Saturday, November 10, 2012

TEKA.



Jika anda bijak bestari disukai ramai, mai pakat teka. Apakah gerangan gambar di bawah ni.





tiada hadiah p0m kalo korang berjaya teka dengan betul. Saja nak uji minda kreatif korang. hihihi


harapnya takdelah terimaginasi jauh jauh...keh3. 




pst: budak yang sealiran denganku tidak dibenarkan untuk menjoin teka tak berhadiah ni. harap makjah.



Saturday, October 27, 2012

Happy Birthday



SUN LOVE SUNDAY
MOON LOVE MONDAY
I LOVE ONE DAY
AND THE DAY IS MY BIRTHDAY!


24 Oktober 2012 

Genap sudah usia aku yang ke-24 tahun. Dah mececah usia yang agak matang kot. Tapi masih belum punyai pencapaian yang memberansangkan. Masih belum punyai kerjaya yang hebat. Masih belum punyai suami, apatah lagi anak-anak. Fuh~! takpe-takpe, masih belum sampai masanya. Aku yakin rezeki dan jodohku akan tiba satu masa nanti. 

oh ye! aku juga berkongsi hari lahir yang sama dengan adik aku dan juga anak sedara aku yang sulung. Ish, sebuk je mereka nak keluar pada hari ulang tahun kelahiran..aishhh...



26 Oktober 2012

Birthday Ahmad. Untunglah birthday dekat-dekat, leh celebrate sama-sama.hihi. 






Tuesday, October 16, 2012

Sedapkan hati




Terkadang, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat

Terkadang, tak semua perkara yang kita rancang, berjalan seperti yang dirancang. 



kerana



Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 






kata hati LEA: Cuba untuk menyedapkan hati :'(



Sunday, October 14, 2012

Rindu itu anugerah.





"Whenever you miss someone, look at the sky. 
Although you might not see the person there 
but feel happy that you two are under the same sky"






Thursday, October 4, 2012

Sweet Macam Gula.







"Awak, awak...saya nampak makin gelap tak?"


"Awak..awak makin gelap ker, makin gemuk ke..selagi nama awak Lea Isnawi, saya tetap akan sayang awak"


hee...ok, melting 
*sengih sampai ke telinga*





Saturday, September 29, 2012

Teh Tarik Penuh Kerim.

 






Dulu, masa mula-mula aku bekerja sebagai pembancuh air. Aku paling menyampah kalau ada yang order TEH TARIK, KOPI TARIK, MILO TARIK. 

Sebabnya, aku tak reti nak menarik narik ni

Tarik tarik, tak menjadi sokmo. 

Tak berbuih sangat. Buih sikit2 je. Tak berapa nak cun. 

Tapi, akhirnya setelah lama prektis, berjaya jugak aku menarik teh

sampaikan ada yang sanggup datang ke kedai hari hari untuk minum TEH TARIK aku. kekekeke


"TEH TARIK penuh kerim, kasih sayang dan cinta satu!"

hihihihihi



Dah lama tak menarik TEH. Nak menarik kat umah, jangan harap lerr. 








 

Saturday, August 11, 2012

Kad Raya Warna Warni Untuk Follower Bertuah.!



Ehem! sedar tak sedar dah nak raya pun kan kan...

dan sedar tak sedar dah nak masuk 2 minggu ++ kan aku tak hapdate blog. ish punye pemalas...err

Sorilah bulan puasa ni, aku busy sikit dengan rutin harian sehingga tak sempat langsung nak berblogging ni..huuuu.

Tapi, kali ni aku nak mengumumkan sesuatu ni. Tahun ni, rasa baik hati plus bersemangat berkobar kobar nak bagi kad raya kepada pembaca setia blog ni.

tapi tapi tapi, hanya 20 orang saja.

kenapa 20 orang je? sebabnya...tak larat nak buat banyak banyak..hehe. Oh ye! untuk pengetahuan korang, kad raya tu adalah hasil tangan aku sendiri. kiranya handmade kad raya la ni..so..tak larat nak buat banyak banyak...20 keping ni pun dah semput~! So, harap kalian memahami..hihihi..

Setakat ni, aku dh dapat 13 alamat rakan blogger..tinggal lagi 7 je tempat kosong. So, kepada yang rasa berminat amat mahu dapatkan handmade kad raya dari aku, boleh PM address korang kat fb aku tau tau. Offer dibuka sehingga esok malam (Ahad) sebabnya, aku dah nak pos kad raya isnin.....lambat pos kang, lambat lak korang dapat....





 berminat ingin mendapatkan handmade kad raya ni, berwarna warni gilang gemilang ni. boleh PM alamat korang sekarang sekarang!


kalo rasa dah pernah PM alamat korang kat aku tu, toksah gedik gedik nak PM lagi ye. satu blogger, satu kad je. harap makjah..kekeke







Thursday, July 26, 2012

Merajinkan diri hapdate blog.

 

Puhhh..setelah hampir sebulan plus plus baru terasa nak update blog. Heee. Ekceli stress bila bukak fesbuk, banyak sangat notty dari korang yang duk ping blog sana sini. Jeles pulak, aku jugak yang dah lama tak ping blog sana sini. Lepas ni, biar aku lak yang menimbun ke baboom kan notty fesbuk korang...muahahaha. 

#bajet aku akan beristiqamah je nak update blog hari-hari kannn. =.='

ok, sebagai entri permulaan, aku nak ucapkan salam ramadhan kat korang sume. Sorilah terlambat wish, dah nak masuk puasa ke 6 baru nak wish. Ala, tapi kira ok la kan...at least esok lusa tulat korang masih berpuasa kan kan.

So, di kesempatan yang ade ni, saya ingin mengucapkan


Selamat bangun sahur

Selamat berpuasa

Selamat berbuka

Selamat solat teraweh berjemaah di surau/masjid



di harap bulan puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan marilah kita sama-sama mengaut sebanyak banyaknya pahala di bulan puasa ni. :)














psttt..ade yang rindu aku tak? harap-harap ade yang nak mengaku, kalo tak, majok sepuloh tahun takmo hapdate! hihihi



 

Friday, June 1, 2012

fresh apple.

 


"Saya nak fresh orange satu eh" pesan seorang pakcik.

"Err fresh orange takde la pakcik, dah habes. Epal je ade. Fresh apple nak?" 

Fresh apple? erk. Kenapa bunyi macam pelik je. Ahh buat bodoh sudah, orang cakap terlajak kereta boleh di-reverse, terlajak kata, tak boleh nak tarik balik. hohoho.

Beberapa saat kemudian aku dengar mamat-mamat yang sedang melepak melantak sambil minum air kat sebelah meja pakcik ni gelak-gelak. Dem.! Diorang dengar la kot. Pakcik tadi pun gelak-gelak. Tapi aku kool secool aiskim Mat kool, jadi sambil senyum, aku tanya lagi pakcik tu. 

"Macam mana pakcik, ok ke kalo jus epal"

Terus tukar fresh apple kepada jus epal, kerana aku rasa itulah yang sepatutnya. 

"Macam tu, tak apalah buat jela FRESH APPLE. Buat sedap-sedap tau" 

pesan pakcik tu balik sambil kenyit mata. Fresh apple tu sengaja ditekankan masa menyebutnya. Nak perli aku lettew. Oh ye, part kenyit mata tu aku sengaja je tambah untuk menambahkan ke-dramatik-an scene ini. kehkehkeh.

Setelah selesai mendapatkan pesanan, aku pun berlalu untuk membuat Fresh Apple tu. dem.! Hahahaha. Sambil-sambil memotong epal untuk di-blend hancus mulus, aku terfikir.


Kenapa oren boleh disebut FRESH ORANGE. Normal je. Tapi bila apple, FRESH APPLE macam kelakar plus pelik. Adakah sebab jarang/langsung tak pernah orang guna. Tak silap aku, FRESH means segar/baru.
so, FRESH ORANGE = oren segar, FRESH APPLE = epal segar la kan. 

Ke ada maksud lain? anyone can explain? 



 

Thursday, May 31, 2012

Minat akan si dia tapi malu?

 

Dapat mesej dari CelcomExtra,



RM0: Minat akan si dia tapi malu? Hantar ON PICKUP ke 32882 0.80/SMS. Hantar OUT untuk hentikan. Info: Zed Mobile@0327805255


macam ni pun ada?


ok, siapa siapa yang ade crush, tapi malu nak gtau, malu malu kuceng, apa lagi boleh lah hantar ON PICKUP kepada nombor yang tertera di atas. 

kehkehkehkeh. 





kata hati LEA: Agak-agak kalo dah hantar ON PICKUP tu apa jadi eh? 



 

Wednesday, May 30, 2012

WW #13 Aiskrim





"Jom makan aiskrim ni awak" 





Tuesday, May 29, 2012

Kisah Pak Ali & Pari-pari

 

ada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak Ali.

Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua? 

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
 ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama 
isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari-pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"




***************************


Zaman sekolah rendah dulu, aku suka sangat bace buku-buku hikayat hikayat, kisah dongeng, kisah pengembaraan lima sekawan bla bla dan jugak citer seram. Tapi bila, dah meningkatkan remaja, haruslah bace novel novel jiwang pulak kannn..orang cakap seiring dengan kematangan diri yang ingin rasa dicintai & mencintai..err err...kehkehkehkeh




 

Sunday, May 27, 2012

Member aku yang gila gila dah jadi suami orang pun


Aku ada seorang member. Satu kos dengan aku zaman belajar dulu. Orangnya cukup gila gila, tapi gila gila pun pandai, sekarang pun tengah sambung master, dan dia jugak mantan MPP USMKK..okey, wakil rakyat tuuuu..






Satu keunikan dia ni, dia suka bebenor mencipta nama gelaran orang. Orang lain biasa panggil lain, dia panggil lain.

Mula-mula dia suka panggil aku Siah. Siah adalah watak yang aku bawak ketika Festival Teater Peringkat Kelantan masa 1st year dulu. Dia pulak memegang watak bapak kepada Siah yang lumpuh. Kemudian, daripada Siah bertukar kepada Lea Zara. Bila aku tanya datang dari mana pulak Zara tu, katanya tu nama watak dalam citer Papadom. oke =.='

Contoh lain


Fatin --> Tintin


Amirah --> Amir (menjantankan nama perempuan yang ayu)


Darkartz --> duckartz (daripada budak jadi itik..ngeh3)


Zila --> Zila Bakar (sesuka hati tambah Bakar kat belakang)


Zubaidah (Ida) --> Dada (agak lushah bunyinya)


Syahillah ---> Caca 


En. Ashaari ---> En. Sha'A 
#yang ni paling takleh nak diterima oleh telinga aku. Bayangkan En Ashaari adalah lelaki tuff, penganalisis bom Malaysia, dan dicemari dengan panggil En Sha'a...erk.! Tapi En Ashaari taktau kot panggilan tu. 


Oh ye, dia jugak suka menggelarkan aku dan my bestie as Lipan Merah. (watak dalam shinchan..grr!)


Dia memang cukup sengal, kepoh, kecoh dan gila gila. Bila kami tanya kenapa dia macam ni, jawabnya...


"Biasanya orang akan ingat kat seseorang kerana dua perkara. Samaada seseorang tu sangat baik dan cerdik atau seseorang tu sangat nakal. Aku tak boleh nak jadi seseorang yang sangat baik, jadi aku jadilah seseorang yang sangat nakal"

Dan, ternyata memang ramai yang kenal dia kot. Lecturer pun kadang-kadang geleng kepala bila sebut nama dia. harharhar. Tapi ada jugak lecturer dan staff usm yang semangat benor nak tahu sapa buah hati dia. 

auww sebut pasal buah hati tu sebenarnya..err ni nak bagitahu motip aku duk pung pang pung citer pasal dia kat blog aku neh. 

Ekceli dia ni baru je menamatkan zaman bujang dia semalam. Dah selamat jadi suami orang pun. 

so, kepada Nur Waliyuddin Hanis, Selamat Pengantin Baru, bro! InshaAllah, aku akan cuba hadirkan diri ke majlis ko next month....


Si Wali, yang buat tabik hormat kat korang tuh

semoga berbahgia di samping isteri tersayang. Moga cepat dapat baby. Moga berjaya dalam bisnes emas. Moga jadi suami yang baik. 


Satu je aku respek kat dia, segila-gila dia neh, ramai jugak peminat dan walaupun ramai peminat, dia tetap setia pada satu. Tak silap aku, nak masuk  6 tahun jugak mereka bercinta...cinta sejak zaman matrikulasi lagi..







kata hati LEA: Seronok pulak tengok kawan kawan yang nak/dah kahwin. 



Thursday, May 24, 2012

Spontaneous Thursday #11 Iklan 18SX

 



"Jangan Malu, Nanti Layu"

petikan iklan Kacip Fatimah. 



Iklan sekarang dah makin err ................ 
(Lu Pikiq Sendiri, aku pun taktahu nak letak ayat apa). 

Iklan kotex, librese, bla bla bla paling menyampah aku nak tengok. 

tak malu ker?

demi duit, tak kisah part bontot difokus fokuskan. 

uish. 





 

Wednesday, May 23, 2012

WW # 12. Spoil Mood Jiwangan

 




Kesian si awek tu, baru nak beROMANTIKa de Amor sikit. 

ngeh ngeh ngeh. 

Pernah jadi kat korang? 





# entri tiada kaitan dengan si penulis. Gambar curik dari SINI. 

Comel2 doodle dia. 



 

Tuesday, May 22, 2012

Kenapa Pilih Bomba?

 

Minat eh awak dengan bomba.

Kenapa pilih bomba? kenapa taknak jadi polis?

bla bla bla bla bla

***********************

hoho. begitu antara soklan biasa yang sering ditanya. Baiklah baiklah, kali ni aku akan bongkarkan rahsia terpendam kenapa aku nak sangat jadi bomba. Err tapi kan sebenarnya aku pernah tulis pasal menda ni dalam entri ni. Tapi tu versi kanak-kanak baru nak membesar, sekarang ni versi remaja dah matang...heee..

Ekceli kan, tak terlintas pun di hati aku nak masuk bomba. Yelah, aku ni bukan jenis yang tuff, sporty atau jenis aggresive. Kalo yang pernah tengok aku depan-depan mesti tak percaya aku nak jadi bomba. Teringat masa aku pergi PPIB ari tu, roomate yang baru aku kenal pun boleh cakap kat aku,

"tak sangka awak boleh lulus ujian fizikal hari tu, tengok macam lemah lembut je." hohoho..

ala tu hanya luaran, dalaman, lengan aku berketul ketul dengan muscle ni. err. ok, ini tipu sunat. 

Aku jugak tak terlintas pun nak join bomba atau mana-mana badan beruniform, sebabnya aku macam perempuan lain. Kalo boleh nak pakai baju lawa-lawa, kasut high heels, mekap mekap, tudung kelip kelip, tone tone pergi bekerja. Tapi kalo dah join badan beruniform, opkos la kena pakai baju uniform jer. =.='


"Eh ok la tu lea, at least duit ko jimat. Takyah habeskan duit untuk beli baju baru setiap bulan" - komen Saziana, kosmate aku dulu. 

Erk..betul jugak kan..heee. 




*************************************


Ekceli, aku semangat nak jadi bomba bukan bermaksud aku semangat berkobar kobar, berlumba lumba, nak pergi memadamkan kebakaran atau menjadi superwomen untuk menyelamatkan orang yang tersepit atau bla bla..Aku semangat nak jadi bomba, sebabnya ini adalah salah satu bidang yang membolehkan aku apply ilmu ilmu dan pengalaman yang telah dituntut 4 tahun lepas. hoho. *kalo aku jawab macam ni masa interbiu kira lulus tak? ngeh ngeh. 


Dulu, aku ada la belajar sikit sikit, ilmu tentang bagaimana nak menyiasat kebakaran, nak menentukan sama ada kebakaran tu berlaku secara natural atau dirancang atau disengajakan. Bunyi macam best je kan. Tapi kan sejujurnya aku hanya dapat B+ je untuk subjek ni - Fire Investigation & Chemistry of Fire. Tulah banyak sangat main dalam kelas dulu, lecturer ngajar depan, aku sembang takpun conteng conteng nota, takpun tido. erk. Tapi sekarang ni, terpaksa belek belek nota tu balik, untuk persediaan interbiu nanti. *sebut interbiu ni, berdebor la pulak. 


******************************

Teringat peristiwa tahun lepas. 

"Pasni apa target kak lea? Sambung belajar ker?" adik junior.

"Tak. Nak masuk bomba!" aku. 

Cakap dengan penuh yakin, padahal dalam hati masih ragu-ragu keupayaan aku dan tahap keyakinan diri pun hanyalah 49%. Yelah, sebabnya aku memang seorang yang lembik, lari pun asyik semput je, pastu err lebih berat badan. Bila bace komen si DuniakuAbstrak (DA) dalam entri ni, pun buat aku berfikir patbelaskali. 

"kau larat ke masuk bomba? member aku yang taff pun gagal ujian kecergasan" - DA. 

Tapi siapa sangka, aku dah pun melepasi ujian fizikal&kecergasan tu berkat usaha, sokongan dari family & kengkawan dan juga dengan izin Allah SWT. 

sekarang, hanya tinggal satu step je lagi. InshaAllah aku cuba buat yang terbaik. 










kata hati LEA: Agak agak kacak tak kalo aku pakai uniform Bomba? 



 

Friday, May 18, 2012

Terima kasih Korang!



Setelah hampir 2 bulan menunggu, akhinya semalam keluar jugak keputusan Penilaiaan Individu Bomba (PPIB) yang aku sertai bulan 3 hari tu. 


dan, alhamdulillah, aku LULUS.





Mungkin dah basi sedikit kot, berita baik ni. Sebabnya semalam aku dah pun tempek kat fesbuk. Ahh, tapi lantaklah still nak tempek kat blog jugak. ngeh ngeh ngeh. 


Ramai sangat yang mengucapkan tahniah kat fesbuk. Thanks eh korang dan sori jugak, mungkin aku tak sempat nak reply komen korang. Cuma mampu LIKE, harap jangan majok majok manja ye.  


*********************


Selain tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family, kakak & abang ipar, ahmad, rakan satu kos, adik adik junior, lecturers, rakan satu usmkk, rakan sekampung, rakan rakan blogger dan mereka mereka yang terlibat yang telah banyak bagi support bermula dari aku pergi ujian fizikal & kecergasan tahun lepas sampai lah ujian kedua ni. 


Thanks sangat sangat 


Tak sangka aku dah sampai ke tahap ni. Tinggal satu lagi langkah untuk kejar cita-cita aku. Tinggal menunggu surat panggilan untuk temuduga pulak. Selepas itu, inshaAllah boleh join team bomba kalo berjaya. 








kata hati LEA: Cepat dapat kejar cita-cita, cepat dapat kawen. heee. 



Thursday, May 17, 2012

Resepi Chicken Chop Mudah & Jimat




Kali ni terasa nak share resepi. 1st time neh. kekeke. Ekceli minggu lepas, aku baru je mencuba membuat chicken chop, dah lama tanam hasrat nak buat masakan ni, tapi minggu lepas atas permintaan orang, akhirnya terbuat jugak..

Mula-mula ingatkan susah, rupanya takdelah susah sangat. Lebih kurang nak masak daging masak blekpepper je pung. Ok, jadi kali ni aku dengan baik hati, nak share resepi chikcen chop yang mudah, yang aku cilop di blog orang tapi telah dialter oleh aku ikut sedap tangan aku nak mencampak apa ke dalam periuk. kehkehkeh. 

ok, ok..kembali serius..Nah resepinya...


Untuk Ayam 
  • 1 ekor ayam
  • 5 biji telur (amek telur putih je, telur kuning tu buat masak menda lain. Takleh campur dengan telur kuning sebab akan rasa hanyir)
  • Tepung goreng segera (lagi mudah guna yang segera, tak payah fikir nak campur tepung apa. jimat masa, tenaga dan kos..hee. Untuk tepung segera ni, aku guna brand SeriAji, mula-mula was jugak tapi ternyata memang Ohsem! Hot&Spicy gittew...
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng.



Tepung segera yang HOT&SPICY.

Cara Penyediaan


1. Potong dan rebone ayam ikut kreativiti masing-masing.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, asingkan putih dan kuning.
3. Celup ayam ke dalam telur putih kemudian ke dalam tepung goreng segera
4. Biarkan beberapa minit, kemudian boleh start menggoreng.




untuk sos lada hitam
  • 1 biji bawang besar & 4-5 ulas bawang putih (potong dadu)
  • Lada hitam yang telah ditumbuk (ikut suka nak tumbuk banyak mana)
  • 3 sudu sos tiram
  • kicap masin (untuk hitamkan kuah)
  • air
  • 1 kiub pati ayam
  • lada sulah *optional
  • air bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan sos)
  • 1 tin cendawan butang (ambil cendawan je, air boleh buang. cendawan tu potong kecik kecik)


cara penyediaan


1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dan naik bau. 
2. Masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram. 
3. Masukkan air diikuti dengan kicap masin. 
4. Biarkan mendidih, kemudian masukkan kiub pati ayam, cendawan yang telah dipotong dan air bancuhan jagung.
5. Taburkan sedikit lada sulah untuk jadikan sos sedikit pedas. 
6. ALter rasa sos dengan menambahkan garam&gula. 
7. Siap! Boleh dituang ke atas ciken ciken yang telah siap digoreng.



TARAAA...!!




Dah siap. Ciken chop yang simple tanpa roti bun, fries, tomato salad bla bla

ahhh...janji perut kenyang kannnn




Kata hati LEA: Menaip resepi ni macam menaip lab report je. 




Wednesday, May 16, 2012

Ucapan Hari Guru.




ditujukan khas untuk

-> Cikgu cikgu Tadika Kemas Kijal, Sekolah Kebangsaan Kijal, Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal
-> Cikgu cikgu Maktab Rendah Sains Mara Kuala Lipis, Pahang
-> Cikgu cikgu Kolej Matrikulasi Johor
-> Para Pensyarah Sains Forensik Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan 



Terima kasih kerana mendidik saya sehinggalah mendapat segulung Ijazah. 

Syukran jazilan. Arigato gozaimas. Thanks You. 




pst:


Selamat Hari Guru buat Rakan blogger jugak. :)