Thursday, May 17, 2012

Resepi Chicken Chop Mudah & Jimat




Kali ni terasa nak share resepi. 1st time neh. kekeke. Ekceli minggu lepas, aku baru je mencuba membuat chicken chop, dah lama tanam hasrat nak buat masakan ni, tapi minggu lepas atas permintaan orang, akhirnya terbuat jugak..

Mula-mula ingatkan susah, rupanya takdelah susah sangat. Lebih kurang nak masak daging masak blekpepper je pung. Ok, jadi kali ni aku dengan baik hati, nak share resepi chikcen chop yang mudah, yang aku cilop di blog orang tapi telah dialter oleh aku ikut sedap tangan aku nak mencampak apa ke dalam periuk. kehkehkeh. 

ok, ok..kembali serius..Nah resepinya...


Untuk Ayam 
  • 1 ekor ayam
  • 5 biji telur (amek telur putih je, telur kuning tu buat masak menda lain. Takleh campur dengan telur kuning sebab akan rasa hanyir)
  • Tepung goreng segera (lagi mudah guna yang segera, tak payah fikir nak campur tepung apa. jimat masa, tenaga dan kos..hee. Untuk tepung segera ni, aku guna brand SeriAji, mula-mula was jugak tapi ternyata memang Ohsem! Hot&Spicy gittew...
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng.



Tepung segera yang HOT&SPICY.

Cara Penyediaan


1. Potong dan rebone ayam ikut kreativiti masing-masing.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, asingkan putih dan kuning.
3. Celup ayam ke dalam telur putih kemudian ke dalam tepung goreng segera
4. Biarkan beberapa minit, kemudian boleh start menggoreng.




untuk sos lada hitam
  • 1 biji bawang besar & 4-5 ulas bawang putih (potong dadu)
  • Lada hitam yang telah ditumbuk (ikut suka nak tumbuk banyak mana)
  • 3 sudu sos tiram
  • kicap masin (untuk hitamkan kuah)
  • air
  • 1 kiub pati ayam
  • lada sulah *optional
  • air bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan sos)
  • 1 tin cendawan butang (ambil cendawan je, air boleh buang. cendawan tu potong kecik kecik)


cara penyediaan


1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dan naik bau. 
2. Masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram. 
3. Masukkan air diikuti dengan kicap masin. 
4. Biarkan mendidih, kemudian masukkan kiub pati ayam, cendawan yang telah dipotong dan air bancuhan jagung.
5. Taburkan sedikit lada sulah untuk jadikan sos sedikit pedas. 
6. ALter rasa sos dengan menambahkan garam&gula. 
7. Siap! Boleh dituang ke atas ciken ciken yang telah siap digoreng.



TARAAA...!!




Dah siap. Ciken chop yang simple tanpa roti bun, fries, tomato salad bla bla

ahhh...janji perut kenyang kannnn




Kata hati LEA: Menaip resepi ni macam menaip lab report je. 




21 comments:

Sarah Mohd Saleh said...

giler menggiurkannn.nt wat kan eh eh ;)

sis92 said...

peh wa dh boookmark ni :D

caliph shuriken said...

tiba2 jaa rasa lapar ni.. nk mamam ;p

Nana said...

ohh,kena goreng dulu eh..nampak sedap plak.

Syakilla kebebeh said...

wah nampak sedap..nak try la...:)

Nyamuk Terbang said...

meleleh air liur

Eera Shera said...

wah sdpnye..mcm terbau bau kt hdung ni hehe

si kiut lavender said...

wah...

skl copy resepi nih ya..=)

thanks..:)

Iffah Afeefah said...

Kalau mls
mudah cmne pon xbuat2 gak hehe

chemay said...

aaaaaaaaaa~
sedapnyaa.
lapar pulak tengok tengah2 pagi niii
T____T

afzalsukasuki said...

yeah idea sudaa mari esok nak buat laa :D

Edy Zaidi said...

baru perasan, dah lama xmakan western...seriously, nak buat sendiri malas...g kedai je la...haha

ABU said...

ooo pandai masak rupanya budak ni.. mcm tak percaya je aku..:P

Lea Isnawi said...

ABU


hampeh punya statement..see my leg la..kehkehkehkeh

Jue said...

aku bc smbl telan air liur sbb aku sgt suka ayam yg dicampur tepung gorengan segera neh haha

hafiz hafizol said...

Wahhh.. nak nak nak !!! nak black pepper sauce !!!

Bobo said...

ciken chop segera mcm ni pun ade ek hehehe

Hanie Dew said...

gulp! dah makan tetibe lapar balik. sume ni salah ko.

bak sepinggan. aku nak ayam tu je.lain lain xnak. time kasih.

Inspector Saahab said...

WAHHHH BEST NYAAA :)

JUM MAKANAN ROHANI DI SINI :)
http://kebangkitankedua.blogspot.com/

Boni JLL3 said...

huyyo!! sangat2 menarik!! nak sikit!!!

naesha nadzir said...

Ummm..bleh try ni.hik...tq share..