Sunday, March 27, 2011

kdrama suka mempengaruhi aku.

hari neh, berjaya juga aku masak spageti carbonara
ni sume gara-gara terpengaruh tengok korean drama, PASTA
tengok diorang masak pasta, buat aku terasa nak masak sama
tengok diorang makan pasta dengan gaya yang menggoda, aku pun terasa nak makan sama
ishh3..kuat betul pengaruh drama tu...

************************************************

aku: seronok pulak aku tengok chef dalam citer Pasta tu gerak2 kan pan no-stick masa masak pasta tuh
mir: abes ko nak wat cmtu gak ker? agak2 ar weyh..kita masak guna rice cooker jerk..
aku: xde ar cmtu...nanti balik umah, aku nak try la. hahaha

*************************************************

dan ekceli, ni 1st time aku masak spageti carbonara
dibantu oleh Fadh, Quzie, Mir & Hazirah
biasanya aku masak spageti bolognese jerk, tapi selepas tengok citer PASTA tu lah
aku jadi gedik nak masak spageti carbonara
dan takdelah susah pun dengan menggunakan PREGO neh.
senang plus jimat



disebabkan kegedikkan plus keinginan tinggi nak masak mende tuh
sanggup aku & Mir pergi mencari kat Nirwana, selepas dapati Mydin xde Prego perisa tuh
Nasib baik ade kat Nirwana tuh, kalo tak mungkin dah melencong ke KBmall or Tesco kot
memang sangat bersemangat waja kan aku neh

bajet nak masak utk 6 orang, but last2 macam untuk berbelas orang
terlajak bajet sudah
memang tak larat nak habis pun coz spageti ni memang cepat muak pun, ada keju kan



lebih kurang cam ni la ghupa spageti yang aku masak tadi
terlupa nak snap picture
coz dah excited nak makan kan..hehe


p/s: rindu zaman kat mpdrm dulu, hampir tiap2 hari kot kitrg bekerjasama masak. dan sangat seronok kot bila masak beramai-ramai. memang kecoh.

Tuesday, March 22, 2011

Jangan Pernah Berubah

Sejak akhir ni, aku selalu dengar lagu ni di mana-mana
di kedai makan, dalam kereta, dalam bilik
setiap kali bukak radio mesti lagu ni pasti kuar
rasanya lagu ni dah lama, tapi baru sekarang nak naik kot
sebab dj selalu pasang

aku start dengar lagu ni tahun lepas
tu pun coz rumate aku suka dulu dan promote kat aku
liriknya sama cam hidupnya, katanya
well, j0m tengok liriknya.


jangan pernah berubah-st12

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Reff:[*]
Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff:[*] , [**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya


ekceli aku pun suka lagu neh
tapi bila acap kali dengar, rasa sedih pulak
huhu.


Saturday, March 19, 2011

skodeng Kim Hyun Joong sampai mata merah

petang semalam tetibe mata kanan aku merah +pedih
tatahu kenapa
mungkin sebab terlalu banyak menanges disebabkan citer Playfull Kiss
atau mungkin terlalu lama skodeng Km Hyun Joong, hero citer tuh
hensem, cute dowh. i like! i like!

tapi kan kenapa satu belah jer
bukan ker kata orang
cubit mata sebelah kanan, mata kiri turut terasa
eh silap! bukan mata, peha..
hoho

bila dah merah + pedih camtu
cuak la jugak, riso kalo-kalo makin teruk esok-esok
next week dahlah aku ada PBL + OSPE
naya kalo sakit mata

jadi, aku pun terus mencari ubat sakit mata kat farmasi
langkah pecegahan, harus bertindak segera


kecik ciput cmni pun dah berharga rm10

"titik ubat ke dalam mata 2 titik setiap 4 jam"

baik!

sampai je kat bilik, terus titik ke dalam mata

2 titik.

lepas 4 jam, aku terus lupa nak titik ubat tu sampai la bangun pagi tadi
tapi bangun tadi, mata aku dah tak merah dah
dah ok

takkan gila mujarab ubat tu, guna 2 titik je terus elok
ish..aku rasa mata aku merah semalam coz infection dr contat lens jer
bukan sakit mata yang kuar-kuar taik mata tuh

tetibe rasa menyesal pulak beli ubat 10 hengget tuh
bukan guna banyak pun. 2 titik jerk. tak luak pun.
10 hengget tuh, beli topup boleh calling-calling dah...

ada siapa-siapa yang sakit mata skrg?
aku nak jual ubat mata tuh
rm12 jerk. murah je kan kan?

pape pun bersyukur lah, mata aku dah ok :)

Friday, March 11, 2011

betul ker lelaki takut perempuan lagi pandai dr mereka?

Hi awak!

terlebih dahulu saya nak memohon maaf dari awak, kerna terlambat berterus terang dengan awak. Sebenarnya saya erm saya sebenarnya sudah lama simpan perasaan kat awak. Tapi saya malu nak menyatakannya. Sebab saya sedar, saya tak layak untuk awak. Saya tak belajar tinggi macam awak, xde ijazah macam awak, diploma apatah lagi.

Dulu, saya pernah simpan perasaan dekat seorang gadis ni. Dia pandai, student medic. disebabkan tidak mahu terlepas, saya terus menyatakan rasa hati saya. Namun, saya ditolak mentah-mentah kerna tidak sepandai die. bukan budak medik macam die. sejak hari tu, saya rasa down. sebab sebab tu jugak saya tidak berani untuk menyatakan isi hati saya pada awak. takut pisang berbuah dua kali.

saya terus tetapkan hati supaya berhenti untuk menyukai awak. Dan akhirnya, saya telah bertemu dengan seseorang yang setaraf dengan saya. Hanya mempunyai sijil kemahiran. kami belajar di tempat yang sama. Saya telah lamar telah die dan die menerima lamaran saya.

entahlah, saya tidak tahu kenapa saya terasa nak beritahu awak semua ini. Tapi saya rasa awak perlu tahu, awak pernah bertakhta dalam hati saya sebelum ini. Namun, disebabkan saya rasa kita tidak layak, saya cuba padamkan perasaan itu dan sekarang saya dah berjumpa dengan orang yang setaraf dengan saya. Mohon maaf sekali lagi sekiranya surat ini menganggu awak. moga awak pun bahagia.

hohoho...

betul ker lelaki akan rasa takut untuk melamar perempuan yang punyai akademik lebih tinggi dari mereka?

kaum lelaki apa pendapat kamu?

bagi aku,
seorang perempuan yang takdelah tinggi sangat taraf pendidikan merasakan
sijil akademik seseorang tu xlah penting sangat
yang penting adalah Harta, paras rupa harus ade kerja tetap

kalo belajar tinggi pun, then tak reti nak cari kerja
dan sibuk duk menganggur
or tak pun kejap kerja-kejap berhenti
tak guna jugak kan?

dan bagi aku jugak
Akademik kurang takpe, janji lelaki tu WAJIB pandai bace Doa Qunut :)


sekering-kering hati aku, masih ade BASAHnya lagi taw


bila aku cakap aku amek forensik
orang pasti akan tanya

"uish, tak takut ke bedah mayat"

"tak gerun ke tengok mayat eksiden teruk2"

ekceli nanti xde-nye aku nak kerja bedah2 mayat pun
bukan takut, cuma rasa macam takde peluang
lagi satu, aku tak berminat sangat
setakat nak tengok main-main boleh la
untuk serius tak kot

kalo setakat tengok mayat-mayat pelik
aku tak kisah, malah lagi excited
hatiku KERING tengok mayat
malah tiap kali join post-mortem
aku terasa macam nak jer tolong doktor potong-potong internal organ tu
takpun gergaji skull tu
macam best jerk

then kepala otak aku terfikir lagi
kalo hati lembu ni, sedap buat goreng pedas
gile sadis kan..

seyes, aku memang tak takut nak tengok mayat-mayat
ala kalo takut, mungkin aku dh xamek kos ni

tapi kan,
dalam hidup ni, cuma satu je aku tak sanggup nak nengok
seyes tak sanggup la...


Ye! orang menanges, bukan baby taw
tak jumpa org nanges, letak gambar ni..hehe
kalo baby nanges, aku tak kisah.
sumbat botol susu nanti ok la tu
tapi kalo org dewasa, kena ade cara-nya

aku xleh la nak tengok orang nanges
tak sanggup tengok diorg mengalirkan air mata..eceh..
tengok diorang menanges, terasa nak turut serta menanges
aku lak bukan reti nak pujuk-pujuk orang..huhu

sob3.

well, sekering-kering hati aku
masih ade BASAHnya lagi taw

so, big GURL or BOY, dun cry okeyh! :)


Thursday, March 10, 2011

abang doktor hilang stetoscope


ini kisah dua-tiga hari lepas
time tu, aku tengah lunch bersama Nadia di cafe harmonie
sedang enak menjamu selera, aku terpandang seorang lelaki di hadapan aku
kacak. hensem. smart.
dah, takyah puji lebih2, bukan dapat upah pun~

dari gaya die bercakap dengan seorang kakak misi depan aku neh,
nampak macam die sedang mitak izin nak makan semeja dengan kakak tuh
yelah, cafe agak sesak time tu
terpaksa lah menumpang

sebagai tanda die nak duduk kat meja tu, die tinggalkan stetoscope kat kerusi
rasanya semua kenal kot stetoscope tu apa
bukan sejenis kuih apatah lagi lauk
iskh..makanan je korang ni
stetoscope tu alat doktor2 cek denyutan nadi & jantung pesakit and mcm2 kegunaan boleh wat
sebagai hiasan pada telinga pun boleh
owh! so, i guess lelaki td mungkin doktor ler kot
bukan student rasanya, coz xpernah tengok

ok, sambung balik cerita
lepas je, die letak stetoscope tu, die terus blah cari makanan
aku pun teruskan makan
tapi aku perasan kakak misi tadi dh blah,
then ade dua orang lelaki lain duduk kat tempat tu

kemudian abg doktor td dtg ke tempat yang die c0p tu
dengan makanan
fine-lah kan orang dah duduk makan dekat tempat yang die cop
so, die letakkan pinggannya atas meja berhampiran dengan meja tadi
nasib baik xde orang
tapi die macam mencari sumthing

owh
his stetoscope
a'ah la STETOSCOPE die HILANG

aku yang dah siap makan turut mencari-cari stetoscope die
tapi dengan ekoran mata jela
takde maknanya nak g menyibuk nak tolong cari

pelik..mana hilangnya stetoscope die
aku pun tak perasan
kesian pulak aku tengok die makan tak tenang
yelah benda penting hilang kot
cmne nak cek patient kalo xde stetoscope
tapi sapa suh die letak merata kan kan?



"Abe doktor, ni stetoscope awak"
*blushing*

sayang aku boleh tak perasan sapa yang ambil stetoscope doktor kacak tu
kalo tak, mesti aku dah jadi HEROIN pada hari tuh...
melepas! melepas!
hahaha


Wednesday, March 9, 2011

demand eh ko mesin cash deposit


semalam pergi cucuk duit kat mesin atm bank Islam
sambil bermain dgn mesin atm tu
tangan aku duk bermain dengan henset
mencari no akaun kakak aku
mahu transfer duit dekat beliau

segala instruction pada mesin atm tu
aku main tekan jerk
bajet dah expert la guna mesin tuh, (hampeh!)
termasuklah amaunt duit yang nak keluarkan

dan bila mesin atm muntahkan duit
terkejut beruk aku
banyak gile dowh die muntah
rasanya tadi aku tekan amount RM100 jerk
pastu tengok pada resit bank
gile rupanya aku terlebih 0
means aku terkeluar duit rm1000

then nasib baik kat dekat area situ ade cash deposit
kalut la aku masukkan lagi rm900 kat akaun balik
dan yang sangat sangat tension
mesin cash deposit tuh bengong kot
asyik reject je duit aku
masuk-reject, masuk-reject
adalah dalam beratus kali, ok tipu! takde lah rajin sangat nak cuba sampai beratus kali
bila dah selalu kena reject
aku give up!

hanya rm650 je, mesin tuh terima
amboi demand eh ko, mesin cash deposit...
xpe2..pasni aku xnak berurusan dengan ko dah!!!
time tuh, aku rasa nak ketuk-ketuk je mesin tuh
tapi orang ramai sangat, so kena jaga
well, budi bahasa budaya kita

lagi rm250, terpaksa aku pegang
ala...aku tak suka sangat pegang duit banyak-banyak
nanti boros. T_T


moral of da story:

lain kali kena fokus time berurusan dengan mesin atm
jangan gedik-gedik nak main henset ker, borak dengan kawan ker
kalo tak, terimalah nasib macam aku ni....


Tuesday, March 8, 2011

Rahsia rambut selembut Bayi....


tahun lepas, bertempat di Watson, Midvalley

Mata aku meliar mencari minyak Johnson
Stok minyak Johnson aku dah habis time tu
Aku guna minyak Johnson untuk buang mekap
ekceli bukan mekap pun, coz aku bukan suka mekap sangat
tapi just nak buang eyeliner pada mata
harus dibuang kalo tak makin bertambah eyeback pada mata aku

Jumpa je minyak Johnson tuh, terus aku amek

then, tetiba ade seorang lelaki turut amik minyak Johnson tu jugak
eh eh kawan aku, teman aku pada hari tuh

"eh, guna minyak Johnson jugak," tanya aku pelik.
Yelah, lelaki nak guna minyak Johnson nak buat apa

"A'ah nak pakai kat rambut"
jawab die selamba

"Ooooooo"

"Kenapa?"

"Takdelah, biasanya lelaki kan suka pakai gel rambut macam brylcream ker. Takde kot yang guna minyak Johnson"

"Hahahaha! memang dah biasa guna minyak Johnson pun"

uish...comel je kan lelaki pakai minyak Johnson pada rambut
macam budak-budak
mesti rambut die pun selembut rambut bayi
aku tak pernah cuba nak sentuh rambut dia pulak.
haram beb!..
tapi pada pandangan mata aku, rambut die macam lembut je
ohh....itulah rahsianya rupanya...

sejak hari tu, aku pun turut lumur minyak Johnson pada rambut
dengan harapan rambutku menjadi selembut bayi


Sunday, March 6, 2011

Nasib baik tak rosak

Semalam sedang bertungkus lumus mengubah susun atur perabot dalam bilik

Gedebuk!!!

bunyi sesuatu jatuh.
kuat la jugak bunyinya
mencarik la aku apa benda yang jatuh tuh

dan rupa-rupanya

ni haaa..............


my external hard disc.

terus aku capai external hard disc dan try connect kat lappy
risau beb kalo tak dapat detect or rosak ker
tapi bila dah connect
alhamdulillah boleh detect
syukur tak jadi paper kat external hard disc

kalo jadi pape, memang aku akan nanges gile gile giler ah....
banyak mende penting dalam tuh
terutamanya folder gambar
semua gambar sepanjang kat usm ni, aku save kat external hard disc
sedih weyh kalo hilang cmtu jerk..

nampaknya selepas ni aku kena lebih berhati-hati jaga 'nyawa' aku tuh..

*********************

hepi pulak dengan susun atur bilik aku skrg
ekceli ade sebab kenapa aku tukar susunan perabot kat dalam bilik aku
jangan tanya sebab apa
c0z aku takkan bagitahu
lalalala~~

apa??

nak tengok keadaan bilik aku?

uish...cannot cannot

mana boleh, bilik anak dara takleh tunjuk kat orang...

bahaya bahaya

hahahahaha.


Friday, March 4, 2011

Just Call Me Lea

Tadi aku pergi kelas memandu kereta

Dah final year, baru nak amek lessen ek

Argh...lantak lah, janji aku amek

Cepat atau lambat belakang kira kan kan?


Then tadi masa belajar memandu tu,

Cikgu memandu tu asyik duk panggil aku NUR

“Nur, bawak slow”

“Nur, ikut apa cikgu cakap ye”


Oh No!! Geli geliman dowh

Dah la suara die romantik, perlahan + lembut je nadanya

Ishh..tak pernah-pernah orang panggil aku Nur

Nasib baik aku boleh focus memandu tadi

Kalo tak, mahu je aku suh cikgu tu tukar panggil aku Lea jer


Aku rasa panggilan Nur tu utk gadis yang sangat lembut, sopan

Dan rasanya aku cam tak sesuai jer..huhu

Eh, ekceli aku pun ade ciri-ciri tu jugak taw, cuma takde perkataan SANGAT kat depan

Biasa-biasa saja...


p/s: haaa..korang jangan nak panggil aku NUR pulak. geli, tak sanggup nak dengar.....


Thursday, March 3, 2011

bila nak ada baby?

Pagi tadi, aku pergi kelas agak lambat
kelas pukul 8, tapi pukul 7.52 baru kedek-kedek keluar bilik
seronok blogwalking pagi-pagi sampai tak perasan dah lambat

but then, bila sampai je kat kelas
rupanya aku orang kedua yang sampai ke kelas tu
dan orang pertamanya adalah ......LECTURER!
means, aku student pertama datang kelas
mungkin kepenatan dengan aktiviti semalam menyebabkan ramai orang datang lewat

Masuk je kelas tadi, Dr Wan terus tegur, tak sempat nak cakap gud morning kat beliau

"Kamu semua duduk hostel kan?"
i guess, dia tanya soklan ni mungkin pelik kenapa kitrg selalu lambat g kelas dia

"A'ah, kecuali Kak Fizah. Ekceli dia dapat hostel, tapi lepas dapat baby dia duduk luar."
Penuh sopan aku menjawabnya

"owh.....abes bila awak pulak nak dapat baby?"

erkkkk????? dengar je soklan tu, secara otomatik tangan aku mengusap perut aku.
opkos la usap perut aku kan, takkan nak g usap perut Dr Wan.
Naya beb, dah la kami berdua dalam kelas tu..haaaaa...

sambil sengih-sengih, aku jawab,

"lambat lagi lah doktor."

hoho..malu seyh bila lecturer aku, lelaki, umur anggaran 50-an kot tanya soklan camtu

kalo dia tanya soklan pasal kawen, ok sikit la kot
ni BABY

tapi ekceli aku tak kisah pun
Dr Wan memang sangat best, treat kitrg pun macam anak-anak dia..

i like it! i like it! haha.
(comel je die bila sebut perkatan ni)

Wednesday, March 2, 2011

Cinta tak perlukan alasan


Kata orang, cinta sejati tidak memerlukan alasan mengapa kita mencintai seseorang itu

Tu orang yang kata, kambing lembu unta tatau la pulak diorang kata apa

Kes 1

abu: Ling..ling..kenapa ling suka kat B yer. B ni dah la tak ensem, perut buncit lak tu, pastu pipi tembam macam belon.

Siti: ling suka kat B sebab B comel macam teddy bear. Best nanti leh peluk2..hik3.

Selepas beberapa tahun kemudian, disebabkan terlalu busy dengan kerja, badan Abu makin menyusut.

Abu: Ling..nape sekarang ni asyik mengelak dengan B jer?

Siti: B dah makin kurus. Tak bestlah! Dah tak HOT! Kita clash jela.

Abu: Haaa???

Kes 2

Aminah: Abang, kenapa abang suka minah? Minah dah la budak kampung, tak tahu fesyen-fesyen ni. Pakai tudung bawal je, tak reti nak belit-belit shawl kat kepala.

Daniel: Abang suka kesederhaan Minah. Lagipun Minah nampak sweet je cmni. (sambil senyum memandang Minah..auwww!)

Aminah rasa tak selesa disamping Daniel. Daniel Nampak macho dengan pakaian yang berjenama sedangkan dia hanya memakai baju kurung. Lalu, die cuba mengubah dirinya..mencuba fesyen belit-belit shawl, pakai baju yang lebih bergaya. Satu hari,

Daniel: Minah, kita berpisah jela.

Aminah: Kenapa? Apa salah Minah?

Daniel: Minah tak macam dulu. Abang tak suka lah fesyen Minah sekarang . Belit-belit kepala dengan kain yang macam tali ni.

Aminah: tapi ni kan fesyen terkini bang.

Daniel: Fesyen tak fesyen. Abang tak suka. Dah kita putus!


Hakikatnya, tak perlu ada alasan kenapa kita mesti sukakan atau cintakan seseorang.

Kerna apabila hilang atau berubahnya alasan itu, mungkin CINTA pun akan turut sama berubah atau hilang kan kan?


Tuesday, March 1, 2011

Berahi Keropok Lekor


Haa haaa haaa....
jangan fikir bukan-bukan bila bace tajuk entri kat atas
berahi kat sini bermaksud suka, like, uhibbu
(cukuplah translate dlm 3 bahasa saja)
dan ekceli itu adalah loghat org Ganu n kelate..

seyesly, aku memang hantu kerepok lekor
kalo boleh, tiap hari aku nak makan mende tu
mungkin sebab sejak kecik aku selalu makan kot
biasalah terengganu kan femes dgn makanan tu

tapi kat terengganu pelbagai jenis keropok ade
keropok selipar or keping - kerepok ni nipis dan ranggup jer. (yg ni paling suka)
keropok celup tepung
keropok kepala - lebih kurang keropok lekor
yg speselnya keropok kat terengganu adalah sos nya
sos nya memang sedap, pekat dan cukup semua rasa
kat tempat lain memang xleh nak challenge yang terengganu punyer

gambar dicuri dgn bantuan pak cik Google

tapi sekarang tepaksa kurangkan makan keropok lekor
keropok lekor kan berminyak dan opkos kalori pun tinggi
diet diet diet!


sebut pasal keropok ni teringat cerita adik aku,

"mu taw, kecian kawan mat, Faiz"

"bakpe ngan die?"

"Mak die jual keropok, pastu kawan-kawan mat kalo jumpa Faiz mesti akan nyanyi lagu Keropok Moni dengan buat gaya lagi"

At first aku gelak jugak, yelah bila teringat lagu keropok Moni tu.
Kelakar kot. hahaha.
But then rasa kesian pulak kat Faiz tu. Mesti die malu.
Dasar budak-budak memang suka betul nak ejek-ejek orang coz nama ayah, pekerjaan mak bapak, takpun nama diorang sendiri.

korang pun mesti pernah terlibat dgn budaya tak sehat ni masa kecik-kecik dulu kan
tak kisah la sama ada anda mangsa atau tukang ejek kan kan?
baik mengaku cepat! hahaha