Assalamualaikum wbt.
Semalam aku menerima mesej daripada seorang teman. Mesej nya berbunyi cenggini:
Salam saya hanya menyampaikan amanah seorang ustaz. Cuba kita buktikan.Bismillahirahmannirahim, Innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim. Litunziraqaumma unzira aba uhum fahum ghafirun. Tolong kirim potongan ayat dari surah yasin ini kepada min 13 orang. InsyaAllah 2 jam kemudian kamu akan mendengar kabar baik & mendapat kebahgiaan,demi Allah dan jangan dihapuskan sebelum kamu sebarkan. Kita berbagi doa sesama muslim (bukti rakan saya yang dah buat, 2 jam sudah saya laksanakan ternyata rezeki datang. Subhanallah. Dengan izin Allah SWT. Jangan lengah lagi terus buat. )
Aku tak forward pun sebab aku rasa kalau di-forward-kan mesej ni, seolah-olah kita bergantung pada mesej bukan bergantung pada Allah SWT. Memanglah ada potongan ayat tu, tapi rasa macam lain sebab perlu sebarkan kepada minimum 13 orang dan dalam masa 2 jam akan dapat hasilnya. hurm. Kenapa mesti ada syarat?
Bagi aku, seeloknya kita berdoa terus kepada Allah SWT untuk dimurahkan rezeki kita atau mendoakan yang baik baik untuk kita ataupun sentiasa solat dhuha, bukannya bergantung pada mesej. Sebarkan mesej seperti itu kepada lebih 13 orang sahabat tapi diri sendiri tidak melaksanakan perintah Allah SWT, meninggalkan solat, melakukan segala yang dimurkaiNya dan tidak berusaha untuk mencari rezeki, goyang kaki pinggul kat umah. Agak-agak Allah SWT akan turunkan rezeki ker? Wallahualam.
Ini hanya pandangan aku. Apa pandangan korang pulak? Betulkan sekiranya aku salah.



55 org yg suke mengomen:
kalau aku pun, aku tak kan forward. tak de kelogikan pun. pendapat aku sama cam pendapat ko. :)
mesej2 berantai macam ni sy buat tak tahu je...da selalu sgt dapat dulu...
dah biase sgt dpt mcg berantai cmni, up to individu sndri nak refleks cmne. cuma yang penting amik input yang baik dari mcg tu. tu yang penting
pnah jugak ikut bnda ni sbb takut..hehe...skunk tak..hoho
tah pape dpt mesej cmtu.rse nk gerudi jek org cmtu.
mesej berantai..
hehehe..
sampai sekarang masih ada lagikan..
kan.mana ada rezeki datang begolek. kesimpulannya. tak pecaya, tak pecaya.
Bukannya entry ataupun message tu yang beri rezeki..tapi tuhan kita yg turunkan rezeki kt kita. so, tak bole nk percaya sume tu.
*Kalo pensil tekan..emm, kena wat research lg cmnih. hehehe
mesej berantai ni akan sentiasa berjalan bila ada yang ikut...hehe..
mohon doa terus pada Allah S.W.T lebih baik dari mengharap pada mesej berantai ni...
huhu.. orang yg tadak akai jer.. buat g2.. ish3
jom jenguk sbentar=0
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/mudahnya-kau-tingalkan-solat.html
baik kita berdoa terus..
Arol setuju dengan pendapat kak Lea! Arol pernah dapat beratus surat berantai tapi tak pernah layan. Kerana Arol percaya, rezeki datangnya dari Allah bukan dari surat2 tue. :)
ape motif sebenar org yang 1st sekali forward msg ni ek...
syirik je semua ni.. zwan pown klaw dapat msg camni, zwan abaikan jer.. HUHU
sy selalu abaikan
buat dunno je besenya kalau dapat msg camnie..nie namanya mesej berantai ke??
hurmm, tah pape.. pernah dpt selai kertas yg tuleh mcm ni gak.. semua meja kt opis dpt.. sapela yg sebar tu..
msg berantai ni x elok. ye laaa. nak share ayat 2 memg bgus. sharing kan. tapi 'akan mdgr kabar baik lpas 2 jam' yg ptt dperbetulkan. semua yg baik 2 dtg dari Allah.
abaikan je msg ni. x pyh 4ward. mcm khurafat pn ada. huhu
mesej berantai.tak perlu..
slalu rase nk mrah kalo dpt msej cmtu..entah pape kan,rezeki or anything else x brgantung kpd satu kiriman mesej kan.mmg la bagus mnyebarkan yg baik2 tp xyah la buat mcm pksaan..entah pape kan?Allah itu Maha Mendengar,mintak la ape saje trus kpd Nya..kan3? ^_^
mesej berantai mengarut ni dr zaman dulu pun dah ada, dulu pakai surat, pastu sms, fb hinggalah ke blog.
aku pon biase jee xforward.. siap ade syarat lagi.. pelik2 jee
sy sokong pandangan anda ^_^
slalu dapat mesej macam ni ...
dulu slalu dpt gak msj mcm ni..tp buat tak tau je..=__=""
ade akal sendiri mau pikir
tu je
selalu jugak dapat msg2 camni.
tapi chemay buat tatau je.
macma tak ikhlas pulak dok buat mende tuh tapi sekadar nak dapat balasan.
-.-
berantai. aku kalau foward pun aku padam yang
"Tolong kirim potongan ayat dari surah yasin ini kepada min 13 orang. InsyaAllah 2 jam kemudian kamu akan mendengar kabar baik & mendapat kebahgiaan,demi Allah dan jangan dihapuskan sebelum kamu sebarkan. Kita berbagi doa sesama muslim (bukti rakan saya yang dah buat, 2 jam sudah saya laksanakan ternyata rezeki datang. Subhanallah. Dengan izin Allah SWT. Jangan lengah lagi terus buat. )"
So, tiada lagi mesej berantai. HAHA
hmm bgs tindakkan tu.. Allah yang tentukn suatu prkhabaran gembira, bukan msj.. :)
mesej berantai -_-"
yg lg parah bila siap ad ugutan lg kat last sentence.. gram jek.
btw, u've right thing sis =)
org xde keje je buat camni....
banyak gak terima mesej camni.. ade tur yang bagi satu surat, lam surat tur cakap, kalo kita tak sebar surat tur, kita akan dapat macam2 bala, siap disetakan lagi contoh lagi.. part caye tak caye tur, tak bley cakap ler kak .. no comment heeeee...
:: stuju apa yang akak cakap :) part dapt kebahagian ^^
gua sokong lu..
lama xupdate blog ni..huhu
betul tu..
akak pun xsuka men foward2 tu..
terima fwrd pun xsuka..haha
betul tu....
Allah lihat pada usaha dan doa kita..bukan dengan cara forward2 msg neh..
mesej berantai~
popular sejak zaman berzaman~
hehe :P
sms berantai ni xboleh percaya..
Nyampah gler kalo dpat msg brantai gni..memang kne maki kalo ade membe anta bnda ni..
penah dpt mesej camni, tapi tak pernah forward kat orang pun.
jangan dilayan mesej mcm ni.
x suka dapat mesej camtu...
x rajin nk fwrd2 weh >.<
Eza terus delete je kalau dapat mesej macam tu ;)
selalu dpt mesej mcm ni kak.
tp mmg xpenah forward.bkn xcaye.
dan bukan tak caye..tp yela...
abaikan
saya pun tak suka dpt msg berantaai mcm ni...
ish..
well message. apa2 tindakan yang kita lakukan haruslah berbuat dengan seikhlas hati tanpa meletakkan syarat2 tertentu :')
ramai sngt org percaya dengan msg2 cm tuh, dr mimpi lah, ape2 tah, dan suruh sebarkan maka dpt ganjaran, btul kata penulis, berdoa saja kalau nk sesuatu, dpt atau tak itu kerja Allah
feel free to visit speechless009.blogspot.com
nasib baiklah ko tak forward mesej cenggitu, takde maknanya... menghabiskan kredit je... lagi pun kan isu ini sudah diperbincangkan oleh ramai Ustaz... dan semuanya sebulat suara kata itu adalah mengarut..
betul2 setuju dengan entry nie..
lagi satu mesej macam ni :
" kalau tak forward mesej ni, nescaya keburukan dan malapetaka akan menimpa kamu esok.
itu semua kan atas kehendak Allah. siapa kita nak tentukan apa yang jadi di masa depan...
mmg satu mesej yg bagus...tp niat ta menghalalkan cara la..
selalunya fatin ignore je mesej2 berantai ni.. tak logik langsung.. apa kaitannya sebar mesej kpd 13 org dengan rezeki ? rezeki ajal maut tu semua di tangan Allah kan.. kalau dok sibuk sebar je tp tak hayati dan praktikkan mesej/ilmu tu pun tak guna jugak.. betul tak ?
betul tu dear..msj berantai ni..huhu
Allah swt yg tentukan segalanya..
kalau dulu slalu dpt surat berantai time skolah, bila dah maju dpt email segala berantai hihi
besa aku wat dunno je
ini sebenarnya taktik telefon nyer service provider... sekali sms boleh dpt berapa kan... cuma kalau kita menyampaikan dengan niat yg betul Alhamdulillah.. tapi kalau semata2 nak dapat berita baik dalam masa 2 jam? abaikanlah...
berpesan2 pada kebenaran.. :)
sm mcm lea..
ada gak dpt msg berantai ni..tp ignore je..
Post a Comment