Tuesday, May 22, 2012

Kenapa Pilih Bomba?

 

Minat eh awak dengan bomba.

Kenapa pilih bomba? kenapa taknak jadi polis?

bla bla bla bla bla

***********************

hoho. begitu antara soklan biasa yang sering ditanya. Baiklah baiklah, kali ni aku akan bongkarkan rahsia terpendam kenapa aku nak sangat jadi bomba. Err tapi kan sebenarnya aku pernah tulis pasal menda ni dalam entri ni. Tapi tu versi kanak-kanak baru nak membesar, sekarang ni versi remaja dah matang...heee..

Ekceli kan, tak terlintas pun di hati aku nak masuk bomba. Yelah, aku ni bukan jenis yang tuff, sporty atau jenis aggresive. Kalo yang pernah tengok aku depan-depan mesti tak percaya aku nak jadi bomba. Teringat masa aku pergi PPIB ari tu, roomate yang baru aku kenal pun boleh cakap kat aku,

"tak sangka awak boleh lulus ujian fizikal hari tu, tengok macam lemah lembut je." hohoho..

ala tu hanya luaran, dalaman, lengan aku berketul ketul dengan muscle ni. err. ok, ini tipu sunat. 

Aku jugak tak terlintas pun nak join bomba atau mana-mana badan beruniform, sebabnya aku macam perempuan lain. Kalo boleh nak pakai baju lawa-lawa, kasut high heels, mekap mekap, tudung kelip kelip, tone tone pergi bekerja. Tapi kalo dah join badan beruniform, opkos la kena pakai baju uniform jer. =.='


"Eh ok la tu lea, at least duit ko jimat. Takyah habeskan duit untuk beli baju baru setiap bulan" - komen Saziana, kosmate aku dulu. 

Erk..betul jugak kan..heee. 




*************************************


Ekceli, aku semangat nak jadi bomba bukan bermaksud aku semangat berkobar kobar, berlumba lumba, nak pergi memadamkan kebakaran atau menjadi superwomen untuk menyelamatkan orang yang tersepit atau bla bla..Aku semangat nak jadi bomba, sebabnya ini adalah salah satu bidang yang membolehkan aku apply ilmu ilmu dan pengalaman yang telah dituntut 4 tahun lepas. hoho. *kalo aku jawab macam ni masa interbiu kira lulus tak? ngeh ngeh. 


Dulu, aku ada la belajar sikit sikit, ilmu tentang bagaimana nak menyiasat kebakaran, nak menentukan sama ada kebakaran tu berlaku secara natural atau dirancang atau disengajakan. Bunyi macam best je kan. Tapi kan sejujurnya aku hanya dapat B+ je untuk subjek ni - Fire Investigation & Chemistry of Fire. Tulah banyak sangat main dalam kelas dulu, lecturer ngajar depan, aku sembang takpun conteng conteng nota, takpun tido. erk. Tapi sekarang ni, terpaksa belek belek nota tu balik, untuk persediaan interbiu nanti. *sebut interbiu ni, berdebor la pulak. 


******************************

Teringat peristiwa tahun lepas. 

"Pasni apa target kak lea? Sambung belajar ker?" adik junior.

"Tak. Nak masuk bomba!" aku. 

Cakap dengan penuh yakin, padahal dalam hati masih ragu-ragu keupayaan aku dan tahap keyakinan diri pun hanyalah 49%. Yelah, sebabnya aku memang seorang yang lembik, lari pun asyik semput je, pastu err lebih berat badan. Bila bace komen si DuniakuAbstrak (DA) dalam entri ni, pun buat aku berfikir patbelaskali. 

"kau larat ke masuk bomba? member aku yang taff pun gagal ujian kecergasan" - DA. 

Tapi siapa sangka, aku dah pun melepasi ujian fizikal&kecergasan tu berkat usaha, sokongan dari family & kengkawan dan juga dengan izin Allah SWT. 

sekarang, hanya tinggal satu step je lagi. InshaAllah aku cuba buat yang terbaik. 










kata hati LEA: Agak agak kacak tak kalo aku pakai uniform Bomba? 



 

24 comments:

justin lover said...

tetiba terbyg ko pkai bj uniform bomba sambil pgg pili paip air untk padamkan kebakaran...haha^^

ehhh...nanti leh panjat bangunan lg,haha^^

justin lover said...

yehhh...1st komentar...haha^^

Lea Isnawi said...

justin lover



HAHAHAHA! tahniah lalink :)

erk...ala xnak la g padam kebakaran
kalo aku pegang pili air tu, kot2 aku yang terpelanting belakang sebab tekanan air tu. hoho.

Iffah Afeefah said...

kah kah kah

itu lawak

baju xpayah beli

cikgu lain

stiap bulan beli baju baru

nk tempah lagi

tdung ariani lg

bankrp

hani said...

sekolah akak nak buat fire drill lepas cuti bln 6 nti, gak2 boleh nampak kau tak di celahan incik incik abam bomba yg dtg tu nti? hehe..

M√©uzAngelo™ XXIII said...

bomba? lps ni boleh la tangkap ular sawa.. hehe

Azmira Yusof said...

Insyyallah lea , good luck ,

heheh lepas nie superwomen lah . selamatkan org dalam kebakaran


# mesti kacak kan nanti !

kura said...

woo. akak lemah lembut lulus ujian bomba. ohsemm!

Asyiqin Haulisah said...

nak panggil lah akak pdm kan api kalau kebakaran. mesti hengsem nanti pkai baju bomba.

Hanie Dew said...

ala senang citer ko akan jadi mcm CSI la kan..kutip kutip sisa sisa bukti untuk disiasat..hehehehehe..

uniform bomba? penyiasat pun pakai uniform gak ke? bukan duk dlm lab je?

Lea Isnawi said...

hanie dew


err pakai jugak kot. aku tgk diorg pakai je

hehehe

Gen2Merah said...

wahhhh, betul ke apa yang saya baca ni??? tak sangka gadis seayu dan secantik Lea ni tekad utk pilih badan Bomba....

kagum laa... hebat... pasni Lea akan nampak lebih cergas dan sasa... (",)

tikahmodjaika said...

smart2x....good luck;)

dill said...

ganbatte kawan!

dill.

Tukang Karut said...

harap biar la pakai baju bomba tu nanti biar la cun ek... bukan kacak!

hafiz hafizol said...

Lea lemah lembut? hahaha

Murni Syazwani said...

jarang nak jumpa perempuan yang kental macam ni. hehe

Niza Romli said...

couple dengan bomba, kawen dengan polis.....kawan, bukan akak. ahaks

Uncle Jonni said...

qku kalu bomba mesti ingat psl... turun ikut tiang besi tu... huhuhuhhu

Woofer Storm said...

semoga anda berjaya ye..sy minat juga unit beruniform ni tpi tak mampu..kerja kilang je mampu..

#adik sy dulu training kat seberang takir,skg ni dah keja pun kat balai bomba bukit gambir...

Gadis said...

semoga semuanya ok yer lea..

n teruskan niat utk berjaya...aminnn...

aimie amalina said...

heeeee
hidup Lea ;)

mimi doakan, moge2 dptla jadi penguasa bomba tu

ble la tlg ai promote2 bomba2 ensem kat ai
hahahahahaha

x de kene mngena jek
hahhahahaha

bladerz said...

Salam..
jadi ni bila interview nye?dah lepas ke?dpt x jd bomba?

Lea Isnawi said...

bladerz


interbiu 25hb september
hopefully berjaya :)