Thursday, February 9, 2012

RELA demi kesejahteraan kampung.

Assalamualaikum wbt.

ehem ehem, pagi ni tayang sesuatu.



Inilah nametag (id card) yang aku baru dapat semalam. Dengan id card ni, ini bermakna tok ketua (afzalsukasuki) telah memberi sepenuh kepercayaan kepada aku untuk menjalankan tugas-tugas kebajikan di kampung yang penuh damai, Kampung Geng Blogger Sengal seRELA RELA KUPUJUK yang mungkin. Aku sendiri tak mengetahui dan menyedari apa kelebihan yang ada pada aku sehingga tok ketua merasakan aku layak menjadi akak RELA.

Antara pencapaian yang telah aku lakukan sepanjang menjadi akak RELA Separuh TAK RELA adalah:

#1 Menolong inspektor Shabab (phat) mencari spender labuci saiz XXS milik awek kilang (cikbolat colat) yang hilang. Disangkakan dicurik oleh Baiya Pam Minyak (Shahz Cudin) rupanya tersangkut di kepala pemain tabla (Jannatul Asyikin) kerana disangkakan spender labuci tu selendang.

#2 Menolong Tok Mudim (wanmirara) potong memotong kepala orang. Yang ni aku dengan seRELA hati membantu. Aummm

#3 Menolong menguruskan majlis perkahwinan SU sulit (Aida Omar) tok ketua Kampung Sengal dengan kaki kipas tok ketua sendiri (IK Hanif). Pada majlis kawen tu, aku terpaksa memakai baju tshirt lusuh je kerana telah di-warning oleh pengantin pompuan supaya jangan berlawa-lawa takut si suami tersilap ngap. Jeles dengan kejelitaan yang aku miliki lettew. Takpela demi kebahgiaan mereka. ku RELA berkorban.

#4 Menolong menggantikan tempat akak penjaga tandas awam (paris lipton) sementara beliau membuang air kecik, air besar,air mutlak, air sederhana besar, air mata dan segala jenis air di tandas awam miliknya sendiri.

#5 Menolong menyatupadukan percintaan sulit antara awek kilang (cikbolat bolat) dengan pak gard kilang spender (SM). Hari-hari terpaksa menjadi minah despatch kepada Pak Gard kilang spender dengan menghantar spender pelbagai jenis saiz, rekabentuk dan warna kepada si awek kilang. Kunun-kunun nak tunjuk diri romantik, penyayang, caring lettew. phuiiih


ok cukup sampai 5 pencapaian saja. Selebihnya biar aku dan orang-orang kampung aku saja yang taw. Sekiranya terasa nak meminta khidmat dari aku sebagai akak RELA boleh lah menghubungi saya di panggilan bebas tol. kosong-satu-dua..ermm ahh lupa pulak. nanti dah ingat aku update lain.



**********************************


anda rasa anda SENGAL atau terasa nak menSENGALkan diri, boleh lah berhijrah ke kampung kami, Kampung GENG BLOGGER SENGAL (GBS). Penduduk kampung semua sengal-sengal dan mesra alam flora fauna. Mereka juga gemar berkempen bagai, aktif berpilihan raya. Jika rasa berminat, meh la pakat masuk ini GBS. Kami mengalukan kedatangan tuan puan adik kakak semua. #juga iklan tidak berbayar. RELA membuat promosi tanpa bayaran.

43 comments:

Mohd Norafzal said...

kahkahkah bagus2 mmg sesuai ngn penjawatan ni.tok banggo terharu lagi tacing ado anak buah yang tak berbuah mano ni.di sini ingin tok menyampaikan serangkap pantun

Dua tigo kucin berlari
manokan samo si kucin bolang
kalau Lea bijak bestari
kelapo paghut sapo yang boli?

ha jawab! jawab!

Niza Romli said...

haha..entri sengal apatah lagi hidop dlm kampung GBS tu...caiyok2

cik najihah said...

unik..

Lea Isnawi said...

tok ketua kampung sengal:

ala kacang je tu tok

hari-hari main tarik tali
tarik bersama pakcik romli
soklan tok mudah sangat sekali
pastinya makcik nasik lemak yang beli


kan kan?

aLyA_syGS said...

nak try berhijrah jugak laa.. :)

Juliet_iRa~" said...

wah2 kemain lagi..hee..

mmg Rela sungguh berkorban ni..

;p

miss Fyqa said...

haa,..rasa sengal dah ni.. hehe..

Lea Isnawi said...

aLya_syGS


sila sila, datag hijrah nanti jangan lupa bawak buah tangan kaki kepala lutut sekali ye

Phat said...

terima kasih kerana membantu inspektor shahab menyelesaikan masalah cik bolat smlm anda mmg rela terbaik pernah dilahirkan

Mohd Norafzal said...

oo ekau menjawab yo Lea??jap2 tok bg pantun laie..ekau tunggu.tok kompom pasni ekau tak terjawab ee!!




Ha jawab2!!ekau nampak tak pantun kek atas nun?

Lea Isnawi said...

phat (inspektor shabab)


jangan puji lebih-lebih. Tak rela i nak dengar pujian berbakul-bakul.

Lea Isnawi said...

Tok Ketua Kampung Sengal



err pantun ke kek tok? jap nak panggil tok bidan suruh tolong tilik

Teesaz said...

aman makmur la kekampung kito nih.. saya di sini sebagai bomoh hujan meraso banggo la dengan keberadaan akak rela di sini.. erm, nanti tolong den buat hujan guno ice blend yo.. tak jauh mano dalam toilet yg ado paip ujan tu kat kawasan kilang pak gad

Eza Boom Boom said...

lawak la entry ni.. hee. lea jadi RELA pulak dahhh... hihi. ;)

Nak g usha gak la GBS.. hihik.

Aien Not Alien said...

wakakakaka...gila sengal entri ko ni lea...hahaha..



*terketawa den... :D

Pendamba Mawar said...

haha da berpangkat.segan ar.haha

wanmirara said...

bahhahahaah, lu dengan sukerela tlg tok potong2 kan. kih2. baguih naa. tok syg la kt ang. aummmm3

IDUP GBS ! hee ~

♪ cik katak ♪ said...

hah tuh dia..
kakak RELA apa yang ko rela buat demi wa weh.. :P

CekbOlat-bOlat said...

kahkahkah.. brpantun2 lak ngn tok ketua.. adoyaii..

eh patut setiap hujung ayat pranggan tuh ko letak "takpa aku RELA" bru kesan dramatik sikit.. bahhaa

Cik tikah said...

hahaha.. pencapain utk saya belum agi eh? hehe

Lea Isnawi said...

cikbolat bolat



aah kan terlupa pulak.Takpelah aku RELA x edit entri ni. malas. hua3

Lea Isnawi said...

cik katak & cik Tikah



nanti i tolong tolong uolls mana patut pulak ye.

nanad said...

heh..nama dia unique >.<

Cik TeN10 said...

hahahh.. spender labuci tiptop lah.. mak datin mana la pakai spender labuci tuh.. kih3 ;p

Mr.Clive said...

aku bace perlahan2...apakah yang ditulis ni...lama lama...laaaaa,hahahahaha setailo giler!

Cik Lia Lomi said...

agak kesengalan dalam entri yang ini..hee

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehehe entry penuh rela ni :D

yad'z said...

hahaha./ bagus2.. banyak2 kanlah amal jariah yekk.. kihikihkih

Anis Adila Aris said...

punyalah sengal :D

Anis Adila Aris said...

punyalah sengal :D

biela bell said...

tu dia..kak lea dah kena virus sengal..hahahaa

Salwa said...

This is my first visit.. Salam perkenalan ek :)

YOUsoF said...

Seronoklah dapat nametag sengal..

Bila klik alamat kampung GBS tu keluar perkataan "This content is currently unavailable".

Adakah itu juga gurauan sengal?

Lea Isnawi said...

YOUsuf



eh eh itu bukan guraun.itu kenyataan
saya klik boleh je. cuba klik lagi sekali

Aqiim said...

yelah kak..
bila klik kat link yg akak bagi tu, dia keluar 'content not found'..
mungkin sbab group tu secret kot..
hanya ahli je yg bleh tgok..
agaknya lah..
heehehe

Lea Isnawi said...

Aqiim




oh yela kot. hihihi. camtu g godek2 search kat fb jela geng ni ye. ampun mak minah.

biQa Hatmin said...

eh kenapa tak pernah jumpa gBS ni? ada cik bolat, ada phat tu..heheh

syahirooAhmad said...

Amboi korang.. masih2 ade jawatan.. Untung la....

Lea, weekend ni free? kalau free nak mintak tolong lea jage jalan kat simpang depan umah tu. ade kenduri kawin. tolong ey.. :D

ZaroL said...

Wewewewe...banyak berjasa RELA nih. Baguih2.

Semut Senyum said...

macam best je group tu dik nonnn....
akak boleh join tak?

tapi akak sengal kadang2 je.. eheheheh..

Rela betol2 ke TERPAKSA RELA ni? ehhehe

S H I T E Q said...

hihi. ni rupanya GBS.

slmt menjalankan tugas! :D

ZWAN SABRI said...

baguih2.. RELA buat2 keja lagutu takpa.. jangan RELA buat keja yang bukan2 dah.. HEHE

Hanie Dew said...

eh GBS bukan Geng Bas Sekolah ke. aku tesilap masuk kampung la.

Rela kuuuu puujjuuukkk.