Friday, March 30, 2012

Perompak Curi Handphone Buat Panggilan Lucah

Assalamualaikum wbt.

Woah! Tajuk gempak je kan. Tapi jangan risau tiada unsur 18SX pun, kalo ade pun sejemput je.

Actually ni adalah kisah benar yang berlaku tahun 2009. Aku adalah mangsa, bukan handphone aku yang dicurik tapi err tapi aku mangsa yang mendapat panggilan lucah tu. Dem. Dem.

Aku ingat lagi, kejadian tu berlaku pada 4 pagi dan masa tu aku tengah khusyuk study, study week masa tu. Tertiba dapat panggilan dari nombor yang aku tak kenal. Aku pun terus angkat, kot-kot panggilan penting ke apa. Tapi....ermmm

"Lea...#^%#*(&^%%&"

Sentap aku, bila si pemanggil tahu nama aku dan mula menlucah.

aku terus letak phone. Dia kol balik.

aku angkat lagi, bajet nak siasat mana dapat no phone aku, aku kenal ke tak.

siasatan gagal. Telinga aku ternoda lagi dengan kata-kata lucah dia.

terus aku letak phone.

dia kol lagi guna no lain,

terus aku matikan phone. Tertiba pagi tu rasa sejuk semacam, macam kena sampuk. Dan esoknya aku demam. Dem lagi sekali. Nasib baik, aku tak exam pagi tu.

Kejadian tu menjadi misteri, sebabnya lepas je malam tu, aku dah tak terima panggilan daripada si pemanggil tu. Aku pun siap save no dia as "Gile Seks". Langkah berjaga supaya aku tak terangkat lagi panggilan daripada orang gila tu.

Tapi akhirnya, segalanya terjawab selepas aku up entri pasal gangguan seksual ni di blog dua tahun lepas. Motif up entri tu sebab masa tu aku ternampak nama "Gila Seks" kat phonebook. Dalam enrti tu jugak, aku siap letak no phone si pemanggil lagi. HOHO. Geram punya pasal kan.

Selang seminggu selepas aku up entri kat blog, ada seorang rakan matrikulasi aku PM aku di fesbuk. Perempuan. Dia cakap no phone tu adalah no phone dia. Dia cakap lagi sebelum ni, rumah dia kena pecah masuk. Habes semua barang dirompak termasuklah handphone, laptop. Dan mungkin yang kol aku malam tu adalah perompak. Dia cakap dia memang ada no phone aku. Oh. No wonder la GS tu boleh tahu nama aku. Tapi aku takde pulak no phone kawan aku tu. Well, kami tak rapat sangat.

Kemudian dia mintak jasa baik aku untuk delete entri kat blog pasal gangguan seksual tu. Dia cakap, dia stress sebab sebelum ni, ade seseorang yang asyik miskol miskol dia. Apabila ditanya mana dapat no phone, orang tu suruh google. Bila di-google terjumpalah blog aku. Aku pun takmo lah panjangkan cerita dan takmo kerana blog aku, hidup kawan aku tak tenteram. Aku pun teruslah delete post tu.

Dan rupanya seseorang yang asyik miskol miskol no phone tu adalah kawan aku sendiri. Thanks kepada dia sebab menolong merungkaikan misteri tu. Kalo tak sampai sekarang kot aku tak tahu sapa yang membuat panggilan lucah kat aku dulu. Arigato awak!. :)


So, satu pesanan kat korang


Sekiranya handphone korang telah dicuri, dirompak, diragut atau sesinonim dengannya, cepat-cepat pergi ke celcom/maxis/digi centre untuk deactivate no phone tu dan buat simkad baru. Jangan tunggu lama-lama, takut si pencuri/peragut/perompak menyalahguna handphone korang dengan membuat panggilan yang mengarut-ngarut. Kang ker naya, rosak nama baik korang. Atau mungkin buat panggilan ke bank, untuk pemindahan wang bla bla, kang makin bertambah kerugian korang. Jadi akhir kata, bertindak dengan cepat dan mesra ye kawan-kawan.




kata hati LEA: Naik meremang bila teringat balik kata-kata si perompak tu. Yuck!



44 comments:

ZaroL said...

Fuhh ~! Gila betul la mamat gila yang gila seks tu. mcm orang gila yg dah gila smpai jadi gila sangat. =D

NIZAM said...

whoa! giler r. macam2 orang skang kan. dah la merompak, siap nk kaco orang lagi tu. adeyh/ pehape la. kalo buat repot, polis takle detect ke no.tu buat panggilan kat mn?

tp mmg elok deactivate je terus. snang cite.

hyz said...

ada pulak perompak mcm tu. cam bangang je..

Lea Isnawi said...

Nizam



nak trace lokasi dibuat tak sure la. mungkin boleh kot. Tapi malas nak panjanglan ceritakan. bila libatkan polis, tak pasal masuk court pulak. HOHO

miss Fyqa said...

hish..mcm2 hal jer.. takde keje betul.. huhu

Wadi AR said...

ni perbuatan tidak bermoral

syakey said...

kesian lea, menjadi mangsa keadaan. naseb tepon aje, kalau ke rumah terus,haa tak ke naya tu :D

Uncle Jonni said...

yg di tepon jadi mangsa...
tuan punya tepon jd mangsa...
yg menelepon sedap2 gelak2 goyang kaki tepon sana sini... huuhuhu..

Miz Novexx said...

uishhh... seramm, takde keje betol si perompak tu

Ezad Skytech said...

serius...mmg da takde kerja agaknya...agak2 la nak buat macam tu kan...kalau kena trace tu..sia2 je...

Ahmad Syuxer said...

otak perompak memang keji..hati penuh hitam..ntah camner baru dorang sedar

Cik Lia Lomi said...

pergh benor2 gila s tu..

Gadis said...

seram jgk kalau kene mcm tu...huhuhu

delarocha said...

gila sex la pencuri tuuu

Juliet_iRa~" said...

huiiiiiiiii..

mmg GS!

dl rumah ira pnh dpt pggilan dr GS ni..

main random je kot tekan!

mak ira mrh je gila ke ko ni..huhuhu

Rara Nasiha said...

teruknya orang tu. tak pasal2 Lea kena macam tu. bahayalah sekarang ni kan.

Cik TeN10 said...

ohh kes macam ni pn ade jgak.. selalunya org curik phone ni dia akan buang sim card tu so that tuan punya phone call xdpt kan.. and xleh nk jejak.. tp ini bnda lain pulak jadinya.. macam2 kan..

Cik TeN10 said...

ohhh lpe lak.. gambar dalam umah xleh tempek agi sekarang sbb tengah penuh ngan kotak2 lagi.. malas bebeno nk unpack ni ha.. ketih packing ari tu pn blom abes g.. unpack sket2.. xtau la bila nk siap ni.. hahahh

Ryu on ahsfantasy24.com said...

betul tu,
cepat2 pergi centre,
boleh sekat yg lama, buat sim baru :)

semutsengal said...

kau kan pakar forensik, mcmana boleh gagal menyiasat ni ?

Aien Alien said...

terungkai juga misteri lea...kesian kawan lea tu, dah kena rompak jadi kes macam ni pula, seeloknya itulah pergi centre deactivate nombor nak elak dari disalah guna...

chemay said...

menakutkan lahh perompak2 sekarang ni.
sampai ke situ idea dia bila dah dapat barang2 rompakan.
T___T

sis92 said...

ini sangat menyeramkan , lebih seram dari tonton cite momok.

~SaL IjOu~ said...

da la mencuri, nak tambah gila lagi buat panggilan mcm tu dekat org..aih..ntah hape2 tul~ (--")

afzalsukasuki said...

tapi kan lea..nape dia cakap lucah2 plak?aik pelik di situ.. hmm

Popkorn said...

Untung la lea ade org call lea... Hehe...
1st time ni dtg blog lea sambil komen2

Niza Romli said...

Uiks, seramnyaa!!
Penah jgk dpt SMS lucah dan no tu no kawan yg akk kenal.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

takde keje nye orang.. adehh~

Mr.Clive said...

ni namanya orang yang sial bangang tak reti pikir dengan otak dalam hidup ni...sorry mencarut... >_<

Zakaria's daughter said...

eiyuwwwww -..-

Teenager Housemaid said...

seramnya dapat panggilan macam tu..dulu pernah kena juga..
seriau dibuatnya..-_-;

Cik Yatt said...

eee..bhyenyee..huhuu

ABU said...

siap bagi nama gila sex lagi hahaha teroknya dia.. baca entry ni macam kisah dlm tv pulak...

kalau cerita CSI mesti pencuri tu dah kena tangkap..huhuhu..

dedhy said...

i like it....
salam kenal dari ku blogger indonesia ( blogger cangkring baru )

Khuzrin Kamarudin said...

Tak guna punya perompak. (-_-")

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kesiannya boleh tersebar mcmtu kan. padahal bukan salah kalian.. ishh, you all must be over carefull after this!

hassy chan said...

eee vongoksnyeeeeeee......
jijik.. hahaha..
nsb bek dia setakat kol je

DuniakuAbstrak said...

sudah paerampok gila seks pula

Juliet_iRa~" said...

hi lea!:D

adwafarahin said...

bahaya betul! seram dgr! -.-'

Bidadari Syurga said...

gila dol... takda kerja ke apa...? haish... at least terjawab gak yeak... amin... jaga diri ok

naiemah_ramli said...

errkk...seram plak dibuatnya..huhu
=.=''

Boni JLL3 said...

orang mcm ni pun ada?? pelik betul dunia ni..

Hanie Dew said...

eeeuuuwwwww...bahaya betol. dah la henpopn skrg ni mcm mcm ada dlm tu. aplikasi bank pun ade. harusla aku delete sume app tu dari henpon.

semoga org jahat jahat jahat sume tu insaf.