Saturday, February 4, 2012

Lenguh kaki, mana nak cari tukang urut.

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu, terima kasih ye kengkawan, adik abang kakak semua kerana mendoakan aku untuk jawab ujian pagi tadi. Sori, tak sempat nak jenguk korang. Esok aku datang ziarah, hari ni agak penat. Bayangkan habis je exam terus kelam kabut balik Kemaman. Kakak nak kena balik Kelantan petang tadi.

Macam mana exam tadi?

Hancus dan aku menjangkakan aku fail. haha. Susah gilak. Part esei paling susah. Level stpm tu. Aku belajar sampai spm je, tak amek stpm. Tu yang tak boleh nak jawab tu. Sobs. Tapi takpelah, tadi pun aku dah berusaha jawab dengan sehabis daya, kalau ada rezeki lulus lah. Kalau tak mungkin rezeki aku tempat lain. Ala lagipun target aku masih sama, memasuki bomba dan menjadi pegawai penyiasat kebakaran. Doakan aku berjaya. :)


***********************************************

Pagi Jumaat hari tu, aku pergi jogging dengan ahmad di trek jogging Gong Badak. Aku suka jogging kat situ sebab tempat die sangat cantek gile, keliling tasik. Oleh sebab dah lama tak jogging, so semalam excited lebih, excited nak buang lemak-lemak tepu yang tak perlu kat setiap sudut badan aku ni. Dan disebabkan terlalu excited, aku ajak ahmad buat 4 round. Lagipun sebolehnya aku nak jogging 30 minute nonstop. Yelah, mengikut kajian saintifik, lemak-lemak degil hanya akan mula melebur selepas melakukan senaman 30 minit ke atas. Jadi, kalau kita jogging kurang daripada 30 minit memang hanya membazir tenaga semata kerana lemak degil still tak melebur lebur.

Kemudian balik je dari jogging, ahmad mesej

"awak ni, nak tercabut kaki saya ikut awak jogging tadi" - ahmad

"laa..kan saya dah pesan, awak jalan je kalo tak larat" - aku

"Mana boleh, jatuh la saham saya nanti" - ahmad


Hahaha. Nak tergelak aku bila dia cakap macam tu. Okay, penting eh nak menjaga saham bagi lelaki. Lagi satu yang buat aku nak tergelak bila terkenang peristiwa dua tiga bulan yang lepas. Bayangkan dulu, dia asyik duk komplen tak berpeluh tiap kali jogging dengan aku. Asyik mengomel kat aku setiap kali panjat bukit.

"tengok tu, makcik tu rileks je panjat bukit"

"budak tu pun ok je"

"Pakcik tu pun ok je"

Hampir semua orang yang melintas turun bukit disebutnya. Saat tu, aku rasa nak biar je die panjat bukit sorang sorang. Biar aku turun bukit sama-sama dengan pakcik tu. kehkehkeh

Tapi tu dulu, sekarang ni dia pulak yang pancit dulu. Mungkin ni semua berkat usaha aku paksa diri, jogging tepi pantai setiap hari untuk tingkatkan stamina semata-mata nak masuk bomba!!! Nak masuk bomba perlu stamina yang tinggi dan tahan lasak. Ayu sopan kena tolak tepi. Tolak tepi je, bukan buang terus.

Oh bomba! kau betul-betul merubah hidup aku. Daripada taksuka lari-lari, dah jadi suka sikit. Daripada lembik, dah jadi tuff sikit. Tapi rasanya aku perlu tingkatkan stamina lagi, tangan aku pun tak cukup kuat lagi untuk pumping lama-lama.

Oh ye. Disebabkan jogging semalam tanpa cooling down yang betul, peha aku dah sakit-sakit. Semalam betis lenguh-lenguh, malam ni peha pulak. Inilah bahana kalau tak cooling down dengan betul dan sempurna. =.='



err ada sesiapa sudi urut kaki aku tak?





30 comments:

semutsengal said...

jaga saham sangat, padan muka.


KAHAKHKAHKAH,

Wadi AR said...

baru skt kaki sikit je tuh kakak oii. kahkahkah. tak macho la

MiR said...

ini banyak pasal ahmad :P

Lia Irdelia said...

semoga berjaya yer exam tuh.. :)

Eyeme said...

meh sini nak urut. haha..

H.J said...

pergh..menjangkakan failed..banyak berdoa tuan belog..hahaha..

dill said...

wah! hebat sekarang

dill.

..cik gugu.. said...

susah nak crik tukang urut skrg .. haha jaga saham ..

Nyamuk Terbang said...

meh kiter tlg urut

Abu Huzaifah said...

jaga saham?? hehe... sy boleh jadi tukang urut.. errr =..="

xila riston said...

eleh ahmad die...tula kalo hari2 dh xrasa pancit..cuma kena slow, apa2 pon bidang ko pilih cayok2!~

CekbOlat-bOlat said...

kahkahkah.. bolehh laa..

ABU said...

hahahaha mesti penat kan..
rehat la dulu.. esok berentap kembali!! :P

Aqiim said...

swetnyeee joging sama2~
hee :D



belum dapat result lagi, jangan cakap FAIL! grrr.. haha
bnyakkan berdoa ye..
kalau ada rezeki tu, ada lah..
kalau takde, terima je lah.. :D

hassy chan said...

npe la laki ska sgt jaga air muka hahaha..
kn mkn dri sdri..
pdn muka..

pokpa said...

kak, main angkat besi hari2..konfem taff tgn..~~

Teenager Housemaid said...

wahh bomba..:D
go go chaiyok akak..:D

akak, macam mana nak cooling down dgn betul?

Ezad Skytech said...

kalau lama tak jogging mmg cepat pancit la kan....haha...

#rehat2 la dulu..nanti da ok sambung la balik...heee~

naiemah_ramli said...

meh nak lg urut kaki akak..hikhik..lalalal ~~

*msti lulus pnya la exam tu ^__^..amin

L said...

huhu, ala,, lulus punya jgn resau.. huuu. L reti urut..

jom baca sebentar jep..
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

Gen2Merah said...

ehehehe.. kelaka plak... suru ja emak tolong urutkan.. kalau dah kawin bole minta pasangan tolong picit2kan kan.. ehe

salam Maulidr Rasul 1433H buat semua muslimin dan muslimat.. banyakkan selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita

[sutera kasih] said...

try pegi kerus urut byr seringgit hehe

Syazwan Che Deraman said...

uish..tuff dia ni.
hebat.

rajin bersenam ;)

NIZAM said...

whoa! suke dgn cita2 anda tu. macam alam2 CS je bunyinya. nak siasat2 ni.

tikahmodjaika said...

mcm bersemngat jugak mau join bomba...tpi smgt tuk excercise shari je dtg..pastu hampeh je....uish..rindu gym kat bomba....ketagih nak lepak kat gym plak....

Iffah Afeefah said...

alahai br jog da skit kaki

biela bell said...

Klu dah lama tak jogging mmg cepat pancit kak..tapi tu la..lelaki mmg ego kdg2..takut saham jatuh konon..HAHAHA ;p

fathiahRAIHANA said...

dah jumpak org tlong urut? hehe. semangat sgt smpai sakit2 pulak :D

Eza Boom Boom said...

bestnya!! mesti dah fit dah badan lea.. slim. Wawa, Eza masih gemokkkss...tolonggg,,macam mana nak suka lari ni....?

Hanie Dew said...

best la kau kan fit je. stamina pun dah lebih dari ahmad.

nak jogging gak ah pasni.