Wednesday, March 7, 2012

Numismatik vs Forensik.

Assalamualaikum wbt.


Aku agak perkataan FORENSIC pasti ramai yang pernah dengar, tapi NUMISMATIK mesti segelintir je pernah dengar dan tahu. Aku sendiri pun baru je tahu tiga hari lepas. Numismatik bukan kata gandaan atau adik beradik dengan perkataan tumis menumis ye. Numismatik adalah satu study atau aktiviti pengumpulan duit syiling atau duit kertas lama. Lebih kurang macam tulah maksudnya.

Sejak akhir ni, aku berminat pulak nak menambah ilmu tentang numismatik. Tapi aku hanya sekadar nak menambah ilmu tak berminat nak mengumpul syiling atau duit kertas lama pun. Aku bukan jenis suka mengumpul-ngumpul barang sangat pun, lagipun nak membeli duit lama pun fikir dua tiga lapan kali. Mahal kot. huhu.

Seronok sebenarnya belajar numismatik ni kerana lebih kurang dengan kos aku iaitu Sains Forensik. Kalau sebut Forensik mungkin orang hanya akan terfikir akan postmortem bagai tu semua kan. Tapi sebenarnya Forensik bagi definisi aku adalah satu bidang yang mencari dan mengkaji sesuatu characteristic yang boleh membezakan antara satu sama lain. That characteristic can be either individual characteristic or group characteristic. Ok sebagai contoh mata bilah screwdriver. Walaupun kita tengok mata bilah setiap screwdriver sama je semua, tapi hakikatnya mata bilah screwdriver makjah tak sama dengan mata bilah makngah kalau ditengok di bawah mikroskop. Masing-masing screwdriver mempunyai individual characteristic. Dengan individual characteristic yang ade pada sesuatu benda ini, boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu jenayah. Contoh paling mudah fingerprint dan DNA. Masing-masing mempunyai fingerprint dan DNA yang berbeza kecuali kembar seiras. Jadi perbezaan yang ada ini boleh memudahkan siasatan untuk mencari pesalah. Itupun jika penjenayah meninggalkan fingerprint di tempat jenayah (crime scene). #Err faham tak ni? aku pun pening nak explain kat korang macam mana. harap faham la ye. HAHA!.

Bagi aku, ilmu numismatik ni lebih kurang dengan ilmu forensik. Numismatik mengkaji unique characteristic yang ada pada syiling atau duit kertas lama. Kewujudan unique characteristic yang ada pada syiling atau duit kertas lama akan menjadikannya lebih berharga. Sebelum ni, kalau aku tengok syiling atau duit kertas, aku hanya tengok pada nilainya tapi sekarang akan tilik sepenuhnya duit tu. Tengok tahun berapa dikeluarkan, no prefix dia, duit siri ke-berapa dan tandatangan siapa pada duit kertas tu. Mana tau kot-kot aku terjumpa duit yang diburu oleh para numis, boleh aku jual dengan harga tinggi. Untung weh. Bayangkan duit dua posen tahun 1969 boleh dijual dengan harga rm10. Untung rm9.80 tu. Tapi korang kena jual dengan orang yang giler mengumpul duit lama la, takyah jual kat aku, aku taknak beli pun. HAHA!.

Nak lebih tahu duit mana yang menjadi buruan para numis, google google ok.

Ekceli aku mula berminat dengan numismatik beberapa kali teman ahmad pergi membeli duit lama di gerai-gerai numis. Mula-mula sekadar teman, tapi last-last rasa bosan lak menunggu ahmad memilih duit lama. Jadi, bermula dari hari tu aku cuba menambah ilmu mengenai duit lama ni, boleh la turut sama memilih dengan ahmad. Dan ternyata memang seronok pun belajar pasal numismatik dan menguntungkan jugak. Cuma kena pandai mencari peluang.

Jap lagi nak pergi korek tabung aku, nak belek-belek duit syiling, kot-kot ada yang bernilai, boleh dijual dekat ahmad dengan harga tinggi. hua3. Dengan ahmad pun nak berkira eh? Eh! haruslah. Bisnes is bisnes. HAHA!




34 comments:

Ezad Skytech said...

Numismatik..? baru first time dgr ni..HAHA...

kalau ada minat nak kumpul2 duit lama ni...mmg masyuk woo kalau ada pengumpul2 yg nak beli...tapi mmg susah sikit nak jumpa yg rare ni..hee~

Mr.Clive said...

Numismatik eh? nama nak setailo je kan?hehe

Syazwan Che Deraman said...

good info ni.
ada simpan duit syiling dan kertas yang baru dan lama.

kena guna kanta la untuk buat kajian kan?.

thanks sebab share benda ni Lea!

Lea Isnawi said...

Syazwan:


Aah..guna kanta pembesar dah. boleh tengok unique characteristic yang ada pada duit tu. Kadang2 ada extra dot apa ntah lagi..google kalo nak tau lebih lanjut. saya pun baru belajar bidang ni. hehe

NIZAM said...

Info baru ni. mmg tak pnah dgr pun numimastik.

err.. kalo forensik je sy bygkan CSI. benda lain tak terbayang dh.

Lea Isnawi said...

Nizam


Bidang forensik ni luas. CSI = Crime scene investigator, hanya menyiasat tempat jenayah. hakikatnya banyak lagi pakar-pakar bidang forensik lain macam anthropologist (kaji tulang), Fire investigator (siasat punca kebakaran) dan sebagainya :)

laskar pelangi said...

wink wink wink:)
numismatik? 1st time tau perkataan ni.ehehehe:)

Abu Huzaifah said...

err... numismatiK?? =..="

semutsengal said...

aku kalau rajin kumpul, nnt mesti hilang jugak.


kahkahkah, pesen tak pandai jga barang kot.

Lea Isnawi said...

semut sengal


HAHA! sama macam aku
itu sebab aku tak suka nak mengumpul sgt

Aiman Isa said...

errr... even numis n fornsik tu ada kaitan dlm entri ni..

tapi,, time 1st time bca tajuk tadi,, igtkn numis tu bidang forensik yg lain..

hahaha

Hanie Dew said...

ye ke . nak google pakai keyword ape tu.

abah aku ada duit syiling merdeka ke-50 tahun. pastu ada banyak lagi syiling lama. tak tau nak jual kat sape. nak guna dah tak laku,

Abg Stalker said...

fuhh..basah ketiak baca tulisan kecik2 nau :D xpe,dpt ilmu.bru jp td abg g dapur numis sambal ikan bilis.haha


mencabar gk eh bidang ni.cm seronok je lg2 bila tang crime scene.cehh...~ :)

Aien Not Alien said...

1st time dengarnya..kosmetik dah selalu...haha


*menarik la info ni lea, baca tulisan kecik2 tapi ilmu yang dapat besar2, baru tahu apa itu numismatik ni...hehe

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the share...rietta pown xpenah dgr perkataan tuh...tpi dlu pernah kumpul...ngan ayah n arwah ayah....pastu rumah ayah kena pecah masuk...semua dah hilang pown...huhuhu....

Aqiim said...

first time dgar.. huhu
wahhhh macam menarik..
kumpul duit lama~
cool~

alya_sygs said...

wahhh.. numismatik.... menarik lahhh

Saddila said...

seriously mcm teruja. ehh kejap. ahmad? ahmad lagi. bila mahu kahwin ni kak?? #lari topik

Niza Romli said...

1st time gak dgr...
nice info :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

tuntutlah ilmu, kerna ia lebih berharga dari emas ;)

hani said...

numismatik. walopon ko tlh tegaskan ianya tdk ada kaitan dgn tumis mnumis, aku ttp lapar tatkala mmbaca pekataan tersebut

Cik Lia Lomi said...

wah, baru dengar perkataan numis menumis tu satu ilmu yang baru....eh, mak Lia buat sambal tumis ikan bilislah! * tiada kaitan..kehkehkehkeh.

Eza Boom Boom said...

hee, kumpul duit lama ni satu hobi kan? P, Eza tak minaat.. Hee. Eza lebih suka duit baru. ngeh3.

chemay said...

mak chemay jenis simpan duit lama2.
banyakkk.
duit kertas,
duit before merdeka.
duit bentuk 4 segi.
tiga segi.
semua ada.
nak pinjam buad kajian tak?
bak sini upah rm50 duluu.
sebab nak amek sorok2 dari peti besi mak.
hehe
:P

cik najihah said...

ok sy baru tahu heee

Wadi AR said...

1st time dgr kak

ABU said...

oh ini lebih kurang macam ilmu dunia tersembunyi.. *tetiba..

lagi unik lagi bernilai la kan.. :)

Tukang Karut said...

nak menyebutnya pun terpaksa merangkak mengeja dan terbelit lidah!

miss Fyqa said...

Numismatik? ehee..first time ni dgr. tq for info :)

Edy Zaidi said...

dulu suka beli duit2 lama kat kedai apek kat pekan...tp entah mana tah duit2 tu skrg

cik Kartun said...

berbelit lidah..

btw anda di tag ;)

http://nurais-luahanhati.blogspot.com/2012/03/bloglist-mac-april.html

Jue said...

ooo br tau
x rugi kenal ko kan
term2 yg aku slalu tipikal thinking tu sbnrnye ade myimpang skit
#wokeh blk ni aku nak p korek tabung haha

hassy chan said...

owh.. bru aku tahu..
ak ad duit 10 sen bersalut emas 99.99%.. pastu bole plak aku tertinggal kat dlm lab.. cis sengal.. hahaha.. rugi..

Juliet_iRa~" said...

1st time dgr lea..heee

camne y bharga tu?cerita laa..heee