Sunday, July 31, 2011

Aku pun nak ucap selamat berpuasa jugak

Assalamualaikum wbt.

Haaa...pergi terawih tak tadi? Pergi? Bagus bagus bagus! Macam tulah yang kita nak dan harap-harap berterusan sampai ke penghujung ramadhan. Amin. =)

Tadi kan, aku pergi terawih di masjid depan umah kakak aku neh. Bersemangat waja neh nak solat sunat terawih malam pertama. Tapi sedikit hampa sebab tok imam tak bace pun zikir antara rakaat. Taw kan zikir yang mana. Setiap kali terawih aku mesti teruja-uja nak ikut tok imam dan tok bilal bace zikir tu. Bila bace zikir tu barulah rasa keseronokkan solat sunat terawih. Bila takde bacaan zikir tu tadi, rasa macam tak best jerk. Kalo korang, korang akan rasa macam tu jugak tak?

So di kesempatan yang ade neh, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan buat semua muslim dan muslimat sekalian.

Esok jangan lupa bangun sahur taw taw..

Tapi sebelum tu, jangan lupa niat berpuasa. Kang buat penat je tak makan, tak minum, tak korek hidung tapi dikira tak berpuasa sebab lupa nak niat. Niat berpuasa tu wajib ye adik-adik...

Ingat tak macam nak niat? Meh akak ajar meh..ikut akak bace ye..

"nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aala"


Ok, pandai adik-adik neh! esok dah boleh berpuasa dah la =)

Thursday, July 28, 2011

Kita bekerja kena ikhlas kerna Allah taw taw


Bangun pagi tadi, sambil breakfast belek-belek handphone.

Oh! ada satu mesej, dapat semalam dah tapi tido lena sangat sampai tak sedar dapat mesej.


".....(rahsia)............. Buatlah kerja kerana Allah jangan kerna duit semata.
InsyaAllah u tak bosan. Ok. gud luck =) "

tersenyum. teringat perbualan kami semalam.
Aku mengadu kat die, kerja aku ni bosan dan bla bla bla
kesian dia, asyik dengar rungutan aku je

bila bace mesej tadi, terasa macam mendapat suntikan semangat pagi-pagi.

thanks my dear fren!

sebenarnya kan aku sedikit bosan dengan kerja baru aku neh,

sebab sebelum neh tak ramai customer, duk melangut tak buat apa, bosan doh!

padahal, itulah lumrah seorang peniaga kan?

tapi hari ni, customer ramai dan untung pun banyak
(padahal bukan masuk poket aku pun, gaji tetap sama >.<)

oh...seronok berjumpa dan melayan customer

dan aku pun dah berani nak berbicara pasal kain sutera, kalo dulu

"kak salmi, kain apa eh?"

"kak salmi, ni berapa eh?"

"kak salmi, kain ni dari mana eh?"



aku rasa bisnes memang sesuai dengan jiwa aku =)




p/s: rindu pulak nak berniaga dengan rakan-rakan di usm mcm dulu.

Wednesday, July 27, 2011

Malas nak fikir tajuk

Mulut kata

"BENCI"

Hati kata

"Tak"

Mulut kata

"BENCI"

Hati kata

"TAK"



akal mula pening, runsing hendak membuat tindakbalas apa






p/s: Sesungguhnya Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan?


Tuesday, July 26, 2011

Ni bukan nak promote suh beli kain sutera

Assalamualaikum wbt.

Hari ni merupakan hari kedua aku masuk kerja. Macam mana dengan kerja? SO far oklah, but quite bored. Tadi pun sempat je aku curik-curik tidur 5-10 minit. Haa..mengular..ala dah nak buat macam mana, dah takde customer..rehatkan diri dan minda jela kan kan? takkan aku nak pergi berlakon jadi customer pulak. Aish. Harap-harap masih halal gaji aku tuh nanti. amin.

Actually aku baru je start kerja part time setelah hampir 3 bulan menganggur kat umah. Daripada aku makan tidur, sambung makan balik dan tidur, baik aku keluar bekerja. Ada jugak duit nak beli baju raya nanti. Tapi korang janganlah mintak duit raya kat aku nanti taw, gaji ai sikit je. >.<

Aku sekarang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah butik sutera batik di sebuah hotel terkemuka di negeri terengganu. (ceh..ayat nak canggih je. tapi macam salah grammar je. T.T). Tempatnya tak payah lah aku gitu secara detail kan, segan pulak aku nanti kan korang datang melawat aku kat butik tu pulak..hehe.

ni bukan yang aku jual. curik kat pakcik G je..

So, untuk dua hari neh, aku terpaksa belajar mengenali jenis-jenis kain sutera. Sungguh daku terseksa. Sampai sekarang aku masih confius dengan jenis kain sutera. Untuk membezakan jenis kain sutera tuh adalah melalui sentuhan. Tapi make sure time tu tangan korang dalam keadaan elok bukan tengah sakit kulit. Kalo tengah sakit kulit, semua kain sutera korang akan rasa sama je...zzzzzz..

yang ni pun aku curik, tempek sini..

Baru aku tahu, kain batik ade banyak jenis lapis. Ada batik 2 lapis, batik 3 lapis wawasan, 3 lapis discharge, 3 lapis skrin, 4 lapis dan 5 lapis. Macam mana taw lapis-lapis tu, aku taktahu tapi yang pasti setiap coraknya berbeza.

Majoriti customer aku adalah kalangan mak-mak datin dan foreigner. Wah! harap-harap nanti aku bertemu jodoh dengan anak datuk..$$$$$$$

Mata duitan! shoohhh shooh. hentikan angan-angan ko tuh. sila berpijak di alam yang nyata!






p/s: tapi kan tak salah nak berangan kan kan? hehe




Monday, July 25, 2011

Kembali pada yg asal

Aku dh tukar balik blog aku kepada rupa yang asal. huhu.
Mungkin sedikit comot, tapi lantaklah.
Ada masa nanti, aku mekap-mekap balik blog aku neh.

Ekceli ade sebab kenapa aku tukar balik ghupa blog aku neh.
Aku perasan sejak guna template baru tuh, ramai betul yg tersalah komen entri.
Yelah, ruang komen nya kat bahagian atas, susah la pembaca nak scroll atas balik untuk komen.
Lagi senang kalo ruang komen tu kat bawah kan kan

Maaf di atas kesulitan sebelum ini =,='

Aku pun sebenarnya suka kalo blogger letak ruang komen kat bawah entri dan gune pop-up window..
Kalo gune pop-up window, senang untuk aku usha entri sebelumnya sementara tunggu window untuk komen tu loading....

tapi apa-apa pun, komen tu nak letak kat bawah ke, kat atas ke, ke tepi ke
guna pop-up window ke embedded below post ke hape ke..
tu semua cita rasa masing-masing
aku tak halang pun
dan jangan riso walau kat mana pun ruang komen korang, aku akan komen jugak entri korang tuh =)



p/s: gambar neh macam xde kena mengena dengan entri pun...>.<


Sunday, July 24, 2011

Berita Baik Untuk Graduan Terengganu Yang Baru Habis Belajar

Anda orang terengganu? Baru je abes belaja dan masih menganggur atau baru bekerja?

mari sini..mari sini...ada berita baik neh =)

Rupanya kerajaan Terengganu ada menyediakan program bagus untuk graduan-graduan yang baru abes belajar. Ok, aku baru taw.. Setelah hampir 3 bulan menggangur, kakak aku baru bagitahu mende neh. Die terlupa nak gtaw aku. So, lepas raya kot baru aku boleh join mende neh sebab buat masa sekarang pendaftaran telah ditutup. =.='

Program itu dipanggil Terengganu Graduate Attachment Scheme (T-Gas).

***********************************************

Terengganu Graduate Attachment Scheme atau T-GAS adalah satu program di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui TESDEC bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah Terengganu. Program ini dijalankan dengan konsep “On Job Training” atau latihan sambil bekerja di syarikat / jabatan terpilih selama tempoh 6 bulan.

SYARAT KEMASUKAN:

1. Pemegang Ijazah/Diploma dalam pelbagai bidang

2. Berumur 21-28 tahun

3. Rakyat Negeri Terengganu sahaja

ELAUN:

Diploma : RM500.00 sebulan
Ijazah : RM600.00 sebulan

source : KLIK SINI
**********************************

Apa yang aku faham mengenai program neh, bagi mereka yang tidak bekerja, orang-orang Tgas akan carikan kerja untuk kita. Kebiasaan dalam Terengganu jugak la kot dan dekat dengan umah kita.Tapi bagi yang dah ade kerja, boleh jugak apply mende neh. Then maybe akan dapat extra rm600 untuk yang ada ijazah dan rm500 untuk diploma. Tapi pasal duit tu aku x sure sangat, tengok pada bos nantilah. Nak tahu lebih lanjut try la contact2 orang T-gas tuh. Aku pun taktahu sangat. Kakak aku yang uruskan untuk aku. hehe.

Bagi yang dah lama taw tu pasal mende neh, baguslah dan selamat menikmati duit T-gas. Tetapi, bagi yang tak tahu tu...jom apply ramai-ramai lepas raya neh. =)

Kerajaan negeri lain, aku tak sure tapi Kerajaan Terengganu memang sangat prihatin terhadap pelajar. Selalu bantu pelajar dan rakyatnya. Bayangkanlah, dulu masa aku nak masuk mrsm, dapat rm500. Nak masuk matrik, dapat rm1000 dan nak masuk universiti, dapat rm1500. Nak kerja pulak dapat rm3,600 (rm600x6bulan). Wahhhhhhhh..............bertuah betul jd rakyat Ganu neh.





p/s: Ekceli aku ade berita baik untuk kawan-kawan yang bukan dr Terengganu jugak tapi tunggu next entri ok =)

btw, esok aku start kerja part time. Jangan tanya kerja apa, kat mana. Nanti aku citer eh..okbai!

Monday, July 18, 2011

Saya ok jela awak =)

Ada yang tanya aku, aku ni ok ker? setelah bace entri yang lepas.

Dun wori rakan-rakan sekalian. I'm ok! Cume kadang2 je ter-emosi lebih. huhu.

Lagipun, aku saja je gedik-gedik manja post entri camtu, nak tengok ade orang nak bagi kata-kata motivasi kat aku tak. Ternyata kalian memang sayangkan saya kan kan? hihihi

Tapi kan, tanpa sedar rupanya aku dah pun habis belajar. Rasanya macam baru semalam je balik dari berpraktikal di mpdrm, padahal dah pun berakhir tahun 4. Kejapnya betul masa berlalu.

Teringat zaman sekolah dulu, bila dah bosan asyik tukar cita-cita je. Kejap rasa nak jadi doctor, then cikgu, pastu scientist, kemudian akauntan. Lastly, rasanya lebih selamat dan yakin cakap.........

“Cita-cita saya adalah belajar hingga ke puncak menara menara gading!”

Dan yeah! Berjaya jugak capai cita-cita tu. Macam tak percaya jerk. Cita-cita seterusnya? Entah la, malas nak fikir sangat, semuanya sekarang bergantung pada rezeki dan nasib....

Kalau dulu aku rasa kehidupan di matrik paling best, tapi sekarang aku rasa kehidupan di universiti lagi lagi lagi best!!


Rindu pulak kawan-kawan se-universiti..apa khabar kalian di rumah?

sehat kah? Har3...




*dah boleh simpan buat khazanah nak tunjuk kata cucu cicit nanti*

Aku agak mesti ada yang nak tanya atau kutuk,

Kenapa gambar kad matrik utk matrik & U aku nampak comot berbanding zaman sekolah?

Ahaaaa...sebab gambar matrik untuk sekolah, aku bagi sendiri, so boleh pilihlah yang cun2..

Tapi untuk kad matrik Matrikulasi & U, amek gambar ondaspot, opkos la selekeh sikit tak sempat nak touch up mekap...har3. Ala lagipun spek itu telah merosakkan tudung aku...huuuu


p/s: Tapi kan, agak-agak kenapa ek universiti di panggil menara gading? Kenapa tak menara tanduk? Menara sesunggut? Menara belalai?


Terlajak perahu masih boleh diundur, tapi terlajak pilih kos...?

Bulan Februari 2011,

Kawan A: Lea, ko rasa menyesal tak amik forensik?
Aku: Tak adalah sangat biasa-biasa je. Aku suka. Yelah kita amek forensik ni boleh g crime scene, tengok mayat, pegang revolver n autogun. best2...
Kawan A: Tapi susah la nak cari kerja...
Aku: Takpe2 slow2..InsyaAllah adalah.

*Think positive*


Bulan April 2011,

Kawan B: Kau menyesal tak amek forensik?
Aku: Ermm..tak..kenapa ko menyesal ker?
Kawan B: Sangat! Mana ade kerja kosong yang memerlukan mereka yang pegang ijazah Forensik ni. menyesal gila aku amek!
aku: Takpelah, kita try la mitak chemist.
Kawan B: Chemist pun diorang mestilah nak betul2 degree in chemical tak pun engineering chemical...
aku: errmmm

*diam taktahu nak kata apa-apa*

Bulan Jun 2011,

Senior A: Haa..menyesal tak amek forensik? Kami semua rasa menyesal gile amik forensik!
Aku: Tak. Semua tu kan ilmu, tak rasa menyesal pun belajar. Dalam 4 tahun tu, banyak yang saya dapat dan saya rasa, tak semua orang boleh dapat peluang tuh. Pengalaman dan ilmu yang sangat berguna.
Senior A: huhuhu.


tu kisah 6 bulan terdahulu. Masa tu, aku memang rasa tak menyesal amek forensik. Walaupun masa tu ramai gile senior aku duk merungut sampai siap hantar post ni kat metro lagi..huhu
Nak tahu lebih lanjut bace situ..

Sungguh masa tu, aku tak rasa menyesal.

tapi sekarang aku rasa sangat menyesal =.='

Kenapalah aku pergi amek kos neh.
Kang dah susah nak cari kerja.


T____T


"Ya Allah...kau limpahkan rezeki mu seluas-luasnya kepadaku dengan penuh KEBERKATANMU, Ya Allah.....jika rezekiku dilangit Kau turunkan, Ya Allah.....jika rezeki ku dibumi Kau keluarkanlah, Ya Allah.....jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah, Ya Allah....jika rezeki ku sukar Kau permudahkanlah, Ya Allah.....jika rezeki ku haram kau bersihkanlah, Ya Allah....jika rezeki kecil kau besarkanlah"

Saturday, July 16, 2011

Perlu ambil kira juga komen pembaca

Yu huuuuuuu!!!!
I'm back and now again, change my template.
Untuk keberapa kali entah, tak terkira..ngeh3

so, apa pendapat korang?
ok ker template neh?

ekceli pembace setia blog aku yang cadangkan template neh
katanya template ni sesuai dengan jiwa aku
auwwww! haha
yeke???
tapi aku takdelah se-ramping dan se-sexy gadis tuh...

Ikutkan malas nak tukar template dah tapi disebabkan taknak hampakan permintaan pembace setia aku tuh, aku pun tukarlah...
cewaahhh...!

lagipun sebelum ni ada jugak yang komen pasal template lama blog aku

"Blog ko kali ni (template lama) nampak comot sikit la"

T__T

"U guna template neh (template baru) la, nampak glamor sikit"

ok, dan sekarang aku dah tukar pun template blog neh
harap kalian suka =)




p/s: kadang-kadang kita perlu dengar juga pandangan pembaca sebab tanpa mereka siapa lah kita, eh silap, sunyi sepi lah blog kita kan kan?


Monday, July 11, 2011

tak Pandai Nak Menilai Lelaki

Tadi petang, aku round2 sekitar pantai depan umah aku. Bawak motor vroom! vroom! sorang2, rasa macam lonely je. Masa tuh dah nak magrib, malas la nak ajak kawan. Lama gila dah tak gi ronda-ronda pantai. Seronok taw ronda tepi pantai petang-petang, boleh tengok gelagat orang.

Boleh tengok makcik pakcik adik abang kakak berdating. auww..

Boleh usha-usha mamat hensem..ehemmm..

Dan boleh skodeng orang mandi pantai. phewwit! Tadi kan ada orang berbikini tadi! Seyes! Tapi budak kecik la..ngeh3 :P

Tengah ronda-ronda, aku terserempak dengan sumeone.

Menyampah pun ada dengan mamat ni. Buat-buat macho depan aku.




Nak tahu sapa?





MY FIRST CRUSH! *zaman sekolah dulu*


Dia tahu aku suka die dulu, tu yang die buat bajet macho depan aku tadi.
Ni semua kawan aku punye pasal lah, pecah rahsia kerajaan..

Dulu aku ada lah simpan perasaan sikit-sikit kat die neh
tapi sekarang? xde maknanya....

Bila jumpa dia balik kan, buat aku terfikir
Macam mana lah aku boleh suka dia ni satu masa dulu

Nak kata hensem, rupa macam Sabri Yunus
Nak kata pandai, dulu kelas no.4
Nak kata pengawas atau pelajar contoh, rasanya dulu selalu kena kejar dengan cikgu. Selalu ponteng kelas.
Dah la selalu buli aku, mentang-mentang dia anak guru besar sekolah!


Entah apa yang menarik tentang dia pun, aku taktahu.

Mungkin zaman sekolah dulu, taste aku terhadap LELAKI agak rendah.

Sekarang ni, selagi muka tak se-hensem Aaron Aziz, bicara tak se-sweet Piere Andre, badan tak se-tough Salman Khan, jangan harap aku nak pandang

Hee..ok, tipu je.! takdelah high taste cenggitu. Main-main je.

Aku tak pandang rupa paras la untuk berkawan.
Yang penting hati mesti baik =)


Thursday, July 7, 2011

Saya bukan yang dulu lagi!


menukar url

menukar profile name

menukar background blog

buang gambar2 + widget yang tak penting

kenapa?

-
-
-



aku punya alasan tersendiri

aku mahu berubah

mahu memulakan hidup baru


***************************************

Hakikatnya, inilah keputusan paling sukar yang aku buat.
Aku tahu dengan menukar url, opkos bilangan reader akan berkurang.


T__T

tapi takpelah, mungkin ini yang terbaik untuk aku.