Sunday, May 27, 2012

Member aku yang gila gila dah jadi suami orang pun


Aku ada seorang member. Satu kos dengan aku zaman belajar dulu. Orangnya cukup gila gila, tapi gila gila pun pandai, sekarang pun tengah sambung master, dan dia jugak mantan MPP USMKK..okey, wakil rakyat tuuuu..






Satu keunikan dia ni, dia suka bebenor mencipta nama gelaran orang. Orang lain biasa panggil lain, dia panggil lain.

Mula-mula dia suka panggil aku Siah. Siah adalah watak yang aku bawak ketika Festival Teater Peringkat Kelantan masa 1st year dulu. Dia pulak memegang watak bapak kepada Siah yang lumpuh. Kemudian, daripada Siah bertukar kepada Lea Zara. Bila aku tanya datang dari mana pulak Zara tu, katanya tu nama watak dalam citer Papadom. oke =.='

Contoh lain


Fatin --> Tintin


Amirah --> Amir (menjantankan nama perempuan yang ayu)


Darkartz --> duckartz (daripada budak jadi itik..ngeh3)


Zila --> Zila Bakar (sesuka hati tambah Bakar kat belakang)


Zubaidah (Ida) --> Dada (agak lushah bunyinya)


Syahillah ---> Caca 


En. Ashaari ---> En. Sha'A 
#yang ni paling takleh nak diterima oleh telinga aku. Bayangkan En Ashaari adalah lelaki tuff, penganalisis bom Malaysia, dan dicemari dengan panggil En Sha'a...erk.! Tapi En Ashaari taktau kot panggilan tu. 


Oh ye, dia jugak suka menggelarkan aku dan my bestie as Lipan Merah. (watak dalam shinchan..grr!)


Dia memang cukup sengal, kepoh, kecoh dan gila gila. Bila kami tanya kenapa dia macam ni, jawabnya...


"Biasanya orang akan ingat kat seseorang kerana dua perkara. Samaada seseorang tu sangat baik dan cerdik atau seseorang tu sangat nakal. Aku tak boleh nak jadi seseorang yang sangat baik, jadi aku jadilah seseorang yang sangat nakal"

Dan, ternyata memang ramai yang kenal dia kot. Lecturer pun kadang-kadang geleng kepala bila sebut nama dia. harharhar. Tapi ada jugak lecturer dan staff usm yang semangat benor nak tahu sapa buah hati dia. 

auww sebut pasal buah hati tu sebenarnya..err ni nak bagitahu motip aku duk pung pang pung citer pasal dia kat blog aku neh. 

Ekceli dia ni baru je menamatkan zaman bujang dia semalam. Dah selamat jadi suami orang pun. 

so, kepada Nur Waliyuddin Hanis, Selamat Pengantin Baru, bro! InshaAllah, aku akan cuba hadirkan diri ke majlis ko next month....


Si Wali, yang buat tabik hormat kat korang tuh

semoga berbahgia di samping isteri tersayang. Moga cepat dapat baby. Moga berjaya dalam bisnes emas. Moga jadi suami yang baik. 


Satu je aku respek kat dia, segila-gila dia neh, ramai jugak peminat dan walaupun ramai peminat, dia tetap setia pada satu. Tak silap aku, nak masuk  6 tahun jugak mereka bercinta...cinta sejak zaman matrikulasi lagi..







kata hati LEA: Seronok pulak tengok kawan kawan yang nak/dah kahwin. 



33 comments:

justin lover said...

haha...wali dah xteruna lagi dh...selamat pengantin baru wali^^

ooo...yeahhh, 1st komentar lg...haha^^

Niza Romli said...

nama dia pun dah nak macam pompuan...kih3

Aien Alien said...

selamat pengantin baru wali kawannya lea :D

biela bell said...

lama tu 6 tahun..finally kawen pun..alhamdulillah...walau apapun..tgh gigih tggu giliran kak lea pulak nih..kih3x

Iffah Afeefah said...

awk bile lg?

hehehe

merahitujambu said...

org suka ubah2 nama kan..walhal kt padang masyar nanti susah tak nama kita panggil tiada makna

Selendang Merah said...

wah dah buat master dia..:)

selamat pengantin baru untuk dia semoga bahagia..

tuan blog bila pulak? jemput sm taw..kih2

Muna rahimah said...

Kak lea bile pulak nak kahwin ? hehe

Sally Yatiey said...

Selamat Pengantin Baru buat kawan Cik Lea :D Semoga sentiasa bahagia :D

Tea said...

Ehem ehem.. Tuan punya blog yang jelita ni bila lagi..?

Neway selamat pengantin baru!

Cik Lia Lomi said...

suka-suka dia je kan?..

tapi suka ayat dia tu,

"Biasanya orang akan ingat kat seseorang kerana dua perkara."

Rara Nasiha said...

setianya. susah nak carik orang yang setia sekarang ni. ape2 pun, tahniah :)

Wadi AR said...

kawen la cepat akak woi

Boni JLL3 said...

apa yang dikatakannya memang betul. manusia akan diingati kerana dua perkara. disebabkan baik dan disebabkan nakal. setuju sangat2..hehehe

Syazwan Che Deraman said...

gila gila ni la yang memecahkan suasana kan.

lea bila nak kahwin.
amboi soalan.

Aqim said...

alhamdulillah.
akak pulak bila nk kahwin?
lalalala~

Fatin Athirah said...

Laaa..aku baru tau. Kalo ko g kenduri dia sampaikan salam tahniah aku ye

Zakaria's daughter said...

abehh tuhhhh , budak yang hupdate cite neh bilenye nak jadi minik olangg??? haha

miss Fyqa said...

Selamat Penganti Baru buat kwn Lea tu ye.. lps ni giliran Lea plak kot..hehe..

si robot comel said...

6 tahun agak lama tu. Say selamat pengantin baru kat dia.

ZWAN SABRI said...

best woo klaw bab bagi gelaran kat orang ni.. kat kelas zwan, zwan suka panggey kawan2 perempuan dengan gelaran nama makcik2.. HAHA

Atiqah Wadiah said...

woaaaa..abg wali dh nk kawen..heee

Ezad Skytech said...

hee..yg perangai gila2 ni selalu org akan ingat kan..hee~

lea bila pulak nak kawen..ahakss...

Asyiqin Haulisah said...

best kwn org mcm ni. awakss bila pula?

hafiz hafizol said...

hai Wali Band.. ambek ko, suka hati sangat menamakan org.. hakhak

Cik tikah said...

laaaaaaaaaaa.. baru tahu umur lia lagi tua dri cik tikah lps baca entry ni. hahaha.. igtkan bru lepas spm!

cik najihah said...

selamat pengantin baru

laskar pelangi said...

ehem ehem ehem!
tuan blog bila plak?

Cik Yatt said...

bestkan ada kwan gile2 cmni..hee

YOUsoF said...

Seronok la Siah ada kawan yang gila-gila macam ni.. Biasanya suasana jadi sedikit sunyi tanpa orang macam ni.. :D


Aku doakan yang terbaik jugak untuk Wali dan isteri. juga doa supaya Siah dipertemukan jodoh tak lama lagi..

faridah nazurah said...

wahh bestnya dia dah kawen kan.. err kau ni siah bile lagi nak kawen? haha

Elysa Sofia said...

wahh lama tu dia bercinta(memang setia) tahniah kat dia :)

eh,sis bila? :D

Eza Boom Boom :) said...

nakalnya dia :) hihi. kalau setia, memang asset paling utama. tahniah kepada beliau ^^

 
Images by Freepik