Sunday, April 29, 2012

Halal Haram








Kot-kot tu semua alasan sebab takde duit nak belanja makwe. Mulalah jadikan soal halal haram sebagai isu. Yelah, kadang-kadang benda yang kena keluarkan duit semua HARAM, benda yang FREE, tak fikir HALAL HARAM dah.   #jangan amek serius, just pendapat suka suka. kehkehkeh. 




Apa-apa pun



Ingat ye! Jangan PEGANG-PEGANG *sebut ikut gaya Suhaimi Mior Hassan sebut dalam lagu Kalau Berpacaran*  Tunggu dah HALAL, baru boleh PEGANG PEGANG. 


aum. 



kredit to: DoodleDakwah.






Friday, April 27, 2012

hai nama saya BOBO.


Assalamualaikum wbt. 



Hai. Nama saya Bobo. (rujuk pada yang besar). Saya ada seorang tuan. tuan saya comel. Saya selalu teman  tuan saya tidur hampir setiap malam. Kata tuan saya, dia tak boleh tidur tanpa peluk dan cium saya terlebih dahulu.


tapi kadang kadang, saya sering jugak tercampak ke bawah katil. erm ganas jugak tuan saya tidur.


Saya tak pakai perfume Giorgio Armani, Calvin Klein, mahupun Dior, apatah lagi menyembur deodorant  Axe Man, tapi tuan saya tetap suka hidu bau saya.


Dulu tuan saya selalu jugak, peluk saya sambil nanges-nanges. Walaupun habes lencun badan saya, tapi saya tak kisah. Janji tuan saya selesa.


kadang-kadang tuan saya selalu bercerita itu ini. oh ye! tuan saya memang banyak cakap. Tapi biasanya saya akan diam je bila dia bercoleteh. Bahasa manusia. Saya kurang faham.


oh ye! yang kecik ceneot ni namanya LEA Jr. kata tuan saya, dia sengaja namakan si kecik ceneot tu dengan namanya. Saya jeles dengan LEA Jr sebab dia ada nametag, saya takde. Dia kecik, saya besau. Dia boleh dibawa ke mana saja, saya hanya terperap di dalam bilik. hurm.


tapi kan, sekejap je saya ketemu dengan LEA Jr. Sekarang saya sudah lama tidak nampak batang hidung mata dua bijiknya. Ingin bertanya dengan tuan, khuatir tuan saya terkejut dengar saya berbicara. maka, biarkan saja kehilangannya dalam misteri. Misteri Nusantara.



*************************



"Hai tuan baru, mohon jaga saya dengan baik" 










Thursday, April 26, 2012

Coret Coret PAC Pegawai Antidadah S41

Assalamualaikum wbt...


PAC Pegawai Antidadah S41
Tempat: Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok
Tarikh : 21 & 22 April 2012


Overall yang boleh aku simpulkan sepanjang dua hari PAC ni, OK-LAH. lebih santai dan rileks, tak banyak aktiviti sangat tapi tak se-ENJOY PPIB hari tu. Rasa macam nak cepat cepat je habes...huhuhu  
*PPIB - PAC Penguasa Bomba 

# Lucky, sebelum pergi PAC ni aku dah dapat sedikit gambaran mengenai PAC ni daripada Aien Not Alien. Aien dah pun pergi PAC yang sama 2 minggu sebelum aku di PUSPEN Tampoi. Dia zon Selatan, aku zon Pantai Timur, then nanti zon Pantai Barat pulak kot. Thanks Aien sebab sudi share kat blog. :) Jadi, berbekalkan pengalaman yang dikongsi oleh Aien dan pengalaman aku sendiri semasa mengikuti PPIB sebelum ni, maka takdelah begitu nebes sangat. 

# Untuk PAC kali ni, penginapan tidak disediakan. Sekali lagi beruntung sebabnya PUSPEN ni berhampiran je dengan umah mak sedara aku. 10 minit je. Jadi tak payah pening peing kepala nak check in hotel/chalet. Thanks to my kazen sebab sudi jadi driber aku selama 2 hari. hehe. Penginapan tidak disediakan kerana tempat tu sangat mementingkan 'privacy & confidential'. Yelah, sepanjang PAC ni berlangsung, NO HANDPHONE! bayangkan kalo terpaksa tido sana, maknanya NO HANDPHONE untuk 2 hari? oh! NO! Biasalah tempat-tempat macam penjara, pusat serenti memang diharamkan penggunaan telefon, takut disalahgunakan. Takut ada yang amek gambor, then upload kat fesbuk or blog pulak nanti. Pekerja-pekerja kat situ pun tak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang bekerja. hohoho.


#  Aktiviti pertama - Ujian psikologi. soklan sebijik sama masa PPIB hari tu. Sepantas kilat aku menjawab 180 soklan (kot. lupa bape soklan ntah semuanya..hehe). Masa diberi satu jam, aku jawab dalam masa setengah jam. Setengah jam lagi, aku sibuk merangka-rangka 'point' untuk pengucapan awam petang nanti. Oh ye, tajuk pengucapan awam & public speaking sudah tertampal di papan notis dan sempat aku usha tajuk-tajuk yang ada esebelum mlangkah masuk ke dewan untuk ujian psikologi. Kami bebas untuk memilih tajuk yang berkenan di hati. Untunglaaa kann...


# Aktiviti kedua selepas ujian psikologi adalah perbincangan dalam kumpulan. Ada dua slot, satu slot dua jam. Dan setiap slot tu, satu jam dalam bahasa melayu, satu jam lagi in english. Semuanya membincangkan pasal DADAH. Dah nama pun PAC Pegawai Antidadah, takkan nak membincangkan isu isu artis tempatan, fesyen pulak kan. ngeh3. 


# Aku lagi suka perbincangan dalam kumpulan untuk PAC kali ni berbanding dengan PPIB ari tu. Sebabnya untuk PAC kali ni, semua orang berpeluang untuk bercakap. Kami diberi masa 30 minit untuk berbincang mengenai artikel/kartun dalam kumpulan sambil diperhatikan panel. Perbincangan tu rasa macam study group biasa je. Tak stress sangat. Then kami diberi 10 minit untuk bentangkan hasil perbincangan kami di hadapan panel. Jadi, masing-masing berpeluang nak cakap. Semasa PPIB dulu, agak stress sebabnya masing-masing berebut nak bercakap dan kena pandai mencelah. Agak stress bagi aku sebabnya aku tak pandai nak mencelah sangat. Mentang-mentang suara aku kecik, asyik kalah je percelahan aku tu. Yelah..suara lelaki kan lantang lagi garau. HUHU. Kemudian, tambahan pulak dikelilingi oleh orang-orang yang dah banyak pengalaman dan ilmu. Memang struggle gila gila untuk bercakap masa PPIB hari tu. huhuhu. 


#  Aktiviti seterusnya -> Pengucapan awam (hari pertama) & public speaking (hari kedua) dalam masa 5 minit tanpa sebarang nota. Alhamdulillah berjalan dengan lancar, setakat berucap depan 20 orang, takdelah gugup sangat, lainlah kalo depan more than 100++ peoples, mau ketar ketar kaki tangan tu semua macam penghidap Parkirson....ngeh3


# Aktiviti terakhir -> Kerja Sosial. Part ni paling best. Kami dikehendaki membuat satu aktiviti bersama 5 orang client ('pesakit' atau bekas penagih dadah) selama dua jam. Aktiviti beramah mesra bersama mereka. Mula-mula aku membayangkan client tu pasif atau malu-malu tapi rupanya tak. Diorang sangat sangat OHSEM! supporting giler. Memang enjoy beraktiviti dengan diorang. Oh ye, usia client yang kitorang dapat 25 hingga 40++. 


As a conclusion, (cewahh!) aku dah buat habes baek untuk PAC kali. Sekarang ni berserah kepada para panel untuk menilai aku. Seperti yang aku cakap di entri lepas, aku takdelah mengharap sangat untuk position ni kerana jauh di sudut hati kecik aku, aku lebih mengharapkan untuk dapat join bomba, capai impian aku untuk jadi FIRE INVESTIGATOR. Tapi manusia hanya mampu merancang kan, aku redha je mana-mana rezeki yang dah tertulis aku. heee. Tapi apa-apa pun, harapnya sangkutlah salah satu tu.  





# PAC tu adalah ujian kedua atau saringan kedua selepas ujian bertulis dan sekiranya lulus PAC ni, akan dipanggil untuk interbiu.










Kata hati LEA: Still waiting for PPIB's result. hurm risau pulak.  





Monday, April 23, 2012

alasan tak hapdate blog selama 2 minggu

Assalamualaikum wbt.


Fuuhhhh fuhhhhh fuhhhh.....dah bersawang pun blog aku ni haa. Dua minggu tak hapdate blog, buat aku rasa malas dan malas dan malas untuk kembali hapdate blog. Ni pun tengah paksa tangan untuk menaip dan otak untuk berfikir. aishhhh. 


Dua minggu tak hapdate blog, ekceli aku busy dengan kehidupan harian plus internet pun macam siput buat aku lagi lagi lah bertambah malas nak hapdate blog dan ziarah korang. Maap ye! InshaAllah lepas ni, aku marathon blog korang lelaju. 


Ekceli aku juga baru je selesai mengikuti Pre-Assesment Center (PAC) untuk Pegawai Antidadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Bachok, Kelatey. PAC ni adalah ujian kedua selepas berjaya dalam ujian bertulis dan sekiranya lulus PAC akan dipanggil interbiu. Sekiranya lulus interbiu pulak, inshaAllah boleh lah dapat job tu. Aku takde lah bagi harapan tinggi sangat untuk jawatan ni sebab memang tipis pun nak dapat, bayangkan daripada beratus ratus orang calon, tempat kosong yang diperlukan hanyalah 40++. Sangat tipis kot nak dapat...tapi kalo dah rezeki, alhamdulillah :)


Tunggulah next entri aku cerita serba sedikit pasal PAC tu, sekarang ni masih dalam mood malas nak taip taip panjang. 



Oh ye, semasa aku terima surat untuk mengikuti PAC ni, ter-lompat bintang sekejap. Hepi sebab dah lama benar tak menjejakkan kaki ke kelatey. Alang-alang dah turun kelatey ni, boleh la jumpa kengkawan aku yang ohsem cute mute macho kat usm nanti. Petang ni nak berlibur bersama mereka. Can't wait for dat. KBMall, Wakaf Che Yeh, FOOD Village, Nirwana, Mydin, kedai kedai sekitar usm....nanti kan kedatanganku ye....*wink wink. 






kata hati LEA: Result PPIB hari tu tak keluar lagi. Janji dalam masa sebulan akan keluar, ni dah sebulan 4 hari ni...huhuhuhuhuhuhu 




Saturday, April 7, 2012

SAYANG & SUKA


assalamualaikum wbt.






Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita SUKA,
kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG..

Jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG,
tapi SAYANGlah dengan apa yang kita ada sebelum kita kehilangan apa yang kita SAYANG, kerana orang yang SAYANGkan kita mungkin orang yang sebenarnya kita SAYANG..

Lebih baik bersama dengan orang yang SAYANGkan kita daripada orang yang kita SAYANG, kerana orang yang kita SAYANG mungkin hanya SUKAkan kita tanpa rasa SAYANG.




pstt:


fuhhh~ pening kan ayat dia. harus bace duapulohempat kali untuk mendapatkan lebih penghayatan dan pemahaman..kekekeke~







Kata Hati LEA: Terjumpa dalam DRAFT, terus publish. Tengah takde mood nak mengarang entri tapi gedik nak update blog jugak. heee



Friday, April 6, 2012

Spontaneous Friday : Lelaki Ini


assalamualaikum wbt. 







  1. Sangat sangat TAK MACHO LELAKI YANG TAKUT LIPAS
*eh tercaps lock pulak. 





gambar kredit kat ACIK


 


Wednesday, April 4, 2012

WW # 11 : FORMULA CINTA.

 Assalamualaikum wbt.









kenal hafal formula neh untuk menghasilkan LOVE yang CANTIK. 



I LOVE YOU. 



erm. 




Tuesday, April 3, 2012

Mulut Orang Payah Nak Ditutup.

Assalamualaikum wbt. 




Bila kahwin muda, orang akan kata : Dah gatal sangat la tu nak berlaki. 
Bila kahwin lewat, orang akan kata : Tulah tak pandai nak bergaul, sibuk dengan kerja sampai lupa nak fikir pasal kawen. 

# padahal orang yang kahwin awal, mahu mengelakkan diri daripada maksiat dan orang yang kahwin lewat mahu berbakti dengan ibu bapa terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab sebagai isteri/suami. 

Bila mas kahwin murah, orang akan kata : Laa..kenapa murah sangat. Ni mesti ada yang tak kena dengan pengantin pengantin perempuan tu. 
Bila mas kahwin mahal, orang akan kata : Hek eleh, bajet artis je mas kahwin mahal-mahal. 

# hakikatnya mas kahwin murah lagi dituntut, namun jika kedua-dua bersepakat dan mampu, tidak salah pun letakkan mas kahwin yang tinggi.

Bila dapat anak cepat, orang akan kata : Cepatnya dah ada anak, entah-entah memang tengah 'berisi' masa berkahwin dulu. 
Bila dapat anak lambat, orang akan kata : Mandul la tu. 

# padahal orang yang dapat anak cepat, bunting pelamin dan orang yang dapat anak lambat memang merancang keluarga kerana masih belum bersedia untuk menjadi ayah dan ibu. Atau mungkin Allah belum memberi rezeki kepada mereka. 


************************************


Mulut orang, memang susah nak ditutup. Mereka hanya tahu bercakap dan membuat spekulasi dengan melihat pada luaran semata. 

Bercakap sesedap rasa sehingga mereka terlupa bahawa, JODOH, REZEKI, AJAL semuanya terletak di tangan ALLAH SWT. 

Moga kita tidak tergolong dalam golongan mereka. Amin.