar untuk dilihat, apatah lagi nak mencari..haha
ditambah dengan internet yang bengong sangat sangat tension ok
tak banyak effect yang aku masukkan
just letak background galaxy yang dicilok dari google
then masukkan gambar incek Apezs
tambah info pasal blog die sikit - nama blog beliau, url dan kata2 yang aku copy dr header nya


syarat kedua, tulis ucapan mengenai keikhlasan buat header tu dan tak lebih 100 patah kata.

jadi, ucapan dari saya:

saya pemilik blog Perjalanan Hidupku mengumumkan bahawa sesungguhnya saya memang amat ikhlas membuat header untuk anda tapi pada masa yang sama berharap dapat hadiah misteri dari anda. Dah nama join contest, mestilah berharap dapat menang kan..hik3.
lagipun, aku memang suka join contest yang memerlukan aku bermain dengan adobe photoshop. boleh menajamkan lagi skill aku.

(55 patah kata)



p/s: kalo ade contest pasal gambar, jangan lupa tagged and inform ai taw...

Friday, February 25, 2011

Kak Minah tertinggal kapal terbang

8tetiba teringat cerita kak minah tertinggal kapal terbang. kisah ni aku terbaca dalam novel mana ntah. Lupa sudah!

cerita die cmni.....

Pada satu hari, Kak Minah sedang menunggu flight ke Australia. Sedang menunggu, tetiba perutnya buat hal pulak. Dia pun segera berlari mencari toilet untuk memuaskan hati si perut tu. (eh perut ade hati ker?). Setelah dirasakan perut dah mampu tersenyum, dia pun keluar dari toilet cepat-cepat riso kot2 tertinggal flight. Dan memang nasib dia malang kerna flight ke Australia baru je berlepas 2 minit yang lalu!

Kak Minah memang kecewa giler. Dah la dia nak jumpa buah hati pengarang jantung kat Australia, penat die mengikat perut selama 2 bulan gara-gara nak simpan duit nak beli tiket flight tu. Alih-alih terlepas flight macam tu jer disebabkan sakit perut! Memang dia memaki hamun segala bagai dan dia salahkan perutnya kerna buat hal hari tu.

Selepas tu, Kak Minah pun pulang lah ke rumah dengan hati yang berkecai. Untuk menyedapkan hati yang lara, dia pun bukak tv, mencari siaran yang menarik dengan harapan boleh buat dia lupakan kisah malangnya siang tadi. Dan tetiba....

"Sebuah kapal terbang dipercayai menuju ke Australia yang berlepas pada pukul 11 pagi tadi didapati terbabas dan mengakibatkan hampir 20 orang maut dan 35 orang cedera. Pemandu kapal terbang tersebut, Mohd Mansur Alias, 32 dipercayai tidak mampu mengawal keseimbangan kapal terbang itu disebabkan angin yang bertiup terlalu kencang................"

Kak Minah tergamam mendengar berita itu. Rasa kecewa tertinggal flight tadi terbang, hilang terus. Saat itu, dia berasa sangat bersyukur. Jikalau dia menaiki kapal terbang tu, mungkin nyawanya melayang pada hari ini dan selamanya dia tidak boleh berjumpa buah hatinya di Australia tu. Sungguh dia berasa sangat bersyukur! Mungkin itu hikmah disebalik nasib malang tertinggal flight siang tadi.


so, moral of the story:

-Setiap apa yang berlaku pada diri kita, pasti ada hikmah di sebaliknya. Sebab Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
-Always think positive and no need to regret for what we have done before.

Well, we can't predict our future right?

Wednesday, February 23, 2011

Korang kena amek tahu neh!

Ikutkan mood untuk menghapdate blog memang dh makin kurang sejak balik dr picnic ari tu. Mana tak kurang kalo internet kat sini macam bongek jer (jangan tanya bongek tu apa coz aku pun taktahu..hua3) dan pernah satu hari tu takleh nak bukak semua website. Tension okey but nasib baek gak internet problem, siap la jugak assignment aku sebijik. Jadi, sori la c0z aku jarang dah menjengah blog korang, internet problem menyebabkan pergerakan aku agak terbatas...huhu.

Back to the topic today! Actually nak share ngan korang apa yang aku dapat time class law tadi. Mungkin mende ni tak semua orang tahu c0z aku sendiri pun tak tahu sampai la diberitahu tadi. Untuk menyenangkan aku bagi satu kes la....

Satu pagi yang indah, ramai orang berpusu-pusu ke pasar untuk membeli barangan kering dan basah untuk sajian pada hari tu. Walaubagaimanapun keadaan di pasar taklah seindah keadaan di luar pasar. Bau hanyir ikan, daging semerbak memenuhi ruang pasar tu, lantai yang licin, penuh dengan air dan kadang-kadang boleh ternampak tikus-tikus montel berlari-lari kejar-mengejar dan menyorok kat dalam longkang. Erkkk! Walaupun keadaan pasar tu taklah se’best’ dan sehebat pasar raya Mydin or pasar raya Tesco tapi ramai gak yang datang coz pasar raya mula operasi pukul 10 pagi, dan ini akan melambatkan proses masak-masak untuk makan tengah hari. Si isteri opkoslah tak mahu kena marah dengan sang suami kalo terlewat siapkan makan tengah hari. Suami memang camtu, tahu nak marah je kalo makanan lambat terhidang, bukan nak amek tahu masalah isteri..ok2 takleh cakap lebih2 c0z aku pun belum kawen lagi..ngeh3.

Dalam kesesakan orang membeli belah kat dalam pasar tu, ada lah seorang gadis tu. Punye cun, mekap tebal 1 inci, nak sembunyikan jerawat batu bata, lipstick merah menyala, baju pun memang cantek ah dan berkasut tumit tinggi 2 inci. Tapi rasanya minah ni silap la, masuk pasar dengan pakai cantek macam tu, pas keluar dr pasar tu opkos akan dapat perfume free, bau ikan yang sangat sangat best. Boleh buat orang terliur nak makan ikan baka kalo terhidur. Gadis tu pulak dapat rasakan ramai mata yang memandang ke arahnya, yelah paling cun kat dalam pasar tu.....kot. Jadi, die pun seronok la jalan dengan gaya ‘kucing-berjalan’ atau omputih panggil catwalk. Tiba-tiba............

Gedebuk!!!

Tu dia..macam nangka busuk jatuh! Mungkin terlalu over confident sangat sampai terlupa nak tengok bawah dan tak sedar lantai tu licin...

Akibatnya, kasut tinggi 2 inci tu patah dan kaki kanan gadis tu pun patah. Sejak ari tu, gadis tu tobat taknak masuk pasar ltu lagi. Dah la mendapat kemaluan yang sangat besar, kaki pulak dah patah sebelah, memang malang sungguh nasib die pagi tu.

Well, tahu kah korang. Dalam keadaan macam ni, gadis tu boleh saman tahu majlis perbandaran atau mana –mana pihak yang bertanggungjawab terhadap pasar tu kerana menyebabkan die kepatahan kasut dan kaki sebelah. Mungkin pada dasarnya, kesalahan nampak pada gadis tu. Sapa suh pakai heels dalam pasar. Tapi hakikatnya memang boleh saman tahu. Coz majlis perbandaran bertanggungjawab terhadap keadaan pasar tu atau bahasa law-nya...duty of care. Gadis tu boleh buat tuntutan saman malu dan saman ganti rugi terhadap kepatahan kaki die. Berapa banyak tuntutan yang boleh dimintak, depends kot, not very sure. But try la fight untuk harga yang tinggi. Kaki kita kan tak ternilai harganya, jadi mitak tinggi2....

Wah...camni seronok la kan, boleh la nak saman-saman kan. Tapi agak-agak ar kalo ada kepatahan mana-mana anggota badan kecuali hati atau kecedaraan yang sangat sangat teruk, baru boleh buat tuntutan. Kalo setakat kepatahan kasut tumit tinggi, jangan harap lerr....lawyer pun taknak layan korang. Dan lagi satu and this plis take note, sekiranya pihak yang bertanggungjawab tu dah tampal notis siap-siap, “segala kecedaraan atau kemalangan yang berlaku adalah tanggungjawab sendiri”, haaa...time tu jangan gatal-gatal nak menyaman. Memang akan kalah. Tanggung jela sendiri sapa suh tak berhati-hati.............

So, moral of the story?? Lu fikiq la sendiri.....lalalala......................

Thursday, February 17, 2011

Aku yang tak berapa femes!

Mu nama je duduk Kijal, tapi tak pernah pun nampak batang hidung. Rumah dekat je padahal.

Nak tergelak aku bace komen kawan lama aku kat facebook. Ikutkan kami memang dah lama takjumpa, hampir 8 tahun jugak. Padahal rumah kitrg dekat ler jugak. Orang cakap kalo die kentut rumah dia, aku kat umah pun boleh dengar. Ok, tipu! Takdelah dekat cenggitu sekali..tapi kalo aku kat dalam umah die jugak, boleh ler kot dengar. ngeh3.

Apa boleh buat, aku memang jenis tak suka keluar rumah kalo balik bercuti kat umah. Aku lagi suka lepak kat umah. Dah nama pun balik rumah, duduk umah la kan. Tapi bila kawan aku ajak jejalan baru ler ikut. Ntah la, bila dah besar ni, memang takde mood nak keluar merayap. Kalo dulu, hampir setiap petang kot aku WAJIb meronda-ronda pantai dengan motor. Kadang dengan adik aku, kadang sorang-sorang. Sekarang ni, tiap kali balik umah, waktu petangku adalah di dapur. Kena siapkan makan malam!

Disebabkan aku jarang keluar rumah, ramai jugak orang kampong yang tak cam. Hari tu, masa kakak aku kawen. Ramai orang tak tahu aku ni adik kakak atau anak Pok Awi!

"Owh anak Awi ker? Hok nombor berapa ye?"

"Laa..bakpe dok pernah nampok pun sebelum ni"

Uish..ingat aku ni turun dari langit ker? Kerajaan langit? Oh tidak! Aku bukan pengikut Ayah Pin.

Aku anak ketiga dan ada sume. Kakak, abang, adik lelaki dan adik perempuan. Semua sorang. Perfect bukan. Tapi still rasa takcukup. Saya mahu lebih! Amboi demand ler pulak. Nak lebih beranak sendirik!

Kakak aku paling femes kot antara kami. Hampir semua orang akan tanya pasal kakak aku. Kakak aku ni jenis banyak cakap, mudah mesra dengan orang tua-tua. Jeles jugak aku. Aku kalo dengan orang tua-tua ni, lidah aku jadi kelu, tak tahu nak cakap apa. Taktahu nak bukak topic apa yang sesuai. Terfikir jugak, macam mana nak berdepan dengan keluarga mertua nanti....

Abang aku pulak hampir tiap-tiap petang pergi main bola. Jadi opkoslah orang boleh cam die.

Adik-adik aku pulak memang jenis kaki rayap. Tiap-tiap petang je asyik lesap jer. Pergi jalan-jalan umah kawan dia. Tak pun keluar main.

Aku? à tak dikenali..bukan Tok Kenali!

Ekceli aku memang jarang ada kat umah, adat orang belajar jauh camtu lah. Aku pun bukan jenis selalu balik umah. Kalo cuti panjang baru balik, kalo setakat cuti dua-tiga hari, aku malas nak balik. Penat! Jadi bila dapat balik umah, aku lagi suka lepak kat umah dan malas nak keluar. Keluar g kedai pun rasa macam malas giler. Tu yang diorang jarang nampak aku.

Yang paling kelakarnya, ada pulak yang fikir aku ni awek baru ayah aku! Gila! Time tu ayah aku antar aku pergi stesen bas. Alahai susah betul kan bila tak dikenali ni, macam-macam orang akan fikir....................

HAVOC THE BLOG --> ekceli nak wat tajuk lain, tapi dipaksa wat tajuk ni.

Malas nak explain panjang-panjang, terus kepada tujuan asal ye. Ok, entry kali ni adalah review tentang blogger Kelab USMKK, hanya utk ahli kelab je. Blogger lain, lain kali ye. tu pun kalo aku rajin. hehe. Blogger lain kalo rasa nak berkenalan dengan diorg pun boleh klik pada link blog tu. Diorg ni budak sains kesihatan, jadi kalo korang sakit, boleh la rawat korang. Boleh tambah kenalan kenalan jugak.

Entri kali ni agak panjang sedikit mungkin sampai 2 km, kalo rasa x cukup stamina, boleh stop je. Takut semput lak~ :P. Ekceli ni event pertama kelab ni sempena berjaya kumpul lebih dr 50 orang ahli. tahniah buat admin - cik Fatin Sakura

EVENT BW: "HAVOC THE BLOG"
Syarat:
tajuk boleh pelbagai tapi kena ada tiga perkataan ini HAVOC, THE, BLOG (DONE)
letak usmkk blogger punye official logo! (DONE)
semua blog perlu di BW dalam kelab usmkk blogger
tak perlu buat banyak en3, satu en3 da cukup
boleh update en3 tu sampai date line...
terbuka kepada ahli kelab
bagi sikit testimoni/review pasal blog mereka
atlest ada cerita pasal 5 orang ahli kelab
kalau nak bwat semua pon xpe..hehe
yang penting : do it with your own creativity
dateline: 28 Feb 2011


Aku akan wat review ikut urutan blog yang paling awal aku usha/follow/bace.


blog budak usmkk pertama aku follow
Entri-entri awalnya banyak kepada review tentang movie,
then baru start citer pasal hidup die sebagai pelajar dietitic
fanatik pada Number, ANIME, YUI, MOVIE, JDRAMA

2. Studio Seni Ku - Darkartz

dari blog 1, aku jupe blog ni
at first, wondering gak who the owner
but then, owh! kosmate aku rupanya
banyak bercerita pasal hasil grafiknya
apa yang aku perasan tentang blog ni
dr dulu sampai skrg layout/template tak berubah
mungkin blogger-nya sorg yg setia..mungkin
or mungkin jugak malas nak tukar...
or mungkin selesa dengan layout.
owh! banyak pulak kemungkinannya, susah2 tanya empunya sendiri

3. ~ MereLy Me ~ - Anne

then aku jumpe blog ni lak,
suka bercerita pasal kawan-kawannya, pemakanan yg sehat, well budak diet kan
tp skrg lebih kpd diary, tajuk entrinya adalah TARIKH


dulu nama blog, CJ's Journey ke apa ntah,
but skrg What Cj says
dulu entry panjang-panjang, sampai kdg2 aku malas nak bace (ok, sy jujur)
sekarang lebih pendek and simple
suka gaya penulisannya skrg
tapi skrg die cam dah xde m0od nak tulis blog
Go CJ! Go! haha

5. Diari Senja @ Co0L? - Huda Mustaffar

dulu selalu bace blog die, time tu gune wordpress
bila dh tukar blogspot, lost kejap
then jumpa balik, sambung bace balik
suka gaya penulisannya, puitis sungguh!

6. Hidup Lebih Indah - Din Diet

rajin wat list carta IKIM sampai siap wat blog khas untuk carta tu
suka promote lagu-lagu nasyid or lagu motivasi.
aku suka! :)

7. Quzie Fathihah - Quzie Fathihah

dulu, nama blog: Kisah Aku, dia dan mereka (kot)
sekarang dh tukar guna nama sendiri, mungkin lagi selesa
sedang merindui seseorang, tak tahu siapa? teet! haha :P


suka post entry yg simple, but meaningful especially bout love
aku suka tengok gambar-gambar setiap entry die. comel2 jerk

9. Vogue d Vast - Fatin Athirah

tiap kali aku bace blog die, gaya pembacaan n sebutan aku mesti nak wat gaya die cakap
lembut dengan loghat utara, seyes ni tak tipu taw atin!

10. Rock My World - Mus

junior aku ni!
makin rajin pulak die update aku nengok
excited bercerita pasal CINTA hatinya dan spek mata baru eh silap, lens je yang baru kan :P


blog yang sangat sempoi, dah la font kaler purple...hik3

12. LIVING THIS COMPLICATED LIFE - Margie gates

sedang rancak bercerita pasal bisnesnya skrg - nasi lemak, hotdog blackpeper, roti! roti!

13. Pena Sakura Menggapai - Fatin Sakura

owh lupa, si admin
baru je start follow blog die lepas wujudnya kelab USMKK
seorg yg kreatip i guess
btw, cantek lukisan kartun saya!
thanks ya!

14. Bling-bling~ Ropol-ropol - Sol Bling Bling

memang hantu korea ni,
bukan hantu yang baju putih, gigi taring, kuar darah-darah, rambut mengerbang tu
tapi hantu kat sini means, die ni memang minat habis la sama artis korea
tapi lelaki je kot, coz aku tgk die selalu promote artis lelaki korea, yg gurl cm jarang je..
adat la, perempuan suka lelaki, lelaki suka perempuan. ngeh3

15 MunCung ManiS - Alief Si Muncung Manis

die ni baru je main blog, tapi follower dh melebihi aku. hebat!
memang sangat rajin ber-blogging ar die ni


ok, dah! cukup lah 15 review jerk. Penat dah tangan aku nak menaip dan otak aku nak fikir pasal blog ahli kelab ni. Yang lain jangan terasa hati eh aku tak wat review, nanti ader masa dan kelapangan aku buat. Kalo tak, mitak ampun siap2!


Wednesday, February 16, 2011

Rasanya saya perlu menjadi lebih sopan

Aku suka blogging sebab aku suka bercerita
suka cerita macam-macam
tapi sekarang aku sedar tak semua mende aku boleh cerita kat blog



sebab



blog can't trace who the reader
kalo blogger, aku boleh la tengok kat trafic tu
tapi kalo bukan blogger???
kalo yang komen, boleh la tahu, kalo yang tak komen?
hurm


Ekceli tak kisah pun sapa yang nak bace blog
tidak diharamkan, malah digalakkan
cuma..cuma..cuma..
rasa segan pulak, tambah-tambah bila aku dapat tahu...
lecturer aku bace blog aku. huh!
segan weyh!
Nasib baek aku tak kutuk o citer pasal mereka kat blog


tu baru tahu lecturer aku bace blog
ntah-ntah mak sedara, atuk sedara, pak sedara o bakal mak mertua pun bace blog aku
uish..memang pasni aku kena jaga tutur kata bicara tulisan kat blog ni
nak jaga tingkah laku, opkos la korang tak nampak

Ye! saya perlu lebih s0pan menulis blog pasni...
tapi pernah ke sebelum ni aku bersikap kurang s0pan?
tak pernah kan kan?



btw, thanks ye Dr N&N coz sudi bace my blog..hehe :)

pesanan utk blogger lain, hati-hati dengan tulisan anda di blog. Jangan menulis isu-isu sensitip, atau nak mengutuk-ngutuk orang kat blog. Sebab kite tak tahu siapa yang bace blog kite. Mungkin org yang kite kutuk tu bace blog kita. Tapi kalo nak puji-memuji digalakkan..


Tuesday, February 15, 2011

Hari ni CUTI, tapi saya nak STUDY! RAJIN tak saya?


Semalam sebelum kelas abes, Dr Wan tanya kitrg..

"Esok cuti, nak buat apa?"

dengan serentak kami menjawab

"STUDY!"

"Study?" *uhuk3*
pura-pura batuk.

Sampai hati Dr Wan tak nak percaya kami nak study cuti Maulidur Rasul ni.

Korang korang?

percaya tak kalo aku cakap, aku nak study jer sepanjang cuti hari ni.

plizzz la percaya!

Apa ingat aku malas sangat ke?

aku kan dh final year, so kena menjadi sangat sangat rajin.

kena tunjuk contoh teladan yg baik kepada junior-junior

******

Ok, ekceli aku takdelah rajin sangat pun

walaupun dh 4th year, masih ade penyakit malas lagi

malah makin makin bertambah kot

Tapi hari ni special case, aku harus menjadi RAJIN

sebab

sebab

sebab

LUSA ade test or CA

Dr. PTJ memang tak kasi can langsung kat kami nak berehat, bersenang lenang cuti hari ni

T____________T

Study! study! study! study! ZZzzzzzzzzzzzz !


Kepada mereka yang beragama ISLAM

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Banyakkan selawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw









j0m teman saya study hari ni :)

Sunday, February 13, 2011

Novelis add aku kat fb la...

Assalamualaikum wbt..pagi ni tetibe mood sopan melanda diri. Terasa nak bagi salam dulu sebagai mukadimah. amek berkat org kata. hik3.

Btw, aku dah selamat sampai ke usm pun selepas pergi melawat-lawat hosp. Kuala Lumpur. Melawat-lawat hospt. tu je taw bukan melawat org sakit. ngeh3. Ada apa kat sana? nanti aku citer coz aku nak citer mende laen.

Pagi tadi, aku bukak fb. Biasalah kan bila dah lama x bukak fb, banyak la notti-nya. Then, aku terperasan ade seseorang add kat fb.

-Noorfadzillah Omar-

Nama macam familiar.
no mutual friend.
Then bila aku usha fb die.
Owh. rupanya die ni penulis novel Kuseru Nur Kasih.
Wahh...novelis add fb aku.


Ekceli ade kemusykilan di sini, macam mana die boleh add aku. Mungkinkah die terharu bila bace entry aku Kuseru Nur Kasih . Btw, aku memang pernah citer pasal novel beliau dulu. Nak tahu klik kat link tu.

ataw..


mungkin sebab die terbace entry ni... Tulis Thesis dulu baru boleh tulis novel! Mana tahu kot2 die nak bagi nasihat2 macam mana nak jd novelis berjaya! ahaks!

Baru promote pasal novel, novelisnya terus add aku. Agak-agak kalo aku promote pasal filem Khurafat-KL Drift..Shamsul Yussof tu akan add fb aku jugak tak?




Wednesday, February 9, 2011

Seyes aku tak reti nak pujuk!

"maj0k ar camni"

biarpun aku cakap cenggitu, biasanya aku tak bermaksudkan pun.

Entah lah aku bukan jenis yang mudah merajuk.

Majok-maj0k manja reti lah. hua3.

kalo merajuk pun, esok atau selepas bangun tidur,

aku pasti akan lupa segalanya.

bukan sebab aku ade penyakit Amnesia atau nyanyuk

Cuma malas lah nak amek hati lama-lama

simpan lama-lama, makin sakit hati adalah.

betul tak? betul tak?

-
-
-
-
-
-
-

disebabkan aku bukan jenis yang mudak merajuk

jadi aku bukan seorang pemujuk yang bagus!

okeyh! saya akuinya sangat sangat!

so, pliz jangan sesekali merajuk dengan saya

sebab saya memang tak pandai nak memujuk orang.

Kalo memujuk untuk membeli barang jualan, haaa...yang tu aku pandai!

hehe.

***********************



U, u majok dengan ai ker?
ala pandang la sini...tengok muka ai, tentu u tak majok dah.

yuck! bukan korang je boleh muntah. aku pun! hehe


p/s: Aku tulih entri bukan sedang nak memujuk orang. Sila jangan salah faham okeyh! Eh tapi ok jugak kan pasni kalo ade orang merajuk, aku pujuk melalui tulis entri kat blog. Mesti die dah tak marah aku kan. Idea yang bernas tak? Okeyh, dah tahu dah cara nak pujuk orang. hak3


Tuesday, February 8, 2011

Tulis Thesis dulu baru boleh tulis novel!

“Kak, nasi kerabu so”

“Nasi kerabu lauk ayam bakar so”

Begitulah suasana gerai nasi kerabu di pasar minggu berhadapan hospital universiti sains malaysia setiap hari Jumaat. Gerai nasi kerabu ini sering mendapat sambutan daipada masyarakat setempat dan juga pelajar usm. Sesetengah pelajar yang bukan berasal dari pantai timur juga semakin menyukai keenakan nasi kerabu itu. Nasi kerabu merupakan sajian terkenal di pantai timur. Terdapat juga pelbagai lauk yang dijual bersama dengan nasi kerabu. Namun kebanyakkan pembeli lebih gemar memilih lauk ayam bakar dan daging bakar sebagai lauk tambahan bersama nasi kerabu.

“berapa riyal eh?”tanya seorang gadis setelah menyambut bungkusan plastik berisi nasi kerabu berlaukkan ayam bakar.

“rm3.50”

Mendengar jawapan daripada penjual, duit berwarna biru sebanyak empat keping segera dikeluarkan dari dompet gadis itu. Setelah mendapat duit baki, gadis itu terus beredar dari gerai yang penuh sesak dengan orang ramai yang mahu membeli nasi kerabu sebagai hidangan makan malam. Ketika sedang mengatur langkah untuk bergerak keluar, pandangannya terhenti ke arah seorang lelaki yang betul-betul berada di belakangnya.

Lelaki itu tersenyum. Gadis itu turut membalas senyuman itu. Manis! Detik hati gadis itu.

Kemudian, mata gadis itu terus meliau mencari temannya.

“Eh, sorry, sorry, ramai orang tadi kat gerai nasi kerabu”, jelas gadis itu setelah menemui teman baiknya.

“Takpe, kau dah siap beli ker?” tanya teman baiknya.

“Dah, jom balik!” ujarnya dengan yakin.

“Eh kau tahu. Tadi kan aku jumpa sorang budak batch kita. Dia senyum kat aku. Comel!..hehe,” cerita gadis itu kepada teman baiknya ketika dalam perjalanan pulang ke asrama.

“owh yeker. Yang mana satu eh? ko ni yakin je die senyum kat ko”

"Haha entahlah tapi dia memang jenis suka senyum je aku tengok. Aku taktahu sangat nama die, cam muka jer." balas gadis tu sambil tergelak.



**********************************

aku taktahu nape aku taip mende neh. tetiba terasa nak menulis cerita novel. Cam best pulak.

Tapi kena siapkan writing thesis dulu.....

mahu bace citer ni selanjutnya, tunggu tunggu dan tunggulah ye..hehe