Tuesday, May 15, 2012

Sup Belut Vs Paprik Sotong

 

Semalam ahmad ada bagi beberapa ekor ikan keli dan belut kat aku, hasil pemancingan nya dan rakan-rakan. Ikan keli sudah selamat dimasak semalam, dan telsah sebati dalam perut aku kot, eh ke dahs elamat dikeluarkan balik. tak pasti. 

Tinggal belut je. Aku tanya ayah aku, nak masak apa belut ni. Ayah aku suruh buat sup. Erm erm, ikutkan aku nak suruh ayah aku je masakkan belut, tapi alih alih tadi ahmad cakap dia nak rasa sup belut aku masak. Adeh.! Tekak aku dahlah takleh nak terima belut, sekali dia nak aku masakkan. Maknanya nanti, aku kenalah merasa jugak. Sebabnya dah masak, haruslah merasa makanan tu kot kot tawar ke masin manis. 

Tapi bila fikir balik, inilah masanya nak merasa isi belut tu. Kata ahmad, isi belut lagi sedap dari ikan keli. Ok, kita rasa nanti. 


Belut yang sudah siap dipotong oleh ahmad. Ok, nasib baik dah siap semua. Kalo dia bagi aku seekor belut terus..errr speechless. Btw, comel je kan nampak belut ni.


Selepas hampir setengah jam duk ketung ketang *bunyi periuk bertemu senduk*, akhirnya siap jugak sup belut. Tapi sebelum api ditutup, haruslah merasa cukup rasa tak sup tu. Kot kot terlebih atau terkurang garam gula. 

Bismillahirahman ni rahim...

Slurppp! *hirup sup. 

Erkkkkk..! Rasa semacam je. 

Ok, tak sanggup nak telan habes. Terus tutup api. Ceduk wat masuk dalam tupperware. Bungkus nak bagi kat ahmad. 

Ok la kot rasanya...huhu. Lantaklah, tawar ke masin ke, janji ada rupa sup jugak, bukan rupa masak tomyam atau masak lomak cili api. Kalo tawar nanti, pandai-pandailah ahmad/ayah aku letak garam sendiri. Hehehe. 



Rupa belut yang telah sebati bersama rempah sup Bunjut Adabi. 
*iklan tak berbayar. 

kemudian, aku sambung masak Sotong Masak Paprik untuk adik lelaki aku. Aku tahu adik aku ni jenis tak makan benda benda pelik. Sebelum dia ugut aku nak masak megi sebab aku tak masak lauk sedap kat dia untuk lunch hari ni, baik aku masak siap siap lauk lain untuk dia. Well, aku tau aku kakak yang baik kan. Ehem.!



Makan paprik sotong lagi sodap!



Ala, sebenarnya aku memang nak masak lauk pun, sebab tekak aku memang takleh nak telan sup belut tuuuuu...

Biarlah orang cakap, belut bagus untuk kesihatan bla bla, lagi sedap dari ikan keli atau ikan apa-apa pun, aku takmo makan jugak. Noktah. Ok, cukup nekad di situ. kehkehkeh. 

Selamat makan tengah hari atau dinner atau brekfast. 
*ikut masa anda membaca post ni. ngeh3


 

20 comments:

Gadis said...

gadis tak lalu tengok belut..
hihihi...

kalau yang paprik sotong tu sedap...
nyummy...

fiza said...

tobat dop makan belut tu..hehe

CekbOlat-bOlat said...

dlm family, babah sory sudi telan belut yg comel tuh..

erk.. >,,<

Cik Kartun ( CK ) said...

wat sup tak boleh nk telan.. klu goreng boleh tahan lagi -_-

sis92 said...

serius tk penah mkn belut.. tp mmg suka gila ikn keli :)

Joel Leslie said...

ngehehehe. lelehan air liur yg drastik aku lelehkan *eh?

hihihi. ikan belut agak ok gak rasanya tp sotong no celen. ngihihihi.

Hanie Dew said...

erk..aku pun tak makan belut. geli.hehe.biasa mak aku ckp ikan haruan baik utk sembuhkan luka. belut tak pasti.

sotong tu..fuh teringat aku sotong hubby aku bawk blk dr mencandat semlm. dia pegi candat sotong kat t'ganu.tp aku tak ikut pung.

ABU said...

Ingtkan ko makan belut tu.. Serius aku pun tak blh dengn belut.. Tips paras dia pun aku dah teremagin satu jenis binatang yg panjng2 macm tu hehehe.. Basicly ikan air tawar susah Sikit aku nak makan.. Hanyir dia aku tak tahan..

NIZAM said...

sy pun tak makan belut. entah. takpnah ada keinginan nak cube. bukan mengade ke ape kan. kang ada plak cakap, budak kg takmkn belut. kahkah. tu mmg nak kena lempang tu. hehe.

kita samalah Cik Lea ye. :)

Gen2Merah said...

saya pun macam tak boleh la nak telan belut ni walaupun isinya sedap.. entah lah napa.. mungkin sebab terbayang2kan badannnya yang licin tu.. haha

Atiqah Wadiah said...

kita pon x suka belut..cam geli je nk mkn..tp kwn kita ckp belut ni sedap..hehe

miss Fyqa said...

hehe..fyqa x pernah lg makan belut tu. ..errr

Boni JLL3 said...

erkk!!!!!!!!! apakah rasa belut ni sebenarnya?!!!! macam menakutkan je

sharamli said...

meremang tekak

Woofer Storm said...

untung bakal suami anda..

#sy tak reti makan belut..tengok pun lain mcm je tekak ni..

iema ackles said...

erm xsedap sangat ke rasa die?

Encik Atan said...

erk? =___= gua pun tak suker...

amranaiman said...

waaa pandainya dia masak :D

afzalsukasuki said...

tak pernah lagi makan belut.tapi sini sup belut mahal

Tukang Karut said...

belut masak goreng cili/balcpapper pun sedap tau...