Wednesday, May 25, 2011

Lidahku dah Ternoda...

Lama saya tak update blog kan?he...

Ekceli aku malas nak update blog
Duduk di rumah, jadi penggangur tiada apa yang menarik untuk dikongsi
Balik rumah je terus aku dapat title suri rumah sepenuh masa
Semua kerja menguruskan rumah di tangan aku
Memasak, mengemas rumah, membasuh kain, angkat kain, lipat kain..ahh semuanya la
Tapi kadang-kadang mengelat jugak

“ayah masak eh malam ni, ayah masak lagi sedap”

Tapi kan bila aku jarang balik umah ni, ayah aku macam tak percaya kehebatan anak dara die ni

“macam mana masak sayur tumis tadi? Letak bawang tak? Udang kering? Lada hitam?”

“Letak la ayah. Dah letak semua dah”

Aish....sayur tumis je pun, tu pun nak ragui kehebatan aku di dapur
Kalo kari ikan ke, masak rendang ke, nak ragui tu logik la jugak
Memang la aku was-was sikit coz dah lama tak masak
Tapi kalo masak pun, still akan jadi kari ikan la bukan tomyam

Sejak akhir-akhir ni jugak keluarga aku selalu mengadu masakan aku

“Ni nape manis sangat ayam masak merah ?”

“Mana ada manis ayah. Ok dh ni. Masam masam manis”

“A’ah manis la” sebuk pulak adik aku nak menyampuk cakap orang-orang tua.

“EH ok dah ni” berulang kali aku test rasa ayam masak merah tu. Takdelah manis sangat. Cukup rasa dah. 

“Haaa..tulah duk Kelantan lama sangat, masak pun dh manis”


Erkkk??

Inikah hasil selepas hampir 4 tahun duduk Kelantan...

huhuhu.....

Sunday, May 15, 2011

Kita bako je dia

Sekarang ni kecoh satu Malaysia dengan kewujudan lelaki psycho yang suka simbah2 asid ke muka wanita yang tak bersalah. Apa kes ntah dengan mamat tu, suka benor nak simbah-simbah asid kat muka orang, cuba kite simbah kat muka die. Haa...baru die tahu, tuang asid ke muka tak sama dengan tuang cuka ke muka walaupun cuka dalam kategori asid jugak.

Setakat ni dah 23 orang wanita menjadi mangsa. (atau mungkin dah lebih). Kesian doh kat wanita-wanita yang tak bersalah tu, hancur ranap masa depan depa.

tetiba terasa nak apply ilmu yang belajar selama 4 tahun utk kes ni, boleh kan? ngeh3

Daripada sumber-sumber yang aku bace, modus operandinya --> menghampiri perempuan yang berjalan seorang dari arah belakang dan menyimbah asid ke muka pompuan tu. Tindakannya adalah tanpa diduga.

Berdasarkan teori "Crime Triangle" yang aku belajar, ada tiga faktor yang boleh menjadi penyebab berlakunya satu jenayah.

1. Target - mangsa (kaum wanita)
2. Desire - Keinginan lelaki tu nak menyimbah asid kat muka wanita-wanita
3. Opportunity - peluang si penjenayah nak melakukan jenayah.
Daripada 3 faktor tu, hanya satu je yang boleh korang control iaitu Oppoturnity (peluang). Jika anda tak bagi peluang kepada penjenayah, maka penjenayah takkan berjaya untuk melakukan jenayah.

jadi, nasihat aku pada orang ramai terutamanya wanita dan termasuk diri aku sendiri..

1. Elakkan berjalan sorang2 di tempat yang sunyi. Jika tak bleh,

2. Bawak sebotol air bersama, dan cepat-cepat tuang air ke muka in case korang menjadi mangsa.

3. Jalan dalam arah yang bertentangan dengan laluan.

4. Berhati-hati di jalan raya. (eh?)

Ni die muka penjenayah tu, nampak mcm India, tapi mengikut sumber lelaki ni berbangsa Melayu.



Jadi, jika sesiapa rasa mengenali lelaki terbabit atau pernah terserempak dengan beliau, sila hubungi rakan cop di talian yang tertera tuh. Kerjasama orang awam amatlah diperlukan untuk membasmi jenayah ini. (eceeehh..tapi betul ni)

Dan drpd pendapat aku sendiri, motif jenayah ni

1. Berunsur dendam - mungkin lelaki ni berdendam dengan wanita, mungkin disebabkan cinta. satu kemungkinan.

2. Ingin mencari keseronokan di atas penderitaan orang. Untuk kes ni, aku rasa mamat ni memang betul psycho la...


Atau mungkin lelaki ni adalah salah sorg penghuni Hospital Bahgia yang berjaya melarikan diri. Cepat korang, kita bako je mamat neh.

Sapa setuju kita bako mamat neh, sila angkat tangan macam saya.




Thursday, May 12, 2011

terima kasih kalian!


Akhirnya, berjaya jugak aku siapkan tesis setelah terpaksa bersekang mata, bermandi peluh, sakit mata pandang draft tesis yang telah ditanda & takcukup tido coz duk fikir pasal tesis. ahhh..banyaklah dugaan yang terpaksa ditempuhi sepanjang satu sem ni.

Tapi pape pun bila tengok tesis aku yang telah siap dibukukan...........


wahhh...rasa macam tak percaya je, ni hasil kerja aku..hehe

dan bila siap mende ni, secara tidak langsung sempurnalah hidup aku sebagai pelajar Sarjana Muda Sains Forensik USMKK......


*************************************

Maka di kesempatan yang ada ini, saya ingin menyampaikan sepatah dua kata....

sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada yang membantu saya menyiapkan tesis ini.

sebahagian drpd slide presentation aku ari tu


"My Beloved Friends" tu termasuk lah....

> kosmate aku - Hazirah, Nadia, Cj, Fadh, Fatin, Quzie, Mir, Rahim, Sree, Phang, Ida
thanks coz sudi dengar masalah aku walaupun korang sendiri tak faham apa masalah aku..hehe..

> Editor tesis aku - Hakim
thanks coz editnya secara free. dan sori coz buat ko pening baca ayat-ayat tesis aku yang kadang-kadang mengarut. haha.

> rakan-rakan blogger
thanks coz bagi semangat kat aku sepanjang nak menyiapkan tesis ni. escpecially untuk entri ni
to kak umie, saya sangat terharu baca komen anda =)

> my senior
thanks coz sudi dengar masalah aku, cuba untuk solve problem aku dan atas segalanyalah.


owh terlupa, terima kasih jugak untuk my lappy

thanks awak coz sudi berkhidmat untuk saya,
tak merajuk dengan saya,
tak meragam dengan saya,
sanggup teman saya hingga lewat malam
sudi benarkan saya tekan-tekan awak

muahhhhhhhhhhh..satu kucupan utk anda...

hihihihi


Tuesday, May 10, 2011

Saya Lulus dengan jayanya!

Ekceli malas nak update blog sekarang ni, tapi bila ade yang bertanya pasal test jpj aku ari tu. Owh..terharunya.! jadi harus update blog neh...hehehe

utk pengetahuan korang...

saya lulus test jpj dengan jayanya. Lulus untuk kedua-duanya, motor & kereta. =)

Syukur sangat sangat dan aku rasa tuah menyebelahi aku pada hari tu. Bukan Hang Tuah ye kakak-kakak, abang-abang, adik-adik sekalian, tapi nasib baik..

kenapa?

Sebab aku dapat motor yang aku nak. Masa tu, hanya 5 buah motor yang digunakan untuk test dan ada dua kaler - merah & hitam. Sebelum test aku dah berdoa gile-giler, agar dapat motor merah...

"ida, harap-harap aku dapat motor merah"

"ada beza ker?"

"motor hitam selalu buat aku jatuh titi. taknak aku!"

padahal, motor yang digunakan untuk test adalah motor yang berbeza. Tapi aku still rasa kaler mempengaruhi kejayaan aku..haha.

Antara kereta dan motor, aku lagi takut nak test motor coz aku selalu jatuh titi time training. Jadi bile aku berjaya melepasi titi tu.....

owh..tersenyum lebar beb, aku bawak motor untuk ujian seterusnya..

Masa tu, dah yakin dah aku boleh lulus test motor.

then untuk test kereta pulak, aku pun rasa sangat bernasib baik sebab..

Aku dapat kereta yang sama aku guna tiap kali aku belajar kereta. Yeah! Kereta kancil bernombor 12. Aku memang cam la nombor bertuah tu. So, aku dah biasa bawak kereta tu dan alhamdulillah tiada masalah sepanjang melakukan ujian dalam litar.

Bukit - LULUS
Parking - LULUS
Tiga Penjuru - LULUS

Then, bila nak test untuk jalan raya pulak. Sekali lagi nasib aku baik coz ada dapat jpj lelaki. Baik dan ramah tapi garang. huhu. Bayangkan tengah aku betulkan cermin, cek gear, stereng bla bla, die dah tegur aku..

"belajar ke dah kerja?"

"belajar lagi"

"Owh kat mana?"

"Kat usm. Tapi dah nak abes dah, next week dah nak balik umah." - Saja aku tambah ayat yang last tu, supaya die tahu aku nak blah dr Kelantana dah next week. So, takdelah menggagalkan aku.

"owh..balik terengganu eh?"

"a'ah. ok, tuan. Saya dah cek segalanya dan semuanya dalam keadaan baik. Jadi kita nak pergi jalan mana?"

"Awak pilih nak jalan A or B?" - sambil senyum kat aku. Ahhha...

"Ok, kite pergi jalan B" - jawab aku dengan gembiranya. Aku emmang berharap dapat jalan B coz jalan B lagi senang compare jalan A.

Sebelum keluar ke jalan raya tu, aku kena melepasi satu traffic light. Mulanya aku tengok kaler merah, jadi aku hentikanlah kereta, tarik handbrek.

"EH awak tak nampak ke trafic light tu dah kaler hijo. Haa..tulah koya je. Ingat bofren la tu"

"EH saya tak perasaan. tadi merah" - alahai apsal la cepat benor die tukar kaler hijau.

"Haa..tak perasan, abes kalo betul-betul kat jalan raya camne..bla bla bla" Ahh..tension dowh dengar pakcik tu berleter. Tapi aku rasa, die saja nak psycho aku je tu.

Teruskan perjalanan di jalan raya...

"Dah start mintak kerja?"

"Ada la sikit-sikit. Haa...hm macam mane nak mitak kerja kat jpj eh?"

"Awk forensik, buat apa nak kerja kat jpj"

err...macam mana pulak die tahu aku amek forensik. Satu persoalan timbul dalam kepala hotak aku sampailah aku balik ke syarikat memandu tuh.

Sebelum keluar dari kereta, aku terpaksa tadah telinga dengar pakcik tu berleter. Tension dowh dengar die berleter, mengalahkan mak nenek!

"kenapa awak parking sini, awak tak nampak ke kereta kat depan tu takde orang. Nanti budak lain nak bawak kereta ni macam mana? Pergi parking kat depan tuh!"

uish...susah payah aku parking, die suruh alihkan. Tapi takpelah, nasib aku aku kan bergantung pada die. Jadi, takleh melawan....huhuhu

Dan, alhamdulillah walaupun sakit telinga aku dengar pakcik tu berleter, aku lulus ujian jalan raya! Tapi sebelum aku serahkan kertas penilaian aku kat cikgu memandu untuk ditanda, aku tilik-tilik dulu kertas tu. Kot-kot ada tulis aku ni pelajar forensik. Yelah..aku still pelik macam mane pakcik jpj tu bleh tahu aku pelajar forensik. Tapi tak jumpa pun....

Then, fikir pun punya fikir. baru aku teringat tadi, bila aku cakap je aku student usm..

"owh..meksi lah ni?" - meksi means nurse.

"eh, tak. forensik!"

alahai macam mana aku boleh terlupa aku ada cakap sebelum memandu. Nasib baik, aku still dapat fokus masa memandu tadi, walaupun dalam kepala hotak aku duk fikir, macam mana pakcik tu tahu aku pelajar forensik.

Apa-apa pun, syukur sangat sangat aku lulus test jpj. sekali test je tu, dan double test lak tu (motor+kereta)..hebat tak? hebta tak? ngeh3

Thanks kepada mereka yang tak henti bagi sokongan kat aku before pergi test jpj ari tu...hehe






p/s: jap lagi nak pergi wat lesen P. =)

Friday, May 6, 2011

sapa nak teman aku kat sini....

Semalam aku baru je selesai present thesis. Rasa sangat lega memandangkan berjaya jugak melepasi acara klimaks sebagai pelajar universiti. Penat kot menghabiskan masa sebulan di makmal penyiasatan bomba, terpaksa korban cuti sem untuk siapkan pengumpulan.

dan rasa sangat berpuas hati plus hepi bila presentation aku semalam dapat pujian dari co-examiner thesis aku, Dr. X.

"very good and well-prepared presentation."

Seronok beb bila mendengar pujian neh. Terasa macam die dah berpuas hati dengan thesis aku.


-
-
-
-


Tapi keseronokan tu, x lama pun!

Betapa luluh, pedih dan hancur berkecainya hati aku, hanya Tuhan je yang yang taw, bile tengok correction pada thesis yg ditanda oleh Dr. X.

Ya ampun, banyak gile dowh correction aku nak kena buat...

Bayangkanlah, setiap helaian pada kertas thesis aku tu, ada correction. Nampaknya aku kena belek journal balik, kena buat result & discussion balik, betulkan itu betulkan ini. Pendek kata kena buat balik lah thesis tuh! huh!

Entahlah, aku taktahu bila lah boleh aku siapkan correction tuh

Dah la esok busy dengan persiapan grad nite, ahad pulak dengan test jpj lagi. pastu nak kena jumpa Dr X lagi, tunjuk balik thesis aku yg dah siap dibaiki sampai lah dia berpuas hati...

"I have given lengthy comments and suggestion on abstract and other parts in the dissertation. As this involves a third party, kindly consider the questions and make necessary improvements, wherever deemed needed" - surat 'cinta' dari Dr. X.

third party - BOMBA

ahh..tension pulak aku. nampaknya aku harus buat yg terbaik utk thesis aku, memandangkan aku membawa imej USM. Tambahan pulak, projek aku ni adalah projek pertama melibatkan kerjasama antara USM-BOMBA selepas memorandum ditandatangani tahun lepas. Terasa berat la pulak...

Sekarang baru rasa, dulu main-main...huuuu...

Rasa nak nanges pun ada, bukan 'nak' dah sebenarnya. dah siap keluar dah dua tiga titik air mata aku.

Hmmm.....nampaknya macam ni, lambat lagi la aku boleh balik umah. Kena tunggu thesis aku siap ber-hard cover dulu, baru leh balik.



ala, nanti sapa nak teman aku duk sini.?


p/s: sori blogger sekalian, disebabkan aku perlu baiki thesis aku, jadi aku takde mood nak ber-blogwalking sekarang..nanti kalo dah ada mood aku singgah kat blog korang.

Monday, May 2, 2011

My lecturers are awesome!

Aku kan, sayang betul dengan semua pensyarah forensik. Seyes sayang la terutamanya foreign lecturers. Untuk pengetahuan korang, lecturer aku majoriti adalah foreigner. Ada yang datang dari Bangladesh, India dan Pakistan.

Diorang memang awesome, punyai ilmu penyiasatan yang tinggi dan dah banyak berpengalaman dalam handle penyiasatan, memang bagus lah. Ada sorang lecturer tu memang sangat hebat, sume benda die tahu. Pernah sekali tu, kitrg berhenti makan di kedai keropok lekor..

"Guess, what flour she used?" Tanya lecturer aku pada tepung yang digunakan kakak tuh gentel-gentel keropok lekor. Semangat jer, die nak men teka teki dengan aku.

"Wheat flour" jawab aku dengan yakin. Dalam hati kata, ala, die mesti taktahu tepung apa coz die bukan makan pun keropok lekor.

"are u sure? try ask her"

"kakak, ni tepung apa eh?

"tepung kanji" (rasanya lah, aku dh lupa..har3)

"what she said?"

"Starch flour, sir"

"see, its not wheat flour because wheat flour bla bla bla bla"

hoho....hebat betul! sampai jenis tepung pun die tahu nak bezakan.

Cuma satu je yang tak tahan, die suka bercakap. Kadang-kadang penat nak layan...hehe...tapi die baik hati. aku suka.

*************************************************

Petang tadi, aku pergi menghantar kad jemputan BBQ Nite kat pensyarah-pensyarah kesayangan aku tuh dan pegawai sains. Sambil-sambil menghantar kad tu, meminta belas ehsan diorang utk hulurkan sumbangan utk BBQ tuh. Yelah, kami students masing-masing dh sengkek, dah tak mampu nak sponsor makanan pensyarah lagi...huuu...

Ekceli segan jugak nak mitak money dengan diorang. Yelah, mereka kan lecturer....

Tapi yang bestnya...foreign lecturers aku ni macam tahu-tahu je kami nak mitak sumbangan. Belum sempat kami nak mitak, die dh tanya dulu...

"so, you want me to support anything?"

"hee..yes sir!"

"So, how much?" sambil kuarkan duit.

"err..its up to you sir" - yelah takkan aku nak demand pulak kan. Orang dh nak kasi trima jela..ye dak?

"fifty ringgit. its enough?"

"owh..enough sir" - dalam hati, bagi lah lebih lagi..hahaha..

"ok, but if you want extra money, just come to see me"

"hehe..ok sir. thanks sir!"

baik hati kan lecturer aku! Tu yang buat aku sayang dengan mereka neh.

Sume lecturer aku baik-baik termasuk lah staff makmal. Diorang sangat ramah + supportive + baik hati.

Mesti rindu kat diorang pasni....