Wednesday, February 1, 2012

Berombak Rindu Sambil Mengutip Siput

Assalamualaikum wbt.


Petang semalam jalan-jalan di Pantai Kemasik. Sejak akhir ni,addicted pulak nak melepak cuci mata kat situ. Pantainya sangat cantek beb. Banyak batu-batu. Ombak pulak asyik berombak rindu je. Aku sendiri dah siap pasang angan-angan nak buat wedding photoshot kat situ. *wink wink*



Bila aku datang ke sini mesti aku teringat citer hindustan Kaho Naa Pyar Hai. Tak tahu citer ni?Ahh korang ni, sesekali tu layan la jugak citer hindustan, jangan asyik layan Upin Ipin je.


Mula-mula ingat nak makan kerepok lekor cicah ABC kat tepi pantai tu je, sekali Ahmad ajak kutip cengkerang siput kat tepi pantai. Layankan jela, kang ditinggalkan aku kat tepi pantai tu pulak. Tak pasal aku jadi ikan duyung, menanges teresak esak di tepi pantai.


Tu dia,hasil kutipan kami petang semalam,cukup la nak buat makan malam.


Comel tak? Comel tak? Aku paling suka yang gulung-gulung panjang tu. Kalo cukup 3 batang, mesti cantek dibuat loket rantai. Tajam tapi sesuai untuk dijadikan senjata diri bila berlaku serangan seksual. Tapi sayang ada dua je. Jadi, satu aku punya. Satu Ahmad punya. eh.


susun nama aku jela, nama ahmad panjang sangat. tak cukup kulit sipot nanti


ok, sesiapa yang terasa nak mencari kulit siput yang tajam tajam, mandi pantai atau ingin merasai Ombak Rindu boleh lah datang ke Pantai Kemasik. Bawak anak-anak sekali, mereka pasti menggemarinya.
#iklan tak berbayar.







66 comments:

Amely Afandi said...

pantai kemasik lawa wo :)

Saddila said...

lawa la kak siput2 tu. kak, rindu ahmad la . agagaggaga kirim slm ahmad kak :))

cik najihah said...

bes gilos lepak kat pantai..nyaman je

missSenget said...

nanti aku dtg sana, aku paksa ko bwk jalan2 eh lea...

Lea Isnawi said...

adila:

ahmad ckp,
adila mana lak neh?

Lea Isnawi said...

nget nget:

boleh3. daku sudi bawak lu jalan2...meh3.kita photoshot sana deh

miss Fyqa said...

cantik nyer pantai... :))

mohdhazlan Dreadlock said...

siput sedut xdak ka ?

Lea Isnawi said...

mohdhazlan:

tiada sipot sedut di sini. harap makjah.

si robot comel said...

cantik juga pantainya.

cantik pulok siput2 tu,ni macam nak serang je pantai tu,hehe

Aqiim said...

wahhhh dating dgan ahmad ke? :P


ehh header baru lahh~
macam muka akak je..
posing pun sama..
cantik2!~
hehe :P

Hanie Dew said...

Walaweh ko lan siap feeling feeling ongbak rindu. Cantek la siput siput tu.aku ernah kutip siput lekat lekat buat kotak.

MeeRole said...

Pntai kemasik kat ne ek?hehe

Wadi AR said...

mohon bawak aku

Anisa Hang Tuah said...

cantiknya...nis tak pernah kutip2 cmtu..teringin..

Ezad Skytech said...

lama da tak melepak kat pantai...huhu~

Tukang Karut said...

jauh bangat bu! naik belon boleh sampai x kat pantai ni...

Iffah Afeefah said...

nk berombak rindu dngn sang somi

crikan eh

Iffah Afeefah said...

nk berombak rindu dngn sang somi

crikan eh

Cik Lia Lomi said...

memang sangat sesuai buat senjata perlindungan..heeeee

K O R I E said...

perh g pantai !
g date eks?
huhuk~

btw, dah lama xpergi pantai. tgok gambar rasa sejuk jea !
teringat lak kat ombak rindu ;p

Syazwan Che Deraman said...

kepok cicoh abc?.
biar betul.

Ahh Ahh ahmad
*lagu*

Lea Isnawi said...

Syazwan Che Deraman:

Cicoh dale perot ja
keh keh keh

dill said...

syok noh g pantai

dill.

ILA HonEyBuNNy said...

eh eh..cantikkk la siput2 tu...ila suka..

macam nak ambil simpan ja neh..ehehh

syahirooAhmad said...

rajinye adik aku ni ngutip shell.. tak nak pos ke sini ke sebagai tanda kenang kenangan. muahahhaa. :D kim salam kat en.Ahmad. nama kitorang sama!

akoo pae said...

waa cantiknye kerang2 tuu..=))

niesa said...

suke sipot panjang2 tu xpenah jumpe lagi

Lia Irdelia said...

untungla dekat dengan pantai,, :)

kim heeruul said...

dulu kecik2 gua rajin cari benda2 mcm tu.hihi

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, sumpah chantek gila siput2 ni suma.. HUHU

naiemah_ramli said...

waaa..bestnya,,huhu
rindu plak nk ke pntai =)

O CIKTEDDY said...

kemasik?bru prasan lea org ganu...cik pon.ekeke

Rozuan Ismail said...

pergh,cantik2 kulit siput yg jumpa ye.mmg ombak rindu

Mr.Clive said...

ok.percutian setersunya: Pantai Kemasik! yahooo! :P

cik Kartun said...

pntai kemasik tu kt mne???
btw teruja lak tngok gmbr2 tuuu..

LaLa mhdnor said...

lawa la, bestnya...

Paris Lipton said...

nak kawen kat situ! lg advance!! kahkah

semutsengal said...

kau sorang sorang ke dgn pakwe ?


LALALALALLALALA

~SaL IjOu~ said...

ahah..kutip siput..rindu kenangan itu~ ;p

Cik tikah said...

alaaaa... bestnya! nak ikut :(

Tea said...

huuuuu cantiknyeee ... suka tgk air laut...

Phat said...

leh buat bisnes ni jual hehe

khaifaiz said...

kerepok cecah abc... bagaimana rasanya tu

AMMAR YASIR said...

Mak ai...cantiknya tempat. Mood Ombak Rindu ada lagi ek? Huhuhuhu

aLyA_syGS said...

wahhhhhhh.... best nyeee

justin lover said...

ahmad kene serangan seksual jgk ke?? haha^^

Lea Isnawi said...

Justin lover:

err...langkah berjaga-jaga.

Adylia Qarissa said...

dah lama tak pergi lepak pantai...

Ct Aja said...

comelnye...kecik2 dlu suka kutip siput...hihiihi

KaK LimAh Si SupiR said...

cantek bebbbbb..yg mcm hitam putih tuuu cunnnnn

*uittt lea..header dh bru..msti dh tukar lame kan?kaklimah j yg ketinggalan T_T

Niza Romli said...

sedap ke kopok lekor cicah abc?? huuuu nak rasa laaa!

laskar pelangi said...

bestkan pergi pantai:)
hilang tension gitu:))

Hanie Dew said...

berombak rindu lagi ko ni.

Asrul "iLham" Sany said...

feel2 muvi muahahhaa

Cik TeN10 said...

perghh !! dok tepi panta makan kopok lekor sedapnye !!!

Jue said...

ish ish...aku xtau ko suka makan "kerang"..ko msk pe mlm tu hihihi

hani said...

aku ni penakot laut. hoho.. situ boleh snorkel dak? (seorang budak penakut laut tanya pasal snorkel. kahkah!)

syakey said...

eh,cantik2 yang dikutip tu, jarang nampak! ;D

Teenager Housemaid said...

sis lea, dah lama saya tak ke pantai dan laut..
T_T
rindu nak pergi pantai dan laut..
saya sangat suka percutian yg menenangkan..:D

Eza Boom Boom said...

rindu kat pantai :)

biela bell said...

hahaa..kak lea buatlah satu loket untuk bell yer..pastu pos kat sini..mekasih..!hahaha

Anak Wak Mail said...

wow..romantiknya kutip kulit siput..wewiiittt...;P

Juliet_iRa~" said...

kat kelate ke pantainya tu?;p

best cari siput..ira ada 1 cwn tinggi sput ms cari kat cherating dl..heee

lea..dah btukar ea header..hee..ira busy..sorry br smpt bw..:)

fRaMe+LenSeS said...

cantik la susunan tu. memang kenangan kan? ;D

Cik Muda said...

lama dah tak pegi sana....... ada lagi ke batu yang bentuk dia seakan katak tu??