Tuesday, April 3, 2012

Mulut Orang Payah Nak Ditutup.

Assalamualaikum wbt. 




Bila kahwin muda, orang akan kata : Dah gatal sangat la tu nak berlaki. 
Bila kahwin lewat, orang akan kata : Tulah tak pandai nak bergaul, sibuk dengan kerja sampai lupa nak fikir pasal kawen. 

# padahal orang yang kahwin awal, mahu mengelakkan diri daripada maksiat dan orang yang kahwin lewat mahu berbakti dengan ibu bapa terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab sebagai isteri/suami. 

Bila mas kahwin murah, orang akan kata : Laa..kenapa murah sangat. Ni mesti ada yang tak kena dengan pengantin pengantin perempuan tu. 
Bila mas kahwin mahal, orang akan kata : Hek eleh, bajet artis je mas kahwin mahal-mahal. 

# hakikatnya mas kahwin murah lagi dituntut, namun jika kedua-dua bersepakat dan mampu, tidak salah pun letakkan mas kahwin yang tinggi.

Bila dapat anak cepat, orang akan kata : Cepatnya dah ada anak, entah-entah memang tengah 'berisi' masa berkahwin dulu. 
Bila dapat anak lambat, orang akan kata : Mandul la tu. 

# padahal orang yang dapat anak cepat, bunting pelamin dan orang yang dapat anak lambat memang merancang keluarga kerana masih belum bersedia untuk menjadi ayah dan ibu. Atau mungkin Allah belum memberi rezeki kepada mereka. 


************************************


Mulut orang, memang susah nak ditutup. Mereka hanya tahu bercakap dan membuat spekulasi dengan melihat pada luaran semata. 

Bercakap sesedap rasa sehingga mereka terlupa bahawa, JODOH, REZEKI, AJAL semuanya terletak di tangan ALLAH SWT. 

Moga kita tidak tergolong dalam golongan mereka. Amin.






 

30 comments:

aimi said...

amin ~

abaikan kate2 mereka.... =)

Saddila said...

tak suka org mcm tu.
semoga kita dijauhkan perangai mcm ni. amin.

p/s: kahwin ajak dila kak!!

Lea Isnawi said...

saddila




eheee..inshaAllah kalo akak kawen. :)

Phat said...

<------- dah kawen huhu

Lea Isnawi said...

Phat



gud gud :)

zaza iman said...

mulut manusia kan..sabar je la..

❖ Syaa ❖ said...

Manusia tak lepas daripada nak mengata orang . huhuhu bila agaknya nak insaf ....

Wadi AR said...

sape yg mengate tu? meh aku cili mulut eh

semutsengal said...

mcm kau tak ?

Lea Isnawi said...

semutsengal



mungkin penah, mungkin tak penah
tapi akan berusaha untuk tidak tergolong dalam golongan mereka :)

Lea Isnawi said...

Wadi AR




mulut orang takleh nak tutup. biarkan jela. berdoa agar mereka insaf :)

cik Es ღ said...

huhh. memang mulut xboleh ditutup. mintak2 diri kita dijauhkan dr sifat cenggini. he he he

[PCL] said...

amin...singgah baca2 sini.

luqman zakaria said...

tau tape...buat ape ape pon tak kene je dimata orang!! payah betul!~

chemay said...

kadang2 kita sendiri pon tak terlepas dari mengata kann.
tapi harap2 lepas ni tak buad dahh.
insafff~
T___T

Ezad Skytech said...

buat tak tahu sudah..mulut org mmg mcm tu..susah nak tutup..tahu mengata je...

Sarah Mohd Saleh said...

Btul2...mkin dlyn umpatan mereka mkin menjadi2 mereka.biarkan je mereka tuh.tgg dosa.

si robot comel said...

minta dijauhkan,mulut orang mana pernah tutup,semua nak cerita.

syahirooAhmad said...

orang2 cam gini,Lempang je makannya.. hehe.. Guraw :D

Syazwan Che Deraman said...

heheheh.
this is true.
ramai yang duk fikir macam tu.

jangan senang senang mengata, nanti timbul fitnah.

missSenget said...

cik lea..jgn bwk mulut mcm2..

stapler kang..! keh3..

kadang2 jadi tugas kita jugak nk sedarkn org2 ni..lagi bila mak kita sndiri yg kata gitu..

tak salah rasanya kalo kita buat ayat yg buat mak2 kita berfikir sndiri..

hafizudin said...

Kalau nak layan mulut orang.
Berak malam pun.
Siap basuh menjelang siang.

Penat.
ada masa kalau benda baik.kita ambik.
kalau tak.
kita buat tak tahu lebih baik.

miss Fyqa said...

Amin...

biarkan ape kata org... mulut masing2.. hehe

CekbOlat-bOlat said...

mihmihmih XD

asam garam kehidupan syg :)

hani said...

kau seperti membaca hati aku je nih.. huhu..

Boni JLL3 said...

hahahaha..memang betullah tu..mulut manusia ni macam tempayan..tak leh nak ditutup..sentiasa nak berbunyi dan sentiasa tk berpuas hati dengan semua perkara

hassy chan said...

sume bnd nk jd isu hahahha
ntah pape la org cm nih..

Zakaria's daughter said...

lumrah duniaaa..

p/s : rindu awek ganu yg cni jgkk.

afzalsukasuki said...

mulut orag..yang buruk dikutuk, yang baik pun dikutuk.yang buruk2 semuanya pada kita je la..dia je yang betul

Hanie Dew said...

mmg mulut orang cenggini cenggitu sume nak komplen. kan..

jadi kalau dgr, pekak kan telinga aje..