Tuesday, May 29, 2012

Kisah Pak Ali & Pari-pari

 

ada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak Ali.

Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua? 

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
 ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama 
isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari-pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"




***************************


Zaman sekolah rendah dulu, aku suka sangat bace buku-buku hikayat hikayat, kisah dongeng, kisah pengembaraan lima sekawan bla bla dan jugak citer seram. Tapi bila, dah meningkatkan remaja, haruslah bace novel novel jiwang pulak kannn..orang cakap seiring dengan kematangan diri yang ingin rasa dicintai & mencintai..err err...kehkehkehkeh




 

26 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

hahaha nak scarjo :D

KorN said...

haha... pikir panjang gak pak ali ni kan... 1st time baca ni...

syahirooAhmad said...

hehe.. comey je stori mori ni.. :)

YOUsoF said...

Kalau Pak ALi ikut nafsu memang dia guna 'trick' yang sama.. Nasib baik Pak Ali pandai gunakan hati.. ;)


Novel cinta... hmm boleh la layan tu pun kalau ada yang kata cerita dia super duper best. Aku lebih suka baca buku pasal sejarah/ fakta yang tak ada dalam buku² teks sekolah.. hehe

Iffah Afeefah said...

ahahaha y last tu xpenah bace lg

~SaL IjOu~ said...

haha..zaman skola dolu2 mmg sgt excited baca kisah2 hikayat bagai ni sume~ ;p

Phat said...

bijak sungguh pak Ali hehehe

kura said...

haha.. inversly thinking!

Juliet_iRa~" said...

heeee ni hasil ilham sendiri ke apa espc part2 bini masuk tasik tu?kekeke

hai lea!im back..;p

miss Fyqa said...

hehe.. yg psl bini pak ali msok tasik tu x prnh lg dgr.. :D

Boni JLL3 said...

hhahahaha.. memang kreatip..

p/s : kita bagai pinang dibelah2..hehehe

MeeRole said...

kehkehkeh..perrosak cite betullah

Eza Boom Boom :) said...

pak ali yang jujur dan berfikir panjang :)


hihik. cerita dongeng yang ada moral :)

Syazwan Che Deraman said...

amboi pak ali.
seronak ye dia.
awat tak kasi artis melayu je.

heheheh/
kelakar.

Atiqah Wadiah said...

haha~untunglah pak ali..nnt nk tolak bakal laki jatuh dlm tasik jgklah..mn tau pari2 tasik bawa kuar david beckham ke..hak3 :P

khaifaiz said...

kalu boleh aku pun nak jadi pak ali

Tukang Karut said...

isk... awat la lurus bendul snagat pak ali oiii!

ZWAN SABRI said...

Pak Ali bukan miskin tak mampu nak tanggung depa semua tapi pak ali dah tak mampu dari segi tutttttttt... HEHE

hafiz hafizol said...

sekarang ade lagi x pari-pari tu.. kahkahkah

biela bell said...

Haha.agak kukuh alasan pak ali.
Amboi kak,la ni bc bku memilih,nak novel cintan2.haha

Cik tikah said...

hahaha.. suka cerita hikayat gak

Woofer Storm said...

betul juga kata pkcik ali..kalau tak, tak pasal2 dapat 3 isteri...

Miz Novexx said...

hamboi.... demand jugak Pak Ali, haha :)

Uncle Jonni said...

hakhakhak.... apalah pak ali nih... amikla semua.... huehuehuehue

NIZAM said...

amboi pak ali, demand tau. hahaha. tp bijak gak alasan die tu kan. kihkih.

p/s: zmn kecik2 dulu bc novel 5 sekawan penyiasat tu enid blyton ek? sy bc edisi melayu. yang siri salma. sume siasat2 je.

Hanie Dew said...

kaannnn...aku suke gak citer dongeng gini. dulu jd pengawas pusat sumber mengular baca buku cerita. hahahha.

skrg sangkut kat novel fantasy.hohohooh..