Friday, September 30, 2011

Aku dah buat IC baru

Assalamualaikum wbt.

Setelah berbulan-bulan asyik tangguh je, akhirnya semalam aku dan kawan aku berjaya jugak pergi buat IC baru. Malu dah nak bawak IC zaman umor 12 tahun pergi mana-mana, apatah lagi nak pergi mintak kerja...=.='

IC lama nampak muka macam budak-budak plus muka aku putih semacam je. Padahal zaman kanak-kanak, aku mana reti nak pakai foundation, tempek bedak ke muka. Nak kata natural, kulit muka aku takdelah putih sangat.

Tapi kan, yang tak boleh blahnya...

Ada seorang pekerja kat situ, tukang amek gambor untuk IC. Sambil tunggu dia isi apa yang patut maklumat diri aku, dia suruhlah aku isi borang kaji selidik. Kena isi sama ada layanan pekerja tu ok tak. Ada 5 pilihan.

1- tidak memuaskan. 2- Kurang memuaskan. 3- Memuaskan.
4- Agak memuaskan 5- cemerlang

Aku ni, kalo isi borang kaji selidik neh, aku pasti akan tanda no. 3 sokmo. kiranya sedang-sedang la..tak teruk sangat dan tak bagus sangat. Tapi tadi aku baik hatilah, tanda no. 4. Lagipun layanan diorang baik..kira berbaloi la kan. Tapi boleh pulak pekerja tu cakap...

"Eh adik, tanda cemerlang semua"

Hah? eh suka hati aku la nak tanda apa...

"tapi ni dah buat agak memuaskan"

"Potong-potong, buat cemerlang"

Malas nak cakap banyak, aku pun ikut jela cakap pekerja tuh. Kemudian bahagian cadangan aku kosongkan jela. Sebab memang takde komen apa-apa. Nak cakap, pekerja ni paksa suh tanda Cemerlang kang, nayalah pulak. Lagipun pekerja tu tengok apa yang aku tulis.

"Haa..dik bahagian cadangan ni isilah"

"Saya takde cadangan"

"Tulis, layanan bagus, ada peluang naik pangkat"

Hah? sekali lagi

"Owh ok..sedang berusaha nak naik pangkat eh?" tanya aku sambil tergelak.

"A'ah...terpaksa wat macam ni"

"Ooo..huhu..." takpelah, ikutkan jela. Mana taw bila aku tolong dia naik pangkat neh, lepas ni aku boleh dapat kerja kan. aminnn....

"Dik ada fesbuk tak?"

"Nak buat apa pulak?"

"Nak add, nanti boleh chatting-chatting. hehehe"

"Errrr"

Malas nak cakap banyak, aku pun tulis jela nama fb aku. Kemudian, kawan aku pun kena macam aku..kena paksa tulis Cemerlang dan mitak fb..adehh pakcikkkk..malas aku nak komen apa-apa..hahahaha



Kata Hati Lea: Kena tunggu sebulan lagi, baru buleh dapat IC baru..menyesal pulak pergi buat awal-awal, takkan nak mitak kerja guna IC sementara neh..adehhh



Thursday, September 29, 2011

Spontaneous Thursday #4




Indah je rasa bila dapat mimpi orang yang kita rindu
tak dapat jumpa di alam realiti, jumpa di alam mimpi pun jadilahh






kata hati Lea: Nak g buat IC baru....gantikan IC lama yang muka tak berapa nak matured


Tuesday, September 27, 2011

Memang ko silap tanya orang la...

Hari tu, masa aku tengah bersiap nak keluar dengan kawan. Ada sebuah kereta datang berhenti betul-betul depan umah aku. Dengar je bunyi kereta, terus la aku berlari keluar umah kot-kot kawan aku dah sampai. Tapi rupanya bukan, seorang lelaki muda tercongok depan umah aku...

"Assalamualaikum..Err nak tanya umah kat belakang tu kosong ker?"

sambil tangan dia menunjuk ke arah umah kecil kat belakang umah aku.

"A'ah kosong."

"Umah sapa ek?"

"Umah ayah..nak sewa ker tapi umah tu takde tandas pun, ade telaga jer"

"Oh yeke? hurm kalo nak sewa jugak boleh ker?"

"Err kena berurusan dengan ayah la"

"oh..bagi no phone ayah boleh?"

"Ok jap eh.." terus aku berlalu cari pen dan kertas nak tulis no phone ayah aku.

"Nah..."

"Ok, terima kasih...awak kenal sapa saya?"

huh? adehh mamat neh, apa punya soklan da...

"err tak"

"Ok..takpelah..terima kasih ye.." terus berlalu.

Bila mamat tu blah, terus la aku tanya adik aku.

"Mad, orang tu sapa? tak kenal pun"

"Tu polis la.."

"oh yeke..huhuhu"

Polis ker? Sorilah..aku tak berapa kenal polis-polis kat kampung aku neh. Kalo geng geng csi Bukit Aman tu, aku kenal la jugak..sempat beramah mesra, bergurau senda satu masa dulu.

Tapi kan, aku kan betul-betul tak faham kenapa mesti die tanya soklan kenal die ke tak? Apa dia ingat die tu cukup femes sangat sampai semua orang kenal dia. Atau mungkin die nak test tahap kefemesan dia kot....tapi maaplah kamu tak cukup femes buat aku...

Lainlah kalo Shaheizy Sam yang tanya
"awak kenal siapa saya?"

"ish..abang sam ni, buat-buat tanya pulak..awakkan buah hati saya, mestilah kenal"
*blushing*

ha ha ha haktuih.



kata hati Lea: Nak tengok Bini-biniku Gangster, siapa nak teman?

Monday, September 26, 2011

Kisah Cinta Asam Jawa..


*ini kisah lama, tetibe teringat sebab ciken pox ari tu. Kalut cari asam jawa untuk kurangkan demam*

Siap!!! jerit hati kecilku.

Akhirnya berjaya jugak menyiapkan lab report yang baru dapat dua hari lepas. Lab report harus disiapkan dengan kadar segera kerana makin bertambah hari, makin bertambah bilangan lab report yang perlu disiapkan. Ahhh..dah nama pun pelajar, kalo tak dibebani dengan lab report, asignment bukan pelajar la tuh.

Oh! Dah pukul 2 pagi rupanya cepat betul masa berlalu. Mungkin terlalu khusyuk membuat lab report sampil ber-facebooking buat aku tak sedar masa berlalu. Tetiba terasa seram sejuk semacam. Err bukan sebab ade hantu, tapi badan aku terasa macam mahu demam pulak. Bila tak sehat macam ni, terus fikiran aku melayang kat keluarga di kampung. Biasanya kalo sakit, diorang akan jaga aku dengan sebaiknya. Masak makanan yang best-best walaupun akhirnya aku tak makan pun. Yelah, dah sakit selera makan opkos la hilang kan. Ish..rindu pulak kat diorang malam-malam ni. Nak call, rasa macam dah lewat benor..mesti diorang pun sedang enak dibuai mimpi indah.

Terasa nak borak dengan someone untuk hilangkan kerinduan tu. Alahai rumate kesayangan pun sudah tido...erm. nak borak dengan siapa ek. Kemudian, terus mata aku memandang skrin laptop sebelah kiri. Tengok siapa yang masih online di google talk. Eh jap, ade ke yang taktahu google talk tu apa? google talk tu lebih kurang macam YM la cuma xleh nak webcam dan takde emoticon comel2..google talk ni memang kurang femes sikit tapi agak femes di usm.

Eh, dia masih online lagi. Lewat macam ni, masih tak tidur lagi?

aku: tak tidur lagi?
dia: belum..tengah bace journal ni..nape tak tidur lagi?
aku: baru je siapkan lab report neh. Then takleh nak tido pulak
dia: oooo.....

bla bla bla bla bla. Aku dah lupa apa yang kitrg borak malam tu... =.=' tapi agak lama dan berjaya buat aku lupa seketika perasaan tak menentu tadi. Dia berjaya redakan perasaan ala-ala homesick aku tadi... :)

Malam esoknya...aku berasa suhu badan aku makin naek. Adeh! tak suka demam! Biasanya demam sokmo datang menyerang malam-malam kan..siang ok je, malam baru rasa nak demam. agak-agak kenapa? err aku lupa nak tanya lecturer aku dulu...huuu doktor sila jawab!

ok back to the story..

Biasanya kalo demam-demam macam ni, mak aku akan sapukan tuala yang dah direndam dengan air asam jawa ke badan aku. Tapi sekarang kat hostel, mana ade asam jawa. Eh apa susah, suruh jela sapa-sapa tolong belikan. Baru pukul 8.30 malam. masih awal..kedai pun bukak lagi. Kemudian, terus terlintas di fikiran aku, dia. Time-time macam ni biasanya dia akan keluar makan, alang-alang dah keluar boleh tolong belikan asam jawa untuk aku kan. Tanpa buang masa, terus capai henpon..

"Salam..keluar makan ker?"

"A'ah..kenapa?"

"nak mitak tolong belikan asam jawa boleh. asam jawa yg biasa orang buat masak"

"Nak buat apa? nak masak ker? hahaha"

"Eh taklah, kan aku demam. Nak bancuh buat air asam jawa pastu letak kat badan..boleh kurangkan suhu badan"

"Ohh ok..nanti aku try cari"

"Tapi nanti ko beli asam jawa yang pure taw, yang dalam plastik. bukan dalam botol taw"

"haha. ok2. nanti aku try cari kat seven E"

"Thanks ye!"

"no hal lah"
setengah jam kemudian...

"aku dah ade kat bawah dm3 neh"
*dm3 - nama hostel aku*

"oh, ok jap aku turun"

dengan hanya ber-sweater dan berseluar track serta tudung yang dipakai dengan sedikit serabai, aku trun ke bawah. Yelah..takkan aku nak suh die naek ke atas. Nak mampus...aish

"Nah, betul ke yang macam ni"

aku amek bungkusan asam jawa tu. tilik tilik depan belakang bungkusan asam jawa tuh.

"ok la ni. berapa eh?"

" 3o sen je. haha. tak payah bayar r"

" betul ni?"

"ala 30 sen je pun. free dah"

"ok..tq2!"

"oklah, balik dulu"

"ok!"

Sesampai kat bilik, aku sambung belek bungkusan asam jawa. 30 sen je eh. murahnya. sebelum ni paling murah aku beli 70 sen.

Tapi kan, yang peliknya. Lepas je aku jumpa die..terus suhu badan aku turun. eheee...tak sempat pun aku nak sapu air asam jawa ke badan.

Mungkin die adalah ubat yang paling mujarab buat aku. errrr...





kata hati lea: tak sempat nak jumpa die masa konvo ari tu. :(

Tuesday, September 20, 2011

Virus Ayam pop-pop Dah berkurang...

Hai korang semua...

Ampun weh, dah lama tak udapte blog. Well, orang sakit kena banyak berehat kat umah, tak buleh banyak menaip dan yang paling penting takleh jejalan ke 'umah' orang lain, kang tak pasal menyebarkan virus ciken pox kat korang pulak..ngeh ngeh.

Ada yang tertanya-tanya ke macam mana keadaan aku sekarang?Aku neh dah sehat ke belum, yela konvo dah nak dekat kan, lusa dah pun.

Ikutkan hari ni dah masuk hari keenam aku dapat virus ayam pop pop..so far dah bertambah ok. Bahagian badan masih lagi banyak..tapi bahagian muka dah kurang dah! Ye! bahagian muka wajib diberi keutamaan. Sebab muka tak boleh nak disorok, badan boleh disorok dengan baju. hehe. Ala..lagipun susah la nak sapu ubat kat badan. huhuhu. Tapi walau macam mane pun, parut still ade kat muka aku neh. ish..huduh sero bila ambo kelih dale cermin. *eh.apsal speaking kelate lak neh..*

Aku taktahu la buleh sorok ke tak parut tu dengan foundation nanti. Ish..aku dah lah tak reti sangat nak mekap-mekap bagai neh..huuu..

Owh ye, aku nak ucapkan terima kasih la pada korang-korang semua yang mendoakan aku agar cepat sembuh dr virus ayam pop pop neh. Mungkin sebab doa korang la, aku cepat sembuh.hehe..alhamdulillah...Thanks eh korang...sayang korang ketat-ketat.

Dan special thanks for Jue & Hanie sebab selalu datang bertanya khabar dengan aku. terharu weh! hehe

Yeahhh! Mood nak berkonvo dah kembali.....persetankan muka berparut polkadot tu semua, yang penting aku nak naek pentas amek sijil dan dapat berjumpa dengan kawan-kawan.....



p/s: berukband lembap macam siput-band...grrrrr.




Kata Hati Lea: berdebar menanti khamis..erm....




Thursday, September 15, 2011

Spontaneous Thursday #3



Kadang-kadang aku tengok comel jugak ciken pox neh
kecik molek berair. Rasa nak picit-picit jer. Memang comel gilerrrr
tapi yang tak comelnya, bila dia berkampung kat badan aku ni haa..
siap ajak mak sedara, pak sedara, jiran sebelah kampung semua
grrrrrrr



Cepatlah blah dr badan ku wahai ciken pox yang comel!




Kata Hati Lea: Malu nak kuar umah, dengan muka berGERUTU neh...sobs


Chicken Pox....wuuuuuu


Ye! Aku dapat chicken pox..waaaaaa

Baru je dapat semalam..sobs

sedih weh..sangat sangat sangat sedih...... :(


ala, chicken pox je pun. Rileks ar beb!


Memanglah chicken pox je pun

tapi masalahnya......

Aku konvo next week!! waaaaaaa...


Adehh..badan aku penuh biji-biji kecil berisi air

dan yang paling teruk MUKA...aduhai..


"Kat muka takde pulak eh chicken pox?" doktor

"Ni semua ni chicken pox la ni"

"Oh yeke? Ingatkan jerawat..hehehe"

grrrr! muka aku tak pernah dapat jerawat teruk sampai macam ni


Muka aku dah jadi bergerutu, dah tak cun dah. eh err sebelum ni tak cun jugak, tapi sekarang makin bertambah tak cun...sobs

Ala..nanti macam mana nak ber-photoshot dengan kawan-kawan...


ok! aku takde mood nak berkonvokesyen next week...hurmmmmmmmmmmmmmmm

T_______________________T



p/s: Korang doakanlah aku cepat sembuh sebelum 22 September neh ek...






Kata Hati Lea: Aku taknak pakai foundation tebal2 masa konvo nanti...nak nampak natural je. Tapi kalo parut teruk sangat. Terpaksa lah kot...sobs.



Wednesday, September 14, 2011

Header baru


Mungkin dah ramai yang perasan, aku dah tempek header baru.

Comel tak? ehem!

Dan header baru ni, opkos la bukan yang aku buat. Aku takde lah kreatip cenggitu

Ada orang yang baik hati buatkan untuk aku

Tanpa disuruh apatah lagi dipaksa...heeee

katanya, dia nak buatkan header yang nampak lagi professional untuk blog aku

erk?



header yang dianggap kurang professional oleh beliau...grrrr...

hahaha..

Ekceli mula-mula aku ingat malas nak tukar header, lagipun aku baru je tukar header tak sampai sebulan

Tapi bila tengok je header yang dibuat oleh beliau

Terus jatuh hati, dan terus gedik-gedik nak tukar sekarang..hehe

errr Siapa beliau?

Mungkin ade yang boleh agak sapa yang buatkan, sebab rasanya hanya beliau sorang kot yang melukis doodle tak berjari..(eh, ampun, terperli lagi..hehe)

Bagi yang taktahu, beliau adalah pemilik blog ! Nostalgia Klasik !

Pergilah terjah blog die. Lukisan kartun die comel2 dan lawak-lawak

Aku suka lepak lama-lama kat blog die..sambil gelak sorang-sorang. hehe

Thanks ye Abu Huzaifah Aziz untuk header yang comel lote neh :)


p/s: owh ye! terima kasih jugak buat blogger Hero Nurul Farid & Cik Bell untuk kad raya yang comel. 1st time dapat kad raya dari blogger. :)






Kata Hati Lea: oh! No! Jerawat! grrrrr



Tuesday, September 13, 2011

Survey 'Aku Pendiam tak?'

Hari tu, ada kawan sekolah rendah aku kol. Tak pernah nak kol aku, tertiba kol. Nak kata kami kamceng dulu, tak jugak. Sebab kitorang memang tak pernah borak pun. Cuma sekarang neh, sejak jumpa balik dalam dunia facebook, kami mula bertegur sapa, beramah mesra,

Kitorang banyak bersembang pasal perkembangan budak kelas kami sorang sorang. Borak pasal Joyah dah kawen ke belum. Borak pasal Dolah, sambung belajar kat mana. Macam macam la nama keluar masa tengah borak tu. Dan sebagai penutup perbualan kami, dia sempat cakap kat aku...

"mu ni dah makin banyak cakap eh. Dulu rasanya senyap je dalam kelas. Nak dengar suara pun susah..hehehe"

errrr.... =.='

Lepas je kejadian neh, aku terus buat survey. Survey pendapat orang ramai tentang diri aku.Yeye..aku tau, aku tersangat rajin. Tak payah nak puji-puji. hahahaha..

Subjek 1: besfren sekolah menengah rendah (form 1-3)..

Aku: Dulu, aku pendiam tak?

Subjek 1: A'ah dulu nampak senyap je. Lembut je.
*itu jawapan betul, aku tak tokok tambah.har3*

Subjek 2: Besfren sekolah menengah atas (form4-5)

Aku: Dulu, aku pendiam tak?

Subjek 2: Pendiam la jugak. Tapi selalu sangat nyanyi-nyanyi dalam kelas masa prep.

errr?

subjek 3: Rakan matrik
Aku: Aku pendiam tak?

Subjek 3: Pendiam kalo jumpa orang yang sekepala kot. Kalo orang kenal tu boleh sekepala kot. Ko tak pendiam ah.
Subjek seterusnya: kawan-kawan satu universiti

Soklan yang sama ditujukan kepada beberapa kawan-kawan universiti aku. Mungkin sedikit bias, kerna bilangan subjek tidak sama tapi nak buat macam mana, rakan-rakan di zaman lain susah nak kontek...hehe

Subjek 4: Taklah pendiam sangat dan taklah cakap sangat. Sederhana dan berpatutan. (tersenyum lebar dengan jawapan die neh)

Subjek 5: Takpun. Ko sorang yang ramah. bising. degil. keras kepala. baik. bla bla bla(err terlebih sudah)

Subjek 6: tak. Ish ko tiba-tiba tanya soklan macamni dah 23 tahun kot. takkan tak kenal diri sendiri. Ceh. (gulp! kan dah kena marah tanya soklan bukan-bukan..huhu)

subjek 7: X eh, ko banyak cakap jugak..kalo jumpa regu..dalam kelas lecturer mengajar pon, ko sembang. (err...tu utk menghilangkan mengantuk dalam kelas..hehe)

Subjek 8: tak pun. Peramah jugak. Nape? Ada orang cakap kak lea pendiam ker? Macam tak percaya je...(dush dush..sampai macam tu sekali)..

Ekceli bila aku ajukan soklan "Aku pendiam tak?" Terus mereka jawab "Tak"..grrr... tapi aku paksa diorang bagi jawapan panjang sedikit. hahaha

Dalam banyak-banyak jawapan subjek tu. aku paling suka jawapan subjek no.4. har3...

Result from dis survey?

anda semua tentukan. hehe.


Kadang-kadang kita perlu minta pendapat rakan tentang diri kita.
Supaya kita taw kekurangan diri kita dan sebaliknya.
Dan bila dah dapat jawapannya, cubalah berubah untuk jadi lebih baik. :)




kata hata Lea: walau apa sekali pun, aku still gadis yang sopan lagi pemalu. *blushing*

HAHAHAHAH!


Sunday, September 11, 2011

Menyampah betul kalo ada orang yang spoil mood aku nak basuh kaen

Semalam borak dengan ex-coursemate di facebook..

see, bertapa tak ikhlasnya diorang nak ajak aku bekerja dengan diorang. Nak jadikan aku bibik diorang lettew..grrrr.

Hahaha. Ekceli tak kisah pun. Memang sebelum neh, kami selalu gotong royong masak sama-sama dan biasanya aku yang akan selalu masak. Sebabnya aku taknak basuh pingan periuk belanga tu semua. hua3.

Teringat zaman berpraktikal di maktab pdrm, cheras satu masa dulu. Kami satu kos 'berkampung' selama satu sem di maktab pdrm dan sepanjang praktikal tu, kami ade kelas dan kena masuk lab. =.=' Tak macam praktikal pun kan? tapi kan tulah sem yang paling enjoy dan sempoi gile sepanjang 4 tahun bergelar student. oh ye! menjawab soklan Umie, aku dulu amek kos sains forensik. Kos yang paling susah nak dapat kerja. sobs.

Sepanjang praktikal, kami menginap di dalam asrama maktab pdrm tu dan berkongsi satu bilik dua orang. Bilik die sangat best weh, toilet kat dalam, siap ade ade econ. Dah macam hotel pun. Kat sana, kitorang selalu maen masak-masak dalam bilik. Biasanya bilik aku yang menjadi sasaran. Dalam bilik aku semua ada, sos cili, kicap, beras, pendek kata semua barangan dapur ade lah. Kitorang terpaksa merajinkan diri sebabnya susah nak dapat makanan pada waktu malam dan hujung minggu. Cafe bukak ofis hour je. Jadi nak taknak terpaksalah masak...

Nak dijadikan cerita, pada satu petang, masa tu aku tengah excited giler ni nak membasuh kain. Excited lah sebab dah takde baju nak dipakai. =.=' Tiba-tiba ade sorang rakan datang spoil mood aku..grrrr.



Aku kan tension betul kalo ade orang yang datang menggangu time aku basuh kain atau mandi. Spoil mood betul. Yelah, tak selesalah aku nak keluar bilik air dengan basah-basah semuanya..eeeee

Kawan aku tu, bukan datang mintak garam je taw. Kadang-kadang datang mitak peanut butter, cili, kicap, budu. semua lah..ish ingat bilik aku tu kedai runcit ke? huhu.

Tapi aku tak kisah pun, aku kan dermawan lagi rupawan. har3 *muntah hijo*. Setiap yang berlaku ada hikmah. Lepas je insiden mitak-meminta neh, kami terus jadi mesra. Sebelum ni, kami jarang bersembang di dalam kelas. Dia buat hal dia, aku buat hal aku. Tapi sekarang, walaupun dah lama habes belajar, dia selalu update dengan aku apa yang dia buat, kerja kat mana sekarang. Bagus kan?

So, korang jangan kedekut kedekut taw. Kena jadi dermawan dan rupawan macam aku jugak. barulah leh dapat ramai kawan. hakhakhak.



kata hati Lea: Tak sabar nak jumpa dengan mereka balik. :)

Friday, September 9, 2011

Apa perbezaanya?

Entri kali ini rentetan dari entri ini dan ini. 1st time buat entri bersiri neh...hikhik

ok, apa perbezaan antara kedua-dua tyre prints neh?

penat dah eh korang bukak mata luas-luas tapi still x jumpa perbezaannya eh?

alalalala..kesian mata korang. meh meh nak tolong cium mata korang yang dipaksa bukak luas-luas tuh. oppsss..pompuan je, lelaki takleh, haram. keh keh keh

dah dah takyah nak gatai gatai, back to the topic

sebenarnya, kedua-dua tyre print tuh adalah dari tayar yang sama. Bukan satu tayar belah kiri, satu tayar belah kanan ataupun satu tayar depan atau satu tayar belakang. Cuma diamek pada waktu yang berbeza. Satu diambil sebelum kereta tu bergerak manakala satu lagi diambil selepas kereta tu dah ronda-ronda satu kawasan. Means kitorg bawak posing kereta tu satu taman, kemudian conteng kapur tu balik dan amek tyre print lagik

faham ker? err harap faham la ye..

so perbezaannya....

tengok pada bulat2 tu dan bandingkan dengan gambar sebelah

Satu gambar ade corak bulat-bulat, satu lagi takde. Corak bulat-bulat tu mungkin disebabkan ade batu-batu kecil melekat pada tayar. Kan dah bawak pusing satu taman, jadi opkos ade batu yang melekat. Haaa..tulah dia perbezaannya.

ekceli asignment aku bukan suruh cari perbezaannya tapi kena cari persamaan untuk membuktikan kedua-dua tyre print tu adalah dari tayar yang sama. Opkos la sama, sebab aku memang guna tayar yang sama tapi lecturer aku still nak 16 bukti menunjukkan tyre print tu dari tayar yang sama =.='

Motip asignment??

Membuktikan tyre print jugak boleh dijadikan sebagai bahan bukti dalam satu kejadian jenayah. Ingat fingerprint je ker boleh, tyre print pun boleh jugak taw. Tyre print akan diamik jika ia terdapat di tempat kejadian jenayah dan pada masa tu, kekurangan bahan bukti lain seperti fingerprint, blood, DNA dan bla bla bla. Jadi, tyre print-lah satu-satu evidence yang boleh digunakan untuk menjejaki penjenayah.

Ala aku agak ramai yang dah taw pasal neh, korang mesti layan citer CSI kan kan?

Okeh..macam tulah ceritanya.






kata hati Lea: psstttt....ada gaya CSI tak aku? hihihi..


Thursday, September 8, 2011

Spontaneous Thursday #2




Baru aku taw



Susah rupanya untuk mendapatkan kembali
HATI orang yang pernah kita kecewakan satu masa dulu









Kata Hati Lea: Padan muka! grrrr



Tuesday, September 6, 2011

Kembali ke sekolah

Helo everybodi...


Aku tengok ramai blogger yang merungut nak kena balik kampus balik. Tapi ade jugak yang hepi nak sambung belajar balik...Wahh..jeles sama kamu :( terasa nak balik ke kampus jugak, tapi zaman itu sudah berlalu bagi aku. sobs. eh bukan aku je taw rasa cenggitu, aku tengok ramai kengkawan aku post status pelik-pelik kat fesbuk, aku tak post la cenggitu. Aku maintain cool. gagagaga.

"teringat dulu, biasanya seminggu sebelum kelas start, aku dah kena balik kat usm.."

"Kalo dulu, mak aku selalu tanya, nak balik balik kuih raya apa kat usm. Tapi tahun ni dah tak tanya dah..agak-agak kenapa ye"

(sebab ko dh takyah balik usm la sebab tu mak ko tak tanya..hua3)

"Rindu kelantan, rindu nak hangout kat tepi pantai, makan colek, shopping kat kbmall..bla bla"

(yang ni rindu nak bersuka ria, bukan rindu kat lecturer, notes..ish3. ala padahal aku pun camtu jugak...hehehe)

ahh macam-macam lagi la status diorang yang melambangkan kerinduan zaman blaja dulu. Padahal time blaja dulu, cakap taknak balik kampus la homesick la bagai, sekali bila dah tak perlu balik..gedik nak balik pulak...hahahaha. Tapi normal lah kan, bila kite kehilangan sesuatu tu barulah kita akan merindui nya....

So adik-adik, jangan sedih-sedih taw nak balik ke kampus tuh. Hargai hari-hari berbahgia korang di sana. Enjoy puas-puas, eh...tapi belajar jangan lupa taw taw. Ingat pesan akak neh..*eh terus bertukar akak tuh...*

Tapi dulu, aku hepi je, nak balik ke kampus. Malas nak duduk umah lama-lama sebab makin lama duk umah, makin naik lah berat badan dan makin lama duk umah, makin tepu kepala hotak neh. gulp!.

oh ye! kepada yang baru nak daftar masuk u..selamat menempuh dunia baru ye. dunia u takdelah mencabar sangat pun, jangan takut takut okeh :)




Kata Hati Lea: sedang menghitung hari..

Saturday, September 3, 2011

Khazanah zaman muda-muda dulu

Hari tu, masa mengemas bilik terjumpa buku lama neh.

Khazanah lama. Khazanah zaman sekolah dulu.

Masih elok je keadaannya.

Dalam ni penuh dengan biodata kengkawan dulu dan adelah sikit2 ayat-ayat macam diari.

Nak tengok isi nya?

Seganlah...hihihi

-
-
-

Okeh! Ni muka surat pertama.

Biodata aku. Gambar harus di-sensored-kan.
Tulisan zaman kanak-kanak.
Seingat aku masa ni umur aku 14 tahun rasanya. tahun 2002.
No telefon umah dah potong, tu yang berani tak di-sensored-kan.

Tergelak aku bace biodata kengkawan aku.
Dalam banyak2 biodata tuh, yang ni paling aku gelak tahap babun.

Pesanan bermakna dari ex-rumate aku masa kat matrik dulu.

Dulu, aku suka nyanyi lagu dalam bilik kuat-kuat sambil pasang radio kuat-kuat.
Terkadang silap lirik pulak.
Yang member aku ni, boleh pulak gelakkan aku.

"Hahaha! salah lirik la Lea weh! kekekekeke. Cuba lagi"

amboi! seronok die gelakkan aku. grrrr

Tu zaman matrik, zaman universiti aku tak nyanyi sangat dalam bilik
Tunggu rumate keluar ataw balik rumah, baru aku melalak..ngeh3
Cuma nasib baik last sem ari tu, dapat bilik single
tiap masa la aku melalak..

ish3. anak dara apa ni suka melalak-lalak neh.

alah..Siti Nurhaliza masa zaman kanak-kanak pun, melalak jugak apa.



Kata Hati Lea: Rindu zaman sekolah menengah dulu...

Friday, September 2, 2011

Memang Trend Zaman Sekarang eh?

Eyp kalian semua. sehat ker? Macam mana raya? best ker?

Raya aku biasa-biasa je. Tak sempat nak beraya umah kawan-kawan sangat sebab nya majoriti dah start kerja balik semalam. Nak pergi beraya hari raya pertama dan kedua takleh coz nak kena pergi melawat sanak sedara.

Hari raya pertama, aku pergi beraya umah sedara kat Kemaman. Dalam perjalanan tu, seronok pulak aku usha manusia-manusia yang bergaya dengan baju raya masing. Ada yang sedondon satu keluarga. Comel je tengok adik beradik pakai baju kurung sama pattern cuma tudung kaler lain. Macam nak nyanyi nasyid gitu. Lepas tu, lalu satu wakaf tu. Tengok satu kelompok manusia memakai baju kaler hijau sedang asyik nak bergambar. Nak masukkan dalam facebook la kot. ngeh ngeh. Sungguh, meriah je aku tengok masing-masing bergaya dengan baju raya masing-masing.

Tapi kan, aku perasaan kalo geng-geng mat motor tu, masing-masing bergaya dengan spek hitam bingkai kaler-kaler. Tak sure la jenama apa, Rayban ler kot. Kalo bingkai kaler hitam, kaler emas perak bagai tu common la kan. Ni kaler pink, hijo, puple, oren. Pendek kata kaler terang2 la semuanya. Nasib baik spek tu tak berbentuk bintang ke love ke ataupun ade tingkap-tingkap. Kalo tak, dah macam Siti Sifir dah. keh keh keh.


Pssstt memang trend sekarang eh pakai spek mata hitam bingkai kaler-kaler? Maaplah, aku ni buta fesyen sikit. Taktahu sangat trend terkini. Lagipun spek mata hitam pun aku takde, spek mata tanpa warna power 350 ade la.




p/s: Internet aku sangat sangat sangat lembap, nak berblogwalking pun susah. Tapi akan kugigihkan jugak kaki ku melangkah ke 'umah' korang. :)