Thursday, April 26, 2012

Coret Coret PAC Pegawai Antidadah S41

Assalamualaikum wbt...


PAC Pegawai Antidadah S41
Tempat: Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok
Tarikh : 21 & 22 April 2012


Overall yang boleh aku simpulkan sepanjang dua hari PAC ni, OK-LAH. lebih santai dan rileks, tak banyak aktiviti sangat tapi tak se-ENJOY PPIB hari tu. Rasa macam nak cepat cepat je habes...huhuhu  
*PPIB - PAC Penguasa Bomba 

# Lucky, sebelum pergi PAC ni aku dah dapat sedikit gambaran mengenai PAC ni daripada Aien Not Alien. Aien dah pun pergi PAC yang sama 2 minggu sebelum aku di PUSPEN Tampoi. Dia zon Selatan, aku zon Pantai Timur, then nanti zon Pantai Barat pulak kot. Thanks Aien sebab sudi share kat blog. :) Jadi, berbekalkan pengalaman yang dikongsi oleh Aien dan pengalaman aku sendiri semasa mengikuti PPIB sebelum ni, maka takdelah begitu nebes sangat. 

# Untuk PAC kali ni, penginapan tidak disediakan. Sekali lagi beruntung sebabnya PUSPEN ni berhampiran je dengan umah mak sedara aku. 10 minit je. Jadi tak payah pening peing kepala nak check in hotel/chalet. Thanks to my kazen sebab sudi jadi driber aku selama 2 hari. hehe. Penginapan tidak disediakan kerana tempat tu sangat mementingkan 'privacy & confidential'. Yelah, sepanjang PAC ni berlangsung, NO HANDPHONE! bayangkan kalo terpaksa tido sana, maknanya NO HANDPHONE untuk 2 hari? oh! NO! Biasalah tempat-tempat macam penjara, pusat serenti memang diharamkan penggunaan telefon, takut disalahgunakan. Takut ada yang amek gambor, then upload kat fesbuk or blog pulak nanti. Pekerja-pekerja kat situ pun tak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang bekerja. hohoho.


#  Aktiviti pertama - Ujian psikologi. soklan sebijik sama masa PPIB hari tu. Sepantas kilat aku menjawab 180 soklan (kot. lupa bape soklan ntah semuanya..hehe). Masa diberi satu jam, aku jawab dalam masa setengah jam. Setengah jam lagi, aku sibuk merangka-rangka 'point' untuk pengucapan awam petang nanti. Oh ye, tajuk pengucapan awam & public speaking sudah tertampal di papan notis dan sempat aku usha tajuk-tajuk yang ada esebelum mlangkah masuk ke dewan untuk ujian psikologi. Kami bebas untuk memilih tajuk yang berkenan di hati. Untunglaaa kann...


# Aktiviti kedua selepas ujian psikologi adalah perbincangan dalam kumpulan. Ada dua slot, satu slot dua jam. Dan setiap slot tu, satu jam dalam bahasa melayu, satu jam lagi in english. Semuanya membincangkan pasal DADAH. Dah nama pun PAC Pegawai Antidadah, takkan nak membincangkan isu isu artis tempatan, fesyen pulak kan. ngeh3. 


# Aku lagi suka perbincangan dalam kumpulan untuk PAC kali ni berbanding dengan PPIB ari tu. Sebabnya untuk PAC kali ni, semua orang berpeluang untuk bercakap. Kami diberi masa 30 minit untuk berbincang mengenai artikel/kartun dalam kumpulan sambil diperhatikan panel. Perbincangan tu rasa macam study group biasa je. Tak stress sangat. Then kami diberi 10 minit untuk bentangkan hasil perbincangan kami di hadapan panel. Jadi, masing-masing berpeluang nak cakap. Semasa PPIB dulu, agak stress sebabnya masing-masing berebut nak bercakap dan kena pandai mencelah. Agak stress bagi aku sebabnya aku tak pandai nak mencelah sangat. Mentang-mentang suara aku kecik, asyik kalah je percelahan aku tu. Yelah..suara lelaki kan lantang lagi garau. HUHU. Kemudian, tambahan pulak dikelilingi oleh orang-orang yang dah banyak pengalaman dan ilmu. Memang struggle gila gila untuk bercakap masa PPIB hari tu. huhuhu. 


#  Aktiviti seterusnya -> Pengucapan awam (hari pertama) & public speaking (hari kedua) dalam masa 5 minit tanpa sebarang nota. Alhamdulillah berjalan dengan lancar, setakat berucap depan 20 orang, takdelah gugup sangat, lainlah kalo depan more than 100++ peoples, mau ketar ketar kaki tangan tu semua macam penghidap Parkirson....ngeh3


# Aktiviti terakhir -> Kerja Sosial. Part ni paling best. Kami dikehendaki membuat satu aktiviti bersama 5 orang client ('pesakit' atau bekas penagih dadah) selama dua jam. Aktiviti beramah mesra bersama mereka. Mula-mula aku membayangkan client tu pasif atau malu-malu tapi rupanya tak. Diorang sangat sangat OHSEM! supporting giler. Memang enjoy beraktiviti dengan diorang. Oh ye, usia client yang kitorang dapat 25 hingga 40++. 


As a conclusion, (cewahh!) aku dah buat habes baek untuk PAC kali. Sekarang ni berserah kepada para panel untuk menilai aku. Seperti yang aku cakap di entri lepas, aku takdelah mengharap sangat untuk position ni kerana jauh di sudut hati kecik aku, aku lebih mengharapkan untuk dapat join bomba, capai impian aku untuk jadi FIRE INVESTIGATOR. Tapi manusia hanya mampu merancang kan, aku redha je mana-mana rezeki yang dah tertulis aku. heee. Tapi apa-apa pun, harapnya sangkutlah salah satu tu.  





# PAC tu adalah ujian kedua atau saringan kedua selepas ujian bertulis dan sekiranya lulus PAC ni, akan dipanggil untuk interbiu.










Kata hati LEA: Still waiting for PPIB's result. hurm risau pulak.  





19 comments:

hani said...

okeh, aku kagum kagum kagum!!!! bess gilesss!!

Syazwan Che Deraman said...

hehehe..menarik.

apa yang dicakapkan dengan client tu?.

takpa, mana mana yang dapat adalah pilihan terbaik dari Allah untuk Lea.

Lea Isnawi said...

syazwan



kitrg takdelah borak2 sgt. kitrg anjurkan aktiviti. Ada games, forum bla bla..hehe

Wadi AR said...

huyoo. nanti dah keje dpt gaji belanje aku kak

kura said...

aien? alien tu ke.. ouch. hehehh

ZWAN SABRI said...

Apa2 pown, gd luck fot dat position k.. :)

Aien Alien said...

dushummm!! untuk zuber sikekura :D


eh..lea macam best tapi terasa sangat nak habis cepat2kan.HAHA. lepas ni terpulang pada rezeki ek...paling best dengan client tu, dapat yang jenis ohsemmmmangat jadi double best.HEHE

Cik tikah said...

panjangnya cerita. hehehe..

iema ackles said...

sebab die tau lea blogger aktif terus hp diharamkan..
huuhu

merahitujambu said...

good luck dear..harap keputusan membuatkan anda tersenyum,mesti debar kan tunggu jawapan

Sarah Mohd Saleh said...

mcm payah bonarr jer tuhhhh...xpe da wat terbaikkan..all the bestt ;)

Hanie Dew said...

tough jugak la saringan untuk para pegawai bomba dan anti dadah ni ye.

soalan psikologi tu mesti pening. huhuhu..

all the best lea. semoga sangkut jawatan fire investigator tu.

NIZAM said...

best la dh dpat PAC. sy apply ATC aritu, exam pun tak dipanggil. usahkan nk ke interview yang byk stage ni. sedih la jugak. padahal minat kot. tapi takpe, mmg taklepas syarat minimum la tu gamaknya.

aimie amalina said...

howaaaaaaaa
bessnyyyeeee
brtuah cek lea ni :)

alhamdulillah rezeki..mane2 nnti kalau dpt, wishhh u olsssss d best..ihihihi :))

Anonymous said...

lea..i was there also..best aktiviti2 tu sbnornye..tp everyone needs to compete..n the best of coz kerja sosial tu..bile tau result ek?

Anonymous said...

patutla mcm pernah nmpak..we were in the same group for actvt 1 n 2 if not mistaken..laki bini kene tgkap proses dadah n the cartoon drugs in sandwich..heheh..i sat closest to the never-smiling fascilitator..

Lea Isnawi said...

Org SPA ckp, biasanya resuk akan keluar sebulan kemudian. tapi bergantung kepada kecekapan & kepantasan diorg memberi markah kat kita...lagi cepat, lagi cepat dpt resuk kot.KOT.


erm kita satu group ke?
utk aktiviti 1 & 2, saya dlm kumpulan 12...u too?

Indah said...

nak menang new iPad, iPhone 4 atau ipod nano? sila layari..

http://nodrugplease.blogspot.com/2012/05/nak-menang-ipad3.html

dan good luck dengan PAC tu.. semoga jadi pegawai antidadah yang baik..

kak yong said...

salam lea..jadi amacam?lulus sampai temuduga tak?