Wednesday, February 15, 2012

Jangan dipersoalkan KENAPA

Assalamualaikum wbt.


Kenapa mesti aku jatuh cinta terhadap dia? Kenapa mesti dia? Kenapa bukan orang lain?

Kenapa aku masih menyayangi dia? Sedangkan dia selalu membuat aku menangis. Dia selalu memberi harapan palsu.

Kenapa terlalu sukar untuk aku melupakan dia?

*kesat air mata.


*****************************

Ahaa...pernah alami perasaan macam tu? Pernah? Tak pernah? Pernah?

Hakikatnya tak perlulah kita nak mempersoalkan kenapa, kenapa dan kenapa. Sesuatu yang berlaku ada sebabnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui sebabnya.

Mungkin dia sebenarnya adalah jodoh kita, mungkin jugak bukan.

Sekiranya dia adalah jodoh kita, mungkin Allah SWT sengaja hendak menguji kita. Yelah, kita mungkin akan lebih menghargi CINTA itu apabila mengenangkan bertapa sukarnya untuk mendapatkannya.


"Seorang yang sedang bercinta adalah seperti PEMBURU, jika yang diburu mudah diperolehi, maka dia tidak akan memperdulikan hasil buruannya lagi."

"Seorang yang berhasil mendapat cinta dengan mudah akan sukar menperolehi cinta sejati"

(petikan dari Tentang Cinta)



Sekiranya dia bukan jodoh kita, mungkin Allah SWT sengaja menemukan kita dengan dia supaya kita boleh mengambil iktibar daripada hubungan kita dengannya. Aku agak ramai yang pernah dengar kata-kata ni, sebab aku selalu nampak di wall fesbuk. Ramai yang suka share, repost ayat ni.


"Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan dengan orang yang betul (jodoh kita)"


Ada yang bernasib baik, dapat terus berjumpa dengan orang yang betul. Beruntunglah kan. Tapi jangan rasakan kita tak beruntung, sebab orang yang selalu jumpa orang salah ada untungnya jugak. Untungnya sebab kita akan dapat pengalaman dan pengajaran yang sangat bernilai. Pengajaran agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan. Pengalaman yang boleh kita gunakan untuk perjalanan hidup masa hadapan.


#Dulu, aku selalu mengimpikan cinta pertama aku adalah cinta terakhir tapi dah nasib badan, gedik nak bercinta awal-awal, akhirnya kecundang di tengah jalan. Berharap cinta yang seterusnya adalah cinta terakhir aku. aumm.

#Entri takde kaitan dengan aku pun, just sharing ilmu dari buku TENTANG CINTA :) Buku ni best weh!





nota hati LEA: Rasa janggal pulak tulih entri pasal CINTA. keh keh keh.




36 comments:

charmyiex said...

hehe..xpe..jodoh itu rahsia Allah..kejar ilmu dahulu..jodoh itu akan dtg bila tiba masa nyer!

Eyeme said...

kihkihkih..betul2....kenapa dia?hanya Allah je yg tau...Allah x uji hamba2Nya di luar kemampuan mereka..kan? :D

Tea said...

ececece leaaaa... tak salah pun menyampaikan tentang cinta..

waima bagaimanapun kita usaha untuk org yg kita benar2 CINTA, andai tidak tertulis di azali kita untuknya, maka ia bukan milik kita... tetap bukan milik kita...

Tea said...

ececece leaaaa... tak salah pun menyampaikan tentang cinta..

waima bagaimanapun kita usaha untuk org yg kita benar2 CINTA, andai tidak tertulis di azali kita untuknya, maka ia bukan milik kita... tetap bukan milik kita...

Mr.Clive said...

kenapa?

hehehe...anyway,jodoh kite ni tgh berlari sepantas mungkin kepada kita,tapi mungkin tersesat jalan...sabar la ea...nanti dia sampailah ke destinasi yang dituju...:)

Ct Aja said...

pernah gak alami dulu... akk ade terbaca dalam stu buku.... perempuan yg jth cinta, tapi pendam cintanya sampai dia mati, maka perempuan itu mati shahid......

suatu hr bila Lee jmpa jodoh sbnr, pasti Lee akan brsyukur sgt ats apa yg jadi sblm ni

semutsengal said...

nabi yusof as pun kawin dengan zulaikha jugak last-last.



=)

Niza Romli said...

dulu selalu gak..tapi skrg tidak lagi!
ahaha

Lea Isnawi said...

kak niza




yela..orang tu dh kawen kan..hehe

Farhan Yusuf said...

cinta...
hubungan hati
teramat istimewa
pada yg mampu merasainya
pasti tak akan kenal kecewa..
biarlah bagaimanapun di dunia ini..
di akhirat pasti sesuatu hebat menanti..

budakampung said...

tak perlula nak kejar2..usha2 sikit je..yang lain serah kt Allah..gua pon tak pernah rasa perasaan tu so tak boleh nak cakap banyak~hikhokhikhok

sharamli said...

Lea dah nak kawen ke ni? Kitew teng0k banyak p0st pasal cintan cintun. kekekeke

Lea Isnawi said...

sharamli



eh takdelah. sedan bace buku TENTANG CINTA. so, terpengaruh la..hihi

diana said...

jodoh datang dengan sendiri..
tak perlu berusaha sangt..
tapi bila dah datang jodoh tu jangan pulak kita menolak hanya kerana sebab2 yang kecik..:)

nanad said...

hmm..betul jugak kan :(

Lea Isnawi said...

nanad:




ala...nanad cyg. takmo la sedih2

Gen2Merah said...

yaa, cinta itu penuh dengan dugaan dan cabaran.. selamat menempuhi liku2 perjalanan... jodoh pertemuan itu di tangan Allah swt.. asalkan kita berusaha untuk setia (",)

bloghok said...

ek eleh buat janggal koonon

xila riston said...

wewit....im looking for my future hubby, eh ade nmpak x...? kah3

MeeRole said...

Ngaku je lea..siapa laki tu?xkang ngang aku pong n0k rhsio..hehe

biela bell said...

ehem2..tu diaa..dr love..hahaa..

malas nak bercinta pas nie.nak nikah terus pas nie..hahah..

Lea Isnawi said...

MeeRole:



dengan ko la, harus berahsia
bahaya.bahaya.
hahahaha

Lea Isnawi said...

xila:



xjumpa. xjumpa.

EruzuLiyana said...

kadang2 kita mintak hujan tapi Allah bagi pelangi, sebab kalau hujan lama2 mesti kita akan merungut banjir la apa la. Allah taw apa yang terbaek utk hambaNYa. begitu juga perihal cinta :)

cik najihah said...

mule2..memang susah..tapi ubat yg paling2 mujarab adelah masa. bia je masa berlalu..x payah ingat2 da. ngadap ari2 mcm x de ape2

Zakaria's daughter said...

cett !

baru ingat nak feeling2 gitu bace cite sedeh sis. ahaks !
inro jeh rupenye. sobss. tertipuu.

haha.

Teenager Housemaid said...

moga cinta awak kekal hingga jannah..:D

Cik TeN10 said...

setuju dengan pendapat lea tu !! setiap org ade jalan masing2.. nk smpai ke satu destinasi tu ada yg lalui pelbagai halangan tp ada yg senang2 je smpai.. pape pn.. terus mara ke depan dan jgn toleh ke blkg.. =)

hassy chan said...

kadang2 rs jeles gak ngn org y jumpa jodoh cepat nih hak3..
tapi redha,, mungkin aku tak bersedia lagi.. so x bg ak jumpa jodoh aku lebih awal..hehe

cik Kartun said...

betul2... kesilpn mmberi pgjrn..
CK beruntung mmprolehi bnyk pglmn brcinta sehingga d tentang keluarga.
alhmdulillah skung CK makin kuat.. tak lemah mcm dulu2 :)

Woofer Storm said...

tapi cinta juga bisa membinasakan..ermmm

#hayati cinta yang sebenar..

Eza Boom Boom said...

Biarlah cinta untuk jodoh Eza bernikah nanti sampai ke syurga. Amiin. :)

Abu Huzaifah said...

yup.. btul tu cik lea... jodoh memang ade, antara cepat atau lambat je.. hati kita akan diuji... :)

Juliet_iRa~" said...

yapp setuju..jgn dipersoalkan tp kita ni manusia tak lepas dr mempersoalkan kan..huuu..

semoga kita leh perbaiki diri kita..

Ca Cik Duyung said...

manusia jarang mempersoalkan sesuatu pertemuan bila ia membahagiakan..tp akan mula mempersoalkan bila ia mengecewakan..kita mudah leka dan alpa..

Hanie Dew said...

ko nak jadi Doktor Cintan ke. hihihihi..syukur aku bertemu terus dengan orang yang betul.