Monday, October 31, 2011

haaaa...sempuuuutttttt..

Pagi tadi semangat bangun awal sebab dah janji dengan Ahmad nak pergi jogging di Bukit Besar Terengganu, belakang umah kakak aku. Eh takdelah belakang sangat, jauh ler jugak =.='

Biasanya ramai orang jogging kat situ pagi dan petang. Biasanya aku jogging kat trek jogging Batu Buruk. Tetiba pagi tadi rasa nak tukar selera.

Kalo sesiapa yang datang ke Kuala Terengganu dan perasan mende ni, haaa...kat situ la trek jogging Bukit Besar..ada jalan tar dari bawah bukit tu sampai lah ke pencawang tu.

Tengah tunggu Ahmad datang amek aku, hujan ler pulak. Tapi nasib baik, hujan yang kusangkakan sampai tengah hari tetapi akhirnya reda bila Ahmad sampai. ECehhh..ayat nak puitis je kan. hakhaktuih.

Sampai je dekat Bukit Besar tu, kitrang buat strecthing dulu kat area taman depan Bukit Besar tu. Haruslah buat warm up, kang tak pasal cramp kaki aku....Bila dah cukup buat strecthing, aku pun excited la nak jogging kat Bukit Besar tu. 1st time nak cuba menda baru, excited lebih sikit la kan..huhu.

1 minit jogging - semangat masih membara

3 minit jogging- semangat dah macam nak tinggal abu je.

6 minit jogging- terus hilang semangat.....dah tak larat jogging, jalan terus.

Penat wehhh..nak jogging atas bukit yang agak curam tu. adehhh..nampaknya stamina aku masih kurang =.='

"Ahmad, penat la..."

"Baru panjat sikit dah penat, macam perempuan je"

"Ish..dah memang saya perempuan..."


10 minit kemudian

"Tak larat la awak"

"Ish...kata nak jadi bomba, kena la kuat sikit. SIkit je lagi ni"

"Kalo training bomba cmni, mati saya kot."

"Alaa..rileks la..awak 1st time jogging panjat bukit kan. nanti dah biasa ok la"

**ni yang suka dengan Ahmad, sokmo bagi semangat kat aku. ^.^

Dan akhirnya selepas 20 minit, jogging-jalan-rehat-jalan, akhirnya aku sampai ke puncak!! yeay! sangat berpuas hati sebab pemandangan kat atas bukit ni sangat sangat cantek!!

haa..cantek kan. dari sini leh nampak Mydin Mall, Giant & Masjid Kristal. lawa weh.
Gambar sumber Google, aku tak bawak kamera tadi.

Nampak tak bukit tu? Tulah Bukit Besar
dan tadi aku berjaya sampai kat kaki menara pencawang tu!


Nasib baek Ahmad teman aku pagi tadi. Aku agak kalo aku jogging sorang2, mau tak sampai ke kaki bukit, aku dah turun balik. hahaha.


*ahmad - bukan nama sebenar, jurulatih tak terlatih aku. haha.


kata hati Lea: badan aku dah lenguh-lenguh, ada yang nak urutkan tak?


Sunday, October 30, 2011

Aku tolak kerja tu, sebab aku lagi suka menganggur

Assalamualaikum wbt & hai hai

Err korang percaya ke dengan tajuk kat atas tu? Kalo korang percaya, memang korang..erm memang korang...lu kena beb!! :P

Sapa suka nak menganggur lama-lama, nak ternak lemak lama-lama. Bosan gila weh. Kalo aku sehebat Steve Jobs boleh la jugak aku mereka henpon canggih sementara nak tunggu dapat kerja. Tapi otak aku tak segeliga beliau.

Hari tu, aku dah dapat kerja dan mungkin akan start kerja tu next week. Tapi rasanya aku terpaksa tolak. Bukan sebab terlalu memilih atau tak reti nak bersyukur. Tapi aku terpaksa menolaknya sebab bulan november ni aku agak busy. Ko ingat Pasa Sandha je ke busy? aku pun busy jugak taw taw.

Yelah, rasa macam kurang manis pulak, baru kerja tak sampai sebulan dah nak apply cuti. So, baek takyah kerja langsung. Senang. Oh ye! aku pun dah berhenti kerja kat kedai nasi lemak tu. Sekarang jadi bibik kat umah kakak aku lak.

Bulan november neh, aku ade dua event yang WAJIB aku pergi.

11 november 2011
Presentation thesis di Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Cyberjaya.

22 november 2011
Ujian fizikal & kecergasan untuk jawatan penguasa bomba KB41

* dua-dua tarikh cumel je kan*


# Presentation ni dah hampir setengah tahun kot asyik tunda je. Harap-harap tak tunda lagi pasnie. Kalo tunda jugak memang ^@^!%@&#*#*&^%$<3*&%$!

er korang faham ke kod rahsia aku tuh? aku sendiri tak faham sebab aku maen taip je. muahahaha

Harap-harap pengorbanan aku ni membuahkan hasil. Ahh..tapi aku tak kisah sangat pun kerja yang dah dapat tu. Kerja yang takde kaitan dengan bidang aku pun. Designer di kedai pengiklanan. So, tak kisah sangat. sebab bomba vs designer. opkos aku akan pilih BOMBA! hihi.

Doakan aku lulus ujian fizikal & kecergasan tu. Doakan aku berjaya masuk bomba. Doakan aku boleh capai cita-cita aku, menjadi Pegawai Penyiasat Kebakaran (Fire investigator). Doakan aku taw taw taw.


Oh! ye Syahiroo, cik lea mahu capai cita-cita yang satu ni dulu sebab tu takmo sambung study lagi. hihi.



Kata Hati Lea: dah menganggur balik ni, boleh aktif main blog balik. hihi.

Friday, October 28, 2011

11 Fakta tentang aku.

Assalamualaikum wbt & Hai hai

Pagi Jumaat ni terasa rajin tangan nak membuat tagged dari gadis-gadis comel Jue & Hanie. Ikutkan malas nak buat tagged ni, tapi takut pulak kena jurus cubit mak ketam oleh si Jue tu...uish...takut weh..muahahaha...

ok, 11 fakta tentang aku.

# aku ada blog, nama blog aku Lea IsNawi
# suka kaler pink, purple
# baru je celebrate besday 4 hari lepas
# baru dapat anak buah pertama, 4 hari lepas
# anak jati Ganu.
# suka benda-benda comel
# suka peluk cium cubit budak-budak sampai mereka sesak nafas. haha.
# suka kawan dengan ramai ramai orang
# tak suka perokok
# tak suka penipu, pembohong, pemutar belit dan seangkatan dengannya.
# pencinta yang setia. hihihi.


11 situasi si Jue & Hanie nak tahu apa reaksi aku.

1. Kalo aku jumpa sejuta ringgit di jalan, aku agak ni mesti duit Tomok. aish cuai jugak mamat.
2. Kalo Selena Gomez datang umah aku, aku wat derk jerk sebab dah bosan nak dengar die bercerita pasal si Bieber tu...dahlah rampas Bieber aku...!!!!
3. Kalo aku ada doraemon, aku pasti bukan si Nobita, budak kurang matang tu
4. Kalo Bruno Mars kata aku adik die, aku tak ngaku! bila masa pulak aku ade abang omputih macam dia..muahahaha
5. Kalo aku bijak, aku tak terkejut pun. dah memang hakikat. lalalalala~
6. Kalo aku seekor semut, aku hepi gile gile sebab pinggang aku sangat ramping.
7. Kalo aku budak kecik, aku mesti comel. Pastu mesti ramai nak peluk cium aku..ahhh
8. Kalo aku cuma ade seposen, aku cari keje. aku masih kuat, buat apa nak mitak sedekah.
9. Kalo aku ade time machine, aku mesti dapat Noble prize. sebab hebat dapat reka mesin tu. Pastu mesti Majalah 3 datang cari aku nak buat liputan. Pastu mesti nama aku termasuk dalam Malaysia's book of Record.
10. Kalo aku dapat baucar KFC setahun, aku agak mesti manager KFC tu syok kat aku.
11. Kalo aku seekor burung, aku harap pemilik aku adalah Botak Juvana! ehem!


Aku malas nak reka 11 soklan, jadi tiadalah mangsa seterusnya dan tamat sini jela aktiviti tagged kita pada kali ini..hehe.




Kata hati Lea: masih tak dapat bonus bday dari celcom...grrr


Tuesday, October 25, 2011

Hepi besday to Me & You


Assalamualaikum wbt. & hai hai semua

Tiga empat hari yang lepas,

"Doktor cakap mungkin baby kuar lambat sikit kot, sebab kecik. Jangka 8 nov. mitak-mitak 11 nov. tarikh comel. no ic mesti lawa. 111111-11-___ (kod ganu 11)"

cerita kakak aku sambil usap-usap perut die yang memboyot tu

"Tak kisah la kaklong, janji jangan beranok 24 oktober. Kekgi sama dengan Noya n Nomi. Takyah-takyah..hehe"

*Noya tu nama panggilan aku kat umah, korang jangan gedik nak panggil. Family aku je buleh panggil. Besday aku sama dengan adik aku tapi kami bukan kembor. beza 4 tahun kot.


tapi tu kisah 3 4 hari lepas dan semalam baby tu pun dah keluar....ish sebuk je budak kecik nak sama besday dengan aku..hahaha.

Dan semalam, aku dpt pangkat Makcik di hari lahirku. Hadiah paling best tahun neh =)


"Selamat lahir ke dunia Gegirl, next year kita celebrate besday sesama ye dak kecik!"

(kakak aku tak letak lagi nama, tengah pening nak letak nama apa. har3).


*********************************************

Semalam genap umur aku 23 tahun

Ramai yang wish kat aku moga cepat kawen, InsyaAllah tahun depan kawen la kot. har3

terima kasih kepada semua yang ucapkan besday aku semalam. tak kira di fb dan blog.

terima kasih Jue&Hanie dan Budak penjara sebab 'nyanyi' lagu besday kat aku sampai siap gadoh-gadoh kat wall fb aku..dan mereka-mereka yang dipaksa nyanyi lagu besday kat aku semalam..hihi

Sayang korang ketat-ketat

to, Abu Huzaifah..terima kasih untuk ini..


"Comel comel! saya suka =)"


pesanan penaja:

Yang lain, kalo nak bagi hadiah kat aku. Jangan la segan PM aku tanya alamat umah aku..hihi




kata hati Lea: Masih tak dapat Celcom Bonus Besday. Grrr! time besday aku jugaklah, celcom sebuk nak upgrade. takleh tunggu taun depan ke...

Saturday, October 22, 2011

itu COMEL, ini COMEL

Assalamualaikum wbt. & hai hai

Kejadian dua tiga hari yang lepas,

"Comel kan design kedai ni. Saya suka design dia. Comel sangat!"

"Ala..awak semua benda comel. Saya ni, awak taknak kata comel pulak"

"Err...dah memang awak x comel..hehe"

"Yela-yela..awak jela yang comel"

"hahaha...maen-maen jela"


kata-kata dia ni mengingatkan aku pada kata-kata kosmate aku, Wali.


"Aku tak faham la dengan ko ni Lea. Semua benda ko nak kata comel.
Siput babi pun ko nak kata comel"
*ditekankan gila-gila nada time sebut siput babi tu*

grrrrrrr

Ala..nak buat macam mana, dah memang siput babi tu comel
Aku cakap la comel. kalo tak comel, aku diam jela.

tengok ni haaa...kan comel siput babi neh


tapi aku takdelah fanatik dengan siput babi, rama-rama lagi comel bagi aku

Aku taktahu nape, memang mulut aku neh suka benor nak sebut perkataan COMEL

itu COMEL, ini COMEL

semua benda COMEL di mata aku

tapi kalo benda tu betul-betul TAK COMEL, aku akan diam jela

tak sampai hati pulak nak kata TAK COMEL

hehehe

apa-apa pun tak salah pun, nak cakap semua benda COMEL kan


pesanan penaja:

Pasnie, mesti ramai ada yang akan tanya,

"Aku COMEL tak?"

errr....




eh Hanie, ko pun cute macam Jue...hihi


Kata Hati Lea: Hati sedang berbunga-bunga =)


Friday, October 21, 2011

Makin hampir menuju ke situ...

Assalamualaikum wbt.

Semalam balik je daripada interbiu aku dapat mesej dari SPA Sarawak. Aku tak penah pun set no phone SPA Sarawak dalam phone aku. Tetibe je keluar nama tuh...dan jangan tanya aku kenapa Sarawak bukan Terengganu ke Kelantan ke..sebab aku pun taktahu >.<

"Sukacitanya dimaklumkan anda dijemput menduduki ujian izikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Pnguasa Bomba Gred KB41 pada tarikh yang ditetapkan. Sila layari portal SPA di www.spa.gov.my dan cetak maklumat tersebut"


Aku taktahu apa perasaan aku masa tu. Hepi tu hepi tapi dalam masa yang sama, rasa macam tak sangka pulak akan dapat secepatnya ni. Sebabnya sebelum ni, aku dengar spa stop pengambilan pekerja untuk taun ni, so tak terfikir akan dipanggil secepat neh.

Tapi sebenarnya inilah impian aku selama ini. Aku memang dah pasang cita-cita nak jadi FSI sejak masuk 4th year ari tu. taw fsi apa? Mimie taw kan kan? hihi.

FSI tu lebih kurang CSI la. CSI - Crime Scene Investigator, FSI - Fire Scene Investigator atau bahasa orang kampung kita, Pegawai Penyiasat Kebakaran. Ahhh korang mesti boleh agak perbezaan nya kan kan? CSI menyiasat tempat kejadian jenayah, FSI pulak menyiasat tempat kebakaran untuk menentukan sama ada ade unsur jenayah atau tak. Dan kalo ada unsur jenayah, CSI akan memainkan peranan untuk mencari siapakah penjenayahnya. jeng jeng jeng.

Apa yang speselnya FSI compare CSI, sampai aku tergila-gila nak jadi adalah....

Err ekceli takde spesel apa pun. Cuma aku tak cukup tinggi untuk jadi CSI...sobs.

Untuk jd CSI (polis), paling kurang ketinggian 157 cm, tinggi aku 155 cm je. Untuk jadi FSI (bomba) lak tingginya 153 cm..so opkos lah aku layak.....hahahaha.

Physical test tu 22 november neh. Maknanya tinggal lagi sebulan untuk aku buat preparation. Doakan aku lulus ujian tu ye. Doakan aku berjaya capai cita-cita aku tu...Kalo ari tu aku mengharapkan keje yang aku interbiu semalam, tapi sekarang..aku lagi lagi lagi mengharapkan keje yang ni....

Sebut pasal tarikh phyisal test tu, buat aku malu lak. Macam ntah buleh tersilap tengok tarikh. Aku ingatkan test tu 22 oktober, tapi rupanya 22 november. Dah lah siap post kat fb =.='


Bila sedar aku dah tersilap tulis tarikh, terus aku delete post ni..hahaha. Malu malu. Yelah ramai kot yang wish "GUD LUCK". padahal ujiannya lagi sebulan. Tapi sebulan delete, dah gtaw diorang silap tarikh...huuuu Adeh...macam mana lah aku buleh tersilap tengok tarikh.

Dan yang paling malang, aku dah pun berada kat KT neh. Petang tadi jugak aku bergerak dari Kemaman ke KT, sebab sangkakan test tu sabtu ni....buat penat je, padahal baru je semalam balik Kemaman dari KT....

Tapi nasib baik perjalanan Kemaman-KT di-sponsor orang...jimat duit aku. hehe.



Oh ye, interbiu semalam tu ok lahh...15 min je pun. Penat aku praktis speaking bagai, sekali borak kosong je pun. Next week die akan bagi keputusan...






Kata Hati Lea: Syukur, bulan ni asyik dapat berita gembira jek. Rezeki sempena besday aku tak lama lagi kot...hihihi

Tuesday, October 18, 2011

Tiada lagi Tragedi Oktober!

Hello hello.

Dulu kan, aku sangaaaat fobia dengan bulan Oktober.
Sebabnya 3 tahun sebelum neh, asyik berlaku Tragedi Oktober je. >.<

Tapi sangat syukur tahun ni, tiada lagi Tragedi Otktober
Syukur sebab bulan ni, rezeki aku sedikit murah
yelah, aku kan keje part time kat kedai makan tu
so, hari-harilah dapat makan nasi lemak free...
nasi lemak makcik ni sedap weh, betul2 berhantu

bayangkanlah padahal banyak makanan lain yang ade kat situ
ade nasi minyak, nasi dagang, pulut kuning, laksa, roti canai
tapi last2 nasi lemak jugak menjadi pilihan aku
nasi lemak tu gile menggoda aku untuk mengambilnya...arggghhhh

hasilnya badan aku macam dah makin naek je. sobs.

nak tengok picture aku sekarang? err takpayah la..hihihihi

InsyaAllah aku hanya akan kerja kat situ dua minggu je lagi

sebabnya aku dah dapat keje semalam
(yang ni la, aku nak gtaw sebenarnya..hihi)
lagi dua minggu aku akan start kerja situ sebab ofis tu nak di-renovate
see, bertapa diorang mengalukan kedatangan aku sampai siap nak renovate ofis lagi
suka suka suka.

Kerja apa? nanti aku kasi taw di lain episod...
yang pasti takde kaitan dengan forensik, kimia dan makmal langsuuunggg..
lantaklah, janji bidang ni aku minat =)



pesanan penaja:

khamis neh, aku ade interbiu. 1st interbiu kot. hahahaha
Doakan aku deh, aku lebih mengharapkan kerja neh.





kata hati lea: hidup aku makin ceria sekarang. Thanks Allah swt :)

Thursday, October 13, 2011

Coret Coret Pembantu Kedai Makan

Hello hello. 3 hari blog tak terabai, blog korang pun x sempat nak pegi jenguk. Ampun deh =.=' Sejak kerja kat kedai makan tu, mood nak ber-blogging dah kurang sikit. Penat la weh. Bangun pagi kemas umah, masak-masak pastu pukul 3.30 pergi keje. Balik pukul 11, terus mandi, solat. bukak fb kejap...then zzzzzz.... memang tak sempat sangat nak layan blog..tapi hari ni kedai tutup jadi rajinkanlah diri untuk update blog, tu pun sebab bff aku aka penyokong terhebat aku, cik Hazirah dah buat ayat sedih suruh aku update blog...hahaha.

"Ko updatelah jugak..pnat aku bukak setiap hari, tunggu post baru...hehe"

"Kesian sy yang menunggu kisah kehidupan kamu..haha"


*******************************************

So, aku nak cerita sikit pengalaman aku keje kat kedai makan tu. Tugas aku kat sana..bungkus nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang bla bla, basuh pinggang, amek order, mop lantai. Bunyi macam banyak kerja tapi hakikatnya takdelah teruk sangat. rileks je, lagi best keje sini dr keje kat butik ari tu.

# kadang stress jugak bila, customers datang serbu aku ramai-ramai..

"kak, saya nak nasi dagang , nasi lemak 3, laksa xmboh ulam 2"

"saya nak nasi minyak kuah nasi lemak, nasi minyak lauk ayam , nasi minyak lauk daging 1 bla bla"

ok, ampun daya ingatan aku sangat lemah untuk terima dan ingat tu semua... =.='

# bila pergi amek order, si pelanggan cakap pelan nak mampus, terasa macam nak suh die bisik je kat telinga aku ni. haa..takpun sumbat mikrofon kat mulut die. lagi geram kalo customer tu lelaki. Ish ko lelaki kot, takleh ke nak cakap kuat sikit. Kang aku silap amek order, aku pulak yang akan kena berleter dengan tauke. sobs.

# segan nak pergi amek order bile customer datang dengan wangi-wangian semerbak. oh! daku rasa sangat busuk di sisi mereka. Yelah..dah kerja berjam-jam, berpeluh la. Eh! tapi aku gune Rexone, perlindungan sepanjang masa. Jadi selamat dari bau masham ketiak...kikikiki.

# Kerenah customer yang kadang-kadang bikin wa rasa...grrrrr...sabo jelaaaa....

kes 1

"Nak minum air apa?"

"Ai-le-biu"

kes 2

"Nak minum apa?"

"019-"

"Hah? air mende?" (blur kejap)

"019..eh salin la..hehe"


# Bos aku sporting gile. Siap layan Cinta Elysa dan Jiwa Lara bersama-sama. Dan aku paling geram kalo sedang syok tenung Botak Juvana yang tak botak dalam citer Cinta Elysa tu, customer datang...ishhhhhh...spoil mood betul.

# Aku ada dua orang rakan sekerja dan dua-dua tu dah kawen dan ade anak. Selalu bersembang pasal suami dan anak diorang depan aku..dan akhirnya buat aku rasa nak kawen jugakkk....oh! mama. saya mahu kawen....






kata hati Lea: esok nak pergi errr........... *malu nak gtaw...hihihihihi*



Sunday, October 9, 2011

Rawaknesssss

1. Presentation thesis aku di Bahagian Siasatan Kebakaran, Cyberjaya di hadapan pegawai bomba yang sepatutnya berlangsung 11 oktober 2011 ditunda lagi. Masuk ni dah 5 kali postpone. Mula-mula, bulan 5, pastu bulan 7, kemudian bawak ke bulan 9 dan ingatkan tarikh muktamad 11 oktober neh. Tapi khamis ari tu, baru dapat berita ditunda lagi. Dan aku sangat stress plus geram bila fikir pasal ni. grrr! Stress weh, selagi mende ni tak setel, tak tenteram aku nak mencari kerja. Tak pergi kang, takut merosakkan nama baik Kursus Sains Forensik USM pulak..aishhhh...sabo sabo.

2. Masuk bulan neh, dah hampir 5 bulan aku menganggur. Tiada siapa berkenan dengan aku, nak amek aku jadi pekerja diorang. sobs. Ok! think positive. Ekceli aku tak kisah pun sebab aku yakin, Allah dah tetapkan rezeki untuk aku, cuma mungkin belum sampai masanya kan. =) Bila lama-lama duk kat umah, rasa macam malas nak pergi pulak. Heaven je duduk kat umah, nanti kerja mesti penat. Kena bangun awal, kerja banyak. huuu. Tapi no job, no money.

3. Aku sekarang sibuk berniaga nasi lemak jiran sebelah malam-malam, itu pasal sekarang aku liat sikit nak berblogging. Aku akan tunggu hari Rabu dan Khamis untuk update blog. Yelah hari paling mudah nak hasilkan entri..gagagaga

4. Aku bakal dapat anak buah dalam masa terdekat neh. Aku harap dapat anak buah pompuan, sebab baju baby gurl lagi comel dari baby boy. Kakak aku tak scan pun, saja nak bagi surprise. Moga segalanya berjalan dengan lancar nanti. amin. Tapi kan nanti, aku nak bahasakan diri apa eh. aku anak ketiga..Mak cik Lea? macam x howt je. Auntie Lea? Takut terbelit pulak lidah baby tu...cer bagi idea..




Tengah kering idea nak update blog. sobs.



kata hati Lea: 9.10.11 - cantik kan tarikh hari neh.


Thursday, October 6, 2011

Spontaneous Thursday # 5

Nasihat yang aku terima dari bekas isteri orang...



Kalo nak kawen, carilah orang yang sayang kita
bukan orang yang kita sayang
sebab orang yang kita sayang akan buat suka hati je kat kita
tapi orang yang sayang kita akan betul-betul sayang kita





Tapi macam mana, kalo kita pulak yang buat suka hati kat orang yang sayang kita?
errr






Kata Hati Lea: Hati aku diam pulak kali neh.


Wednesday, October 5, 2011

Rabu Kurang Kata (laa sangat) # 5



Ingat tak entri aku pasal Nationwide Kerteh tuh? Lepas je penat pusing-pusing Kerteh cari Nationwide, aku dan kawan aku singgah Pantai Kemasik kejap. Pekena ABC + keropok lekor + pisang goreng. Best jugak dapat minum ABC sambil makan goreng-goreng tepi pantai.

Tu 1st time aku singgah Pantai Kemasik, biasanya lalu je. Tak sangka, rupanya cantik gile Pantai Kemasik, dah macam kat pulau pun ada....Tak caya tengok bawah....





kawan aku : Best ke dating tepi pantai eh?

Aku : ntah la. best la kot. try tanya diorang tu.
* sambil tunding jari ke arah pasangan depan mata kitrg

ditanya soklan kepada orang tak pernah dating, memang opkos la takde jawapan

kehkehkeh




Kata Hati Lea: ok! aku dah jumpa dah tempat baik untuk photoshot kawen. ngeh3


Sunday, October 2, 2011

Nak Buat Aduan Rakyat neh


Hello everybodi

cer korang teka, ni bangunan apa?





teka! teka! jangan malas-malas..

ahaaa..dah la, kesian korang kena paksa main teka teki dengan aku..

Korang caya, kalo aku kata ni bangunan Nationwide (pos express tuhh)

macam bangunan kosong je kan, nampak macam terbiar. Dah la tombol pintu pun takde

konfius aku nak bukak cam mane

Ari tu, satu bandar Kerteh, aku dan kawan aku pergi cari kedai Nationwide neh
*errr boleh dikategori sebagai kedai ker? hentam jela

alih-alih kat belakang stesen minyak ESSO je..grrr

apsal la tercorok sangat, signboard pun takde

aku agak Nationwide ni penting jugak, yelah tempat pos-amek bungkusan penting

Kesian mesti ramai yang menerima nasib macam kitrg

Nasib baik kitrg buat U-turn kat belakang stesen minyak ESSO tu

kalo tak memang sampai sudah tak jumpa

yang akak stesen minyak tu pun satu hal

"Adik masuk jalan baru buat tu, pastu jalan terus je..nanti jumpa la Nationwide"

Apsal la die tak cakap

"Belakang ni je dik, Nationwide tu"

ke die pun tak tahu... =.='


To Nationwide Kerteh:

Buatlah signboard kat tepi jalan raya bagitahu di mana lokasi anda

pastu buatlah papan nama kedai..takyah la guna bunting. Bunting tu dahlah nampak lama jerk

haa...lagi satu, baikilah tombol pintu tuh..bukan mahal pun


Eh cam banyak pulak aku komplen, heee..

Tapi sebagai pengguna, aku layak bersuara kan kan kan

padahal, mcm lah orang Nationwide Kerteh tu baca blog aku neh =.='



Kata Hati Lea: tak sabar nak dapat gambar konvo dalam studio, kawan aku dh dpt. jeles! jeles!


Saturday, October 1, 2011

Bila buka balik buku ni....

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera

Pagi tadi, aku bukak balik buku neh...


Bukak je buku neh terasa ade angin kuat menyapa muka aku. Macam dalam TV tu. har3. Terasa segala kenangan satu masa dulu datang balik. Err aku harap korang tau la tu buku apa ye. Yang pasti tu bukan buku komik Doraemon ye. bukan juga majalah Mangga.

Bila bukak balik buku neh, teringat pahit manis aku buat final year project dulu. Pernah jugak air mata aku tumpah gara-gara FYP neh. Yelah siapa tak sedih bila, lagi 2 minggu nak hantar tesis, baru aku tau teori yang guna selama ni tak boleh pakai. Kena cari teori baru. Siapa tak sedih bila tengok tesis yang telah ditanda, banyak gile correction nak kena buat. Masa nak kena betulkan hanya 2 hari je. sedih stress semua ade.

Tapi tu semua kenangan lama, adatlah kan zaman belajar memang banyak pancaroba.

Ekceli aku takdelah rajin sangat nak bukak balik buku tesis ni. Kalo tak disebabkan aku ada presentation 11hb ni memang aku takkan bukak nya. 11 Oktober ni aku kena present tesis aku lagi sekali depan pegawai-pegawai bomba. Diorang la taknak datang masa aku present tesis ari tu, kang tak pasal kena present lagi sekali..grrrr.

Kalo dibelek-elek kalendar, ada 9 hari lagi sebelum 11hb. Tapi kan sampai ke hari ni, aku sangat sangat sangat malas nak edit balik power point tesis aku neh. Pastu nak kena bace balik journal-journal dulu. adehh..gila malas dowh.

"lea, bagi tips sikit macam mana nak jadi rajin buat asignment eh" Anip

"Oh..kena paksa diri tu sikit. Jangan malas-malas. Bersusah dulu, bersenang kemudian. Siapkan asgnment dulu, dah siap baru boleh berpoya-poya, nak tenung gambar wan maimunah lama-lama pun takpe..har3"

Panjang lebar, aku bagi nasihat kat Anip tu. Tapi hakikatnya aku pun sedang malas neh. Eh! tapi dulu aku rajin tau buat asignment, cuma sekarang je, sejak dah lama bertapa di umah jadi makin malas....

Rajin, plis come to me! err mana nak cari Rajin ni eh, kat seven E ade jual tak H.J ?



p/s: kalo nak tahu kenapa aku kena present tesis depan bomba, boleh bace sini tak pun sini.



Kata Hati Lea: Tadi dah plan nak edit power point tuh, tapi alih2 sangkut kat blog pulak..adehhh