Friday, March 30, 2012

Perompak Curi Handphone Buat Panggilan Lucah

Assalamualaikum wbt.

Woah! Tajuk gempak je kan. Tapi jangan risau tiada unsur 18SX pun, kalo ade pun sejemput je.

Actually ni adalah kisah benar yang berlaku tahun 2009. Aku adalah mangsa, bukan handphone aku yang dicurik tapi err tapi aku mangsa yang mendapat panggilan lucah tu. Dem. Dem.

Aku ingat lagi, kejadian tu berlaku pada 4 pagi dan masa tu aku tengah khusyuk study, study week masa tu. Tertiba dapat panggilan dari nombor yang aku tak kenal. Aku pun terus angkat, kot-kot panggilan penting ke apa. Tapi....ermmm

"Lea...#^%#*(&^%%&"

Sentap aku, bila si pemanggil tahu nama aku dan mula menlucah.

aku terus letak phone. Dia kol balik.

aku angkat lagi, bajet nak siasat mana dapat no phone aku, aku kenal ke tak.

siasatan gagal. Telinga aku ternoda lagi dengan kata-kata lucah dia.

terus aku letak phone.

dia kol lagi guna no lain,

terus aku matikan phone. Tertiba pagi tu rasa sejuk semacam, macam kena sampuk. Dan esoknya aku demam. Dem lagi sekali. Nasib baik, aku tak exam pagi tu.

Kejadian tu menjadi misteri, sebabnya lepas je malam tu, aku dah tak terima panggilan daripada si pemanggil tu. Aku pun siap save no dia as "Gile Seks". Langkah berjaga supaya aku tak terangkat lagi panggilan daripada orang gila tu.

Tapi akhirnya, segalanya terjawab selepas aku up entri pasal gangguan seksual ni di blog dua tahun lepas. Motif up entri tu sebab masa tu aku ternampak nama "Gila Seks" kat phonebook. Dalam enrti tu jugak, aku siap letak no phone si pemanggil lagi. HOHO. Geram punya pasal kan.

Selang seminggu selepas aku up entri kat blog, ada seorang rakan matrikulasi aku PM aku di fesbuk. Perempuan. Dia cakap no phone tu adalah no phone dia. Dia cakap lagi sebelum ni, rumah dia kena pecah masuk. Habes semua barang dirompak termasuklah handphone, laptop. Dan mungkin yang kol aku malam tu adalah perompak. Dia cakap dia memang ada no phone aku. Oh. No wonder la GS tu boleh tahu nama aku. Tapi aku takde pulak no phone kawan aku tu. Well, kami tak rapat sangat.

Kemudian dia mintak jasa baik aku untuk delete entri kat blog pasal gangguan seksual tu. Dia cakap, dia stress sebab sebelum ni, ade seseorang yang asyik miskol miskol dia. Apabila ditanya mana dapat no phone, orang tu suruh google. Bila di-google terjumpalah blog aku. Aku pun takmo lah panjangkan cerita dan takmo kerana blog aku, hidup kawan aku tak tenteram. Aku pun teruslah delete post tu.

Dan rupanya seseorang yang asyik miskol miskol no phone tu adalah kawan aku sendiri. Thanks kepada dia sebab menolong merungkaikan misteri tu. Kalo tak sampai sekarang kot aku tak tahu sapa yang membuat panggilan lucah kat aku dulu. Arigato awak!. :)


So, satu pesanan kat korang


Sekiranya handphone korang telah dicuri, dirompak, diragut atau sesinonim dengannya, cepat-cepat pergi ke celcom/maxis/digi centre untuk deactivate no phone tu dan buat simkad baru. Jangan tunggu lama-lama, takut si pencuri/peragut/perompak menyalahguna handphone korang dengan membuat panggilan yang mengarut-ngarut. Kang ker naya, rosak nama baik korang. Atau mungkin buat panggilan ke bank, untuk pemindahan wang bla bla, kang makin bertambah kerugian korang. Jadi akhir kata, bertindak dengan cepat dan mesra ye kawan-kawan.




kata hati LEA: Naik meremang bila teringat balik kata-kata si perompak tu. Yuck!



Thursday, March 22, 2012

Pendek pun pendek laa...

Assalamualaikum wbt.

Kejadian satu malam, di kedai makan.

#Diba - Pekerja baru, berumur 15 tahun.

Diba: Akak, muka akak ni macam anak cikgu hashimah la.

Aku: Cikgu hashimah? cikgu mana, tak kenal pun.

Diba: Alaa cikgu baru ...

Aku: Eh, akak dah lama tinggal sekolah la. Umur pun dah 24 tahun dah.

Diba: Eh betul ke kak? tak nampak macam umur 24 pun. Akak pendek kot. Nampak kecik, muka pun macam budak-budak.

Aku: Eleh macam dia tinggi sangat. hahaha. *padahal dia pun takde la tinggi sangat*


***********************

ok, nanges kejap hati kecik aku bila dengar dia cakap aku pendek. sobs.

Yelaaaaa, tinggi aku 153.2 cm je.

Ahh tapi lantak lah, pendek pun pendek la...janji aku boleh berdiri, berjalan, berlari.

Dan yang paling penting, layak untuk memohon jadi bomba.

Syarat nak masuk bomba, WAJIB tinggi melebih 153cm. kiranya aku lebih 0.2 cm..kira ok la tu kan. Syukur syukur. hihihi.


Tuesday, March 20, 2012

Coret Coret Sekitar Program Penilaian Individu Bomba (PPIB) Penguasa Bomba KB41


Assalamualaikum wbt.

First of all, hamba berasa sangat terharu kerana ramai yang bertanya tentang PPIB ari tu. Tak sangka ramai yang care dengan hamba. auww. So, dengan pantas dan laju menaip entri ni.

# Overall yang boleh aku simpulkan pasal PPIB ni, aku sangat sangat enjoy. Tak terasa pun aku sedang ber-ujian, terasa macam aku pergi kem BTN je. Mungkin sebab aktiviti dia tak begitu stress sangat kot. Total yang pergi PPIB dalam 291 orang dan hanya 26 orang je pompuan, lelaki, korang tolak sendiri. Aku agak dalam nisbah 1:10. 1st time weh dikelilingi ramai lelaki, biasanya lelaki dua tiga kerat je dalam kelas. Rasa hot pulak bila jadi kaum minoriti ni. muahaha.

# Aktiviti 1st day: Exam SPA & Psikology. Dari pukul 9 pagi sampai 4 petang, kepala pun dah ting tong plus ke-mengantok-an. @_@. Menguap-nguap aku menjawab soklan exam. Taknak komeng apa-apa pasal exam ni, cuma nasib baik esei bm/bi tak berapa susah macam exam kastam hari tu.

# Petang ada ujian fizikal & kecergasan lagi. Berat badan dan tinggi diukur lagi, dan sangat hepi sebab berat aku turun sekilo lagi! ngeh3. Kemudian ade urine test, terpaksa geletek badan sendiri untuk kasi kencing. Diorang tak pesan awal-awal, kalo tak buleh aku tahan kencing sebelum test tu. aish. kesian pundi kencing aku.

# Untuk ujian kecergasan tu, kitorang kena buat seberapa banyak sit up dalam masa 1 minit (hanya dapat buat 29x je, senak perut aku weh), menjangkau jarak (nasib baik badan aku boleh melentik ala-ala gymnas gittew, dapat jangkau sapai 178cm, orang lain 160++ cm. Ni je pencapaian yang terbaik, yang lain hampeh. sobs), lompat kangaroo (lompat melompat paling aku tak reti, rekod paling teruk! rasa nak sorok je muka lepas melompat. Dahlah ramai jejaka-jejaka melihat aku melompat. oh no! Malu. >.<), lari ulang alik (yang ni rekod agak teruk jugak!) dan larian 2.4 km (rekod: 16 minit, tak berapa puas hati sebab perut aku sakit time berlari, time tu aku baru je sehat dari diarrhea. Terpaksa tahan kesakitan tu sampai ke garisan penamat) psstt taw ke diarrhea tu apa? taktahu google plis! ngeh3.

# Aktiviti malam dan keesokkannya lebih kepada berdiskusi dalam kumpulan. Setiap kumpulan ade 10 orang dan setiap aktiviti kumpulan asyik bertukar. Nasib baik ahli kumpulan sentiasa bertukar, at least leh kenal ramai orang dan takdelah problem sangat kalo dapat ahli kumpulan yang tak best. Aku, nak kata banyak bercakap, takdelah sangat. Bergantung pada ahli kumpulan dan topik yang dibincangkan. Kadang2 aku diam je, malas nak bergadoh bercakap, dan kadang2 menyampuk jugak. Harus menyampuk jugak, sebab nanti dapat markah rendah pulak.

# Malam kedua, aktiviti inovasi. Part ni kena speaking omputih you. Dengan dibekalkan 1 Cd, seutas tali rafia & straw, kitorang dikehendaki merekacipta satu produk dalam 10 minit dan present 'produk' yang dicipta dalam masa 5 minit. Dalam masa 10 minit tu agak stress gile, langsung tak kuar idea yang best tapi syukur sangat 3 minit terakhir aku dapat idea, cipta 'Photo Frame'. Part present tu tak stress sangat, ok la..ahli kumpulan pun jenis supportive dan tak banyak soklan nak dijawab. Lega! Tapi kan, ade sorang ahli kumpulan aku tak boleh nak speaking dengan baik. Bercakap pun dua tiga patah je dan boleh tersasul cakap bahasa melayu. Kesian gila kat budak tu. Sepupu aku cakap budak tu bukan takleh cakap cuma kurang yakin je. Aku pun agak macam tu, rasa tak logik la kan tak boleh nak speaking langsung sebab ade degree kot. Mungkin dia gugup nak bercakap kat depan kot. oh ye! masa tu aku satu kumpulan dengan sepupu aku. hehe.

# Aktiviti terakhir: Aktiviti luar yang agak mencabar. Kitorang terpaksa pegang sebijik telur dan harus dijulang melebihi paras kepala. Memang krem tangan, nak kena angkat tangan selama 3 jam. Tangan yang pegang telur tu boleh nak tukar kiri kanan, dua-dua tangan nak pegang pun takpe, cuma tak leh gerakkan tangan yang pegang telur bawah dari aras kepala. Kalo tak markah ditolak! Dalam masa yang sama jugak, satu bijik belon diikat di kaki. Kitrg kena pastikan belon dan telor tu tak pecah. Telur & belon tu ibarat satu amanah yang perlu dijaga la..Kemudian dengan satu tangan pegang telur pada aras kepala dan sebijik belon diikat di kaki, kitrg terpaksa setelkan beberapa tugasan dalam kumpulan. Masa tu, kerjasama dalam kumpulan amat diperlukan. Dan nasib baik, aku dapat kumpulan yang best dan dapat bekerjasama dengan baik. Yang paling penting, aku bukan perempuan melayu terakhir dalam kumpulan tu. Ada lagi 2 pompuan dalam kumpulan tu. So, takdelah tak selesa sangat.

# Result PPIB ni akan keluar sebulan dari sekarang. Doakan aku lulus taw. Sekiranya aku lulus, aku akan dipanggil untuk temuduga. Aku dah pun buat terbaik yang mungkin dan sekarang serahkan kepada penilai untuk menilai aku dan kuasa Allah SWT. Moga rezeki aku ada dalam Jabatan Bomba ni.




note: PPIB ni adalah Pre-Asesment Center (PAC) untuk kemasukan bomba. PAC/PPIB ni ada ujian kedua selepas ujian fizikal/bertulis dan sebelum dipanggil interview.





kata hati LEA: Menunggu untuk panggilan PAC Pegawai antidadah pulak. Dijangka bulan depan.



Wednesday, March 14, 2012

WW # 9 - Makin Dekat, Makin Takut.

Assalamualaikum wbt
Tarikh : 17 hingga 19hb Mac 2012
Tempat : Akademi Bomba & Penyelamat, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu



Makin dekat, makin takut.

nebes nebes nebes!

Doakan aku taw taw taw taw.....



#sori, gambar kecik. Tak cukup kasi makan vitamin.

Thursday, March 8, 2012

Handmade Necklace.

Assalamualaikum wbt.


Got present dari ahmad.





Actually loket je yang handmade, rantai tu beli kedai je. ngeh3.

Loket tu adalah kulit siput yang kitorang kutip kat tepi Pantai Kemasik hari tu.

comel kan? heee.

tak sangka pulak, ahmad ni kreatip jugak. hehe.


thanks ahmad!


Wednesday, March 7, 2012

Numismatik vs Forensik.

Assalamualaikum wbt.


Aku agak perkataan FORENSIC pasti ramai yang pernah dengar, tapi NUMISMATIK mesti segelintir je pernah dengar dan tahu. Aku sendiri pun baru je tahu tiga hari lepas. Numismatik bukan kata gandaan atau adik beradik dengan perkataan tumis menumis ye. Numismatik adalah satu study atau aktiviti pengumpulan duit syiling atau duit kertas lama. Lebih kurang macam tulah maksudnya.

Sejak akhir ni, aku berminat pulak nak menambah ilmu tentang numismatik. Tapi aku hanya sekadar nak menambah ilmu tak berminat nak mengumpul syiling atau duit kertas lama pun. Aku bukan jenis suka mengumpul-ngumpul barang sangat pun, lagipun nak membeli duit lama pun fikir dua tiga lapan kali. Mahal kot. huhu.

Seronok sebenarnya belajar numismatik ni kerana lebih kurang dengan kos aku iaitu Sains Forensik. Kalau sebut Forensik mungkin orang hanya akan terfikir akan postmortem bagai tu semua kan. Tapi sebenarnya Forensik bagi definisi aku adalah satu bidang yang mencari dan mengkaji sesuatu characteristic yang boleh membezakan antara satu sama lain. That characteristic can be either individual characteristic or group characteristic. Ok sebagai contoh mata bilah screwdriver. Walaupun kita tengok mata bilah setiap screwdriver sama je semua, tapi hakikatnya mata bilah screwdriver makjah tak sama dengan mata bilah makngah kalau ditengok di bawah mikroskop. Masing-masing screwdriver mempunyai individual characteristic. Dengan individual characteristic yang ade pada sesuatu benda ini, boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu jenayah. Contoh paling mudah fingerprint dan DNA. Masing-masing mempunyai fingerprint dan DNA yang berbeza kecuali kembar seiras. Jadi perbezaan yang ada ini boleh memudahkan siasatan untuk mencari pesalah. Itupun jika penjenayah meninggalkan fingerprint di tempat jenayah (crime scene). #Err faham tak ni? aku pun pening nak explain kat korang macam mana. harap faham la ye. HAHA!.

Bagi aku, ilmu numismatik ni lebih kurang dengan ilmu forensik. Numismatik mengkaji unique characteristic yang ada pada syiling atau duit kertas lama. Kewujudan unique characteristic yang ada pada syiling atau duit kertas lama akan menjadikannya lebih berharga. Sebelum ni, kalau aku tengok syiling atau duit kertas, aku hanya tengok pada nilainya tapi sekarang akan tilik sepenuhnya duit tu. Tengok tahun berapa dikeluarkan, no prefix dia, duit siri ke-berapa dan tandatangan siapa pada duit kertas tu. Mana tau kot-kot aku terjumpa duit yang diburu oleh para numis, boleh aku jual dengan harga tinggi. Untung weh. Bayangkan duit dua posen tahun 1969 boleh dijual dengan harga rm10. Untung rm9.80 tu. Tapi korang kena jual dengan orang yang giler mengumpul duit lama la, takyah jual kat aku, aku taknak beli pun. HAHA!.

Nak lebih tahu duit mana yang menjadi buruan para numis, google google ok.

Ekceli aku mula berminat dengan numismatik beberapa kali teman ahmad pergi membeli duit lama di gerai-gerai numis. Mula-mula sekadar teman, tapi last-last rasa bosan lak menunggu ahmad memilih duit lama. Jadi, bermula dari hari tu aku cuba menambah ilmu mengenai duit lama ni, boleh la turut sama memilih dengan ahmad. Dan ternyata memang seronok pun belajar pasal numismatik dan menguntungkan jugak. Cuma kena pandai mencari peluang.

Jap lagi nak pergi korek tabung aku, nak belek-belek duit syiling, kot-kot ada yang bernilai, boleh dijual dekat ahmad dengan harga tinggi. hua3. Dengan ahmad pun nak berkira eh? Eh! haruslah. Bisnes is bisnes. HAHA!




Saturday, March 3, 2012

I'm Back But......

Assalamualaikum wbt.


Yeah aku dah kembali setelah hampir dua minggu bercuti. Lappy aku masih tak sehat tapi kakak aku yang baik hati bagi aku guna lappy dia. Kesian tengok adik dia mati kutu, hidup tanpa lappy. Terima kasih kaklong!

Bila dah ada lappy ni, terasa sangat excited nak hapdate itu ini kat dalam blog. Nak share cerita-cerita yang banyak aku pendam sepanjang aku berehat hari tu. Tapi kan, rasanya macam tak kesampaian jugak sebabnya mulai esok aku akan busy.

Makcik kedai nasi lemak yang pernah aku kerja dulu ajak aku kerja balik. Dia tak cukup tenaga pekerja dan suruh aku datang tolong. Ikutkan aku macam malas nak tolong sebabnya sekarang ni aku sibuk nak buat nak preparation untuk Pusat Penilaian Individu Bomba (PPIB) Penguasa Bomba pada 17hb hingga 19hb mac ni. Lagi 2 minggu. Tapi nak tolak, rasa kesian pulak kat makcik tu. Tadi pun masa aku pergi makan kat sana, kelam kabut nampak dia kat kedai. Lagipun kalo aku tolak, maknanya aku tolak rezeki la kan kan..heee...

So, bermula esok, rutin harian aku akan berubah.....

Pagi-pagi dah kena pergi jogging untuk tingkatkan stamina. *harap-harap dapat bangun pagi dengan jayanya. Biasanya aku jogging petang-petang tapi kalau dah kerja takleh la nak joging petang dah. Then, kena study mana yang patut untuk persediaan PPIB tu.

Petang hingga malam, tolong jual nasi lemak. Pstt..Jue, kau nak beli nasi lemak tak?

Diharap korang akan terima alasan aku ini. Tapi insyaAllah, aku akan cuba juga mencuri masa untuk menaip sepatah dua patah sepuluh patah kata di sini dan juga akan cuba meninggalkan jejak ke blog korang tapi mungkin tak serancak dan seaktif dulu la...

Teringat pesanan abam tuff, Syahiroo Ahmad.


"kerjaya 1st, blog & gathering kemudian."


By the way, frust jugak tak boleh nak pergi Gathering Geng Blogger Sengal pada 17hb mac ni gara-gara ada PPIB Bomba tu. Sobs. Orang kampung, maap tak dapat nak join gathering kali ni. Mungkin next time.




Pstt: tak sangka ramai yang merindui aku, segan lak ai bace komen-komen uolls.. hehe. Btw, thanks ye sebab sudi merindui aku, keh keh keh.