Sunday, August 28, 2011

Harap takde orang spoil mood raya aku nanti

Macam tak percaya je kan lusa dah nak raya. So, camne persiapan korang? Baju raya berapa pasang? Kuih raya dah siap berapa balang? Tahun ni umah cat kaler? Banyak soklan aku tanya, macam lah korang nak jawab pun kan kan. huhuhu.

Persiapan raya aku biasa-biasa je. Bila dah besar ni, mood dah kurang sikit. Yelah, duit raya konpem susah nak dapat. sobs. Dulu excited je jalan satu kampung cari duit raya. Semua rumah aku masuk, janji dapat duit raya. HAHA. Tu dulu, sekarang dah tak berani nak buat macam tu.

Sebenarnya aku runsing gak ni. Yelah hari raya nanti, konpem2 la berjumpa dengan sanak sedara sekalian alam semua plus rakan-rakan lama. Aku tahu soklan pasti yang akan keluar nanti...

"Kerja kat mana sekarang?"

"Tak dapat kerja lagi ker?"

"Dah isi spa belum? zaman sekarang ni tak boleh nak memilih kerja sangat"

ish! aku malaslah nak jawab soklan-soklan neh. Aku dah isi spa dan dah hantar resume sume tapi nak buat camne, diorang tak berkenan dengan aku. Bayangkanlah, kalo 10 orang tanya aku soklan cenggini, bosan weh!

"Laa...tak dapat kerja lagi ye? Abes nak duit raya tak tahun ni?"

"Nak! Nak!"

Haaa..kalo soklan cenggini, eksaited jugak aku nak menjawabnya. ngeh3.

Dan lagi satu soklan yang malas aku nak jawab tapi akan selalu ditanya oleh kekawan lama...

"Ko dengan sapa sekarang?" (bercinta)

"Bila ko nak kawen eh?"

sobs lagi sekali....macam mana nak kawen, kalo kerja pun takde lagi. Dan yang paling penting calon pun takde lagi...grrrr

ish! betul la kata syrupmasin, nak raya ni perlu persediaan mental untuk menjawab soklan-soklan yang super duper mencabar neh.

Friday, August 26, 2011

Raya-raya jugak, tapi merdeka jangan dilupa

Morning guys!

Tinggal bape hari je lagi kan nak beraya. Tapi korang sedar tak, makin dekat kita nak beraya, makin dekat kita nak sambut merdeka. Sedar tak, sedar tak? Bagus3..ingatkan dah lupa terus. kehkehkeh.

Bila nak merdeka neh kan, aku teringat zaman sekolah dulu. Dulu masa aku sekolah, sekolah aku ada buat satu aktiviti wajib setiap pagi, menyanyikan lagu Negaraku dan lagu patriotik, setiap hari di bulan Ogos. Setiap pukul 8, loceng akan dibunyikan dan kami yang berada di dalam kelas masing-masing berdiri tanda bersedia nak menyanyi. Kemudian, lagu Negaraku dan mana-mana lagu patriotik akan dipasang secara random. Aku lah yang paling excited nak nyanyi. hihi. Sebabnya, pagi-pagi aku selalu mengantuk dalam kelas tambah-tambah kalo subjek English for Science & Technology (EST). Aku tak suka EST! So bila dah dapat nyanyi pagi-pagi, hilanglah sikit rasa mengantok tu.

Biasanya kelas akan bermula pada pukul 7.45 pagi. Bila cikgu EST masuk je, mata aku terus terasa berat je. Tapi kalo cikgu math or kimia, mata aku akan bersinar-sinar. So, bila cikgu EST masuk, aku akan rajin tengok jam. Cepatlah pukul 8, cepatlah loceng bunyi. Bila loceng bunyi je, aku lah yang paling excited nak nyanyi. Har3.

Tapi kan, budak-budak lelaki kelas aku ni sengal sikit, bila lagu Keranamu Malaysia dipasang. Diorang paling semangat nak nyanyi. Tapi diorang suka sebut "Keranamu.." je..then pompuan akan sambung lirik seterusnya. Yang sengalnya, diorang akan tukar MU tu kepada MAN. Man adalah classmate aku yang selalu dibuli. Budak-budak lelaki suka sangat sebut nama die untuk segala perkara.

cikgu: Sapa nak jawab soalan ni?

Budak-budak lelaki: Mannn

Cikgu: Sapa yang nak bentang dulu?

Budak-budak lelaki: Mannnnn

Segalanya Man lah. Kesian kan..har3. Tapi sebenarnya Man tu adalah seorang blogger femes yang sudah lama tak ter-update blognya. Siapa? Teka sendiri. Malas lah nak link kan dia. ngeh3.




p/s: Quote pada entri semalam takde kaitan dengan aku pun, saja je letak. Semalam aku busy, customer ramai plus penat sangat. Tu sebab aku takde mood nak menaip entri semalam. Sekarang mood dah datang balik dah.

Wednesday, August 24, 2011

Daripada main mercun, baik korang main tanglung

Dulu zaman kanak-kanak, korang sempat main tanglung tu? Tanglung tu apa? grr..cer google sendiri:P

Dulu kan, aku suka main tanglung, murah je pun. Ada yang 50 sen, 60 sen, nak lagi lawa, mahal sikit lah. Pastu aku suka beli lilin kaler-kaler comel satu kotak. Lilin comel-comel tu harga 60 sen je sekotak. Tiap-tiap malam menjelang raya, aku akan pasang tanglung dan gantung tepi pokok. Tapi kan, yang aku tension nya..tanglung selalu terbakar. grrrr...


Bila fedup dengan tanglung yang asyik terbakar, aku dan kakak aku mula berfikir secara kreatip. Kitorang pergi cari tempurung, dan jadikan tanglung. Pencahayaannya lagi terang. Tapi api cepat padam.
Kemudian, lagi kreatip. Kitorang cari pulak tin-tin kosong, pastu buat lubang-lubang kecik pada bontot tin kosong tu. Pastu jadikan tanglung.
Yang ni lagi best weh. Tangan tak lenguh pegang. Dah macam pegang torchlite je. Pencahayaan pun cukup terang dan api pun tak mudah padam . Dan yang paling tak mudah terbakar macam tanglung kertas tuh. ngeh3.

Biasanya, malam raya aku dan sepupu-sepupu aku akan merayap masuk kampung bawak tanglung masing-massing. Sapa yang gune tanglung tin kosong ok sikit la, pencahayaan lagi terang, kalo guna tanglung kertas tu seram sikit. Sebab pencahayaannya sangat romantik. auwww..

Aku tengok malam-malam raya sekarang dah tak semeriah malam-malam raya zaman aku kanak-kanak. Zaman sekarang susah nak tengok budak-budak berkumpul, bermain sama-sama di malam raya.


Tuesday, August 23, 2011

nak promote barang best neh


Ehem!

Comel tak mende neh?



kazen aku buatkan
sebagai ganjaran aku tolong buatkan logo untuk dia
Ni 1st doodle aku buat. =.='
comot sedikit.
tapi nasib baik kazen aku terima

Dan sekarang
i'm waiting for hp pouch pulak
ganjaran renovate blog beliau
kalo rasa nak tempah boleh klik SINi

g la usha-usha produk yang kazen aku buat
comel2 weh :)
kreatip dia neh



Monday, August 22, 2011

Jangan disangka mercun pop tidak berbahaya.

Aku agak semua orang taw kenapa mercun diharamkan di Malaysia. Kalo tanya budak tadika pun ada yang taw kenapa mak bapak dia tak bagi main mercun. Dah taw tapi jugak nak main. grrrr. Memang nak kena cepuk budak tu.

Ok, hakikatnya tak elok bermain mercun ni sebab permainan ini tidak elok untuk kesihatan, membahayakan kesihatan jiwa dan mental. Bermain mende ni boleh menyebabkan kematian ataupun kerosakan anggota badan. Tak menguntungkan pun.

Tapi kan korang taw ade rahsia disebalik pengharaman mercun-mercun di malaysia. Siapa-siapa yang lahir tahun awal 80-an dan ke bawah mungkin taw, tapi orang yang lahir tahun 90-an ke atas mungkin taktahu. Aku yang lahir tahun 1988 pun baru je tahu tahun lepas. =.=' Tu pun lecturer aku yang gtaw.

Kalo korang nak taw pada 7 Mei 1991, satu letupan kuat telah berlaku di sebuah kilang mercun di sungai buluh selangor. Memang sangat teruk dan dahsyat weh. Letupan ni seolah2 macam peristiwa pengeboman di Hiroshima. Letupan ni menyebabkan 26 kematian dan 83 yang cedera.

Ini cerita benar taw, bukan main-main, tak caya tengok bukti kat bawah. Takpun Klik Sini untu dapatkan maklumat lebih lanjut.

Gambar2 ni pun aku curi kat page tu sebenarnya >.<

Punca letupan tu

Keadaan kejadian tu. Dah jadi macam padang jarak padang tekukur je kan

mangsa letupan. T.T

Orang lama-lama cakap, api masa keciknya kawan, tapi bila dah besar akan jadi musuh. Macam tulah jugak dengan mercun. Mercun pop tu, yang korang cakap mercun paling cikai tu, kalo korang simpan banyak-banyak dalam satu tempat. Boleh menyebabkan letupan besar taw.

Ekceli letupan yang dahsyat ni berlaku sebab penyimpanan mercun pada satu tempat lah. Kepada yang ade simpan stok mercun di umah tu, jangan simpan dalam satu longgok, agih-agihkan sikit kat tempat lain. Tapi seeloknya buang terus lah stok mercun tu, buat apa nak disimpan-simpan. Bukan boleh dibuat harta khazanah yang hebat pun. Meletup nanti kang naya. Tak sempat nak beraya.

ok, fikir-fikirkanlah. Selamat bermain mercun eh selamat membuang mercun :P






pss: entri kali ini mungkin agak serius. Tapi aku hanya mahu berkongsi apa yang aku tahu :)

Harus Cek Inbox Setiap Kali Bangun Tido

1st henset aku. Kenapa pink? lantak lah...lalalala~

Ehem! Fiq, rindu saya ker? ahaks! Sori weh tak ber-blogwalking semalam. Semalam jiwa tengah kaco. Hilang terus mood nak blogwalking. Sekarang segala masalah dah selesai. Fuhhhh lega :)

Korang! Korang penah tak dapat mesej masa tengah tido, then korang mamai2 reply msg tu. Kadang2 balas msg pun mengarut, msg tanya mende lain, tapi korang reply lain. Takpun ejaan tak betul. Takpun korang mimpi korang dah reply, tapi padahal takde pun. Pernah tak? Pernah tak?

Aku pernah, tapi selalunya aku akan bermimpi aku reply mesej tu, padahal tak pun =.=' Uish sampai masuk dalam mimpi tuh.

Tapi kan pernah sekali tu, aku dapat mesej malam lewat malam. Mesej penting lak tu, seyesly aku x sedar plus tak ingat langsung pun aku pernah bace mesej tu. Cerita die cenggini, masa tu aku 2nd year dan aku terlibat dengan satu aktiviti kampus ni. Satu petang tuh, sedang seronok aku duk on9 main internet kat bilik, tetiba dapat call dari pengarah projek tu..

"Lea, ko kat mana? Nape tak datang meeting lagi? Dah kul 6 ni?"

"Meeting? Ko tak gtaw pun ada meeting hari ni"

"Adalah semalam. Cepat datang sekarang! Semua orang dah berkumpul ni."

Oh! Aku pun terus la bersiap pakai baju tudung semua. Dalam hati duk membebel dah. Ish pakcik ni, bila masa pulak dia gtaw ada meeting ari ni, rasanya takde. Dahlah gtaw last minit camni, aku paling pantang orang cakap last minit dengan aku. grrrr. Nasib baik aku duk kat bilik sekarang, kalo kat Kbmall. Haa..cmne

Sampai je kat bilik meeting, sume orang dah ada. Ada lah dua tiga duk jeling-jeling dengan aku datang lambat. Ala..dah pengarah gtaw lambat, salahkan pengarah lah.....

Habis je meeting tu, aku pergi jumpa pengarah tu..

"Nape tak gtaw aku sal meeting ni semalam?"

"EH adalah, aku ada msg ko semalam."

"Tak dapat pun"

"Jap aku cek henset. Haaa...delivered je msg aku kat ko"

"EH?" aku pun cek henset aku pulak.

Daaannnn.....oh! ada rupanya msg nya..tersimpan elok dalam inbox.

"Perhatian kepada semua HICOM dan ketu exco, esok ada meeting pada pukul 6 di bilik mesyuarat. pliz be punctual!"

Bila tengok je msg tu, terus aku tekan back. Taknak pengarah aku nampak msg tu. Kemudian, nasib baik lah ade seorang exco datang berbincang dengan pengarah. So, isu pasal msg ni terus hilang dibawak angin bayu.

Nasib baik weh, kalo tak malu aku. Dahlah g marah pengarah cakap tak hantar mesej, padahal dia ada hantar. Dan aku dah siap bukak pun msg tu, cuma bukak tapi tak bace. Tengah syok tido, mana nak perasan. huhu.

Lepas kejadian tu, memang setiap pagi, aku akan cek inbox henset aku. Riso kalo-kalo berulang lagi kes camni.




p/s: rindu zaman 'busy' kat universiti dulu.

Sunday, August 21, 2011

Pemandu bas mogok time nak balik raya. grrrrr.

Eyp! Korang dah beli tiket bas ker nak balik kampung ker? Soklan ni untuk para perantau je, yang memang duk kat umah tu takyah jawab. :P

Aku agak semua dah beli kan, kalo ade yang tak beli tu, memang sah-sahlah taknak balik beraya ler tu. gagagaga. Dulu time aku bergelar perantau, belum pose lagi aku dah beli tiket balik kampung. Riso weh kalo dah habes. Aku taknak beraya di perantauan.

Seronok kan suasana bila balik kampung nak beraya. Terasa nak nyanyi lagu Balik kampung je sepanjang perjalanan, pastu ajak pakcik makcik kat dalam bas join sekali.

Dalam banyak-banyak kenangan balik kampung nak beraya, ada satu peristiwa yang sampai sekarang masih segar dalam ingatan aku. Time tu aku baru je masuk usm, 1st time nak balik beraya dari kelantan neh. Tiap-tiap hari duk countdown nak balik kampung. Bila tiba hari yang ditunggu, semangat lah aku pergi stesen bas pagi-pagi, kul 8 pagi dah keluar. Padahal bas pukul 10.30 pagi. ahaks! Ekceli aku keluar sekali dengan kawan aku, bas die pukul 8.30 pagi. Tu yang terpaksa keluar awal.

Yang peliknya, tunggu punye tunggu..sampai pukul 9.30 pagi. Satu bas tu x datang-datang ke stesen bas Kb. Orang dah makin ramai. Masa tu aku pun terdengar la orang-orang gosip...pemandu bas mogok, xnak bas bas coz xde dapat elaun.

oh! dem! Tinggal 3 hari nak balik raya neh, boleh pulak diorang nak mogok-mogok. Dan yang bertambah geramnya, kenapalah hari aku nak balik kampung diorang nak mogok, kenapalah tak mogok semalam ke atau esok hari nya. Kenapa hari tu? grrrrrr...

Aku dah nak nanges dh memikirkan xleh nak balik raya. Nasib baik kawan aku cool, aku pun ter-cool sekali. Tapi kan, nasib baiklah, akhirnya dalam pukul 2.30 petang, bas mula masuk ke stesen bas dan mula amek penumpang. Selamat! kami semua boleh balik kampung. yey! Tapi tu pun dah ramai yang cabut lari naik van la suh mak ayah datang la..sebab ingtkan pemandu bas nak mogok sampai raya. Kalo mogok sampai raya, memang aku g bakar jugak pemilik bas tu sebab taknak bagi elaun kat pemandau-pemandu bas tu. ganas tak aku? Ish takde maknanya aku nak g bakar-bakar, aku nak beraya kat kampung, taknak beraya dalam penjara. har3.


Saturday, August 20, 2011

Sapa taknak barang murah kan

Wah! Hari ni dah masuk hari ke20 pose. Cepatnya masa berlalu, dah nak raya dah. Yey! Jumaat depan dah boleh balik umah. Yey! lagi sekali!

Percaya tak, sampai sekarang aku tak pergi-pergilah bazar ramadhan tu. Fuuhhh. Catat rekod weh! Sejak 5 tahun lepas, boleh dikira hari-hari aku g bazar. Hari-hari beli menu yang sama. Tak nasi ayam, nasi kerabu, takpun mee goreng or nasi goreng. Yelah duk hostel kan. EH kecuali tahun lepas jugak! Tahun lepas praktikal, nak keluar g bazar susah.

Teringat zaman matrik dulu, aku dan rumates biasanya pukul 6 dah keluar bilik nak pegi bazar. Bazar depan blok kami je pun, jalan 5 minit dah sampai. Pilihan juadah tak banyak sangat pun. Tapi kan, walaupun dekat, hampir sejam kami membeli belah kat sana. Why? Sebab ramai orang? sebab tunggu turn? oh nehi nehi.


sebabnya.....


kami menunggu saat harga air turun merundum...gagagaga

gambar neh aku curik kat google..tu yang kena tutup muka diorang kehkeh

2 bungkus seringgit, sapa taknak ye dak? Biasanya harga sebungkus rm1, tapi bila dah nak berbuka harga terus turun. Dah nak berbuka, baik turunukan harga, baik rugi sedikit daripada rugi banyak kan kan?

Korang bayangkan kami boleh tercongok berdiri depan gerai air tu, nak tunggu abang-abang jual air tu turunkan harga. Sengal tak? haha. Sambil-sambil tu cuci mata. keh keh keh.

Ish..memang kurus pose aku zaman matrik dulu. =.='

Itu dulu lah, skrg dah berubah dah :)



p/s: aku berbuka sorang2 kat butik ni. waaa..minggu ni aku shift malam. sob3. Ada sapa nak teman?


Friday, August 19, 2011

Nak cari yang pandai masak lah

Cak!!!!


Terkejut ke tengok blog aku skrg? ahaaa....Seharian aku dok godek-godek html tu, dari pagi sampai petang. Tak makan. tak minum. *eh dah pose memang la tak makan, tak minum..hihi

Dan akhirnya siap aku mekapkan blog aku neh.Kepada yang tak suka pink tu terutama si hero farid tu, tahan-tahan jela biji mata tu yep :P

***********************************

Aku perasan kan sejak akhir-akhir ni si Zoey selalu ada dalam rancangan masak-masak. Dalam Periuk Hangus, Masak bersama selebriti & Masak bersama Chef Anis. Si Aaron Aziz takde pulak. Penat menunggu, kot-kot adalah keluar wajah dia di rancangan masak-masak. Tapi takde jugak. Ish...ko ni, dah orang tak jemput die, nak wat cmne..erk?

Ok, berbalik pada si Zoey tu, oh! Dia dah la hensem, pandai masak pulak. Cukup pakej neh. Tergoda ai taw. Aku neh mudah sikit nak tergoda dengan lelaki pandai masak neh. Chef Wan? Tua sangat taknaklah...hahaha


Kalo boleh nanti aku nak cari suami pandai masak.

Bukan bermakna aku tak pandai masak, sebab tu nak cari suami pandai masak. Aku reti la jugak masak. Cuma kalo ade suami pandai masak kan best. Kalo aku sakit, suami aku masakkan. Kalau aku sibuk, suami masakkan. Wahh...best weh. Macam ayah aku. Dulu, mak aku bersalin dan duduk hospital, ayah aku la masakkan untuk kitorang. Malah kalau hari raya pun, ayah aku la jadi chef. Mak aku kemas. Best kan, boleh bahagi-bahagikan tugas. Nanti aku nak macam tu jugak la...


ehem!



Hard copy Kad Raya Vs Soft Copy Kad Raya.


Hari ni dah nak masuk 19 Ramadhan, korang dah dapat banyak ke kad raya? Aku tak dapat sekeping pun lagi weh. Eh ekceli aku taktahu la sama ada aku ada dapat kad raya or tak. Sebabnya, sekarang aku duduk umah kakak aku. Tak tanya pulak adik aku, ade tak posmen hantar kad raya. Malas nak tanya, sebab dah boleh agak jawapanya. =.='

Seingat aku, paling banyak aku dapat kad raya ialah masa form 3 and 4. Masa form 3, aku banyak pergi kem pmr sana, situ, sini. Pendek kata merata-rata lah. Bila dah pergi banyak kem, opkos la dapat jumpa kawan baru dari sekolah lain. Sebelum berpisah, bertukar biodata. Bertukar no phone. Bertukar alamat. Kemudian, time raya, hantar kad raya, bajet nak keep in touch la kan.Bila dah masuk U, makin kurang dapat kad raya. Bilangan kad raya makin berkurangan. Boleh buat hipotesis ni, Semakin meningkat usia, semakin berkurang kad raya. Tapi bagi mereka yang femes-memes, mesti akan tolak hipotesis ni kan? >.<

Tapi ikutkan, memang orang zaman loni malas nak main hantar-hantar kad raya kan. Biasanya diorang lagi suka hantar soft copy kad raya berbanding hard copy kad raya. Faham ke soft copy, hard copy neh?

Hardcopy kad raya - kad raya yang boleh dipegang, dicium dan ditayang di ruang tamu time raya. Ayat mudah, kad raya yang korang beli kat Mydin tuh.

SOftcopy kad raya - kad raya yang hanya boleh dilihat dan tak boleh ditayang di ruang tamu! Atu ayat mudah, kad raya dihantar melalui fb, blog or bla bla.

Meh aku terangkan proses-proses penghantaran kedua-dua kad raya tu.

- Hard copy Kad raya -

1. Sesi memilih kad raya

Pergi ke kedai cari kad raya. Tak berkenan kat kedai tu, pergi kedai lain..dan kedai lain. Sampailah berpuas hati.
2. Sesi Membuat list penerima dan alamatnya

Membuat list bakal penerima kad raya. Bilangan penerima pulak limited mengikut bilangan kad raya yang dibeli. Dah siap list tu, mula mencari alamat mereka. Selongkar bilik, cari buku biodata or buku catatan. Buat siasatan sana, siasatan sini. Takleh tanya terus pada penerima, kang dah tak surprise.

"Awak tanya alamat saya neh, mesti nak bagi kad raya kan kan?"
3. Sesi menulis kad raya.

Menulis kad raya guna tangan. Dah terserlah tulisan tangan yang macam cakar ayam. =.='
4. Sesi mengepos kad raya

Pergi ke pejabat pos. Beli setem. Oh! setem 20sen, 30 sen dah takde. Terpaksa keluar extra money lagi. grrrr..
5. Posmen lambat g hantar kad raya, sebab surat berguni-guni.

5 hari lepas hantar kad raya, still xdapat lagi.

"Awak, awak kata nak bagi kad raya. Takde pun. Hari ni dah raya pun"

"Err...saya dah hantar minggu lepas dah.."

Last-last, kad raya sampai ke rumah si penerima pada raya ke4. Yelah posmen pun nak cuti beraya jugak, ingat korang je ke nak cuti? Hilang sudah ke-spesel-an kad raya tuh. Si penerima pun kecewa takleh nak tayang kad raya tu kat kawan-kawan. Si pemberi pulak kecewa sebab si penerima tak balas pun kad raya kepada beliau.

- Softcopy kad raya -

1. Sesi membuat kad raya

Boleh edit guna photoshop, paint or photoscape. Kalo malas sangat pun, curik kat pakcik Google. Berlambak ada, berbagai kaler, corak dan jenis. FOC lagi.
2. Sesi menghantar kad raya

Boleh tagged kat fb nama-nama penerima, atau tujukan kat blog je.

"Kad raya ni adalah untuk semua follower dan pembaca saya. Amek lah. Tempek dekat blog masing-masing taw taw. ngeh3"
3. Sesi balasan.

Tak sampai 1 minit, pasti dah ada orang komen balik

"Selamat hari raya buat awak jugak :) "

Cepat benor kan dapat balasannya kan. Itu sebab orang lagi suka memilih kaedah neh. Tapi kan, bila macam ni sapa yang akan untung? dan sapa yang akan rugi??

Opkos yang ruginya peniaga kad raya dan yang untungnya posmen. Kurang kerja beliau di bulan pose ni...har3

Tapi kan, aku nak kad raya! nak kad raya! Nak hard copy, xnak soft copy! korang hantarlah kad raya kat aku weh. Kad raya bape sen je pun. keh3.





p/s: Ada orang janji nak bagikan kad raya untuk aku...ehem. Just wait and see.. hehe.

Thursday, August 18, 2011

Konfius nak bahasakan diri apa

Ni kisah masa mula-mula aku masuk matrikulasi.


aku letak nombor, takut korang tak faham pulak
ampun tulisan kecik, dah siap edit baru perasan =.='

Pernah tak korang alami masalah macam tajuk kat atas tuh. Konfius nak bahasakan diri apa? Nak guna saya? aku? kita? orang? ai? atau guna nama je.?

Aku kadang-kadang pun konfius nak bahasakan diri apa bila 1st time jumpa orang. Kalo berjumpa pakcik makcik ataw orang lebih tua..biasanya aku akan guna saya, takpun guna nama aku je. Tapi kalo berjumpa dengan orang yang lebih kurang umur dengan aku ni, ni yang problem sikit. Tambah-tambah kalo orang tu nampak macam alim, sopan dan lemah lembut macam tu. Nak guna saya macam formal, nak guna nama, macam gedik, nak guna aku lak..macam ganas la..aish...

Macam dalam dunia blog ni jugak, kalo aku nak g komen blog orang, kadang-kadang aku konfius nak guna apa. Bila nampak blogger tu macam sopan plus lemah lembut, buat aku segan nak bahasakan aku-ko. Tapi kalo dengan lelaki biasanya aku maen belasah je guna aku-ko. Nak guna saya-awak, nanti ingat aku nak ngorat lak..har3.

Tapi pada pendapat aku, penggunaan kata ganti diri dalam blog tidaklah mencerminkan diri sebenar si blogger. Mungkin kat blog guna gua-lu, nampak ganas. Tapi depan-depan..mak aih sopan gila. betul ker?



p/s: tapi kan aku geli sikit bila blogger lelaki guna nama dalam penulisannya. Mamat nak citer ni, tadi kan mamat, bla bla.. uish manja semacam je...erkk..ampun. *cabut lari siap-siap*

Wednesday, August 17, 2011

k e m p u n a n

Bulan pose neh kempunan nak makan mende neh


aku suka yang gemuk-gemuk tapi garing macam neh


walaupun aku duk terengganu, tapi susah jugak nak cari keropok goreng di bazar
oh lagipun aku xnah g bazar, kakak aku yang cakap
asyik balik keje lambat, xsempat nak g...
jimat duit aku

kempunan nak makan keropok goreng di pasar depan husm tuh
menu wajib setiap kali pergi pasar malam setiap jumaat
sampai kawan aku pun dah masak benor dgn makanan wajib aku neh..




p/s: tak sabar nak makan cheese cake berbuka nanti :)

Terharu bila ada yang suka baca blog saya. Sobs.


Sebelum tu, meh aku terangkan apa itu silent reader?

Silent reader atau bahasa melayu kita pembaca senyap. Dengan kata mudah, Baca dan blah. Tanpa tinggalkan jejak.

Ciri-ciri si silent reader

* Tidak mahu meninggalkan jejak di mana-mana blog. Tidak mahu dikenali atau tidak mahu si blogger tu taw yang dia selalu skodeng-modeng blog blogger itu. Contohnya kes, si silent reader skodeng blog si ex semata-mata mahu mengetahui perkembangan si ex nya dan tidak mahu si ex tahu. Rasa macam loser la coz yelah dah clash tapi still nak bace blog si ex lagi.

* Taknak dedahkan diri sebab tidak mahu si blogger tahu link blog nya.

* Malas nak tinggalkan komen atau tempek sedas dua jeritan di shoutbox. Terasa berat je jari-jemari nak menaip something kat situ.

* Sekadar nak bace blog, malas nak lebih-lebih.

* Sebab tiada akaun gmail dan blog tu pulak tak benarkan anonymous.

* taktahu nak komen apa..

dan banyak lagi la sebab kenapa kadang-kadang orang lagi suka menjadi silent reader. Aku pun kadang-kadang suka menjadi silent reader terutama apabila membaca blog gosip-gosip artis Beautifulnara. Sekadar membaca dan malas nak komen-komen sangat.

Apa-apa pun menjadi silent reader tak salah pun, tak masuk penjara pun. :)

Kenapa aku ulas tentang isu neh?

sebab semalam aku terbuka satu blog ni, link blog ni aku dapat melalui trafik kat nuffnang. Rasanya 1st time aku menjejak kaki kat blog dia. Kebetulan, entri kat blog tu citer pasal BLog Yang AKu SUka vs BLog Yang AKu Tak Suka

dan tak sangka nama aku ade terselit kat situ. *terharu terharu*


See see nama aku ade kat situ,
terlalu eksaited sampai siap printscreen nak simpan wat kenangan..keh keh keh


Yelah blog aku ni biasa-biasa je, takde bagi tips-tips menarik, xde doodle yang menarik. takde tu takde ni. Tapi bila DIA cakap die suka baca blog aku, rasa terharu amat. rasa nak lompat tinggi-tinggi. hikhikhik

to Lisa N. Yusoff, thanks ye rajin bace blog saya. Korang korang, cepat say Hi kat Lisa...



p/s: Thanks jugak kepada sume silent reader saya yang lain terutamanya dak kosmate aku dan lecturer aku jugak..hihi...

Sokongan anda amat-amatlah saya hargai :)


Tuesday, August 16, 2011

Kejap Ketawa, Kejap Menanges. Gila ker?


Itulah yang terjadi kat aku sebentar tadi.
Mula-mula gelak sakan tak teringat dunia
Pastu menanges teresak-esak siap pergi carik tisu lagi, nak lap air mata.

Yelah, mana tak gelak sakan nya
Ada ke budak kecik ingat pegang-pegang tangan dh boleh mengandung
Then siap bagi makan nenas lagi kat gurl tu suh gugurkan kandungan..
har3..

Yang part leleh air mata tu, mungkin orang tengok biasa-biasa je
Tapi aku ni berjiwa sensitip sikit
memang akan keluar air mata tanpa disedari. sob3

ishh..apa yang ko duk merepek meraban ni?
Pening aku bace'

Pening eh? AMpun..hihi
Ekceli tadi aku baru je layan citer AKU TAK BODOH
Movie Melayu Aku Tak Bodoh, bukan Blog Saya.Tak.Bodoh. hehe

Movie ni dah lama, tapi aku baru tertengok
Dulu aku rajin study, xlayan movie-movie neh (rajin la sangat, layan korea x sedar diri xpe..)
haip!

Btw, citer memang ni kelakar gile plus ada banyak pengajaran terselit

Bagi yang tak tengok lagi, nah tengok sini..





Ce Tolong Tafsir Mimpi Aku Neh


Morning korang!!!


Nak taw, semalam aku bermimpi. Aku bermimpi berada dalam kereta ayah aku bersama dengan dia dan rakan-rakannya. Dan ayah aku nampk mesra je, melayan diorang. Padahal, ayah aku ni pendiam.

Bangun pagi, terfikir. Seingat aku dah lama gila dia tak muncul dalam mimpi aku. Aku pun takde fikir pasal dia langsung semalam sebelum tido.

Taktahu nape, aku selalu mimpi dia berjumpa dengan family aku...

Kadang aku mimpi, dia datang tido umah aku...

Kadang aku mimpi, keluarga dia dan keluarga aku makan sekali satu meja...




Ahhh..korang agak kenapa ye? ce tafsir mimpi aku neh



dia adalah salah seorang kenalan aku.
dia tak pernah jumpa family aku dan aku tak pernah jumpa family dia
umah kami pun jauh beribu batu...



dan yang paling pasti dia bukan yang ni....................





Monday, August 15, 2011

Sate telah mengecewakan aku!! grrrr


Pernah tak korang beli sate..pastu semangat la kan curah kuah kacang yang merah berkilat atau kekuningan tu terus ke dalam sate. Senang. Takyah nak celup2. Biarkan sate tu serasi bersama kuah kacangnya. Mesti pernah kan kan?

Tapi pernah kah korang, bila dah siap curah kuah kacang ke atas sate dan bersiap sedia nak makan. Sekali baru korang sedar, rupanya kuah kacang tu basi????

Pernah?

Tak pernah?

Ok! aku pernah! Baru je terjadi time nak berbuka tadi...


grrrrrr....


Dengar je azan magrihb tadi, eksaited la amek sate tuh. Gigit sekali. Rasa pelik. Gigit lagi sekali. Oh! Kuah kacang basi....

Kuah kacang tu dh siap bermesra dengan sate-sate pada setiap sudut. Tiada seinci sate pun yang tak disentuh oleh kuah kacang tuh

grrrr..lagi sekali

demn! terpaksa buang sate tuh

Nak makan takut sakit perut pulak esok

Plan nak g basuh je, tapi mesti dh tak best rasanya.


Gambar ni aku curik kat google jerk. Malas nak snap gambar sate yang dah tak suci tuh. har3

Lebih kurang cmni la keadaan sate aku tadi. Aku agak ada dalam 12 batang kot. Ntah. malas nak kira.

sayangnya..terpaksa buang camtuh je. sob3

esok lusa tulat sampailah raya..aku xnak beli sate kat kedai tu lagi....


Sunday, August 14, 2011

Cerita PeTang AHad


Tadi ada seorang customer ke kedai, *ok, bahasa rojak ==*. Sambil memilih sambil beramah mesra dengan kami. Aku pun suka melayan customer yang jenis sporting dan banyak cakap. Seronok je. Seronok die bercerita masa muda-muda dia..Zaman muda die pakai starch la apa lah...

Then entah macam mana, terkeluar lak isu neh.....

Customer: Mu ni doh kawen ker?

aku: err belum lagi

Customer: Doh..nok tunggu mende lagi?

Aku: tunggu orang masuk minang la..hehe

Customer: Takleh gitu, pompuan ni kena wat tindakan. nak tunggu tunggu. Payah loni. Pompuan ramai sangat bla bla bla bla

Aku: *diam tak mampu nak kata apa-apa*

Ish...rileks la pakcik ni, saya masih muda la. Baru je abes spm.....5 tahun lepas..ngeh3

Lagipun, aku baru abes belajar, keje pun belum. Kawen?? Fikir kemudian! biarlah aku nak enjoy dulu....

bak kata nora danish..."Kita Enjoy!"





"Tak bersedia nak kawen sekarang la, tapi kalo ada orang masuk minang. Akan dipertimbangkan. keh keh keh"


Saturday, August 13, 2011

Rasa Nak Senyum Lebar-lebar

mood pagi tadi
Sedikit down

-
-
-

Mood Tengah hari sampai sekarang

Super duper HAPPPY!

rasa nak senyum lebar-lebar






pssst.apa-apa pun senyum itu kan sedekah

hehehe

okbai!

A a aku C c cinta K k Kamu...

Di hari Sabtu ni, aku nak bagi teka teki kat korang.
Ce teka, lagu apa yang sesuai untuk orang gagap? teka teka..hihi


-
-
-
-
-

dah-dah..baik aku bagi jawapan terus..
malas nak tunggu ko jawab...keh keh keh

jawapannnya...


Ai Ai Aisheteru....

hahahaha

Pernah dengar lagu ni? OST Cinta Melodi


tetibe jatuh cinta dengan lagu ni
dan tak pasal pasal aku jadi gagap nyanyi lagu neh

a a aku
ai ai aishiteru

XP

sapa yang xnah dengar, jom layan




p/s: entri ni bukan untuk menghina siapa-siapa. Sekadar suka-suka.
Maaf jika ada yang terasa =.='


Friday, August 12, 2011

Asyik tempek doodle org bagi, apa kata tempek doodle aku pulak. kekeke

Semalam satu malam buat kerja lara, melukih doodle

mentang-mentang hari ni tak kerja

boleh melagha-lagha di malam hari sementara nak tunggu bersahur

ish3..kalo bace al-Quran bagus jugak =.='



Comel tak?? hihihi

yeyeyey! Dah reti lukis doodle =)

Tapi still xreti nak lukih doodle lelaki...sob3


Me, Lea-pinkbutterfly

Wednesday, August 10, 2011

susah nak padam memori lama.

Baru tersedar rupanya hari ni, 10 Ogos dah
Maknanya dah hampir sebulan 2 hari jugaklah
aku tukar url blog, nama blog
dan delete...... *erm erm*

Bagi yang taktahu

dulu url blog aku: leabutterflypink.blogspot.com
nama blog : Perjalanan Hidupku

Disebabkan rasa bajet nak berubah menjadi 'matured'
aku tukar segalanya...

Last-last menyesal jugak sebab tukar T__T

Sekarang, walaupun dah sebulan lebih aku tukar url tu
kadang-kadang aku selalu juga tersalah taip url lama
Masih belum biasa dengan url baru


sukar betul nak padamkan memori lama kan?


Monday, August 8, 2011

Kisah aku bangun bersahur


"Bangun sahur tak esok?"

"Minum air je kot, malas nak makan"
*makan pun malas, bukan susah pun padahal*

"Minum air dengan makan kurma, baru berkat sikit"

"Huhu..yela"

Aku kan memang jenis tak suka nak bangun sahur. Zaman kanak-kanak dulu rajin lah jugak bangun sahur. Tu pun setelah dipaksa dan diugut oleh mak.

"Ha...tak bangun sahur. Esok kalo lapor jangan nak merungut pulak,
kena puasa jugak sampai penuh"

Takdelah brutal camtu mak aku, tapi ayat die lebih kurang la. Dek takut dengan ugutan tu, aku pun terpaksalah sumbat nasi pagi-pagi. Kang lapar esok, mengadu kat mak, kena hempuk kepala...huuuu

Bila dah masuk asrama, lagi la bertambah malas nak bangun sahur, kalo bangun pun biasa akan minum air je. Tu pun dah siap sedia letak botol air kat katil. Bangun, teguk air dan sambung tidur balik..zzzzzz. Biasanya aku akan makan roti atau biskut siap-siap sebelum tidur. Sahur siap-siap. Esok pagi takyah bangun dah.

Teringat masa zaman skul dulu, 1st time aku bangun sahur. Masa tu terpaksa bangun sebab esoknya Hari Graduasi. Cikgu pesan suruh bersahur takut pitam pulak nanti time nak amik sijil. Aku kan pelajar yang taat, jadi pagi tu aku bangun sahur. Paksa diri jugak.

Tak ramai perempuan yang turun bersahur. Takyah beratur-atur..

*gambar cilok dr incek google*

Tapi lelaki, mak aih..beratur panjang tuuu...well, lelaki memang takleh kalo tak bangun sahur kan kan? Nanti moody semacam mengalahkan orang PMS lak.

*gambar ni pun gambar curik*

Otw, nak pergi ke kantin tu, aku dah tarik siap-siap tudung aku kat depan. Taknak kasi orang nampak muka aku. Malu weh. Bayangkanlah, muka baru bangun tido pergi cari nasi....

Tu dulu, sekarang aku dah rajin bangun sahur dah. Tu pun sebab duk umah balik....huuu

Eh tapi sekarang aku bersahur ikhlas bukan sebab ugutan mak lagi..

Lagipun, bersahur itu kan sunnah sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat amat digalakkan. Bahkan menjadi pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi.

"Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Riwayat Muslim)

Jadi adik2 semua, rajin-rajinlah bangun sahur, jangan malas-malas taw taw.



p/s: 1st doodle aku buat setelah berguru dengan cik wanie comel lotey. =)

Sunday, August 7, 2011

A Song For Sunday


Lagu untuk pagi ahad ini: Perpisahan Ini (1st Edition ft Aizat)

Aku suka dengar lagu neh, dengar berulang-ulang kali pun takpe
Liriknya sangat mendalam maksudnya



Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

************************************

"Setiap pertemuan ada perpisahan, dan setiap perpisahan amatlah pedih"

"Kenapa perlunya pertemuan sekiranya ada perpisahan? Sebab...itulah lumrah kehidupan dan setiap yang berlaku ada hikmahnya."

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"



p/s: Suara Aizat sangat merdu, best woo kalo die boleh nyanyikan untuk aku tiap-tiap malam sebelum tido..hihihihi



Saturday, August 6, 2011

Makanan feveret untuk berbuka berubah ikut tempat


Aku agak masing-masing mesti punyai makanan feveret untuk berbuka kan kan
Ada yang suka makan murtabak, roti john, kueh onde-onde

Terus terang, aku takdelah specific pada satu makanan feveret je
Sebab makanan feveret time berbuka aku sentiasa berubah ikut tempat aku berpuasa masa tu...

zaman kanak-kanak, aku suka mak aku masak bihun sup
mesti bermangkuk-mangkuk aku makan
last-last perut kembung dengan sup.


bila masuk sekolah menengah, merantau ke hulu Pahang
Jadi, aku sangat suka makan ikan patin masak tempoyak
ni suma gara-gara kawan aku selalu ajak share juadah berbuka dengan diorang



bila masuk matrik Johor, aku gile nak makan nasi ambang time berbuka
at first, nampak pelik je makan mee goreng dengan nasi
tapi last-last ketagih lak nak berbuka dengan nasi ambang



zaman u merantau ke Kelantan pulak
so, opkos makanan feveret aku time kat u, nasi kerabu
owh! nasi kerabu dengan ayam panggang. mantap!


sekarang bila dh balik ke tempat asal, aku dah takde makanan feveret
semua yang terhidang, aku belasah
tak kisah, janji kenyang..


p/s: tetibe kempunan pulak nak makan nasi ambang....



Thursday, August 4, 2011

Telekung Sembahyang Kaler-kaler. Wajarkah?


eceh...tajuk nak lebih kurang macam Wanita Hari Ini (WHI) je. haha. Tapi memang pun, terdetik nak buat entri ni selepas tengok WHI hari tu. Dalam program WHI hari tu, mereka mengulas tentang trend fesyen telekung masa kini. Telekung kini ada yang kaler-kaler, kaler pink pun ada. Pastu ada yang sarat dengan sulaman dan manik-manik.

"Tak salah kot. Kita nak menghadap Tuhan, apa salahnya cantik-cantik"

"Kalo kita nak jumpa bofren boleh pakai cantik-cantik, kenapa nak jumpa Tuhan taknak pakai cantik-cantik"

Lebih kurang macam tulah komen-komen orang ramai apabila ditanya tentang trend fesyen telekung masa kini. Aku sendiri pun pada mulanya bersetuju dengan komen-komen orang ramai tu, yelah tak salah rasanya nak pakai telekung yang cantik-cantik untuk menghadap Allah swt. Tapi lepas dengan komen rakan sekerja aku apabila seorang lagi rakan sekerja nak beli telekung yang bersulaman cantik, buat aku terfikir pulak.

"Aku nak beli telekung ni la, nak buat g sembahyang terawih nanti. Cantik tak?"
(telekung kaler putih tapi sarat dengan sulaman berwarna hijau)

"Cantik, beli la kak sya" - aku menyokong

"Sya, mu pakai telekung cantik-cantik wat pergi terawih nanti tarik perhatian orang lak," komen kak An.

"Ala tapi kita suka, dan untuk keselesaan kita, takpe je kan" tepis kak sya.

"Tapi kalo orang pandang mu nanti pakai telekung ni, mesti diorang kata, uish cantik telekung die. kan dah tarik perhatian orang. Kan tak elok tarik perhatian orang. Pastu ganggu orang nak solat pulak. Mata diorang asyik tengok telekung mu hok comel je,"

Bila dengar komen kak An tu, buat aku terfikir. A'ah betul jugak cakap dia. Yelah bila kita nak pergi terawih, dengan pakai telekung cantik tu, orang pasti akan tengok. Terpegun. Yelah, unik daripada orang lain. Tak kiralah makcik-pakcik-adik-abang-kakak...

uish...merahnya mak ngah...

Time sembahyang pulak, orang yang kat belakang si pemakai telekung cantik tu, terutamanya penggila fesyen, pasti takkan kusyuk. Tambah-tambah kalo tok imam baca surah panjang selepas al-fatihah.

"Ish..mana die beli telekung ni? Nak beli jugaklah. Nak beli kaler pink. Die punyer kaler hijau, tak cantik sangat"

Haa..kan dah tak kusyuk makcik tu solat. Kesian die.

Semalam pun, lepas solat terawih aku, aku toleh ke belakang. Aku perasan ada seorang kakak pakai telekung kaler hitam dan bermanik-manik. Bergerlipan you. Nasib baik dia duduk belakang aku time sembahyang, kalo tak mau mata aku sakit terkilau silauan asmara permata dari telekung dia. uish....


Kesimpulannya, aku rasa tak salah kot nak pakai telekung cantik-cantik, tapi kat umah jela. Takyah la bawak pergi terawih atau solat raya. Menarik perhatian orang ramai...wat tambah dosa je nanti...

Lagipun tak perlu kot nak cantik-cantik menghadap Allah swt, cuma pastikan telekung atau baju yang kita pakai tu bersih dari najis-najis dan solat kita khusyuk. Itu lagiiiii penting kan?


Tuesday, August 2, 2011

Baru je dapat IC. sobs

Setelah hampir 4 tahun terjun dalam bidang blogging neh
Akhirnya berjaya jugak aku dapat IC
Tanpa sedar rupanya selama neh aku adalah PATI di alam maya neh

nak tengok IC aku?

-
-
-
-

Ding!!!!


Comel tak IC aku neh??
comel kan? comel kan?

Terima kasih ditujukan buat MAR
Sebab sudi bagi IC neh
itupun setelah dipujuk rayu..ngeh3)

Kalo korang nak IC free jugak, apa lagi. Jom pakat serbu blog die ramai-ramai...





p/s: Owh ye! Jom buang toksin-toksin dalam badan nak? Baik korang buang weh sebelum terlambat... KLIK sini. Murah je. 2 riyal so!



Monday, August 1, 2011

Abang Bomba call aku Lah..ehem

Petang tadi aku dapat call dari sumone. Tengok pada no phone yang tak dikenali, aku agak call dari mana-mana company nak suh g interview...tapi rupanya...

"Hello cik Lea, saya dari pejabat bomba, kejap, saya hendak sambungkan talian kepada encik Saiful"

Saiful mana pulak ni. Nak main sambung-sambung pulak.

"Hi cik Lea, saya Saiful dari pejabat bomba..awak sedang buat apa tu?Busy ke?"

"Saya tengah kerja sekarang ni..huhu"

"Ok, actually saya ni senior awak, belajar usm jugak dulu..hehe"

"Oh..a'ah..kenal..kenal"

"Kenal ke..hehe"

Actually tak kenal pun, masa aku 1st year, die 4th year.

"Eh, tak..ingat ingat..Dr Nik ada citer pasal awak. Saya pun ada amek no awak dari Dr Nik. Awak jadi bomba kan skrg..ari tu terfikir jugak nak kontek, tapi last-last terlupa lak..hehe"

"Owh..yeke? hehe. Ok. Macam ni, saya dengar awak ada buat projek tesis dengan bomba kan?"

"A'ah..."

"Ok, so bla bla bla bla....."

Dah-dah malas ah nak citer panjang-panjang pasal perbualan kami. Tapi semuanya adalah berkenaan dengan presentation final year project di hadapan pegawai bomba. Bagi yang baru bace blog aku, sebenarnya ari tu aku buat FYP dengan kerjasama bomba. So, aku terpaksalah present result FYP tu depan diorang untuk diorang kaji balik sama ada kerjasama ni bagi benefit kat diorang atau tak, perlu diteruskan untuk junior lain atau tak...

Sepatutnya presentation tu, bulan 7, tapi ni dah masuk bulan 8 pun. Dan hari ni baru pegawai bomba nak call, ingatkan dah lupa terus pasal presentation tuh. Kata incek Saiful tadi, bomba busy bulan 7 ari tuh, tu yang takleh buat presentation tuh.

Dah 3 bulan dah aku viva neh, aku pun ingat-ingat lupa pasal result FYP aku tuh...aish kena study balik neh. Powerpoint ari tu pun tak edit-edit lagi lepas kena 'belasah' kaw-kaw time viva ari tuh....Malas betul nak sentuh menda tu balik..

Tapi kan harap-haraplah presentation tuh ditunda ke bulan 9 dan lagi best kalo lepas konvo, bulan raya ok sikit daripada bulan pose. Bulan-bulan pose neh, malas aku nak pergi terbang ke Putrajaya dari Terengganu. Penatlah. Nanti terkejar-kejar nak buka posa dan sahur. Lagipun kalo bulan raya, best sikit sebab aku agak mesti ada jamuan lepas presentation. ish..ingat makan je. Ala..makan free..sapa xnak kan kan?



gambar lama, diberi nafas baru. (eh?)




Berkat 1 Ramadhan

Salam 1 Ramadhan, Salam 1 Malaysia =)

Pose tak ari neh?? saya opkos la pose
dah umur 23 tahun, malu aih tak pose..hihihi

Ekceli kan aku hepi sedikit pagi ni
sebabnya sempena 1 Ramadhan ni, Allah telah buka pintu hati dia untuk memaafkan aku.........mungkin

Hampir setahun kot aku menagih kemaafan dari die
mesej kat phone tak reply,
Call? Takut ahh...huhu
bila g komen kat fb dia, dia tak layan pun
komen orang lain boleh pulak die balas
terasa jugak hati kecik aku neh..

Tapi mungkin kesalahan aku memang besar pun
tu yang take time untuk maafkan aku
huuuuuuuu

Pagi semalam aku mesej wish selamat berpuasa kat dia
Tak mengharapkan die reply, sebab tahu die pasti takkan reply
but then, tanpa diduga tengah malam semalam baru die reply
wish selamat berpuasa jugak
for the 1st time, after about one year, dia reply mesej aku
oh!


Thanks awak coz sudi nak kawan dengan saya balik =)