Thursday, February 16, 2012

Spontaneous Thursday # 10



Assalamualaikum wbt.




Dengan ini, saya mengumumkan saya akan berehat seketika dari arena blog.

Akan muncul balik, selepas lappy aku sehat. sobs.

plis, rindu i ye.

aumm.

kbai.





kata hati LEA: kejap saya, aku, i. Tiada keseragaman jiwa langsung! #err abaikan.

Wednesday, February 15, 2012

Jangan dipersoalkan KENAPA

Assalamualaikum wbt.


Kenapa mesti aku jatuh cinta terhadap dia? Kenapa mesti dia? Kenapa bukan orang lain?

Kenapa aku masih menyayangi dia? Sedangkan dia selalu membuat aku menangis. Dia selalu memberi harapan palsu.

Kenapa terlalu sukar untuk aku melupakan dia?

*kesat air mata.


*****************************

Ahaa...pernah alami perasaan macam tu? Pernah? Tak pernah? Pernah?

Hakikatnya tak perlulah kita nak mempersoalkan kenapa, kenapa dan kenapa. Sesuatu yang berlaku ada sebabnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui sebabnya.

Mungkin dia sebenarnya adalah jodoh kita, mungkin jugak bukan.

Sekiranya dia adalah jodoh kita, mungkin Allah SWT sengaja hendak menguji kita. Yelah, kita mungkin akan lebih menghargi CINTA itu apabila mengenangkan bertapa sukarnya untuk mendapatkannya.


"Seorang yang sedang bercinta adalah seperti PEMBURU, jika yang diburu mudah diperolehi, maka dia tidak akan memperdulikan hasil buruannya lagi."

"Seorang yang berhasil mendapat cinta dengan mudah akan sukar menperolehi cinta sejati"

(petikan dari Tentang Cinta)



Sekiranya dia bukan jodoh kita, mungkin Allah SWT sengaja menemukan kita dengan dia supaya kita boleh mengambil iktibar daripada hubungan kita dengannya. Aku agak ramai yang pernah dengar kata-kata ni, sebab aku selalu nampak di wall fesbuk. Ramai yang suka share, repost ayat ni.


"Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan dengan orang yang betul (jodoh kita)"


Ada yang bernasib baik, dapat terus berjumpa dengan orang yang betul. Beruntunglah kan. Tapi jangan rasakan kita tak beruntung, sebab orang yang selalu jumpa orang salah ada untungnya jugak. Untungnya sebab kita akan dapat pengalaman dan pengajaran yang sangat bernilai. Pengajaran agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan. Pengalaman yang boleh kita gunakan untuk perjalanan hidup masa hadapan.


#Dulu, aku selalu mengimpikan cinta pertama aku adalah cinta terakhir tapi dah nasib badan, gedik nak bercinta awal-awal, akhirnya kecundang di tengah jalan. Berharap cinta yang seterusnya adalah cinta terakhir aku. aumm.

#Entri takde kaitan dengan aku pun, just sharing ilmu dari buku TENTANG CINTA :) Buku ni best weh!





nota hati LEA: Rasa janggal pulak tulih entri pasal CINTA. keh keh keh.




WW # 8 - Duit-duit Lama!

Assalamualaikum wbt





bukan aku punya, ada orang mintak tolong jualkan.

ada yang berminat nak beli?




Kata hati LEA: not RM50 tu smart!


Tuesday, February 14, 2012

Senior yang Baik Hati

Assalamualaikum wbt.


Ini kisah semalam, tapi baru hari ni terasa nak hapdate.

Semalam aku dapat satu bungkusan daripada senior aku, Muhammad (bukan nama sebenar). Saat aku terima bungkusan tu, teringat perbualan dalam telefon antara aku dengan dia dua tiga minggu yang lepas.



aku: eh ko mesti dapat voucher rm200 tu kan? *teringat dia sedang sambung study.

Muhammad : Aah. Aku belikan untuk adik aku je. Kenapa? Nak ker?

Aku: Ahaaa..boleh jugak. *jawab aku malu-malu. Saat tu aku dah terbayang novel-novel dah.

Muhammad : Boleh je. EH tapi kau bagitahu aku je, kau nak beli apa. Kang ko beli menda mengarut.

Aku: alaaaaaaaa....*terus hancur punah ranap nk dapat novel free. *

Muhammad : haa cepat, bagitahu je kau nak apa, nanti aku belikan

Aku: Hurm kalau macam tu, belikan aku buku Aku Terima Nikahnya..boleh? *secara spontan terkeluar tajuk buku ni, ni gara-gara dengar dia berkhutbah pasal kawen sebelum tu. >.<

Muhammad : Oh bgus jugak tu, bagus buku tu. Nanti aku belikan ye.

Aku: ok! terima kasih senior.




*******************************


Tapi bila bukak bungkusan tu, bukan buku Aku Terima Nikahnya. tapi buku ni....



Kenapa Tentang Cinta.? *org dh bagi pun, nak demand lagi.

Sori tak jumpa pulak buku Aku Terima Nikahnya. Buku ni tak pernah bace, tapi insyaAllah ok. Semoga ia boleh memberikan ilmu yang berguna untuk dibawa sebagai pedoman hidup. =)


T_________________T
* terharu


thanks ye senior!


Tak malu betul kan, ngecek (paw) voucher orang..ahh lantaklah, dah dia sendiri tak tahu nak beli apa, baik belikan untuk aku je kan. At least aku membantu apa haaa.....

Mungkin senior aku nak aku mengetahui lebih mendalam TENTANG CINTA. erkk



pstt: Mungkin akan menghilangkn diri buat seketika. Lappy aku masuk wad..kena tunggu dia sehat dulu...sobs. plis rindu ai taw nanti *wink wink


Monday, February 13, 2012

LOSER ke bila.....

Assalamualaikum wbt.


Korang akan rasa LOSER ke bila korang sedang bercerita tentang boyfriend dengan kawan baik, tetiba si kawan baik tu boleh cakap cenggini:

"Oh budak lelaki tu. Dulu dia pernah mengorat aku. Tapi aku tak layan pun, macam lembut je"

erk!

Kemudian, korang dapat tau, selain daripada kawan baik korang, rupanya ramai lagi gadis yang cuba di-tackle oleh boypreng korang. Semua di-reject. Hanya kamu je yang menerima dia.

Rasa LOSER ker? Malu dengan kawan baik sebab terima lelaki yang pernah di-reject oleh dia. Erk??


*********************************


Bagi aku, kenapa perlu nak rasa LOSER. Mungkin jodoh lelaki itu adalah dengan kamu bukan gadis-gadis yang pernah di-tackle sebelum ni. Mungkin gadis-gadis lain tak nampak keistimewaan yang ada pada lelaki tu dan hanya kamu yang nampak. Sebab tu kamu memilih dia. So you are not LOSER ok.



Pendapat korang pulak??




Isteri lebih berpendidikan tinggi dari suami? Kisahkah?

Assalamualaikum wbt.


Tadi tertengok status satu group, Anti My-EX kat wall facebook, statusnya berbunyi begini:

Korang tak segan ke kalau dapat pasangan yang kelulusan dia dari tinggi dari korang??? kira yang lelaki lah... yang perempuan lak korang tak kesah ke bila dapat pasangan yang kelulusan nya lebih rendah dari korang??? sila komen dengan penuh berhemah.... [fire fire fire]

Ramai jugak yang meng-LIKE dan mengomennya. Ada yang kisah dan ada yang tak kisah. Aku pun turut mengomennya. Saja-saja nak kongsi pendapat. Sori, sebenarnya aku nak kopi-paste status ni dan tempek kat dalam entri, tetapi sekarang ni aku guna laptop kawan aku, laptop aku msuk wad, so aku tak reti nak guna PAINT versi lama. blur sekejap.

Antara pendapat yang aku suka tentang topik ni.


Pendapat 1: tak kesah la pendidikan sape lg tinggi, yg penting dia mst berpengetahuan luas sbb dia adalah pakar rujukan kita.. yg penting dia kena byk saba sbb org perempuan mmg suke tny byk kali benda yg same smpai lelaki fedap.

Pendapat 2: Dalam kubur xder soal pasal tinggi or rendah kelulusannye...yang ade hanya tinggi ker ta amalannye... kat dunia nie allah bg rezeki sama adil kat semua makhluk.. tggi ilmu lau pemalas pown tak gne jugak.... lebih baik cetek ilmu tp bekerja keras... dr tinggi ilmu jd seorang yang bongkak n pemalas... (yang ni, ramai yang LIKE)

Pendapat 3: Skrg bukn pandang segan xsegan...tp pk kos hdup yg smkin mningkt...tu sbb klulusan n jns pkrjaan tu jd aspek utma dlm pmlhn jdoh...kdg pepuan xnk bkwn dgn lelaki tak berkelulusan bkn sbb malu p sbb tkut xle sra hdup bkluarga klak...almklumlah skrg,,,sume plukn duit...tp ape pon jdh ajl maut sum ktntuan Tuhan...trima dgn ikhlas...^^


****************************

Dulu pendapat aku sama macam pendapat ke3 tu, tapi sekarang bila dah semakin matang, dah ada pengalaman. Pemikiran aku pun dah berubah.

Bagi aku, soal tahap pendidikan tak payah nak diambil kira sangat. Apa gunanya berpendidikan tinggi tapi akhirnya tak bekerja, nak kahwin pun bergantung dengan mak ayah. Tinggi mana seseorang itu belajar, UPSR, PMR, SPM dulu berapa A, kos apa yang diambil dulu, itu semua tak penting, yang penting bagaimana seseorang itu membina kerjaya masing-masing. Kadang-kadang orang yang berpendidikan rendah lagi berjaya dari orang yang berpendidikan tinggi. Betul tak?

Lagi satu, apa gunanya berpendidikan tinggi untuk dunia tetapi rendah dalam ilmu akhirat. Sebolehnya biarlah seimbang kan.

Well, ini hanyalah pendapat aku, lain orang lain pendapatnya kan.

Tapi pesanan bagi lelaki yang berpendidikan rendah dari pasangan atau gadis yang diminati, janganlah rasa down atau give up macam budak ni. At least, berterus terang dulu pada gadis tu, mana tau gadis tu juga mempunyai perasaan yang sama terhadap anda dan tidak ambil kisah pun pasal perbezaan pendidikan.

Ala, lagipun aku rasa bila dah CINTA, semua perbezaan, kekurangan ditolak tepi. Well, cinta itu kan buta.




kata hati LEA: Cepatlah sembuh wahai lappy... :(

Saturday, February 11, 2012

Sebarkan mesej, kita akan dapat kebahgiaan.?

Assalamualaikum wbt.


Semalam aku menerima mesej daripada seorang teman. Mesej nya berbunyi cenggini:


Salam saya hanya menyampaikan amanah seorang ustaz. Cuba kita buktikan.
Bismillahirahmannirahim, Innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim. Litunziraqaumma unzira aba uhum fahum ghafirun. Tolong kirim potongan ayat dari surah yasin ini kepada min 13 orang. InsyaAllah 2 jam kemudian kamu akan mendengar kabar baik & mendapat kebahgiaan,demi Allah dan jangan dihapuskan sebelum kamu sebarkan. Kita berbagi doa sesama muslim (bukti rakan saya yang dah buat, 2 jam sudah saya laksanakan ternyata rezeki datang. Subhanallah. Dengan izin Allah SWT. Jangan lengah lagi terus buat. )



Aku tak forward pun sebab aku rasa kalau di-forward-kan mesej ni, seolah-olah kita bergantung pada mesej bukan bergantung pada Allah SWT. Memanglah ada potongan ayat tu, tapi rasa macam lain sebab perlu sebarkan kepada minimum 13 orang dan dalam masa 2 jam akan dapat hasilnya. hurm. Kenapa mesti ada syarat?


Bagi aku, seeloknya kita berdoa terus kepada Allah SWT untuk dimurahkan rezeki kita atau mendoakan yang baik baik untuk kita ataupun sentiasa solat dhuha, bukannya bergantung pada mesej. Sebarkan mesej seperti itu kepada lebih 13 orang sahabat tapi diri sendiri tidak melaksanakan perintah Allah SWT, meninggalkan solat, melakukan segala yang dimurkaiNya dan tidak berusaha untuk mencari rezeki, goyang kaki pinggul kat umah. Agak-agak Allah SWT akan turunkan rezeki ker? Wallahualam.



Ini hanya pandangan aku. Apa pandangan korang pulak? Betulkan sekiranya aku salah.




Friday, February 10, 2012

Juadah Tengah Hari

Assalamualaikum wbt


Sudah makan tengah hari ke korang ni?

Kalau dah, apa juadah tengah hari, hari ni?

Kalau yang belum tu, silalah ke dapur mencari makanan ataupun singgah di mana-mana kedai berdekatan.

Tadi ayah aku bawak balik ikan pari seekor, fresh dari laut. Katanya kawan dia yang baru je turun ke laut bagi. Free of charge. Itu pun mungkin sebab ayah aku tolong kawan dia tarik perahu ke darat. Jadi sebagai balas budi, bagilah sedikit hasil tangkapannya kat ayah aku. Adat orang pantai memang begitu, saling bantu membantu dan kongsi hasil tangkapn bersama.

Ikutkan ayah aku yang nak masak ikan pari tu, tapi sebagai anak gadis, mana boleh aku benarkan ayah aku masak, jatuh saham. Lagipun, nanti kang dia cakap aku tak layak kawen pulak. tak reti masak. err.

Selepas beberapa minit, ketuk ketuk senduk kuali, tung tang tung tang kat dapur, maka akhirnya siaplah....................




ikan pari masak merah air tangan aku. ehem.


Nampak macam menarik kan, tapi aku tak berapa berminat sangat dengan ikan pari. Aku lagi teransang untuk makan nasi dengan ikan goreng+budu+ulam. Lagi masyukkk.

Nak resepi?? takyahlah, aku sendiri pun main campak-campak je apa yang menarik ke dalam periuk.



kata hati lea: Kempunan nak makan ikan pari bakar cicah air asam...perghhh....


Thursday, February 9, 2012

Spontaneous Thursday # 8

Assalamualaikum wbt.



“Awak kan hati kering. Bedah mayat selamber je. Nanti kalau kita gadoh, mesti awak selambe je bunuh saya, kerat kerat, cincang cincang badan saya kan? Awak kan dah biasa. Haha”
(ahmad, 2012)




Demn! Sampai begitu sama sekali di fikirnya. Hahahaha. Sesuka hati je cakap aku hati kering kan. Sekering kering osman kering pun masih hati tau. Walaupun aku tak berasa gerun, takut, cuak ketika nengok mayat atau skodeng doctor bedah siasat mayat..tapi tak bermakna aku sampai hati nak cincang-cincang orang. Ngek betul! Ingat aku ni keturunan Mona Fendi ke. Haha.






RELA demi kesejahteraan kampung.

Assalamualaikum wbt.

ehem ehem, pagi ni tayang sesuatu.



Inilah nametag (id card) yang aku baru dapat semalam. Dengan id card ni, ini bermakna tok ketua (afzalsukasuki) telah memberi sepenuh kepercayaan kepada aku untuk menjalankan tugas-tugas kebajikan di kampung yang penuh damai, Kampung Geng Blogger Sengal seRELA RELA KUPUJUK yang mungkin. Aku sendiri tak mengetahui dan menyedari apa kelebihan yang ada pada aku sehingga tok ketua merasakan aku layak menjadi akak RELA.

Antara pencapaian yang telah aku lakukan sepanjang menjadi akak RELA Separuh TAK RELA adalah:

#1 Menolong inspektor Shabab (phat) mencari spender labuci saiz XXS milik awek kilang (cikbolat colat) yang hilang. Disangkakan dicurik oleh Baiya Pam Minyak (Shahz Cudin) rupanya tersangkut di kepala pemain tabla (Jannatul Asyikin) kerana disangkakan spender labuci tu selendang.

#2 Menolong Tok Mudim (wanmirara) potong memotong kepala orang. Yang ni aku dengan seRELA hati membantu. Aummm

#3 Menolong menguruskan majlis perkahwinan SU sulit (Aida Omar) tok ketua Kampung Sengal dengan kaki kipas tok ketua sendiri (IK Hanif). Pada majlis kawen tu, aku terpaksa memakai baju tshirt lusuh je kerana telah di-warning oleh pengantin pompuan supaya jangan berlawa-lawa takut si suami tersilap ngap. Jeles dengan kejelitaan yang aku miliki lettew. Takpela demi kebahgiaan mereka. ku RELA berkorban.

#4 Menolong menggantikan tempat akak penjaga tandas awam (paris lipton) sementara beliau membuang air kecik, air besar,air mutlak, air sederhana besar, air mata dan segala jenis air di tandas awam miliknya sendiri.

#5 Menolong menyatupadukan percintaan sulit antara awek kilang (cikbolat bolat) dengan pak gard kilang spender (SM). Hari-hari terpaksa menjadi minah despatch kepada Pak Gard kilang spender dengan menghantar spender pelbagai jenis saiz, rekabentuk dan warna kepada si awek kilang. Kunun-kunun nak tunjuk diri romantik, penyayang, caring lettew. phuiiih


ok cukup sampai 5 pencapaian saja. Selebihnya biar aku dan orang-orang kampung aku saja yang taw. Sekiranya terasa nak meminta khidmat dari aku sebagai akak RELA boleh lah menghubungi saya di panggilan bebas tol. kosong-satu-dua..ermm ahh lupa pulak. nanti dah ingat aku update lain.



**********************************


anda rasa anda SENGAL atau terasa nak menSENGALkan diri, boleh lah berhijrah ke kampung kami, Kampung GENG BLOGGER SENGAL (GBS). Penduduk kampung semua sengal-sengal dan mesra alam flora fauna. Mereka juga gemar berkempen bagai, aktif berpilihan raya. Jika rasa berminat, meh la pakat masuk ini GBS. Kami mengalukan kedatangan tuan puan adik kakak semua. #juga iklan tidak berbayar. RELA membuat promosi tanpa bayaran.

Wednesday, February 8, 2012

Jom Pakat Serbu Pizza Hut

Assalamualaikum wbt


Tawaran khas hari ini untuk penggemar pizza hut

Hanya HARI INI ok? dari 11am - 11pm

Apa lagi? jom pakat serbu




aku izinkan korang print kupon ni.

oh ye, aku bukan pekerja pizza hut pun, sesaja buat iklan tak berbayar.






kata hati Lea: Nak redeem kupon ni, tapi takde orang teman. Family lak jenis tak suka pizza. Alaaaa......


Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum wbt.




Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

(nyanyian: Hijaz)

pst: lagu feberet zaman sekolah dulu


"Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)



# Marilah, perbanyakkanlah selawat ke atas ke nabi junjungan kita, Nabi Muhamaad saw.





Saturday, February 4, 2012

Lenguh kaki, mana nak cari tukang urut.

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu, terima kasih ye kengkawan, adik abang kakak semua kerana mendoakan aku untuk jawab ujian pagi tadi. Sori, tak sempat nak jenguk korang. Esok aku datang ziarah, hari ni agak penat. Bayangkan habis je exam terus kelam kabut balik Kemaman. Kakak nak kena balik Kelantan petang tadi.

Macam mana exam tadi?

Hancus dan aku menjangkakan aku fail. haha. Susah gilak. Part esei paling susah. Level stpm tu. Aku belajar sampai spm je, tak amek stpm. Tu yang tak boleh nak jawab tu. Sobs. Tapi takpelah, tadi pun aku dah berusaha jawab dengan sehabis daya, kalau ada rezeki lulus lah. Kalau tak mungkin rezeki aku tempat lain. Ala lagipun target aku masih sama, memasuki bomba dan menjadi pegawai penyiasat kebakaran. Doakan aku berjaya. :)


***********************************************

Pagi Jumaat hari tu, aku pergi jogging dengan ahmad di trek jogging Gong Badak. Aku suka jogging kat situ sebab tempat die sangat cantek gile, keliling tasik. Oleh sebab dah lama tak jogging, so semalam excited lebih, excited nak buang lemak-lemak tepu yang tak perlu kat setiap sudut badan aku ni. Dan disebabkan terlalu excited, aku ajak ahmad buat 4 round. Lagipun sebolehnya aku nak jogging 30 minute nonstop. Yelah, mengikut kajian saintifik, lemak-lemak degil hanya akan mula melebur selepas melakukan senaman 30 minit ke atas. Jadi, kalau kita jogging kurang daripada 30 minit memang hanya membazir tenaga semata kerana lemak degil still tak melebur lebur.

Kemudian balik je dari jogging, ahmad mesej

"awak ni, nak tercabut kaki saya ikut awak jogging tadi" - ahmad

"laa..kan saya dah pesan, awak jalan je kalo tak larat" - aku

"Mana boleh, jatuh la saham saya nanti" - ahmad


Hahaha. Nak tergelak aku bila dia cakap macam tu. Okay, penting eh nak menjaga saham bagi lelaki. Lagi satu yang buat aku nak tergelak bila terkenang peristiwa dua tiga bulan yang lepas. Bayangkan dulu, dia asyik duk komplen tak berpeluh tiap kali jogging dengan aku. Asyik mengomel kat aku setiap kali panjat bukit.

"tengok tu, makcik tu rileks je panjat bukit"

"budak tu pun ok je"

"Pakcik tu pun ok je"

Hampir semua orang yang melintas turun bukit disebutnya. Saat tu, aku rasa nak biar je die panjat bukit sorang sorang. Biar aku turun bukit sama-sama dengan pakcik tu. kehkehkeh

Tapi tu dulu, sekarang ni dia pulak yang pancit dulu. Mungkin ni semua berkat usaha aku paksa diri, jogging tepi pantai setiap hari untuk tingkatkan stamina semata-mata nak masuk bomba!!! Nak masuk bomba perlu stamina yang tinggi dan tahan lasak. Ayu sopan kena tolak tepi. Tolak tepi je, bukan buang terus.

Oh bomba! kau betul-betul merubah hidup aku. Daripada taksuka lari-lari, dah jadi suka sikit. Daripada lembik, dah jadi tuff sikit. Tapi rasanya aku perlu tingkatkan stamina lagi, tangan aku pun tak cukup kuat lagi untuk pumping lama-lama.

Oh ye. Disebabkan jogging semalam tanpa cooling down yang betul, peha aku dah sakit-sakit. Semalam betis lenguh-lenguh, malam ni peha pulak. Inilah bahana kalau tak cooling down dengan betul dan sempurna. =.='



err ada sesiapa sudi urut kaki aku tak?





Friday, February 3, 2012

Tips Persediaan Untuk Ujian Bertulis Penguasa Kastam Sabtu Ni


Assalamualaikum wbt.


Ada yang akan menduduki ujian bertulis Penguasa Kastam sabtu ni? Kalau ada, kita geng! Aku pun bakal menduduki ujian bertulis Penguasa Kastam sabtu ni.


Bagi mereka yang tak tahu nak study apa untuk ujian bertulis ni, kat sini aku nak kongsi sedikit pengalaman aku menduduki ujian bertulis untuk Pegawai Antidadah 17 November tahun lepas. Mungkin lebih kurang sama je kot silibusnya. Alhamdulillah aku lulus ujian Pegawai Antidadah tu dan sedang menunggu untuk Penjadualan Assesment Centre. (PAC).


1. Pengetahuan am - fokus pada sejarah malaysia, sistem pentadbiran malaysia, info tentang kementerian2 di malaysia, IT (cth isu SOPA, PIPA), tema hari merdeka, bajet 2012 etc. akta-akta yang bersangkut paut dengan kastam.

2. Penyelesaian Masalah - math. berusaha mengira dengan cepat takut x sempat masa.

3. Esei bm/bi - fokus pada isu terkini atau jenayah terkini yang melibatkan kastam. Maybe leh fokus pada rasuah, penyeludupan haram etc.

Kalau boleh score bahagian esei, rasanya aku lulus dulu pun sebab aku score bahagian ni, bahagian pengetahuan am tu banyak salah. Aku tau banyak salah sebab aku dah cek balik lepas exam hari tu. huhu



Apa-apa pun. All da best ye bagi yang akan menduduki exam tu. Sama-sama kita berusaha. Yang paling penting, berdoa moga Allah bukakan pintu rezeki untuk kita.


ok, baru mula nak google google maklumat, nak study.



Doakan Saya ye. :)






pstt: maaf. mungkin tak sempat nak menziarahi korang 2 3 hari ni. Busy study kan.




Wednesday, February 1, 2012

Berombak Rindu Sambil Mengutip Siput

Assalamualaikum wbt.


Petang semalam jalan-jalan di Pantai Kemasik. Sejak akhir ni,addicted pulak nak melepak cuci mata kat situ. Pantainya sangat cantek beb. Banyak batu-batu. Ombak pulak asyik berombak rindu je. Aku sendiri dah siap pasang angan-angan nak buat wedding photoshot kat situ. *wink wink*



Bila aku datang ke sini mesti aku teringat citer hindustan Kaho Naa Pyar Hai. Tak tahu citer ni?Ahh korang ni, sesekali tu layan la jugak citer hindustan, jangan asyik layan Upin Ipin je.


Mula-mula ingat nak makan kerepok lekor cicah ABC kat tepi pantai tu je, sekali Ahmad ajak kutip cengkerang siput kat tepi pantai. Layankan jela, kang ditinggalkan aku kat tepi pantai tu pulak. Tak pasal aku jadi ikan duyung, menanges teresak esak di tepi pantai.


Tu dia,hasil kutipan kami petang semalam,cukup la nak buat makan malam.


Comel tak? Comel tak? Aku paling suka yang gulung-gulung panjang tu. Kalo cukup 3 batang, mesti cantek dibuat loket rantai. Tajam tapi sesuai untuk dijadikan senjata diri bila berlaku serangan seksual. Tapi sayang ada dua je. Jadi, satu aku punya. Satu Ahmad punya. eh.


susun nama aku jela, nama ahmad panjang sangat. tak cukup kulit sipot nanti


ok, sesiapa yang terasa nak mencari kulit siput yang tajam tajam, mandi pantai atau ingin merasai Ombak Rindu boleh lah datang ke Pantai Kemasik. Bawak anak-anak sekali, mereka pasti menggemarinya.
#iklan tak berbayar.







Putih bersih

Assalamualaikum wbt.


Baru je siap pasang header baru. tukar baju baru. perasan tak? perasan tak? *wink wink*

Motip tukar?

sebab aku rasa header lama aku tu macam kanak kanak ribena je -.-"
umur dah layak kawen, tapi pakai header macam kanak kanak, rasa malu pulak den.
jadi dari malam tadi sampai pagi ni, sibuk perah keringat tulang 4 kerat untuk buat header baru

dan akhirnyaaa...




















-seperti anda perhatikan di atas-


ingat aku nak tempek lagi ke header, padahal sah sah korang boleh tengok kat atas tu.ngeh3

Percubaan pertama membuat vektor diri sendiri. Jadi jangan dihina. kenapa jari bengkok bengkok. halus pulak tu. kenapa dan kenapa.

biarkanlah ia begitu.


Saja aku pakaikan baju putih pada blog supaya nampak bersih gittew. Putih pink. Macam puteri UMNO ISLAM tak?



err tapi kan, ok tak wajah baru blog aku tu? komeng komeng.





oh ye, terima kasih kepada Hanie Dew, Justin Lover, Adilla Saddam, Abu Huzaifah & Hakim kerana tolong komen kritik puji dalam process penukaran baju ni. Untung ada rakan blogger yang prihatin ni.