Thursday, December 15, 2011

.Amanat untuk korang.


Selepas hampir sebulan lebih, menjadi bibik tak bergaji kakak aku, esok aku akan kembali pulang ke rumah. Kembali menjadi pengganggur. ahh. taktahu nape, sekarang ni, aku memang dah takde mood nak usha-usha kerja kosong, err tunggu taun depan jela. huhuhu...

Tapi kan, nanti bila aku dah balik ke rumah, mesti aku akan rindu kat budak tecik ni.

mangsa cumbuan aku. Err lepas ni aku ni kiss sapa pulak.


Aku jugak akan rindu korang korang semua atau mungkin korang akan rindu aku. Sebab..err sebab..berukband aku dah berbulan tak berbayar, dah kena potong pun. =.='. Yelah, duk umah kakak aku, gune wifi free, so berukband diabaikan. Bila dah balik nak balik umah, baru kalut mencari berukband balik, sekali tadi cek, service unavailable dah. huhu. Jadi, lepas ni, kalo aku tak update-update blog, maknanya aku tak bayor lagi la berukband.

err ada sesiapa sudi bayor berukband aku? *kenyit-kenyit mata*

*ok, aku tau taktik ni pasti takkan menjadi.

Nanti bila aku dah balik umah, rajin-rajin la korang klik2 kat iklan tu. Boleh aku gune duit nuffnang tu, buat bayor bil berukband yang tertunggak 2 bulan. huuu.

Nanti kalo korang rindu aku, sebut nama aku kuat-kuat, nanti malam aku akan terbang masuk dalam mimpi korang. ngeh3.





kata hati lea: Dah takleh nak jumpa Ahmad selalu dah. :(



Wednesday, December 14, 2011

WW #7 - Apa budak-budak tu tengok?






psstt..

maaf gambar tak berkualiti sgt, gune henset cikai kan


.Kembali Bertenaga.



Ni kisah dua tiga minggu lepas. Setiap hari aku mesti akan dapat mesej cenggini dari Ahmad (bukan nama sebenar), mesej wajib. Sampai terkadang agak rimas jugak. =.='

"hari ni jogging tak?"

"hari ni bape kali exercise?"

Terkadang aku jawab jujur, terkadang aku tipu sunat. Tipu sunat sebab tidak mahu dengar dia berleter. Dua tiga minggu lepas aku akui, aku sangat malas nak bersenam, asal nampak makanan pulak, semua nak sumbat. Mungkin sebab senang hati dah lulus ujian kecerdasan bomba 22 november ari tu, atau mungkin jugak nak membalas dendam sebab seminggu sebelum test tu, aku diet dan exercise gile-gile. Hari-hari makan tomyam atau sup je, tanpa mee ataupun nasi. Pagi petang cycling sekeliling bandar Kuala Terengganu. Bayangkan dalam seminggu sebelum test tu, aku berjaya turunkan berat 3 kg. Well, bila dah terdesak, segalanya tak mustahil.

Lepas je lulus test tu, seriusly aku sangat sangat malas. Padahal, aku masih perlu fit-kan dan kuruskan badan untuk tempuhi second assesment yang dijangka akhir bulan ni. Tapi setakat ni, sampai sekarang aku masih belum terima surat dari SPA untuk 2nd asesment,so tarikh dan tempat asesment tu masih belum diketahui. Cuma apa yang aku taw, 2nd asessment ni camping 4 hari, ada public speaking, berkawad, dan mungkin ada aktiviti uji kecergasan jugak.

Disebabkan aku taknak dengar Ahmad terus berleter dan menakut-nakutkan aku, dengan perkatan gemuk, sekarang aku dah kembali bersemangat untuk bersenam balik dan buat persediaan untuk 2nd asessment. Err asyik sebut perkataan 2nd asessment ni buat aku cuak pulak =.='

Apapun, beruntung aku dapat kawan macam Ahmad ni. Ada jugak nak orang nak tulun bakar semangat aku ni haa, nak harapkan aku motivasi diri sendiri, payah jugak. huhuhu. Benarlah kata orang, di sebalik kejayaan seseorang mesti ada seseorang di belakangnya. err. ade ke kata-kata cam gini?

Tadi jumpa Ahmad, dia cakap aku dah makin kurus berbanding 1st time dia jumpa aku dulu. Wahhhh..ni buat aku makin bersemangat nak kuruskan badan lagi ni. Yeah, berusaha!!!

oh ye, terima kasih jugak buat incek Syiroo kiroro sebab sudi kongsi tips-tips menarik untuk kuruskan badan.



Pstttt: Petang ni nak pergi panjat Bukit Besar lagi, harap-harap tak semput macam 1st time naik dulu. Siapa nak join? jom! jom!



Tuesday, December 13, 2011

.Pakwe lagi muda.


"Kau tau, aku sedang baik dengan seseorang ni. Tapi kan dia muda la"
-Midah bukan nama sebenar-

"Ala, takpelah. Ramai je yang kapel dengan lelaki muda"
-aku-

"Memang la, tapi aku taknak jadi sebahagian daripada diorg"
-Midah bukan nama sebenar-

errr. terkedu.



Hari tu, Joyah, bukan nama sebenar, jiran belakang umah tanya pendapat aku tentang bercinta dengan lelaki lebih muda. Joyah berusia 26 tahun, janda anak dua dan sedang bercinta cintun dengan Sameon, berusia 19 tahun. Bayangkan Joyah kawan kakak aku dan Sameon kawan adik aku. Jarak 7 tahun kot.

"Kalo mu, kisah tak bercinta dengan lelaki lebih muda"

Secara jujurnya, kalo boleh taknaklah aku bercinta dengan lelaki lebih muda. Rasa macam tak best pulak bercinta dengan 'budak'. Rasa macam tak cool dan mesti akan timbul rasa rendah diri sebab dia lagi muda dari kita. Nak panggil abang pun, fikir duatigabelasratuskali. Apatah lagi nak panggil papa. euwww

Tapi kan, bila fikir punya fikir, punya fikir, dan fikir lagi dan lagi. Aku rasa takda masalah bercinta dengan lelaki lebih muda. Ala umur hanyalah angka kan kan?

Bagi aku, as long as lelaki tu matang, tidak merengek-rengek dan tidak mebahasakan diri 'ittew-ittew', dah cukup oklah tu. Dan lagi satu, as long as kita selesa bersama dengan dia ok la tu. Pedulikan umur tu dan pedulikan apa orang nak kata. Janji, kita bahagia!

#Cinta pertama Rasulullah saw pun lebih berusia dari baginda.

ok, nak pass soklan Joyah ni kat korang...

So,gadis-gadis di depan lappy atau henpong sana, korang kisah ke bercinta dengan lelaki lebih muda? yang lelaki pulak, kisah tak bercinta dengan perempuan lebih tua?

haa..jawab jawab! *jawapan tidak melebihi 350 patah kata.



pstt.

Joyah dah pun berkahwin dengan Sameon tu bulan lepas.








kata hati lea: lagi sanggup bercinta dengan lelaki lebih muda daripada yang lanjut usia. euwwww takmo takmo. *hentak-hentak kaki.

Saturday, December 10, 2011

Pengalaman jadi 'pemintak sedekah'



Hari tu chit chat dengan jiran yang tak berapa nak jiran sangat, si Mr AA, kat fesbuk. Sembang punya sembang, alih alih keluar topik yang die sedang mencari sponsor untuk projek akan datang. Oh! tertibe teringat pengalaman jadi exco penajaan zaman universiti dulu. Masa tu, aku naif, taktahu sangat apa tugas-tugas exco penajaan, itu sebab dengan senang hati je terima offer ni. Tapi bila dah taw seksanya nak mencari sponsor, memang tobat taknak pegang jawatan tu dah. sobs.

Projek yang aku join masa tu adalah Ekspo Kampus, antara event yang terbesar kat usmkk. Bajet yang diperlukan mencecah puluhan ribu. Antara aktiviti yang aku lakukan untuk capai target tu.

# Terjah semua kedai kedai kecil kat bandar Kelantan. Time tu, memang muka nak kena tebal berinci-inci. Segan kot nak g mitak duit dengan orang. Dialog yang sama diulang beratus ratus kali sampai terbawa ke dalam mimpi. grr. Paling banyak habuan yang aku dapat bagi setiap premis rm200 dan paling sikit rm1. Kalo duit tu masuk poket aku, best jugak. Ini masuk dalam poket orang lain =.='

# Buat panggilan ke mana-mana bekas penaja tahun lepas dan syarikat besar-besar untuk dapatkan sponsor. Tiap kali nak buat panggilan tu, jantung aku berdegup kencang semacam je. Rasa macam nak bercakap dengan bakal mertua dah. Sangat takut kalo kena reject atau tak dilayan. Kadang-kadang aku rasa dah macam telefonis je.

# Berniaga kecil-kecilan dari bilik ke bilik. Bayangkan tiap-tiap malam kena berniaga Big Apple DOnut, nasi lemak, ice blended, dadih dari bilik ke bilik. Bukan niaga menda tu sume serentak, satu malam satu menu. Eh! tapi aku Exco, so aku hanya arahkan konco-konco aku lah pergi berniaga. Itu untungnya jadi ketua, arahkan anak buah je. har3. Tapi bila anak buah tak cukup orang, terpaksalah aku turun niaga sama. sobs.

# Usaha paling teruk, aku dan konco-konco aku pergi mitak duit dengan exco exco kerajan di Kota Darul Naim. Ofis Nik Aziz. Gila ko, dah macam peminta sedekah je aku rasa. Tu semua idea pengarah aku. Aku rasa tak pergi pun takpe. Bukan dapat duit banyak pun.Tapi kan, at least, aku pernah la jejak kaki ke Kota Darul Naim, bukan calang-calang orang buleh masuk sana. *yeke? entah. aku main agak je. keh keh keh. tapi dah nama ofis menteri kelantan, mesti susah nak masuk suka suki kan kan?

Ikutkan banyak jugak benda yang niaga zaman universiti dulu, semata-mata untuk mengumpul dana bagi projek-projek tertentu. Bukan tujuan persendirian. Sampai students kat sana pun dah buleh cam aku.

"eh eh akak kek pisang"

"Aku start kenal ko, masa ko jual burger dulu"

"eh, ko yang jual ice blended kat aku dulu kan"

"Tak niaga nasi lemak ke malam ni?"


=.='


Tapi bila fikir fikir balik, tu semua kenangan terindah. Paling best, bila aku boleh gunakan alasan berniaga itu ini untuk rapat dengan seseorang. hehe. Ikutkan memang kesian, sapa-sapa yang rapat dengan aku, sebab diorang selalu jadi mangsa untuk beli barang jualan aku. hahaha. Ala, tak rugi aih kalo diorang beli barang yang aku jual, sebab majoriti yang aku jual adalah makanan. Sambil tolong kawan, perut diorang pun kenyang. Cuma, poket makin nipis sikit la. hua3.








Kata hati Lea: Dia selalu beli apa yang aku jual. Rindu kenangan dulu. erm.



Friday, December 9, 2011

.Motto Hidup.



Korang ada motto hidup? err harap faham motto tu apa, yang pasti bukan motor vroom vroom tu ye. Dulu zaman sekolah, motto hidup aku simple je.

"Tiada kejayaan semanis madu, tanpa kegagalan sepahit hempedu"

Kata-kata nilah aku pegang zaman SPM. Zaman upsr dan pmr takde nak bermotto-motto hidup sangat. Study pun main belasah je. Ala lagipun exam main hitam hitam je, so, takyah nak study sangat la. keh keh keh. ok, tu pemikiran budak tak matured. =.='

Bila masuk form 4, memang perlu ade motto hidup dan matlamat. Tambah-tambah bila masuk mrsm, di kelilingi ramai budak pandai. Memang rasa sangat tercabar. Aku ingat lagi, aku pernah fail satu subjek tu. English for Science & Technology. Rasa sangat memalukan bila aku fail subjek ni. Dahlah result terpampang di notis board. Teacher aku buleh pulak perli perli dalam kelas.

"Candidate pun buleh fail!" sambil mata jeling-jeling kat aku.

Dush! Dah soklan tak menepati format SPM, pastu pemeriksaan yang agak strict. Macam mana aku tak fail. =.='

Oh ye masa tu, hanya 18 orang dari batch aku je buleh amek EST ni dan aku salah sorang. Aku tak pasti pemilihan berdasarkan apa, yang pasti teacher aku yang pilih.

Walaupun hanya ujian biasa, dan tidak mempengaruh CGPA, aku memang menanges gile gile dalam toilet. Yelah, 1st time fail, fail pulak subjek EST, kalo add math ke fizik kira logik la jugak. Tapi alhamdulillah dengan berpegang pada motto hidup aku tu, aku bangkit dan akhirnya dapat A2 dalam SPM. SYukur sangat walaupun hanya dapat A2, ok la. at least A jugak kan kan. Takyah nak tamak tamak sangat kan.

Betullah kata motto hidup aku kan.

Kata-kata aku pegang sampai SPM jela kot. Masuk matrik dan universiti, aku main belasah je study. Ada lah jugak rasa menyesal sebab, banyak main dalam kelas masa zaman u dulu. Bila dah masuk 4th year baru nak insaf. Tapi takpelah, benda dah lepas, malas nak ingat.

Bila dah meningkat dewasa dan melalui banyak dugaan hidup, aku dah tukar motto hidup. Sekarang aku berpegang pada,

"Setiap yang berlaku ada hikmahNya"

Aku pasti, ramai yang faham dan selalu sebut ayat ni tambah-tambah bila sedang ditimpa musibah, tapi kan berapa kerat je yang yakin dengan kata-kata ni. Bagi aku, aku memang yakin, setiap apa yang berlaku dalam hidup aku ada hikmahNya. Sekiranya aku kehilangan sesuatu, aku pasti akan dapat sesuatu yang lebih lebih berharga.

Sebab tu, sampai sekarang aku tak kisah sangat. Aku tak berjaya dapat kerja lagi ke, gagal dalam bercinta ke, tak buleh dapat tu..tak buleh dapat ni. Sebab aku yakin, masanya akan tiba nanti. Cuma perlu tunggu dengan sabar.

Jadi korang korang semua, yakinlah jugak pada kata-kata tu. Bila ditimpa masalah, jangan sesekali korang mengeluh atau salahkan takdir. Yakinlah ada hikmahNya di sebaliknya.

Dan apa yang telah berlaku sebelum ni, biarkanlah ia berlalu, tak payah dikenang, tak payah nak diungkit dan tak perlu nak cakap.."kalau lah aku macam ni dulu"..."kalaulah dulu aku rajin"
Rasanya tak elok kalo kita sebut KALAULAH..ia seperti tidak mempercayai takdir.

SO, konklusinya. Korang pun kena berpegang dengan kata kata ni, yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahNya. Jangan sekadar pandai berkata tapi amalkan. InsyaAllah korang takkan rasa stress dan korang akan rasa bersemangat nak menghadapi hari-hari yang mendatang untuk tengok dan nikmati hikmah yang bakal kita dapat nanti.


pstt

apa motto hidup korang?

takde?

cepat cari satu! Nak berjaya kena ade motto hidup.






kata hati lea: tertibe aku rasa macam bagi ceramah motivasi pulak. err.



Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday # 7



-gambar ihsan uncle Google-



Rasa sangat macho plus c0ol gile bila ber'fixie' ronda-ronda bandar KT sorang-sorang.







Kata Hati Lea: padahal beskal pijam je pun. -.-"



Tuesday, December 6, 2011

Review : 7 Blog Yang Hot&Spicy

1st time aku buat review blog ni. Blog blog yang di-review adalah pemenang Jom Teka#1 ari tu. Jom pakat terjah dan kenali mereka. Mereka semua hot hot & Spicy taw taw.

1. Sharamli

*Rakan blogger aku sejak 2009 lagi..kot. Sekarang dia dh delete/private blog beliau. Tu pasal aku takleh nak tempe header blog dia. Aku suka bace blog dia dulu, sempoi dan banyak menceritakan konflik nya sebagai maksu dengan anak buah-buahan nya. keh keh keh.



*Blog Haz ada info info hiburan terkini dan sedikit mengenai diri dia sendiri. Sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan hiburan terkini, buleh terjah blog si Haz ni. Ekceli aku pun baru je follow blog die semalam. hee.



* URL blog dia lebih kurang dengan URL blog aku. Rajin tukar header sokmo, tapi sume header dia comel comel. Blogger, Anamizu pun baik dan ramah. Jom kenal dengan Cik Ana ni.


* Blog yang dimilik oleh dua blogger - Jue & Hanie. Sesuai dengan nama blog- Berdua Lebih Baik. Mereka sangat sempoi, baik, peramah, rajin membalas komen. Kawan baik, tapi berbeza personaliti. Kalo nak kenal-kenalan buleh g terjah blog mereka. Tapi takleh nak ngorat ngoratlah coz si Hanie tu dh kawen, si Jue lak dah ade buah hati. hihihi.

pstt. semangat ko Hanie, siap zoom lagi gambar tu. baguih3. keh keh keh.



* Blog yang penuh dengan ke-poyo-an. keh keh keh. Penggunaan ayat yang sempoi. Aku suka jugak terjah blog si Kay ni. Entri simple tapi kadang2 sarat dengan mesej-mesej penting, banyak jugak isu-isu semasa yang dibincangkan. Kalo terasa nak kongsi pendapat dengan si Kay, buleh la terjah beliau ye ye!



* Dia ni junior aku kat usmkk. Amek kos Sains Sukan. SO, blog dia ade share tips tips badan jadi sihat. Nak taw lebih lanjut, boleh godek godek blog beliau.



* Blog ni pun aku baru je follow. So far, aku usha usha, best jugak melepak kat situ. Si Ezad ni pun peramah, entri yang simple tapi banyak info dan tak panjang berkilo kilo meter. Jom usha blog si Ezad ni lagi.



pst. klik pada nama, kalo nak pergi terjah blog diorang.


Jawapan Jom Teka #1


blogger-blogger yang memberi jawapan tepat untuk entri ni



Ada 7 orang yang jawab betul, aku janji nak review 3 pemenang pertama je kan. Takpe, insyaAllah kalo aku rajin, aku review semua pemenang ni. Tahniah kepada mereka yang meneka dengan tepat. Tunggu next entri, aku akan review blog korang. Dan terima kasih jugak kepada kalian kalian yang gigih berusaha perah otak, meneka menda alah tu.

Ekceli, tu tabung duit Ahmad. Die kata dah bosan menabung dalam tabung buluh, so, die buat tabung baru guna tong gas. kreatip betul kan?


"Habis nanti macam mana nak amek balik duit syiling tu sume?"

"Ala, nak kasi penuh tabung ni mau makan 4-5 tahun. Masa tu mungkin dah ade teknologi nak potong tong gas tu."




erk.




Kata hati Lea: Kagum aku dengan orang yang suka menabung ni. Aku menabung zaman kecik-kecik, dah besar, harem.



Monday, December 5, 2011

Jom Teka #1



J0m uji kehebatan & kekreatipan otak k0rang

korang agak ni apa?


ini tong gas tapi telah diubah suai untuk dijadikan menda lain.

apa benda tu? teka teka.



hadiah??

disebabkan aku masih menganggur,
jadi tak mampu nak bagi hadiah mahal mahal.
sobs.

So, 3 pemenang pertama, aku akan review blog mereka.

buleh buat modal untuk update blog nanti. hik hik hik



ok, selamat mencuba =)





kata hati Lea: Masih takde mood nak menaip. T.T