Tuesday, March 20, 2012

Coret Coret Sekitar Program Penilaian Individu Bomba (PPIB) Penguasa Bomba KB41


Assalamualaikum wbt.

First of all, hamba berasa sangat terharu kerana ramai yang bertanya tentang PPIB ari tu. Tak sangka ramai yang care dengan hamba. auww. So, dengan pantas dan laju menaip entri ni.

# Overall yang boleh aku simpulkan pasal PPIB ni, aku sangat sangat enjoy. Tak terasa pun aku sedang ber-ujian, terasa macam aku pergi kem BTN je. Mungkin sebab aktiviti dia tak begitu stress sangat kot. Total yang pergi PPIB dalam 291 orang dan hanya 26 orang je pompuan, lelaki, korang tolak sendiri. Aku agak dalam nisbah 1:10. 1st time weh dikelilingi ramai lelaki, biasanya lelaki dua tiga kerat je dalam kelas. Rasa hot pulak bila jadi kaum minoriti ni. muahaha.

# Aktiviti 1st day: Exam SPA & Psikology. Dari pukul 9 pagi sampai 4 petang, kepala pun dah ting tong plus ke-mengantok-an. @_@. Menguap-nguap aku menjawab soklan exam. Taknak komeng apa-apa pasal exam ni, cuma nasib baik esei bm/bi tak berapa susah macam exam kastam hari tu.

# Petang ada ujian fizikal & kecergasan lagi. Berat badan dan tinggi diukur lagi, dan sangat hepi sebab berat aku turun sekilo lagi! ngeh3. Kemudian ade urine test, terpaksa geletek badan sendiri untuk kasi kencing. Diorang tak pesan awal-awal, kalo tak buleh aku tahan kencing sebelum test tu. aish. kesian pundi kencing aku.

# Untuk ujian kecergasan tu, kitorang kena buat seberapa banyak sit up dalam masa 1 minit (hanya dapat buat 29x je, senak perut aku weh), menjangkau jarak (nasib baik badan aku boleh melentik ala-ala gymnas gittew, dapat jangkau sapai 178cm, orang lain 160++ cm. Ni je pencapaian yang terbaik, yang lain hampeh. sobs), lompat kangaroo (lompat melompat paling aku tak reti, rekod paling teruk! rasa nak sorok je muka lepas melompat. Dahlah ramai jejaka-jejaka melihat aku melompat. oh no! Malu. >.<), lari ulang alik (yang ni rekod agak teruk jugak!) dan larian 2.4 km (rekod: 16 minit, tak berapa puas hati sebab perut aku sakit time berlari, time tu aku baru je sehat dari diarrhea. Terpaksa tahan kesakitan tu sampai ke garisan penamat) psstt taw ke diarrhea tu apa? taktahu google plis! ngeh3.

# Aktiviti malam dan keesokkannya lebih kepada berdiskusi dalam kumpulan. Setiap kumpulan ade 10 orang dan setiap aktiviti kumpulan asyik bertukar. Nasib baik ahli kumpulan sentiasa bertukar, at least leh kenal ramai orang dan takdelah problem sangat kalo dapat ahli kumpulan yang tak best. Aku, nak kata banyak bercakap, takdelah sangat. Bergantung pada ahli kumpulan dan topik yang dibincangkan. Kadang2 aku diam je, malas nak bergadoh bercakap, dan kadang2 menyampuk jugak. Harus menyampuk jugak, sebab nanti dapat markah rendah pulak.

# Malam kedua, aktiviti inovasi. Part ni kena speaking omputih you. Dengan dibekalkan 1 Cd, seutas tali rafia & straw, kitorang dikehendaki merekacipta satu produk dalam 10 minit dan present 'produk' yang dicipta dalam masa 5 minit. Dalam masa 10 minit tu agak stress gile, langsung tak kuar idea yang best tapi syukur sangat 3 minit terakhir aku dapat idea, cipta 'Photo Frame'. Part present tu tak stress sangat, ok la..ahli kumpulan pun jenis supportive dan tak banyak soklan nak dijawab. Lega! Tapi kan, ade sorang ahli kumpulan aku tak boleh nak speaking dengan baik. Bercakap pun dua tiga patah je dan boleh tersasul cakap bahasa melayu. Kesian gila kat budak tu. Sepupu aku cakap budak tu bukan takleh cakap cuma kurang yakin je. Aku pun agak macam tu, rasa tak logik la kan tak boleh nak speaking langsung sebab ade degree kot. Mungkin dia gugup nak bercakap kat depan kot. oh ye! masa tu aku satu kumpulan dengan sepupu aku. hehe.

# Aktiviti terakhir: Aktiviti luar yang agak mencabar. Kitorang terpaksa pegang sebijik telur dan harus dijulang melebihi paras kepala. Memang krem tangan, nak kena angkat tangan selama 3 jam. Tangan yang pegang telur tu boleh nak tukar kiri kanan, dua-dua tangan nak pegang pun takpe, cuma tak leh gerakkan tangan yang pegang telur bawah dari aras kepala. Kalo tak markah ditolak! Dalam masa yang sama jugak, satu bijik belon diikat di kaki. Kitrg kena pastikan belon dan telor tu tak pecah. Telur & belon tu ibarat satu amanah yang perlu dijaga la..Kemudian dengan satu tangan pegang telur pada aras kepala dan sebijik belon diikat di kaki, kitrg terpaksa setelkan beberapa tugasan dalam kumpulan. Masa tu, kerjasama dalam kumpulan amat diperlukan. Dan nasib baik, aku dapat kumpulan yang best dan dapat bekerjasama dengan baik. Yang paling penting, aku bukan perempuan melayu terakhir dalam kumpulan tu. Ada lagi 2 pompuan dalam kumpulan tu. So, takdelah tak selesa sangat.

# Result PPIB ni akan keluar sebulan dari sekarang. Doakan aku lulus taw. Sekiranya aku lulus, aku akan dipanggil untuk temuduga. Aku dah pun buat terbaik yang mungkin dan sekarang serahkan kepada penilai untuk menilai aku dan kuasa Allah SWT. Moga rezeki aku ada dalam Jabatan Bomba ni.




note: PPIB ni adalah Pre-Asesment Center (PAC) untuk kemasukan bomba. PAC/PPIB ni ada ujian kedua selepas ujian fizikal/bertulis dan sebelum dipanggil interview.





kata hati LEA: Menunggu untuk panggilan PAC Pegawai antidadah pulak. Dijangka bulan depan.



57 comments:

Ezad Skytech said...

> hee..mesti la ramai yg tanya lea...semua nak tahu tu...hee..(^^,)

> 26 je perempuan...selebihnya lelaki...rasa hot ye...HAHA...

> seminit dpt buat 29x..boleh tahan tu...ezad da lama tak buat...nanti nak buat la..hee...

> kalau aktiviti group ni kena kerjasama...susah la kalau takde keserasian ni..huhu~

> nak cari idea dlm masa singkat mmg susah sikit..tapi kalau da ramai2..mesti boleh cari idea kan..hee...

> mungkin dia tak biasa tu..gugup bila dpn org ramai...

> huuhh..agak mencabar jugak aktiviti terakhir tu ye...:D

> result sebulan dari skrg ye..? insyaallah...semoga lulus ye lea...(^^,)

Lea Isnawi said...

panjang komeng dia.

btw, tengs ezad!

nanti try eh wat sit up dlm masa seminit, boleh dpt bape.hehe

~SaL IjOu~ said...

wah..mantap la Lea..InsyaAllah ada rezeki~ =)

teringat plak larian 2.4 kat ipg dulu..semput dibuatnya~

kalo buat aktiviti mcm ni n dpt kumpulan yg supportive mmg bertambah semangat~ ^^

blog-tips-kurus said...

segala bagai post pegawai sekarang ni mesti ado PAC yek? bagus! bagus! voila!!

Naji Mahat said...

BEST OF LUCK!!!!

Cik TeN10 said...

alhamdulillah semuanya ok and yg penting u enjoy ! =)

ahaa.. fatin dalam kelas sorang2 je pmpuan.. dikelilingi jejaka jepun selama 3 tahun.. dilayan mcm tuan puteri ! jeles tak jeles tak ? hahahh =p

Cik TeN10 said...

** a`ah dh ade.. hihi tp fatin terus terang je ngn dia.. skrg ni fatin dh ade.. ahmdllah la dia ok je.. kami tetap kawan mcm biasa.. hari tu dia hampir2 nak bertunang tp tbe2 pmpuan tu buat hal curang.. maybe itu petanda yg perempuan tu bkn jodoh terbaik utk dia.. fatin doakan dia jmpa jgak jodoh dia satu hari nt =)

Lea Isnawi said...

wahhhh seorang pompuan..gila hot...jeles..HAHAHA!

*baguslah kalo masih kawan, kalo lea..mungkin akan rasa lain sikit. huhuhu

aimie amalina said...

huwaaaaa
baguslah kamu..agak mncabo semua ni..
heee
dah berjaya kumpoi pengalaman baru kan lea..

hehe

ne taw rezeki..aminnn :)
seronoknye bace..
semoga berjaya utk PAC antidadah plak..
heeeeee :))

missSenget said...

wah2..

macam seronok je..!!

moga keputusan yg terbaik nanti...

Phat said...

wah good luck k

miss Fyqa said...

good luck lea.. :) moga lulus tau..

Asrul "iLham" Sany said...

bomba = seksi haha

syahirooAhmad said...

seronok plak tengok aktiviti korang ni. cam kem motivasi... santai gitu~

time ni mesti saham dak2 perempuan tinggi mengunung..! maklum le kumbangnya ramai, bunganya ciputt je.. :D

kura said...

peh. kemain situp dpt 29.

running 2.4 dlm masa 16? eh. hebat.

justin lover said...

phewiittt....chejo nmpk xberubah lgsg...haha^^

doa2lah supaya ko lulus pac ni...hehe^^

si robot comel said...

wah,aktiviti yg sgt ohsem,apa-apa pun goodluck ya :)

Gadis said...

wahh..aktif sungguh...

gud luck yer...=)

zati embong said...

insyaAllah,jat doakan dik k.hihi

syafiqakarim said...

rumah terbakar tak payah panggil bomba.lea dtg berlumba lumba.
ewahh..syiokkk kot.

chaiyok yangg

[sutera kasih] said...

x smstinya ada degree blh speaking lea huhu...mcm sy la uwaaaaa..good luck ya lea :)

Niza Romli said...

Dah buat sehabis baik kan..Insyaallah, keputusan mesti gempaqq.

Hanie Dew said...

hot nye ko ramai org nak tau..eh eh jadi kaum minoriti..wooaa..bole cuci mata..diarrhea tu aku selalu kene wok. sit up 29x seminit.wwoaaa...balik nnt aku cube celen ko hahaha..kalau ingat aku mesej.hahahahaha..group task ni mmg kadang mmg menguji gak.mau kalau ada yang jenis tak bagi support atau jenis pasrah menyerah kpda ahli kumpln lain.aku rasa sepupu ko tu tak konfiden kot.aku dulu dulu pun cenggitu.now hasil sokongan dan didikan juelina aku berjaya sedikit.

nak tgk fram cd+tali rafia+straw ko. susah kot nak jaga telur junjung atas kepala,nak jaga belon lagi.disampng kene jaga.ada tak kene pecahkan org lain punya.

aku doakan ko lulus lea.dan doa in advance kelulusan ko dalam PAC akan datang.

bebe, kalau bulan 5 aku dtg t'ganu,ko ada tak. nak gi candat sotong.kalau ada rezeki bole jumpa. weee...

naiemah_ramli said...

gd luck kak :)

moga2 akak dpt temuduga tu.. amin ^_^

Boni JLL3 said...

patutlah awak nampak semakin sihat sekarang..hehehe

cik Kartun said...

insyallah.. semoga berjaya! (^^,)v

Aien Not Alien said...

lea....terima kasih sangat2... memang clear untuk PAC ni, so boleh ready awal2 dari segi mental & paling penting fizikal, kita dah mula dari sekarang walaupun tarikh tepat blm keluar lagi ni....dup dap dup dap..berdebar2 rasa!!



*semoga kejayaan jadi milik lea...GOOD LUCK dear.. ^_^"

hassy chan said...

diarrhea tu cirit birit kan?haha
all d best..
smoga ko lulus..

hani said...

aku sangat kagun lah dengan kdar kecerdasan fizikal kau. kot suruh aku yg buat tu, mahu segera dikejarkan ke hospital bedekatan gara-gara tak cukup nafas. heheh..

btw, kicap sedap, rumet cun, ex kosmet ensem. ex kosmet ensem. eh eh, terulang dua kali plak!

Chuu Muqhlis said...

lea! kental betol nk julang tangan 3 jam >_<

L said...

huuu, bomba o bomba rumah kucing i terbakar.. huuu

jom baca sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

Ryu on ahsfantasy24.com said...

erk..
nama kawan tu sama macam nama kite
laaa.. heheheh ~

Cikgu Ma said...

sama macam aien not alien..tunggu keputusan pac/aadk...

pojie said...

Saya pun calon PPIB KB41. Mmg terbaik la PPIB KB41. Aktiviti sumernya enjoy la....fasi sume sempoi gak...aktiviti last skali mmg bez n sempoi...ape mcm sempat x masuk air dlm baldi...hehe

c'axoera ヅ said...

best of luck :)

Eza Boom Boom said...

hebat la lea nii. InsyaAllah dapat tu kalau ada rezeki. All the best! :)

xila riston said...

wow awak taffff!!!
cayok ye!

Juliet_iRa~" said...

mmg kaum minoriti la kita ni kan lea..hee..lea hebat laaa..mantapppppp!heee..

kalau ira confirm xlepas..kekekee..tahniahhh sbb dah berjaya ke peringkat ni..doa byk2 insya-Allah ada rezeki lea mesti dpt kan...:)

bkn sng nk jd sng dan bkn susah nak jd susah..ngeee

all the best dearrr!

zulhilmi tempoyak said...

waw mmg byk gitu ek xtvt..

ble jd bomba ni lea. nk buat lwtn smbil blja g blai.. :)

dpt result nnt gtau na..:)

Edy Zaidi said...

teringat jadi kadet bomba time sekolah dulu..hehe

Lea Isnawi said...

pojie:

memang best kan..hehe
sempat buat satu round je
alih2 visel dh bunyi

hehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

training tuk jadi bomba ke? woahhh :D

semutsengal said...

dah jadi bomba, jangan lupa aku. kita main rumah terbakar telefon bomba ya ?

budakijaupendek said...

hehe
all the best for you lea.

Zakaria's daughter said...

haha.
apeee nehhhhhh.
alhamdulillah lahhh tak sempat men tahan tahan kencinggggg.

Hafizah said...

Lea!!!! Hahahaha... Teruja nyer... Jumpa member masa PPIB ari tu... Lea saya nombor 142, last class sama ngan awak masa aktiviti inovasi, awk yg buat photo frame kan???

Lea Isnawi said...

oh..igt2..pompuan dua org je kan.haruslah kenal plus ingat. hahaha

Hafizah said...

Yezza!! Nnt result da keluar roger2 ye!!

Lea Isnawi said...

wah laju je balas komeng. hehe

harus diceritakan di blog pasal result tu, kalo tak di0rang duk bising2 tanya pulak. hehe

add la fb - Lea Isnawi :)

Hafizah said...

Hehehe... Da duk depan pc jer...ok!

:-)

Anonymous said...

salam lea,

larian 2.4km berapa minit yg ditetapkan

faizal.anuar@sapura.com.my

areeureka_23@yahoo.com.my said...

my fabouloussssssss rumatezzzzzz!!!

hehehe..bestkan pg sne?ayu btol2 epi dpt knl ngn lea n enjoy gile wat smue activity tu wlupn really tiring..

anyway..keep in touch!!

izhar mokhtar said...

as-salam,

saya pon pegi PPIB bulan March 2012 baru ni. Good luck pada awak!

NIZAM said...

mcm ni ke rupanya PAC tu? tak pnah tau pun. sbb takpnah apply keje kerajaan lagi. aritu br 1st time. tu pun taktau lepas ke idak examnya.

Anonymous said...

bila ek agaknya temuduga bomba ni...jenuh mnunggu. 1 slh sorg dr 291 tu..pac alhamdulillah dh lulus.

kamal said...

calon utk interview dah boleh tgk..

asri.azhari said...

Assalamualaikum, so camne dapat dah panggilan temuduga tu. Saya dengar kebanyakan yg pergi PPIB tu dapat gi interview. Anyway good luck hopefully we'll meet at Wakaf Tapai.