Saturday, April 30, 2011

Ayah aku tak bagi mitak kerja jauh-jauh...huuu

"Ayah, noya nak mintak kerja kat Kl eh. Kerja sementara jer"

"Hmmm..kat terengganu takde ker?

"Ala kejap je pun ayah, 6 bulan je"

"6 bulan pun lama jugak. Kat Terengganu takde ker?"

"Ala..nak try mitak je dulu, taktahu la dapat ke tak. Boleh eh ayah"

"Hmmmm...KL jauh jugak, nanti susah lah nak balik umah"

"Ala..takpelah noya try dulu eh eh"

"Hmmmmm"

**********************************************

Alahai ayah aku neh.
Nampaknya die memang taknak bagi aku duduk jauh-jauh dah.
Risau benor kalo-kalo aku jarang balik umah nanti
Yelah, time belajar dulu, aku memang jarang balik umah.
Tu lah gatal sangat, mitak jauh-jauh
memang susah la nak balik umah
huhu

Tapi nak buat camne, aku memang suka merantau.

Teringat masa aku dapat tawaran matrik dulu

"AYah..noya dapat matrik johor"

"Johor? Kat Kuantan kan ada, kenapa tak mitak kuantan jerk?"

"Mana noya tahu, dah dapat Johor. Noya mitak jugak Pahang, tapi tak dapat"

"ohhhhh"

Memang la aku mitak Matrik Pahang, tapi 3rd choice. Opkos la akan dapat 1st choice, KMJ. Aku memang malas nak masuk Matrik Pahang dulu, coz dah bosan 2 tahun belajar kat Pahang. Dah la sekolah aku tercerup sekali, penghujung Pahang lak tuh, Kuala Lipis.

************************************

Tapi soal kerja neh, ntah lah. Rasanya aku akan try mitak je seluruh Malaysia. Susahlah kalo nak fokus pada area tertentu jer kan kan?


Ayah! Sila bagi izin kat saya!...huhu

Friday, April 29, 2011

Dah habes belajar dah!


Jom jerit bersama-sama dengan aku nak?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

hoho

semalam merupakan last exam aku
dan ini bermakna, aku dah tamat belajar di usm neh
hepi! suka! gembira!

walaupun padahal, thesis tak present lagi
next week baru present
ahhh..pedulikan itu thesis
present je pun, tak payah nak sentuh notes sangat
tapi present pun, kalo kena hentam dengan lecturer, naya beb!

ahh..lantaklah, malas nak fikir
lagipun banyak masa lagi nak prepare
masa yang ade ni, kite meronggeng!
jom kawan jom!
hehe

****************************************

tadi lepas exam, aku buat la status kat fb, tak sangka la pulak dapat sambutan ramai
ekceli aku main-main je,
bukan serius pun
huhuhu


ni kalo mak sedara-pak sedara, sepupu, kakak-abg ipar aku bace
then report kat ayah aku
naya neh!

"ha...dah habes belajar tu, kerja la dulu, jangan nak kawen dulu!"

huhu..baik ayah!



p/s: ekceli, takdelah ayah aku cakap camtu, cuma aku rasa dh sampai masanya untuk aku membalas jasa keluarga pulak. Sebelum ni mereka bersusah payah hantar aku belajar tinggi-tinggi, so sekarang turn aku la pulak balas budi mereka..kan kan?



Tuesday, April 26, 2011

Sangat excited masuk kedai pengantin!

Semalam aku dan 2 kawan aku pergi kedai pengantin. Oh! seriusly aku sangat suka masuk kedai pengantin. Haa...jangan nak tuduh yang bukan bukan. Aku bukan gatal nak kawen ok! walaupun hakikatnya, ada la sikit. Tambah-tambah lepas Ashraff Muslim dah bertunang. Apa kaitannya? Entah.

Ekceli, semalam aku pergi usha-usha barang untuk membuat kad jemputan ke Malam Graduasi PPSK minggu depan. Terpaksa handmade coz kad tu untuk lecturer, dan bilangan lecturer yang dijemput takde lah banyak sangat. So,kalo nak tempah kedai printing rasanya tak berbaloi.

Sejak kakak aku bertunang-->berkawen ari tu, aku jadi excited dengan gubah-gubahan ni. Yelah semasa die nak bertunang dan berkawen dulu, aku lah antara orang penting membantu die gubah hantaran. Sebab tu, sekarang ni, bila masuk je kedai pengantin, aku jadi hepi semacam jer. Seronok tengok reben-reben, bunga-bunga dan macam-macam lagi. COmel-comel semuanya...

ok, ni dia kad yang berjaya dibuat semalam. Tapi baru sekeping siapnya, ada lah 4900 untuk dibuat, eh silap! buang 00 kat belakang tu, tersilap type....ngeh3


terpaksa buat simple je coz bajet tak cukup! har3


********************************

aku tahu mesti ada yang tak berpuas hati pasal kad ni kan kan kan? terutamanya dak kos aku..har3

1 Kenapa mesti ada butterfly?
- sebab bunga tak cantek! butterfly je yang cantek dari segi design dan kaler.

2. Kenapa kaler pink?
- ekceli nak buat kaler purple, bajet tema USM la kan. tapi kertas perfume takde. So, amek la kaler pink.

Tak caya tanya cik mir dan cik Fatin...hihi


Thursday, April 21, 2011

Mak Cik Cafe Lap Pinggan Pakai Spender

Di satu petang, di kolej matrikulasi johor, 2006.

aku: ko tahu, mak cik cafe lap pinggan pakai spender.

wani: hah? mana ko dapat citer ni?

aku: dah kecoh dh la wanie. ko tak tahu eh pasal ni?

wani: ko biar betul lia.

aku: betul la...

wani: yang mana ni? yang indon tu ke?

aku: err..a'ah la...tapi rasanya semua kot...

wanie: ala....eiii...patutlah ko selalu tapaw makanan, tak makan situ.

aku: emm..a'ah..tu la....huhu

wani: ala..gelinya aku..menyesal nya aku makan kat cafe td....yucks! pasni aku nak tapaw jugak la..

aku: tapi kan, aku rasa die bukan stakat lap pinggan je pakai spender, lap periuk tu semua pun kot. *muka serius*

wani: hah? abes cmne ni. eiii..tak sanggup aku nak makan.... *muka macam nak muntah jer*

aku: ermmm...ekceli kan...mak cik cafe tu opkos lah die pakai spender time lap pinggan tuh. aku tak cakap pun die lap pinggan guna spender....wakakkakaka

wani: Sengal!!

aku: haha.. *gelak guling-guling*

kesian kat mak cik indon, tak pasal kawan aku pandang serong kat die sekejap...hehe. tapi kenyataan la kan kan kan? btw, aku suka bawak citer neh kat orang. Suka tengok reaksi dan mimik muka diorang bile membayangkan mak cik cafe lap pinggan pakai spender. Muka penuh ke-geli-an dan buat gaya nak muntah..haha. padahal, diorang salah tafsir ayat tuh...

jahat kan aku..eh silap, cikgu aku pesan tak elok cakap jahat...

Nakal kan aku...hahahahah..

lu kena beb!



ala, sebelum aku kena kan orang, opkos la aku kena dulu...huhu..



Wednesday, April 20, 2011

Saya tak mengecewakan Kamu =)

Aku dalam mood hepi neh, serius hepi..hehe

kenapa?

sebabnya.....

*******************************
kisah 2 minggu yang lepas, berlaku pada 5.15 petang, 6hb di makmal penyiasatan kebakaran (MPK), KT.

aku: en wan, mcm mane eh nak beza antara chromatogram standard kerosin dengan carpet yg terbakar dengan diesel. lebih kurang sama je.

(kerosin: minyak tanah. Kerosin dan diesel ni selalu penjenayah yang suka bako-bako barang atau bangunan guna)

en wan: haa..yang tu lah yang sebenarnya saya nak mintak tolong awak kaji. terlupa pulak. memang biasanya ahli kimia selalu tersilap nak tentukan sama ada kebakaran itu disebabkan diesel atau kerosin.

aku: owh yeke? abes macam mane eh..memang tak ada beza. macam mana nak explain nanti eh.

en wan: hmm...awak boleh datang sini lagi tak?

aku: tak dah kot, sebab 14hb dah nak hantar dah. tak sempat.
(padahal, lepas tu lecturer aku extend kepada 24hb ni untuk submit draf thesis)

en wan: takpelah, macam tu xde penyelesaian jugak lah. takpela mungkin kerosin dan diesel memang tak boleh beza sebab dua-dua dari kumpulan heavy fuels, so, chromatogram pattern mesti lebih kurang sama. assume mcm tu jela. (macam sedih).

aku: ermm..ok!

Seyes kecewa time tuh, coz aku rasa aku dah kecewakan pihak bomba dah. Yelah, tajuk final year project aku sebenarnya dicadangkan oleh pihak makmal penyiasatan kebakaran, bomba tuh. En Wan yang cadangkan, sebab dia tak sempat nak kaji mende tuh, so, die propose lecturer aku cari student untuk wat research pasal mende neh. dan aku lah antara orang-nya. Kiranya kami masing-masing dapat benefit, pihak die dapat database yang dibuat oleh aku, dan aku boleh siapkan fyp, dan boleh grad!!

but then, bila macam ni agak kecewa jugak lah.....

***********************
tu kisah 2 minggu lepas, kisah hari ni, 3.00 pm di dalam bilik aku

Ketika sedang betulkan balik result dan discussion fyp aku. Tu pun selepas berulang-alik seminggu jumpa lecturer aku yang expert dengan mesin yang aku guna, bincang-bincang, betulkan teori-teori ayah pin yang dicipta oleh aku.......

akhirnya

aku berjaya jumpa perbezaan antara kerosin dan diesel...

owh sangat hepi!

en wan, nampaknya saya tak mengecewakan kamu..

saya dah jumpa perbezaannya..

hepi! hepi! (100x)

dah ade keyakinan nak present thesis neh...hihi

=)


Monday, April 18, 2011

exam tak setel lagi, dah ade plan lain!


Petang ni aku exam
dan sekarang aku dah takde mood nak study
rehatkn otak kejap..ngeh3

exam tak setel lagi
tapi aku dah siapkan senarai tugasan untuk hari ini
arghh..banyak yang perlu di-setelkan pada hari ni


kata banyak, padahal 4 je pun..puithhh!

haip! haip! memang la 4 je,
tapi yang last tuh sangat men-tension-kan diri ok
bayangkan aku terpaksa buat balik result + discussion
hancur ranap, usaha aku selama ini

T___T

tapi takpe, kira ok la
at least aku sedar kesilapan aku before hantar draft
kalo tak mesti dapat markah rendah kan kan?

owh ye, aku terpaksa kira balik baki duit kelas
duit lebih kena pulangkan
dah tak boleh di-forward-kan kepada sem depan
sebab dah tak wujud sem depan =)

dan dengan ini jugak
jawatanku sebagai bendahari kelas akan dilucutkan serta merta
maap atas salah silapku sekiranya terkasar bahasa sepanjang kutip duit korang
sori deh

tapi kan, bagi yang x abes bayar duit kelas tu

bayar! bayar! bayar!

:P


ok, ok, sambung study!

chow!


Sunday, April 17, 2011

Ya, saya memang selekeh!

Tadi aku g cafe, mahu membeli makanan tengah hari, padahal time tu dah pukul 3 petang pun. Masih dikira lunch barangkali. Time nak exam ni, gile malas nak keluar bilik. Apatah lagi nak turun cafe beli makanan. Masa sangat berharga.............kot. Padahal bila update blog, usha-usha page orang, fb orang..menyempat jer. terlupa terus Masa itu EMas. AHaks!

Tengah aku duk cedok-cedok nasi ke dalam kertas pembungkus makanan, terserempak la dengan anak sedara kakak aku. Ok, anak sedara die bukan anak sedara aku. Anak sedara aku tak kuar lagi, lagi 6 bulan....hoho. Ekceli tu anak buah abang ipar aku, jadi merangkap anak buah kakak aku. Best betul kakak aku. Kawen je, terus dapat berbelas-belas orang anak buah. Aku jugak yang kempunan nak dapat anak buah....sabo3...

Aku pun senyum la ke arah anak buah kakak aku tuh. Memang kitrg dah start bertegur sapa, sejak kakak aku kawen dengan pak sedara die. Kemudian, die boleh tengok aku semacam jerk. Mungkin die pelik atau sedang berfikir siapa yang senyum kat die. Then, bila aku tegur-tegur baru die cam..aku..aishhh...

Ok, fine..aku taw la aku sangat selekeh sekarang..
sebab tu, ko tak cam aku
pakai baju main tangkap muat,
x kisah dah match ke tak dengan tudung, seluar
pakai tudung pun serabai
nasib aku pakai tudung, kalo tak mesti rambut aku dh macam hantu kak limah
mahu semua orang nak mitak otograf dengan aku
well, hantu kak limah kan popular..har3

nak buat cmne tu la simptom nak exam...
memang tak sempat nak jangok-jangok (berlawa) pun.

************************************

Esok 1st paper aku,
wish me gud luck deh
dah lama tak masuk dewan peperiksaan neh
berdebor pulop..ngeh3


btw, gud luck kepada mereka yang nak exam tuh
especially my kosmate and final year students

also, all of the PPSK students =)


All the best!!!

The Best Of Luck



p/s: ekceli aku nak suh korang 'wish gud luck' kat aku. Tapi alih-alih aku lak yang wish kat korang........kecelaruan minda betul!


Saturday, April 16, 2011

jom layan.....

Pagi tadi bangun, bukak internet..
Wah laju pulak internet pagi ni..
then teringat, hari ni hari sabtu.
boleh bukak youtube.com
hari-hari lain usm blok...huhu

so, terus aku klik youtube and search lagu-lagu lama
tetiba mood nak dengar lagu-lagu datang...

jom layan lagu neh, ni lagu feveret aku masa form 2
kumpulan Grand...mungkin korang tak kenal
coz x femes sangat kot
tapi aku suka lagu die yang neh...
selalu nyanyi ramai-ramai dalam kelas bila cikgu takde

ok, layannnnzzzz....




tapi kan skrg aku seronok melayan youtube pulak
aishhh...lusa ade exam
study lea! study!
korang cepat nasihat kan aku sikit.
sikit jela..jangan lebih-lebih..
hehe


Tuesday, April 12, 2011

salah ke tak hafal besday orang


"salah ke kalo aku tak hafal besday orang?"

"Tak salah pun. Tapi akan menjadi kesalahan kalo ko tak hafal besday aku! hua3"

"satu kesalahan ker?"

"yup2"

"Hmm..bile eh besday ko?"

"24.10..cepat wat reminder..hehe. btw, besday ko 17 september kan kan?"

"wah..hebat la ko leh hafal besday aku. Aku ni susah betul nak hafal besday orang"

"well, aku memang jenis hafal besday orang, tapi orang yang kenal dan rapat jela"

"patutlah ko jadi blogger eh?"

"huh? ada kaitan ker?"

"yelah, ko mesti akan ingat segala peristiwa-peristiwa dan tarikhnya sepanjang tahun, c0z nak catat dalam blog kan"

"hahahaha....ntah ler.."

******************************************

Aku memang jenis suka hafal besday orang, kadang-kadang suka jadi orang 1st wish besday. tu untuk orang yang istimewa la. Kalo tak istimewa tuh, dekat-dekat nak kul 12 pagi hari esoknya kadang-kadang baru teringat nak wish..ngeh3. tapi kira ok lah, coz aku still ingat besday diorang kan....

Aku lagi suka menghafal number berbanding hafal nama-nama pelik cam nak hafal-hafal nama bones, muscles, nerve, capillary bla bla bla. Dah la nama susah nak sebut. terbelit-belit lidah..nak kena hafal pulak..aish..mintak maap ler...

Mesti fail kalo nak hafal mende tuh, sebab tuh aku dapat result teruk untuk subjek anatomi tapi sedikit memuaskan dalam subjek sejarah + maths. Dan sebab tuh jugak, aku taknak jadik doktor...mampus..mesti aku kena repeat banyak kali...huhu.


Ini bukan cita-cita dah tapi target aku!

"Tinggi saya cukup tak jadi bomba"

tanpa bagi salam, aku tanya soklan camtu kat pegawai bomba ketika kat makmal siasatan kebakaran, KT ari tuh. kawan-kawan aku duk tergelak-gelak dah bila aku tanya camtu.

"lea...ko ni...hahaha"

ahh..lantak lah, aku taktahu nak panggil die apa. Tuan? ENcik? Pakcik? Abang? Hoho...

"Er...rasanya cukup. Perempuan rendah sikit"
katanya sambil usha-usha ketinggian aku.

Yes!! ketinggian -LULUS kot...

"err...kalo pakai spek, takpe kan? nanti saya pakai kontek lens"

"Takpe rasanya, coz syarat nak jadi bomba memang longgar sikit"

" err..then physical test-nya nanti, kena lari-lari kan?"

"eh..xdelah..yang tu untuk army, polis...kalo bomba..kena angkat berat...kalo perempuan..45 kg sampai paras perut rasanya lah"

gulp! gile ah...aku nak angkat tong gas 15kg pun tak larat, apatah lagi nak angkat beban 45 kg....

"pastu kena angkat tangga, naik tangga...cmtu lah..tapi takde lah lari-lari"

"owh yeke? ok2"

"die ni semangat nak masuk bomba" -tertibe encik wan menyampuk

"owh baguslahh..."
kata pegawai bomba tu sambil tersengih kat aku..

"tapi kan, kalo awak masuk bomba, femes lah awak. Jadi rebutan coz perempuan berapa kerat jerk" - sampuk en wan lagi.

hahahaha..aku dh taw dh part neh, coz dulu masa aku pergi praktikal untuk kelas Fire Investigation dulu, aku ade nampak bomba-bomba tengah training....dan dalam banyak-banyak orang tuh. Gurl hanya seorang jerk.!

******************************

Ye! sekarang saya rasa berminat nak jadi bomba. SPA pun letak pegawai bomba sebagai pilihan pertama. NI sume kerna encik Wan lah. Target aku before ni, nak join jabatan kimia (JKM). Die cakap jadi pegawai sains kat JKM tak best! asyik ngadap mesin jer, then susah nak naik pangkat. Terus aku tukar target asal aku. Tambahan pulak, kalo bomba, cepat je naik pangkatnya...cepat naik pangkat..gaji opkos akan makin tinggi kan kan? $$$$$$$$$$. okeyh! harus jadik mata duitan...

Selepas fikir masak-masak, ok jugak kalo aku try apply bomba. Kerja bomba cam best jerk. boleh keluar ke tempat kebakaran....takdelah terperap kat dalam makmal jerk. Dan mungkin aku akan bertukar menjadi Dayang Senandung...owh! Tapi encik Wan cakap, kalo perempuan biasanya lebih kepada kerja makmal, xdelah selalu g fire scene.

owh ye, lupa nak gtaw. Aku nak apply bomba, bukan berharap nak kerja g sembur-sembur air kat tempat kebakaran tuh. Up sikit la...kenalah sesuai dgn bidang forensik yang aku duk belajar 4 tahun neh....saya nak jadi Pegawai Penyiasat Kebakaran...

Pegawai Penyiasatan Kebakaran- Lea Isnawi...wah! cam best je bunyinya kan kan?

btw, wish aku semoga berjaya ye! kena angkat 45kg pun, 45kg la...janji aku leh masuk bomba. Tapi nampaknya lepas ni kena berusaha keras lah. Dah xleh nak ngelat-ngelat taknak angkat tong gas 15kg tu lagi...



p/s: abang-abang bomba hensem-hensem kan? body dah la tough tapi mungkin gelap sikit la...takpe-takpe hitam tu lambang kejantanan! ahakS!


Saturday, April 9, 2011

Blogspot jangan buat camni lagi, nanti saya nanges.

Tadi, berlakunya peristiwa yang mencemaskan, sungguh! tak terlintas di fikiran aku akan melalui itu semua...

imagine...bila aku try bukak page blog aku...

-leabutterflypink.blogspot.com has been remove-

Refresh banyak kali, still kuar mende yang sama. Tension gile baban! Then, aku suh kawan aku try bukak. Yelah mana tahu kot-kot laptop aku je camtuh. Dia pun cakap mende yang sama...aishhhhh

Masa tu, aku dah cuak dah. Teringat kat nasib kawan aku. Blog die pun pernah jadi camtu dan sampai sekarang still xleh bukak. Last-last buat blog baru..

Aku...buat blog baru??? Owh...tidak! Taksanggup aku nak menduakan blog aku. Walaupun hakikatnya, aku dah ade dua blog lain pun, tapi blog tu ntah pape jerk.

Banyak kenangan aku bersama Perjalanan Hidupku. Aku start menulis pun sejak second year dan sekarang dah final year. Opkos banyak peristiwa aku dah citer kat dalam blog neh...

Bila aku tension dengan study, CA, final exam, assignment yang bertimbun..aku akan luahkan kat dalam blog

bila aku hepi habiskan masa bersama kawan-kawan,...aku cerita kat dalam blog

bila aku rasa sedih..aku cerita kat blog

daripada blog ni jugak la aku kenal beberapa blogger dan seterusnya jadi kawan di alam maya - Kapten Luffy, Sharamli, Kak Capa, Incek Liquid, kak umi, kak zuris dan ramai lagi......

banyak cerita aku kongsi kat dalam blog...jadi untuk mulakan blog baru dan biarkan Perjalanan Hidupku terkubur tidak sama sekali....langkah mayat dinosur dulu...kenapa dinosur? sebab dinosur dah tak wujud zaman skrg, kalo wujud pun mesti susah nak cari. Jadi, kesimpulan memang takkan berlaku aku akan wujudkan blog baru mengganti blog neh!

Jadi aku berusaha gigih untuk menyelamatkan blog aku..klik situ klik sini. then google suh aku verify account. Kena masukkan no phone coz beliau nak hantar verification code kat aku. Yelah, email dah takleh nak bukak...

Mula-mula rasa tak berani nak bagi no phone, tapi aku try kasi jugak. Yeah! tak lama kemudian dapat mesej dari google..kasi verification code tuh. Then, aku type code tuh kat ruangan yang sepatutnya.........Finallly!! berjaya bukak balik google account aku dan seterusnya boleh bukak balik blog aku.................syukur sangat sangat sangat.......

Friday, April 8, 2011

Masuk meminang??? errrr......

Semalam, tetiba exclassmate aku msg. Tak pernah msg aku sebelum neh, tetiba msg malam tadi. Di awal msg, lebih kepada bertanya khabar dan pasal study. but then, timbul isu lain pulak..

"ko abes study bile ye?"

"akhir bulan 5 ni. ko?"

"Samalah. nanti boleh la aku masuk minang ko eh"

"hahahaha...cukup duit ker?"

"InsyaAllah..boleh ker?"

"Eh ko ni serius ker?"

"Serius la..."

"hahahaha..ko exam bile?" - buat-buat tukar topik..

"Bulan 5. Bila boleh masuk minang" -masih dengan topik yang sama.

"Ish..ko ni serius ker? xnak aku kawen. Muda lagi kot"

"xpela...aku tunggu. mungkin ade jodoh kita"

errrrrr...................

ish....gile apa. kenal pun macam tu je, bercinta pun tidak. Alih-alih nak masuk meminang, opkos aku akan reject awal-awal. huhu. Lain lah kalo orang yang aku suka cakap nak masuk meminang.

"Awak...bila saya boleh masuk minang awak yer"

"sekarang! sekarang!"-owh nampak macam desperate....bukan ini cara aku..

"ikut awak nak masuk meminang bila..saya terima jer" *blushing*....dalam hati cakap...minang sekarang lagi bagus....wakakakakaka

Tapi kan rasa gerun pulak bile dengar perkataaan masuk meminang, Kahwin. Rasa macam tak sesuai dan tak cukup umur je lagi untuk ke arah tuh.......

Walaupun aku selalu gedik-gedik cakap nak kawen, tapi tak bermakna dalam masa terdekat neh. Tunggulah 20-30 tahun lagik, eh lama sangat tuh...tunggu la 3-4 tahun lagi. Tunggu kerja diulu, kumpul harta banyak-banyak..baru leh kawen kan kan kan?


Thursday, April 7, 2011

Thanks Incek Wan!


Semalam aku terpaksa pergi ke makmal penyiasatan kebakaran (MPK) KT sekali lagi dan mungkin untuk kali yang terakhir buat masa neh. Ade problem sikit dengan thesis aku, last-last minute baru perasan. Tension betul.

Jadi, semalam aku agak kelam kabut untuk berangkat ke MPK tuh. Abes je kelas pukul 9, kitrg terus bergerak ke KT dengan kereta sewa, seramai 4 orang. Ekceli sebelum bertolak sempat lah aku naik ke bilik, grab barang2 penting untuk dibawa ke sana.

-> Lapt0p..WAJIB bawak, coz aku tahu kat sana mesti b0san time nak tunggu run sample. Lagipun internet kat sana laju, b0leh la aku sambung d0nlod video lagu hindustan. Gile obses!

-> telekung, selipar, bedak compact, perfume, gincu, eyeshadow, blusher. Okeyh, tipu! takde maknanya aku bawak barang2 mekap tuh, lagipun bukan aku pakai pun mende-mende tuh.

-> spek dan s0lution contact lens. Mana tahu kot2 contact lens aku kering ker, b0leh tukar pakai spek.

Jangkaan aku tepat sekali! Mata aku kering dan gatal-gatal, perlu tanggal contact lens dan pakai spek. Masa tu, baru aku perasan, aku tak bawak pun bekas letak contact lens tuh! arghhhh..! sangat tension, nak buang, sayang. Baru pakai tuh. tak sampai sebulan lagi. Then, aku pergi la merayap-rayap sekitar lab tu, cari kedai spek, kot2 ada jual bekas contact lens. Takde! Cari kat Mydin, kot2 ade jual bekas kecik yang sesuai aku letak contact lens. Takde jugak! Kemudian, aku selongkar pulak kat dalam makmal tuh, kot2 ade bekas yang sesuai. Pun Takde!

Then, nasib baik, Encik Wan, pegawai makmal tu sampai ke makmal..

"Encik Wan, ada tak bekas yang kecik. Saya nak letak contact lens.."

"Bekas ye..nak yang tertutup ker?"

"A'ah..kalo tak tmpah lak airnya"

"Ok2, nanti saya try cari"

lima minit kemudian....

"bekas ni ok tak? yang je yang paling kecik"

"hurm..boleh kot. Tapi takpe ke saya nak amek?"

"Amek jela. Keperluan kan?"

"Hehe...ok! terima kasih ye incek Wan"

DONE! Masalah setel. Nak tahu bekas camni yang encik wan tu bagi....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



comel tak bekas yang en. Wan kasi? comel kan kan? takde jual kat kedai neh.

Suka hati aku je kan nak amek bekas makmal, ahh lantak jela. Orang dah kasi, kita terima jela..ngeh3. btw, en Wan ni memang baik. Suka aku berurusan dengan die, dia memang banyak bantu aku dalam menyiapkan thesis. Thanks ye en wan!


Monday, April 4, 2011

cinta monyet zaman jadi monyet eh eh zaman sekolah dulu..

Sejak akhir ni aku perasan, ramai pulak blogger duk citer sal cinta monyet diorang. Tetiba terasa nak join sekaki. Boleh ker? Ahaks! Kalian mahu dengar? Eh silap2..mahu baca? Sangat panjang neh, kalo rasa berminat, teruskan. Kalo rasa malas, takyah bace :P

Kisah ni berlaku tahun aku nak amek PMR, means time tuh, aku form 3. Masa tuh, aku dan 4 orang lagi member aku ditukarkan ke sebuah sekolah asrama penuh di Kuala Terengganu selama seminggu. Pengetua sekolah aku berpindah ke sekolah asrama penuh tu, tu yang berpeluang tumpang belajar kat sekolah tu selama seminggu. Objektif program neh, supaya bagi semangat kat kitrg belajar bersungguh-sungguh supaya masuk ke asrama penuh jugak.

Sangat best c0z dapat tukar angin dan merasa suasana belajar di sekolah asrama penuh. Ish. tulah, sapa suh aku tak belajar betul-betul time upsr dulu, kalo tak mesti aku pun boleh masuk sekolah asrama penuh.

Sepanjang ‘tumpang’ belajar kat sana selama seminggu semuanya berjalan lancar. Pelajar kat sana semua baik-baik, ramah-ramah, ensem-ensem, cute-mute..jadi takde masalah. Takde pun yang menyombong dengan kitrg atau pandang rendah kat kitrg. Yelah, kitrg kan dari sekolah kampung yang biasa-biasa aja.

Then adalah pada satu petang tu, hari kedua terakhir kitrg kat sana. Time tuh, aku dengan seorang member aku berjalan balik ke asrama lepas prep petang dan tetiba ada seorang pelajar lelaki tegur kitrg.

“Awak, nanti jumpa eh time riadah nanti” Lepas je cakap budak terus berlalu.

“hah?” Terkejut aku dengar kata-kata tu.

“Wow Lia, budak tu nak jumpa mu la..ehem” usik member aku tu.

Aku diam je. Cuba ingat balik kata-kata budak tu dan rasanya aku tak silap dengar kot.

Balik je hostel, member aku tadi bersemangat bercerita kat 3 orang lagi kawan aku yang lain.

“Wah..mu nak g jumpa dok dia petang ni?

“taknak aku! Kenal pun tak”

“Tak kenal la sebab tu kena berkenalan”

Kata-kata member aku disambut dengan hilai tawa member aku yang lain. Sengalan!

Petang tu, kitorang pergi beriadah macam biasa. Menyibukkan diri join budak-budak sekolah tu bermain bola jaring. Bermain bersama buat kali terakhir kerana tengah hari esok kami akan bertolak balik ke Kemaman. Bermakna berakhirnya program ‘tumpang belajar’ di sekolah berasrama penuh tu.

Tepat pukul 6.45, ktrg mula bergerak balik ke asrama untuk menyiapkan diri untuk ke prep pada malam tu. Dalam perjalanan pulang, ktrg melalui bangunan kelas dan tetiba aku terperasaan, ada seorang lelaki sedang tersengih-sengih kat hujung tangga tu. Kemudian, terus teringat kejadian 3 jam yang lepas.....erk...

“Lia, tu eh budak yang nak jumpa mu” tanya member aku.

“Entah, tak tahu...” ujar aku sambil jalan cepat-cepat dan memang tak pandang langsung ke arah budak lelaki tu. Meninggalkan member-member aku yang lain.

*******************************************

“Mu ni Lia, kesian kat dia tunggu mu tadi”

“a’ah. Kenapa mu tak nak jumpa die?”

“Taknak la. Segan aku. Lagipun nanti kang budak-budak ni kata apa pulak, dahlah kita menumpang sekolah diorang”

“Betul jugak tu”

“Tapi kan, hensem jugak budak tu Lia..hehe”

“Eh?”

Ekceli budak tu satu kelas dengan aku. Aku menumpang kelas die sepanjang program tu. Dan apa yang perasan, die neh jenis kuat study, datang je kelas terus buat study, tak hiraukan orang lain. Sebab tu, aku terkejut bila dia cakap nak jumpa aku petang tu. Ingatkan die tak sedar langsung kewujudan aku dan seorang lagi member aku kat dalam kelas die. Tapi sapa tahu rupanya budak tuh tertarik dgn aku..haha perasan3...

*******************************************

Malam tu, prep macam biasa. Dan aku perasan mamat tu tekun je belajar kat meja dia. Sempat je mengusha mamat tu kan, tadi jual mahal. Ekceli bukan jual mahal cuma segan je..hik3. Abes je prep, kitrg pulang macam biasa ke asrama. Tiada apa yang berlaku pada malam tu. Mungkin die marah dengan aku kot, sebab tu tak tegur aku pun malam tu. huhu.

Esoknya, kelas macam biasa dan hari tu merupakan hari terakhir kitrg kat sana. Memandangkan, kitrg dah nak balik ke sekolah lama, jadi hari tu kitrg balik lambat. Berborak dan bersalaman dengan pelajar-pelajar dan guru-gur kat situ. Yelah, mana tahu sepanjang seminggu kitrg kat sana, ada yang terasa hati dengan kitrg ker. Baik mitak maap cepat-cepat. Sebelum balik ke asrama, member aku nak pergi toilet pulak. Tak sempat nak balik hostel, dah tak tahan katanya...

Sedang tunggu member aku masuk toilet, tetiba ada suara menegur aku dari belakang..

“Awak..”

Terus aku berpaling dan...owh mamat semalam...

“Ni untuk awak..” sambil menghulurkan sekeping kertas yang digulung-gulung. Aku ambil kertas tanpa berkata apa-apa. Kejam kan..

“Err..nak email boleh?”

“Email? Err takde” masa tu, aku agak ketinggalan sikit bab-bab internet neh.

“Kalo macam tu...nak no telefon boleh?”

“emm..ok” terus tangan aku menulis digit-digit no phone kat kertas. Tapi nombor telefon rumah la. Tak cukup umur lagi nak guna henset...

“ok thanks!” Ujar die sambil tersenyum.

Owh hensem! Hihihihihi.

Sampai bilik baru aku bukak gulungan kertas tu. Yelah taknak nak bukak time dapat tu jugak. Nampak sangat gelojoh di situ. Kena control sopan sikit beb! Nak tahu apa yang ada pada kertas tuh?

Lukisan seorang gadis, berambut paras bahu. Cantek! Aku agak tu adalah lukisan wajah aku. Ahaks!

Di bahagian tepi pulak, ada tertulis nama penuh mamat tu beserta email, alamat dan no phone.

******************************************

Lepas je kejadian tu, kitrg selalu berhubung. Calling-calling. Hantar-hantar surat. Time tu, fb tak wujud lagi. Jadi terpaksa gunakan posmen sebagai orang tengah. Ala, kalo dah wujud pun, mesti aku tak reti nak guna. Sedangkan email pun takde, apatah lagi nak ada fb...

Topik yang selalu dibincangkan biasanya pasal study. Yelah budak sekolah kan. Takkan nak bincang pasal kawen, sangat tak kebudak-budakkan di situ. Masa form 5 pulak, kitrg sempat menukar soklan trial SPM. Time tuh, aku dah masuk mrsm, dah sama taraf dengan die..hehe. so, soklan trial aku 'mahal' la jugak untuk ditukar dengan soklan trial SBP.

Dan, aku dah lupa result spm die berapa. Tinggi dari aku or sama or rendah. Entah lah. Lupa sudah. Then, lepas je masing-masing sambung belajar, kitrg terus lost contact. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin masing-masing busy atau mungkin sebab masing-masing berjumpa cinta baru. Jawapan sedikit kabur di situ. Ahaks!

p/s: ekceli aku dh lupa langsung pasal neh, tapi tadi secara tak langsung aku ter-lalu sekolah asrama penuh tu, tu yang teringat balik memori lama...