Tuesday, January 31, 2012

Antara orang yang mencintai kita dengan orang yang kita cintai




Antara orang yang mencintai kita atau orang yang kita cintai mana jadi pilihan?

kata kawan aku,

"Lebih baik menerima orang yang mencintai kita kerana lebih baik kita berusaha mengajar hati kita untuk mencintai orang daripada mengejar orang yang kita cintai dan berusaha untuk membuatkan mereka menyintai kita kembali"

pesan kakak aku,

"Lebih baik menerima orang yang mencintai kita, kerana orang yang betul mencintai kita takkan sesekali menyakitkan hati orang yang mereka cintai"

kata hati aku pula

"Mana-mana tak kisah, janji kita tahu apa yang hati kita nak dan kita yakin dengan keputusan yang kita buat dan tidak akan menyesal kemudian. Seandainya kita menerima orang yang mencintai kita, terimalah dengan hati yang ikhlas bukan kerana terdesak, ingin menunjuk atau membalas dendam atau juga bukan atas dasar simpati. Seandainya kita masih nekad mendapatkan orang yang cintai, beusahalah dengan cara yang betul jangan guna taktik kotor,menggunakan sihir contohnya. Dan yang paling, mohonlah dengan Allah swt supaya memberi petunjuk sesungguhnya Allah lebih Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita dan siapa yang diciptakan untuk kita. Apa-apa pun, kalau dah jodoh, tak ke mana kan?"




Apa kata korang pulak?


Monday, January 30, 2012

Tak Perlu Nak Post Semuanya Kat WALL FACEBOOK.


Facebook. Rasa ramai yang ada facebook hatta Najwa Latip pun ada. Mana aku taw? Entah aku maen sebut je untuk dijadikan contoh. Semua benda, kenangan pahit, kenangan manis nak dikongsi dalam facebook. Jatuh dalam mangkuk tandas nak citer. Makan tutti fruti pun nak citer. Lantaklah hak masing masing, nak post apa-apa kat facebook. Ok fine, aku pun tak kisah sangat pun cuma kadang-kadang aku rimas dengan sesetengah golongan tu.

# Suka nak maki hamun tak tentu pasal kat facebook.

terdiam terus ko Mariah, lepas si Roy tu komen

Kot ye bengang dengan seseorang, tak perlulah sampai nak post kat facebook. Nak bagitahu satu dunia yang korang tengah marah, tengah bengang dengan seseorang, tengah dihasut setan. (eh)

# berkasih sayang di facebook

Walaupun, ko hanya post komen di status bopreng or gepreng korang, tapi tahu tak kami yang bukan bopreng atau gepreng ko pun, akan turut terbaca sama. Dah menda tu terpampang kat wall, tengah-tengah bosan, jadi stalker kejap. (er). Kot ye pun takde kredit nak msg kat phone, atau guna facebook up sikit dari phone. Private msg (PM) kan boleh, tak payah nak post kat wall, nak bagitahu satu dunia yang korang ni sangaaatt sweet. Nak kasi kami jeles lettew.

# Bergadoh kat facebook

Yang ni aku paling pantang. Paling pantang bila melihat orang gadoh gadoh kat WALL fb. Kot ye pun takpuas hati, PM kan boleh. Cukuplah korang berdua yang tahu dan terlibat, tak payah sampai melibatkan satu dunia tahu korang bergadoh. Nanti daripada gadoh berdua, terus jadi bertiga pastu berempat berlima dan seterusnya.

# Tiap masa nak up status 'kisah hati' je.

Rimas ok. Macamlah korang sorang je ade Kisah Hati, kami pun ada jugak. Si Alyah tu pun ada jugak.

Pernah jadi kat aku dulu. Sorang mamat ni add aku kat fb, aku approve la bila ingatkan dia nikawan sekolah lama. Kemudian, bila aku usha wall dia..euwww..sume post macam di atas. *muntah hijo aku. Aku delete fb dia. Dia add aku balik. Tapi maap, aku taknak simpan rakan fb yang suka post macam tu. Menambahkan dosa aku je nanti, mengutuk-ngutuk dia. err.

# Bermesra-mesraan di facebook

Kalo ko dah post macam tu kat facebook, bukan setakat Selena Gojes je yang tahu, Selena tak gojes, Kak Kiah jual nasi lemak pun boleh tahu. Kalo nak rahsia sangat, PM or msg kat phone jela. Aish. takkan itu pun nak ajar.

Kadang-kadang tak semua benda kita boleh post kat facebook. Kadang-kadang cukuplah dikongsi dengan orang tertentu je. Tak perlulah asyik nak guna WALL FACEBOOK je, kadang-kadang tu try la jugak guna PRIVATE MSG ye.

Dan elakkan diri dari membuka facebook ketika sedang marah. Takyah nak maki hamun dalam facebook. Buruk benar aih. Kang jatuh saham korang pulak kang. Apa-apa pun, 'Budi Bahasa Budaya Kita'




*maaf jika ada yang tersinggung, hanya luahan rasa semata.



***************************************************

Oh ye! Terima kasih bagi yang dah mengundi aku di Social Media Award 2012, aku masuk Best Lifestyle Blog of the Year. Bagi yang boleh mengundi tu, rajin rajinkan jari jemari anda ye. Time ni la nak praktis mengundi, pilihanraya kan tak lama lagi. eh.

Aku tak mengharapkan menang,tapi taknaklah dapat undian tercorot. hihi.

klik sini untuk mengundi. Tapi kena sign up dulu taw taw.



Sunday, January 29, 2012

Bila Google translate Lagu Melayu.


Memandangkan malam ni Anugerah Juara Lagu, tadi aku g goda goda uncle Google untuk nengok sapa juara-juara yang lepas. Yelah, dah berkurun jugak tak layan AJL. Duk hostel kan, malas nak berebut tempat VVIP depan tv. Macam budak-budak berebut nak tengok upin ipin je rasanya. So, malam ni boleh layan AJL dengan tenang. Maybe. Harap-harap tak blackout.puhh puhh.


ok, berbalik kes godaan uncle Google tu, aku terbukak wikipedia
tengok list pemenang terdahulu

YearTitleEnglish translationPerformerComposerLyricist
1986Sekadar di Pinggiran“Just at the Outskirts”Francissca PeterManan NgahLukhman S.
1987Menaruh Harapan“Pinning on Hope”Zaiton SameonA. AliHabsah Hassan
1988Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu“You locked my Love in Your Heart”Ramlah RamAhmad NawabAhmad Nawab (2)
1989IsabellaSearchSearch (2)Bob Lokman
1990Janji Manismu“Your Sweet Promise”AishahAdam AhmadWan Aishah (2)
1991Takdir Dan Waktu“Fate and Time”MegaRahim OthmanJuwie
1992Pada Syurga Di Wajahmu“On Your Heavenly Face”NashFauzi MarzukiBob Lokman (2)
1993Teratai Layu Di Tasik Madu“Wilting Lotus on the Lake of Honey”Fauziah LatiffAdam Ahmad (2)S. Amin Shahab
1994Tanya Sama Itu Hud Hud“Ask the Woodpecker”M. NasirM. Nasir (2)M. Nasir (3)
1995Cinta Beralih Arah“Love Switched Away”Aishah (3)JariHabsah Hassan (2)
1996Jerat Percintaan“Love Trap”Siti NurhalizaAdnan Abu HassanOthman Zainuddin, Hani MJ
1997Ghazal Untuk Rabiah“Ghazal for Rabiah”M. Nasir (4) and Jamal AbdillahM. Nasir (5)S. Amin Shahab (2)
1998Cindai“Scarf”Siti Nurhaliza (2)Pak NgahHairul Anwar Harun
1999AndalusiaM. Nasir (6)M. Nasir (7)Loloq
2000Balqis“Queen of Sheba”Siti Nurhaliza (3)Pak Ngah (2)Hairul Anwar Harun (2)
2001Mimpi Laila“Laila's Dream”YassinYassin (2)Yassin (3)
2002Keliru“Confused”Nurul and AjaiAidit AlfianAidit Alfian (2)
2003Bunga-bunga Cinta“Flowers of Love”Misha OmarAdnan Abu Hassan (2)Adnan Abu Hassan (3)
2004Rela Ku Pujuk“I'm Willing to Coax”SpiderTamKeon
2005Gemilang“Glory”Jaclyn VictorAubrey SuwitoAsmin Mudin
2006Terlalu Istimewa“Too Special”Adibah NoorAzlan Abu HassanAdibah Noor (2)
2007Itu Kamu“That's You”EstrangedEstranged (2)Richael Lawrence
2008Lagu Untukmu“Song For You”Meet Uncle HussainTaja, Tass & LanTaja (2) & Tass (2)
2009Pergi“Go”AizatPete TeoAmran Omar
2010Tolong Ingatkan Aku“Please Remind Me”Ana RaffaliAna RaffaliAna Raffali
#sumber Wikipedia

cuba korang tengok english translation satu satu

macam lawak je translatation-nya.

daripada bunyi jiwang, romantis,terus hilang romantis nya. terus tak teringin nak dengar.


HAHAHAHAHAHA!


# Sebijik macam aku gelak.comel kan. muahaha.


tapi kan,

"You Locked My Love in Your Heart" - macam comel je.hehehe.



psst..korang target sapa menang malam ni? aku target Beribu Sesalan. Suka gabungan hebat tiga suara.




***************************************************

Oh ye! Terima kasih bagi yang dah mengundi aku di Social Media Award 2012, aku masuk Best Lifestyle Blog of the Year. Bagi yang boleh mengundi tu, rajin rajinkan jari jemari anda ye. Time ni la nak praktis mengundi, pilihanraya kan tak lama lagi. eh.

Aku tak mengharapkan menang,tapi taknaklah dapat undian tercorot. hihi.

klik sini untuk mengundi. Tapi kena sign up dulu taw taw.




Cannot Say NO to Durian la.


Sejak akhir-akhir ni, aku selalu makan menda ni untuk makan malam.



kadang-kadang menda ni


#sumber uncle google

Setiap petang, ayah aku sokmo bawak balik buah durian dari kebun

betul-betul menggoda iman aku, walaupun dah makan hari-hari masih tak boleh nak kata

TAKNAK to Durian!


Mekdi, kepsi, pizza hut, ayam goreng pasar malam, mee goreng mamak kuar peluh banyak kegemaran tok ketua, nasi lemak makcik Jue&Hanie, Nasi minyak sm Salim boleh aku pandang sebelah mata, sambil tangan telunjuk gerak kiri kanan. Tapi tidak pada DURIAN!!!





macam ni, abes la diet aku...camne ne ni adila..syiro kiroro...



Saturday, January 28, 2012

Lepas tengok mayat, tak terbayang bayang ker?


Daripada komen-komen di entri lepas, baru aku tahu ramai jugak jejaka-jejaka yang aku anggap tuff rupanya takut tengok mayat. Afzal, Khaifaiz, Tukang karut, Abu Huzaifah, ABU, Hanif, MeeRole, mohon jadi tuff+berani plis. Haha.

Then, aku dapat soklan cepumas dari puan Hanie.



Selepas terbaca soklan puan Hanie, terfikir nak menjawab kat blog dia ke fesbuk dia. Kemudian, terfikir nak buat entri khas untuk jawapan soklan dia. Tapi belum sempat aku up entri ni, dia dah majok majok manja sebab aku tak jawab soklan dia. Ala tomei tomei.



Ok, menjawab soklan puan Hanie Diew ni : lepas tengok mayat, tak terbayang bayang ker?

Ni jawapan jujur, tanpa sebarang tokok tambahan mahupun mitos dari aku

Sejujurnya, terbayang la jugak. Normal la kan, bila kita dapat bayangkan balik apa yang kita lihat, maknanya otak kita masih berfungsi balik. Dan bukannya amnesia. Masa aku taip entri lepas pun aku terpaksa membayangkannya balik. Yelah, kalo aku tak membayangkannya macam mana aku nak citer balik kat korang kan kan?

Terbayang-bayang la jugak rupa paras mayat tu, selepas balik dari postmortem atau crime scene tapi takdelah rasa takut pun. Kesian adalah. Kesian dan sedih bila mereka mati dalam keadaan begitu, tapi apa boleh buat dah ajal mereka macam tu kan. Kemudian aku akan terbayang, macam mana aku di tempat mereka. err. ok,mengucap panjang, moga dijauhkan.

Aku selalu setkan dalam kepala hotak aku, tak perlu nak takut dengan mayat. Mayat pun manusia jugak satu masa dulu. Tak payah nak takut, ‘mereka’ takkan ikut kita balik atau kacau kacau kita sebabnya bila seseorang mati, urusan dia dengan manusia lain dah terputus dan seterusnya urusan nya dengan Allah swt, dengan malaikat Munkar Nakir yang menanti di kubur. Takde masa aih ‘diorang’nak kacau atau ganggu kita.

Korang boleh cuba teori ni, insyaAllah korang takkan rasa takut.

Ala..mana lagi korang takut? Mayat atau Allah swt? Haaaa...

Tapi orang yang takut darah macam Afzal, lemah semangat macam Khafaiz, dan gegirl yang lemah semangat boleh dimaafkan. Hihi.


Psstt...Sebenarnya dari semalam lagi aku duk menaip entri ni, tapi alih-alih semalam sebuk berkempen pilihanraya pulak, aku masuk bertanding dalam Social Media Awards 2012 dalam kategori Best Lifestyle Blog of The Year. Rajin-rajin lah mengundi saya ye ye! Aku tak mengharapkan menang, tapi taknaklah dapat undian yang tercorot. hihi.

korang boleh klik sini untuk mengundi --> VOTE ME! tapi kena sign up dulu taw taw.