Wednesday, November 30, 2011

.Gambar untuk hari rabu.


ni pr0jek jaman muda-muda dulu
0rg lain kalut buat pr0jek yang libatkan kimia, fizik, bi0 bagai
kit0rang main bina p0nd0k yang macam hampir nak r0boh.
tapi agak menderita nak gam lidi satu satu sampai jadi cenggitu taw taw. sobs.


c0mel x? c0mel x?


kalo hebat, teka mana satu aku?



c0mot kan aku dulu, patut takde orang nak ng0rat dulu.
err sekarang macam ada ler pulak kan >.<



Monday, November 28, 2011

.Bertukar wajah | Lagu best.


Ada ke yang datang jenguk blog aku siang tadi? ampun ampun. Aku memang sengaja meng-private-kan blog kejap gara-gara nak mekapkan beliau. Yelah, nak bukak baju itu ini, nak pakai itu ini, jadi haruslah di'private'kan beliau. mana buleh benarkan sesiapa datang skodeng, malu malu. keh keh keh.

Ok tak wajah baru blog aku? macam budak-budak? gurlish yang amat? jambu bebenor? err takpelah pendapat masing-masing. tapi aku nak taw satu je.

Blog aku sekarang berat tak?? *haa..jawab jawab.



Siang tadi, aku terharu. ada orang tujukan lagu untuk aku. hee.

Oh. ada eh lagu bomba. aku tak penah tahu ler pulak.

kalo lagu cikgu, polis tu tahulah la jugak.

siap dah buleh nyanyi walaupun lirik tunggang terbalik. >.<

eh jejom dengar lagu ni. comel weh.




hey hey aku ingin menjadi seorang ahli bomba

ingin memadam api sana sini

jangan biar api itu menyala

la la la la la la la la

hey ahli bomba hey hey ahli bomba



comel kan lagu ni. comel kan.

tak comel?

dah, kalo tak comel takyah dengar.



kalo yang dah biasa dengar tu, jangan cakap aku jakun pulak.

memang aku tak pernah dengar pun. sobs.








Sunday, November 27, 2011

.no tittle.

Assalamualaikum wbt & hai hai


Hari tu, aku dapat msg. Setelah agak lama, dia tak text aku.

sebab dah lama tak kontek, so aku dah delete no phone dia.

tapi masih hafal nombor dia. err.


nak reply tak nak, nak reply tak nak.

but then, tangan aku laju je duk tekan tekan butang henset.


msg sending


1 minit

3 minit


10 minit




2880 minit


no reply.


ok, dia msg untuk cakap HAI je ker?

atau msg aku terlalu pendek, sampai dia takde idea nak reply apa.

hurm.




Kata Hati Lea: .................................................

Friday, November 25, 2011

Penggemar laksa penang WAJIB bace ni.


Assalamualaikum wbt & hai hai

Menjawab pada soklan di entri lepas.

"Perlu ke berkawad separa bogel untuk ujian tu?"

-->Ekceli motifnya nak tengok sama ada ade kecacatan, patah pada anggota badan ke tak. Nak tengok sama ada, tangan atau kaki bengkok tak time berkawad. Kalo bengkok, kena reject terus lah. Dan ade budak tu, kena reject gara-gara allergic belakang badan. huhu. memang strict kan. Tu pun siap tanya 'ada pakai gigi palsu ker?'. Alhamdulillah, aku masih muda dan tak memerlukan gigi palsu lagi. hehehe.

ok, harap tak menjadi isu besar pasal mende ni. Err sori jugak, lupa nak explain dalam entri lepas. =.='


***********************************

Laksa penang ni nampak sedap.

Hari tu, borak-borak dengan Ahmad pasal laksa penang.

"Kalo awak nak beli laksa penang kat kedai kena hati-hati taw."

"Kenapa pulak?"

"Ada peniaga letak tisu dalam kuah laksa penang. Kawan saya yang bagitahu, dia pernah keje kat kedai laksa penang dulu"

"Hahhh? ish..kejam gile peniaga tu. Ada ke letak tisu dalam kuah laksa penang. Kot ye pun nak bagi kuah tu nampak pekat, letak la menda lain. Letak biskut ke, letak tepung jagung banyak banyak ke...bla bla"

Melenting gila gila aku bila dengar pasal ni. Yelah bagi aku, memang tak patut peniaga tu letak TISU dalam kuah. Agak-agak lah. Walaupun tisu tu mudah hadam, tapi agak-agaklah. Tisu bukan makanan!

Aku memang hangin sikit kalo peniaga terlalu pentingkan keuntungan. Bagi aku, seorang peniaga mestilah menjual produk yang terbaik untuk pembeli. Pembeli suka dan puas hati, hidup peniaga tu pun dapat berkat kan. Rezeki pun mungkin akan bertambah tambah tambah banyaknya.

ok, tarik nafas tarik nafas. cool cool.

Lepas kejadian borak-borak dengan Ahmad, aku pun berceritalah dengan ayah aku.

"Ayah, taw dok ada peniaga laksa penang letak tisu dalam kuahnya"

"A'ah taw" jawab ayah aku selamba.

"Ayah taw?"

"A'ah. Dia letak tisu dalam kuah nak kasi nampak kunun-kunun, isi ikan banyak."

"Ayah dok kabor pun" =.='

"Err lupa nok kabor. hehe"

Cehhh..patutlah ayah aku tak suka makan laksa penang. Rupanya sebab dah tau pasal ni. huhuhuhu.


SO, korang korang hati-hati kalo nak membeli laksa penang kat kedai. Kot-kot kuahnya dicampur dengan tisu. Lebih baek buat sendiri jela laksa penang tu kalo rasa nak makan tu..Kalo tak pandai jugak, g bodek bodek mak, atau goda goda bini suh masakkan. Kalo tak menjadi jugak, takyah makan la laksa penang tu.

Err tapi tak semua peniaga macam tu. Rasanya ramai je yang tak guna taktik kotor ni kan kan, peniaga sekalian? Tapi tulah, korang kena pandai pandai cari la ye.





kata hati Lea: gigih belajar wat laksa penang ni. 1st time buat kuah cair. Mungkin sebab aku tak letak tisu...ehh..tak letak isi ikan banyak banyak. Takpe, takpe usaha lagi.

Wednesday, November 23, 2011

Keajaiban telah berlaku.

Assalamualaikum wbt & hai hai

Kalo ada yang bace entri aku semalam semalam, mesti ada yang nak taw keputusan ujian aku tu kan. err ada ker? ah gasaklah. aku still nak cerita jugak, walaupun mungkin dah sedikit basi. Lagipun, aku dh pun isytiharkan keputusannya secara tak langsung kat fb aku semalam. hehe.

Semalam, dengan izin Allah swt, dengan usaha aku yang tidak mudah mengaku kalah, dengan sokongan & doa keluarga, rakan-rakan kosmate, pensyarah, junior dan rakan-rakan blogger sekalian. oh ye! dengan semangat abang abang dan kakak kakak bomba, akhirnya aku LULUS ujian fizikal & kecergasan penguasa bomba gred 41. Syukur sesangat. Terima kasih taw untuk kalian yang mendoakan aku. =)

Ikutkan semalam aku dah hampir nak give up. Tapi abang abang dan kakak kakak bomba kat sana sangat supportive! Berkerumum datang bagi semangat kat aku dan seorang lagi teman seperjuangan aku.

"Awak, jangan mudah mengaku kalah. Ingat, bukan senang nak dapat kerja sekarang. Ini peluang awak,"

"Tapi saya tak buleh nak buat"

"Awak jangan cakap tak buleh! Set dalam minda awak, awak boleh. InsyaAllah boleh!"

"ok, saya akan cuba lagi"

"haaa..macam tu. Ok! berusaha!"

Kesungguhan diorang buat aku terharu. Bomba bomba Kuala Terengganu memang awesome! dan hensem jugak. erk.?

Tapi aku baru je lepas 1st stage, ada satu lagi ujian sebelum dapat pergi interbiu. Sekiranya lulus interbiu, kena training lagi dalam 6 bulan kot. Lepas tu baru buleh dapat title Penguasa Bomba. Ahhh masih jauh lagi perjalanan aku.

Apa-apa pun, aku akan cuba buat yang terbaik untuk capai cita-cita aku --> Fire Investigator. Teruskan mendoakan aku taw taw.





kata hati Lea: Terharu. bila ramai yang sayang & sokong aku. dan lagi terharu bila Allah makbulkan doa aku. T.T



Monday, November 21, 2011

Pernah tak korang rasa....

Assalamualaikum wbt & hai hai


Pernah tak korang rasa.

esok korang ada test. tapi hari ni korang dah boleh agak keputusan test tu.

means korang leh agak, korang takkan dapat jawab test tu.

bukan sebab korang tak belajar, korang belajar tapi still tak faham dan tak dapat nak faham.

so, redha jela dengan test tu.

pernah rasa? pernah?


aku tak pernah rasa. tapi baru sekarang merasainya.

1st time aku rasa macam ni. zaman UPSR, PMR, SPM & unibersiti tak pernah rasa pun.

erm.

esok aku ade ujian kecergasan bomba, tapi aku dah leh agak aku akan fail. erm.

bukan aku tak pergi prektis. dah pergi banyak kali.

sampai abang abang bomba dah muak tengok aku kot.

tapi aku still xleh nak buat. =(


apa-apa pun, aku akan cuba buat yang terbaik esok.



"Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini. Amin."








Kata Hati Lea: mengharap ada keajaiban berlaku esok.



Friday, November 18, 2011

Jumaat yang spontan!

Assalamualaikum wbt & hai hai


Seronok pulak rasanya, bila jarang update blog.

Sebabnya?

tiap kali aku jarang update blog, NUFFNANG makin galak bagi BE kat aku

suka! suka! suka!

cmni, tahun depan jela aku update blog. ngeh ngeh.



* oh ye! terima kasih kepada mereka yang sudi tekan Tabung Derma kat sebelah. =)
Tekan la lagi, tekan la lagi.





kata hati Lea: Lepas 22 november ni, aku akan kembali menggegarkan arena blog. *ayat takleh blah. phuiii..haha.


Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #5 - DO & DONT


Assalamualaikum wbt & hai hai

tips ni sesuai untuk mereka yang bakal bergelar ibu & ayah

aku dah expert menda-menda camni. ngeh ngeh.



oh ye! Tukang Karut! plis fokus. ko kan bakal bergelar ayah. hihi.




kata hati Lea: paling nak tergelak part letak anak dalam akuarium. hahaha


Sunday, November 13, 2011

QUICK UPDATE - Presentation hari tu.

Assalamualaikum wbt & hai hai

Pasti ramai yang tertanya pasal presentation hari tu kan kan?

Ok, secara keseluruhan, ok dan alhamdulillah berjalan dengan lancar. Aku pun tak gugup bercakap depan diorang. Perasan neves hilang begitu saja bila aku berdiri depan diorang. Ni mungkin sebab doa-doa korang kot. hehe. Thanks taw. Sayang korang ketat-ketat.

Sebenarnya ada banyak cerita yang aku nak cerita di sebalik presentation tu. Tapi nantilah aku cerita. Sekarang ni aku super duper busy. Mungkin blog ini akan terabai buat seketika dan mungkin aku juga tidak dapat menziarah blog korang buat seketika. Maaf sesangat.

Aku sekarang sedang sibuk buat persiapan untuk DUA UJIAN yang sangat penting dalam masa terdekat ni. Dan yang pasti aku harus lakukan yang terbaik untuk kedua-duanya.


17hb - Ujian bertulis untuk Pegawai AntiDadah (KS41)
22hb - Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan untuk Penguasa Bomba (KB41)



Sekali lagi...doakan aku dapat buat yang terbaik untuk kedua-dua ujian ni ye.

Moga aku berjaya salah satu daripada tu, dah penat nak pegang title PENGANGGUR lelama. sobs.

Sori taw kalo tak balas kunjungan korang. Nanti lepas setel semua ni, aku terjah blog korang sampai lebam.




Kata Hati Lea: Siang kena fokus untuk test bomba, malam kena study pasal DADAH. Bersabarlah hati. Seminggu je. Chaiyok! Chaiyok!

Tuesday, November 8, 2011

"Dilarang Merokok", means tak dibenarkan merokok la kan. ke aku yang salah faham?

Assalamualaikum wbt & hai hai

Hampir 5 hari tak hapdate blog, rindu aku tak? Tak? Ok, pasni tunggu 5 tahun baru aku hapdate blog balik. keh keh keh. Sori ar, aku terlalu busy memasak daging sampai lupa nak hapdate blog. Yelah, daging kan mengambil masa yang agak lama untuk jadi lembut, so sepanjang masa tu aku kena duk tercongok depan periuk. errk buleh terima tak alasan ni??

Ahh sebut pasal daging ni, rasanya macam banyak je aku makan raya haji ari tu. Semua jenis masakan daging kat umah, aku try. Try pulak bukan seketul dua, tapi berketul ketul. Macam iklan apa ntah, try sekali rasa nak try lagi. err tapi, try la sangat kan? =.='

habes punah ranap, usaha diet + jogging 14 hari. Terpaksa tingkatkan usaha lagi. adeh.

oh ye, tadi aku naik bas dari kemaman ke KT, aku duduk di seat yang agak belakang. Dalam perjalanan tu aku perasan, ada asap berkepul-kepul di bahagian tangga. Korang agak asap apa? Yang pasti, ni bukan entri nak cerita pasal kebakaran di dalam bas. Aku pasti tu asap rokok. Yelah takkan pemandu bas tu nak pasang ubat nyamuk dalam bas pulak.

Melihat pada asap rokok tu, aku agak bengang jugak lah. Agak-agak ar weh nak merokok, dalam bas berair-cond kot. Aku agak musykil, apa pakcik tu tak nampak ke signboard 'DILARANG MEROKOK' kat depan die tu. Aku yang kat belakang pun buleh nampak, dia kat depan apatah lagi. Apa rabun dekat ke pakcik? Nasib baik aku duduk kat belakang, kalo aku duduk depan mahu je aku cakap kat pakcik tu.

"Err..pakcik. Signboard ni cakap apa ek? saya kurang jelas.." kasi ayat sindiran sikit.

atau mungkin

"Pakcik, sebenarnya saya ade benda nak cakap ni. Tak cakap rasa macam tak sedap. Nak cakap, rasa serba salah. Tapi rasanya baik saya berterus terang saja ye, pakcik. Erm sebenarnya, saya dah lama perhatikan pakcik ni. Pakcik taw tak kat sini tak dibenarkan merokok. Ha...tengok tu papan tanda. DILARANG MEROKOK. lagipun pakcik, merokok ni tak elok..bla bla, buleh sebab kanser bla bla bla..." ahhh buang masa aku nak bagi kuliah kat dia.

atau lagi kasar

"Pakcik! kan dah jelas-jelas kat papan tanda tu cakap "Dilarang Merokok", kenapa merokok jugak?" macam agak kasar je =.='

tapi kan, itu hanya imaginasi aku. Berani la pulak aku nak cakap camtu. Nanti kan alih-alih tadi, dia plan nak amek aku jadi menantu dia, terus kansel. Kan ke melepas aku. hahaha.

So, kepada perokok di luar sana tu. Tak salah pun kalo nak merokok, sebab duit korang yang beli rokok, mulut korang yang hisap rokok, bukan aku. Cuma SATU je, aku nak pesan. Kalo nak merokok tu pandai-pandailah cari port yang betul. Jangan lah nak merokok di tempat yang ade signboard 'Dilarang Merokok'. Kang orang ingat korang buta huruf pulak. Kang ade pakcik makcik plan nak amek korang jadi menantu, terus kansel, korang jugak yang melepas. Kalo aku pun, sah-sah dah reject korang. lalalalala~

haa..aku dah nasihat ni....tapi ikut korang la nak dengar ke tak..







kata hati lea: lelaki idaman aku - tidak merokok! syarat wajib.


Thursday, November 3, 2011

Spontaneous Thursday # 6

Assalamualaikum wbt & hai hai



aku suka tengok lelaki pakai tshirt putih berseluar jeans biru cerah.

Nampak suci, macho, kacak & segak.

ehem!



oh! manisnya die senyummm...

*pengsan kejap*







kata hati Lea: ekceli ngah takde idea nak update blog. huhuhu.



Tuesday, November 1, 2011

BOSAN? meh tengok movie best meh

Assalamualaikum wbt & hai hai

Malam ni aku nak tayangkan satu movie best ni. Jangan riso, movie ni takde unsur-unsur ganas, atau hantu hantu-baju putih. Takde aih...sesuai untuk tontonan umum. Perempuan mengandung, orang sakit jantung pun buleh kalo nak nengok. *peace*.

Jejom layan movie ni, eh tapi sebelum tu meh pakat usha posternya dulu. zasssss...!





ok, movie time......


ehem! ekceli ni adalah video yang aku buat masa praktikal kat maktab pdrm satu masa dulu

Korang toksah cari aku dalam video tu

sebab aku pengarah, kadang jadi cameraman

so, opkoslah takde aku dalam video tu. lalalalala~



info tambahan:

Kebiasaannya satu team CSI akan dianggotai oleh ketua kumpulan, tukang amek gambo, tukang lukis pelan tempat jenayah & pengumpul bahan bukti.

CSI Malaysia super duper cool =)

***Masa praktikal dulu, kitorang selalu ade mock crime scene investigation dan aku paling suka jadi tukang amek gambo (photographer). Sambil-sambil snap gambo bahan bukti, snap gambo aku sekali. ngeh3.



kata hati Lea: Rindu zaman praktikal dulu. Rindu nak tengok mayat mayat lagi.