Tuesday, June 28, 2011

Dianggap adik kepada rakan sebaya

Di sebuah kedai makan, ketika itu aku dan kawan aku sedang makan kat situ. Makcik kedai begitu ramah bersembang dengan kami, tetapi kawan aku yang banyak melayan. Aku lebih banyak tersenyum je dari bercakap. Takde mood nak bersembang sangat.

makcik kedai: Adik ni umur berapa tahun? sekolah lagi?

Kawan aku: EH takdelah makcik. Dah lama abes sekolah. Dah 23 tahun pun...

*Kembang sekejap bila makcik itu ingat kami masih budak sekolah. Padahal dah boleh jadik cikgu sekolah pun..

Makcik kedai: Owh..abes yang ni adik ker? (sambil mata tengok ke arah aku)
Aku yang sedang minum air, hampir nak tersembur.


What? Adik? Aku adik kepada orang yang sama umur dengan aku?


Aku: eh taklah makcik. Kami sebaya la. Sama umur.

Makcik Kedai: Muka nampak macam budak, tu ingat adik dia.


Hoho! Agak-agak lah makcik.
Walaupun muka aku ni nampak macam budak sekali pun
Memang tak sesuailah aku jadi adik dia...huhu

Obviously kami nampak bukan adik beradik.
Muka kami sangat sangat sangat berbeza kot

Sorang mata sedikit sepet, sorang mata bulat
Sorang cerah sedikit, sorang hitam manis
Sorang muka bulat, sorang muka tirus...

aish..makcik makcik

p/s: Nampaknya muka aku lagi awet muda dr kawan aku la kan kan kan? hihihi...


Monday, June 27, 2011

Reverse Park vs Reserved Park

Bila tengok status kawan-kawan aku kat Fb pasal interview sana sini, pasal kerja baru la, pasal kereta baru la... Aish betul-betul buat aku tak senang duduk neh. Rasanya dah sampai masanya untuk aku serius dalam mencari kerja. Sebulan melepak di rumah dah cukuplah kot, eh eh tak cukup lagi sebenarnya..hahaha. Lepak di rumah memang sangat sangat heaven. Boleh bangun lambat, boleh tengok tV, boleh itu boleh ini. Tapi kan, bila fikir nak shopping, nak tengok wayang..oh itu masalah. I've no money..Nak mitak kat family opkos la segan, dah besar panjang mitak duit lagi. So jalan penyelesaiannya, saya harus cari kerja!

Jadi semalam, aku terpaksalah keluar mencari kerja. Macam sedih je kan bunyinya. Haha. Dan nasib baiklah, kawan aku sudi temankan. Kalo tak segan jugak weyh. Yelah coz suka suki je nak pergi main terjah-menerjah company-company sekitar Kemaman untuk hantar resume tanpa buat appointment bagai. Alaaa...tapi hantar resume je pun...huuuu

So target aku semalam adalah Kemaman Supply Base (KSB) & Tioxide Hunstman Sdn. Bhd. Dua-dua company tu adalah company besar jugaklah di Terengganu neh. Untuk KSB saja, dalamnya ada more than 220 companies. Tapi itu yang berdaftar, yang tak berdaftar ada lagi. Kata security guard kat situ..hoho.

Mula-mula sampai kat KSB tu, kitorang agak blur jugak, taktahu nak pergi mana. Yelah masing-masing 1st time masuk situ. Lepas pusing-pusing, barulah jumpa bangunan admin kat mana, kemudian terus lah pergi cari parking. Parking. Kitrg pelik, semua parking kat situ ade tanda....

"REVERSE PARK"

apakah?

Kami agak typing error di situ, mungkin RESERVE PARK. Means parking untuk pekerja-pekerja KSB. Ok! Suka hati je buat telahan sendiri. Jadi kitrg pun tak beranilah nak park kat situ dan try cari park di kawasan lain. Masa nak keluar tu ternampaklah guard..

"Pakcik, kat mana kami boleh park eh?"

"Kat dalam kan banyak parking"

"Bukan untuk kakitangan ker? Reverse park. Macam mana tu, pakcik?"

"Owh..nak parking tu kena wat masuk bontot dulu. Kepala kereta kat luar."

"Owh macam tu ker?" - ujar kitorang serentak.

Ok, ni first time aku dengar perkataan tu...huhu. Takyah gelak-gelak, memang aku tak pernah tahu pun sebelum ni. Jadi maksudnya, papan tanda tu memang betul lah, bukan salah eja. Ish itulah, suka hati aku je kan cakap diorang salah eja. Hehe. Ampun!

Bila dah tahu macam tu, kitorg pun pergi la masuk balik ke kawasan park tu.


Then.........


Aku mana reti nak wat reverse park! Uwaaaaaaa!

Sebelum ni masuk kepala dulu, ni nak masukkan bontot dulu. Mana aku reti! Aku dah la baru dapat lesen sebulan lebih. Berpeluh-peluh aku duk pusing pusing stereng, keluar masuk parking tu. Tapi tak jadi-jadi jugak. Nasib baiklah ada kawan di sebelah, bagi sokongan moral. Kalo tak, panas jugak. Nak kasi die buat, dia pulak takde lesen lagi. Masalah masalah.

Kemudian, tiiba-tiba masuk satu van untuk parking di hadapan kitorg. Kitorg pun apa lagi, usha lah cara dia parking. Usha sambil mulut membentuk huruf 'O'. Owh macam tu. Lepas tu, aku pun try lagi sekali. Confidence level dah naik 40%. Try follow step-step pakcik van tadi. Hampir sama. Tapi...

Still tak jadi...waaa...

"Kenapa tak masuk ni?" tanya pakcik van tadi sambil gelak-gelak. Dia memang duk usha cara aku park tadi...

aku dan kawan aku pun turut gelak sama. Nak cover malu.

"Tak reti la nak buat..."

"Nak saya tolong ker?" offer pakcik itu bagai mengantuk disarungkan bantal. Teruslah aku bersetuju....

Ahaaa..nasib baik ada pakcik tu. Kalo tak, mesti sampai orang dh balik kerja aku masih terkial-kial nak masuk parking. Tapi tu pun kalo kesabaran aku masih ada. Hahaha.!

Resume telah dihantar. So, sekarang tunggu diorang panggil jela untuk interview. Itupun kalo diorang berkenan dengan aku. Kalo tak, menanges tak berlagu la saya. Harap-harap diorang berkenan la ek, aku dah letak gambar yang paling cun dah kat resume tu..HAHA! *muntah kuning*


Pray for me ye! =)


Friday, June 24, 2011

Abang konduktor bas bawak aku balik umah dia...

ok, ni kisah betul taw, bukan main-main. Ada ke patut abang konduktor bas yang aku kenal beberapa jam je terus bawak aku balik umah die. Kot ye pun, mengorat-ngorat la dulu aku ye tak, takpun kenali hati budi dulu. Ini tidak, terus angkut aku bawak balik umah. Naya beb!

Ahaa...ekceli gimik je lebih tu..hahaha...

Sebenarnya kejadian ni berlaku masa aku ditugaskan untuk membuat bancian penumpang bas Intan Unggul, KT-Batu Rakit. Hari tu aku ditugaskan untuk buat dua trip, tapi untuk trip kedua tu aku rasa macam data tak cukup coz bas tu bergerak dr KT ke Batu 6 bukan Batu Rakit. So, aku plan nak buat bancian yang ketiga.

Pukul 12.30 tengah hari, aku naik sekali lagi bas Intan Unggul untuk bancian ketiga. Bila dah masuk tengah hari faham-faham jela, perut dah berbunyi-bunyi dah, mata pula makin lama makin sepit.

Last-last bila dah nak sampai ke Batu rakit, aku terlelap, time tu penumpang dah tak ramai. So, tak kisah sangat la. Tengah duk mamai coz mengantok, aku perasan la driver bas tu turun kat somewhere, then konduktor bas pulak yang bawak bas tu. Tapi aku buat derk jela. Peduli apa kan, janji bas tu jalan...

Tapi bila bas tu mula masuk satu simpang kecil, terus hilang mengantok. Aku mula cuak coz aku yakin ni bukan laluan yang aku lalu tadi. Dan paling buat aku neves, aku berdua je dengan abang konduktor bas. Masa tu aku dah terbayang kes bunuh Noor Suzaily Mohktar. Rogol dan bunuh. Ngeri dowh...


dup dip dup.....


Aku pun terus la bergerak ke depan, menuju ke arah konduktor bas tu..

"ermm..kita nak pergi mana ni?"

"Balik umah saya jap, sakit perut"

Balik umah ko? Gila! Taknak aku ikut ko. Saya nak turun sekarang! Saya nak turun sekarang! ok, itu hanyalah monolog dalaman aku.

Untuk seketika aku follow je rentak si konduktor bas tu. Kalo dia bawak ke tempat yang sunyi, aku akan jerit! EH, kalo aku jerit pun, bukan orang boleh dengar coz bas ni ber-air cond. Owh..aku perlu cari sesuatu yang boleh pecahkan cermin bas tu kalo apa-apa terjadi nanti.

So far, perjalanan ke rumah konduktor bas tu penuh dengan rumah kiri kanan jalan. Ok, means masih di tahap yang selamat.

Kemudian, akhirnya konduktor bas tu hentikan bas....

"Awak tunggu kejap ye, saya balik umah. Nak solat dan makan jap. Biasanya ni memang time rehat saya. Awak tunggu jela dalam bas, takde orang kacau"

fuuuhhhh...lega!

Sungguh, mula-mula aku sangat sangat cuak dan takut. Bayangkan la aku sorang je dalam bas bersama konduktor bas, kalo die buat apa-apa kat aku. kang ke naya...aku dah la tak kawen lagi.....huuu..


Yelah, sekarang ni kan banyak kes rogol oleh driver bas...cuak la aku.........



Tapi apa-apa pun, nasib baiklah aku selamat.

Wednesday, June 15, 2011

Sakit Badan Naik Bas lama-lama....

Sehari turun-naik bas, seluruh badan sakit
Pinggang, mata, bont*t
Takleh lucah-lucah di sini..har3

Penat tapi seronok!

nasib baik aku ditugaskan untuk menaiki bas Cas Ligas
iaitu bas bandar yang keliling area Terengganu
Bayar rm1 je, xkisah turun kat mana-mana
jadi, aku takdelah pening sangat nak kira pendapatan bas sehari
rm1 darab dengan jumlah penumpang, mudah sangat

kawan-kawan aku yang lain la yang kesian
yang kena menaiki bas ke destinasi yang jauh
macam KT-Dungun, KT-Batu Rakit
harga tiket dah la berbeza untuk setiap destinasi,
dah la taktahu penumpang tu naik kat mana, nak turun kat mane
so susah sikit la nak kira pendapatan bas sehari

Dugaan yang terpaksa aku tempoh adalah MENGANTOk
Tiap kali naik bas mesti rasa mengantok
Bila naik bas rasa macam naik buaian kanak-kanak tu haa
mata mesti akan jadi kuyu jerk
Seksa betul
terpaksa tahan mata dari tertutup...

Ni ha..bas yang naik semalam. comel kan?


Seronok naik bas ni, tapi penat duduk tengok la seat die macam mana
kerusi taman bunga, lenguh kot punggung aku nak duduk situ 1 jam..

*********************************

Bas Cas Ligas atau Bas Bandar merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat dan juga pelancong. Anda boleh menaiki bas ini untuk bersiar-siar mengelilingi bandaraya Kuala Terengganu.

Sistem pengangkutan bas awam ini akan diterajui oleh caS ligaS Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat anak yang diperbadankan sepenuhnya oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). caS ligaS Di tubuhkan pada 22 Ogos 2007. Rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.

Apa yang menariknya ialah bas ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin, sistem tiket automatik, global psitioning system (GPS), closes circuit television (CCTV) dan LED deestinasi penunjuk arah. Tambangnya ialah RM1 bagi satu hala perjalanan.

Laluan operasi adalah seperti berikut:-

Laluan Chendering (C1)
Laluan Taman Tamadun Islam (C2) - ni laluan aku.
Laluan Batu Enam/ Laluan Gong Badak (C3)

sumber dari: SINI

*********************************

Owh ye, bagi yang btak faham apa yang aku duk merapu meraban neh
boleh rujuk pada entri neh

DI akhir entri baru nak bagitahu eh
Sori-sori baru terperah santan...hihihi


Tuesday, June 14, 2011

Sayang lebih la kat abe-abe bomba neh! hehehe

Selamat Pagi kalian....

Semangat je kan aku nak update blog pagi ni..hahaha

Mesti ade yang tertanya, aku buat apa kat umah? dah keje belum?
Sampai sekarang aku masih menganggur
takde company yang sudi ambil aku bekerja...sob3
huhu..takde rezeki lagi la, lagipun susah la nak cari keje skrang...

tapi nasib baik, atas bantuan kakak aku, aku dapat kerja sementara kejap
Kerjanya aku kena tolong lecturer-nya buat kaji Selidik tentang Pendapatan bas berhenti-henti di area Kuala terengganu selama seminggu
Ekceli ni adalah saranan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia dengan kerjasama UiTM Shah Alam

Tugas aku kena kira jumlah orang turun-naik bas
juling la mata aku nak mengira orang,
dah la aku ni fail sikit bab-bab mengira..huuu
selama seminggu aku kena naik bas henti-henti untuk 3 trip sehari.
Pagi-tengah hari-petang. Giloh!
Tapi Rm100 sehari untuk 8 hari, sapa taknak. ye dak? hihi

Dan sekarang aku tengah kebosaan nak tunggu bas pukul 11 nanti
Route aku adalah ke Taman tamadun Islam
best tu, Trip lawatan ke masjid Kristal selama dua hari
Hari ke3 nanti tukar trip lain pulak....

Ekceli ni tumpang gune komputer kat makmal penyiasatan kebakaran, KT
Tujuan asal datang sini tadi. ingat nak clarify balik result FYP ari tu
coz next month aku kena present thesis lagi di Putrajaya
kali ni depan pegawai bomba pulak....

Tapi last-last, melepak depan komputer,
En Wan ada kerja pulak
jadi, suka hati aku je kan buat macam umah sendiri
dah la pegi bukak blog, facebook bagai

"Guna jelah komputer tu, layan diri jela ye. Nanti kalo free-free datang jela"

Gila sporting kan diorang neh
ni buat aku sayang lebih kat abe-abe bomba neh...
hehe


Monday, June 6, 2011

Dulu aku malas belajar, bila dah rajin rupanya dah habis belajar

Hari ni result kuar, result untuk terakhir kalinya...huhu. Ntahlah, secara jujurnya agak sedih jugak tengok result kali ni..huuu. Tak seperti yang diharapkan..kecewa kecewa.

Tapi kalo nak dibandingkan dengan result sem-sem lepas, dis sem much better. Thanks GOD!

Dan yang paling penting, aku berjaya capai target PNGK yang aku nak
Syukur sangat sangat
Walaupun bukan dalam kelas pertama (>3.67) 
Tapi still ok la, sesuai la dengan usaha aku yang tak seberapa.. Huuu...

Btw, aku dapat A untuk subjek Research Project!
So, terima kasih kepada mereka yang banyak membantu aku sepanjang menyiapkan FYP ari tu
dan untuk subjek-subjek lain, ok la....

Terkadang menyesal jugak sebab tak belajar betul-betul dulu
Selalu main-main, selalu ponteng
Eh..ekceli bukan ponteng tapi ter-ponteng
Tu pun sebab ter-overslept, bukan suka-suka taw
Then, sebuk nak join aktiviti itu ini sampai terkadang ganggu study.
Huh!

Arghhh...dah dah..hentikan, benda dah lepas kan

Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada mereka yang banyak membantu aku sepanjang belajar di usm

Especially Fadh, study partner aku semasa 3th year + 4th year
Hazirah yang selalu tolong daftar kursus untuk aku setiap sem
Rakan-rakan satu kos yang sudi kongsi ilmu bersama
Senior-senior yang baik hati – Aeleck, Jaidi, Zeri, Atok & Kak Pia
bagi tips nak jawab exam
Penat perah otak fikir balik soklan exam lepas, setelah dipaksa
Ahaaa...maaf menyusahkan kalian! Hehe
Pensyarah-pensyarah dan staff makmal

Dan tak lupa, penasihat akademik saya yang sangat sporting, Dr Nik Fakhuruddin
Thanks Dr.Nik untuk segala kata-kata nasihat dan dorongan  
Dan jugak kerna tolong saya men-setelkan pembetulan tesis ari tu
Jasa anda amat amatlah dihargai
Nanti ada masa dan dah bergaji, saya belanja Dr.Nik ye 
Ok! Silalah tuntutnya nanti..hehe