Thursday, May 31, 2012

Minat akan si dia tapi malu?

 

Dapat mesej dari CelcomExtra,



RM0: Minat akan si dia tapi malu? Hantar ON PICKUP ke 32882 0.80/SMS. Hantar OUT untuk hentikan. Info: Zed Mobile@0327805255


macam ni pun ada?


ok, siapa siapa yang ade crush, tapi malu nak gtau, malu malu kuceng, apa lagi boleh lah hantar ON PICKUP kepada nombor yang tertera di atas. 

kehkehkehkeh. 





kata hati LEA: Agak-agak kalo dah hantar ON PICKUP tu apa jadi eh? 



 

Wednesday, May 30, 2012

WW #13 Aiskrim





"Jom makan aiskrim ni awak" 





Tuesday, May 29, 2012

Kisah Pak Ali & Pari-pari

 

ada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak Ali.

Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua? 

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
 ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama 
isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari-pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"




***************************


Zaman sekolah rendah dulu, aku suka sangat bace buku-buku hikayat hikayat, kisah dongeng, kisah pengembaraan lima sekawan bla bla dan jugak citer seram. Tapi bila, dah meningkatkan remaja, haruslah bace novel novel jiwang pulak kannn..orang cakap seiring dengan kematangan diri yang ingin rasa dicintai & mencintai..err err...kehkehkehkeh




 

Sunday, May 27, 2012

Member aku yang gila gila dah jadi suami orang pun


Aku ada seorang member. Satu kos dengan aku zaman belajar dulu. Orangnya cukup gila gila, tapi gila gila pun pandai, sekarang pun tengah sambung master, dan dia jugak mantan MPP USMKK..okey, wakil rakyat tuuuu..






Satu keunikan dia ni, dia suka bebenor mencipta nama gelaran orang. Orang lain biasa panggil lain, dia panggil lain.

Mula-mula dia suka panggil aku Siah. Siah adalah watak yang aku bawak ketika Festival Teater Peringkat Kelantan masa 1st year dulu. Dia pulak memegang watak bapak kepada Siah yang lumpuh. Kemudian, daripada Siah bertukar kepada Lea Zara. Bila aku tanya datang dari mana pulak Zara tu, katanya tu nama watak dalam citer Papadom. oke =.='

Contoh lain


Fatin --> Tintin


Amirah --> Amir (menjantankan nama perempuan yang ayu)


Darkartz --> duckartz (daripada budak jadi itik..ngeh3)


Zila --> Zila Bakar (sesuka hati tambah Bakar kat belakang)


Zubaidah (Ida) --> Dada (agak lushah bunyinya)


Syahillah ---> Caca 


En. Ashaari ---> En. Sha'A 
#yang ni paling takleh nak diterima oleh telinga aku. Bayangkan En Ashaari adalah lelaki tuff, penganalisis bom Malaysia, dan dicemari dengan panggil En Sha'a...erk.! Tapi En Ashaari taktau kot panggilan tu. 


Oh ye, dia jugak suka menggelarkan aku dan my bestie as Lipan Merah. (watak dalam shinchan..grr!)


Dia memang cukup sengal, kepoh, kecoh dan gila gila. Bila kami tanya kenapa dia macam ni, jawabnya...


"Biasanya orang akan ingat kat seseorang kerana dua perkara. Samaada seseorang tu sangat baik dan cerdik atau seseorang tu sangat nakal. Aku tak boleh nak jadi seseorang yang sangat baik, jadi aku jadilah seseorang yang sangat nakal"

Dan, ternyata memang ramai yang kenal dia kot. Lecturer pun kadang-kadang geleng kepala bila sebut nama dia. harharhar. Tapi ada jugak lecturer dan staff usm yang semangat benor nak tahu sapa buah hati dia. 

auww sebut pasal buah hati tu sebenarnya..err ni nak bagitahu motip aku duk pung pang pung citer pasal dia kat blog aku neh. 

Ekceli dia ni baru je menamatkan zaman bujang dia semalam. Dah selamat jadi suami orang pun. 

so, kepada Nur Waliyuddin Hanis, Selamat Pengantin Baru, bro! InshaAllah, aku akan cuba hadirkan diri ke majlis ko next month....


Si Wali, yang buat tabik hormat kat korang tuh

semoga berbahgia di samping isteri tersayang. Moga cepat dapat baby. Moga berjaya dalam bisnes emas. Moga jadi suami yang baik. 


Satu je aku respek kat dia, segila-gila dia neh, ramai jugak peminat dan walaupun ramai peminat, dia tetap setia pada satu. Tak silap aku, nak masuk  6 tahun jugak mereka bercinta...cinta sejak zaman matrikulasi lagi..







kata hati LEA: Seronok pulak tengok kawan kawan yang nak/dah kahwin. 



Thursday, May 24, 2012

Spontaneous Thursday #11 Iklan 18SX

 



"Jangan Malu, Nanti Layu"

petikan iklan Kacip Fatimah. 



Iklan sekarang dah makin err ................ 
(Lu Pikiq Sendiri, aku pun taktahu nak letak ayat apa). 

Iklan kotex, librese, bla bla bla paling menyampah aku nak tengok. 

tak malu ker?

demi duit, tak kisah part bontot difokus fokuskan. 

uish. 





 

Wednesday, May 23, 2012

WW # 12. Spoil Mood Jiwangan

 




Kesian si awek tu, baru nak beROMANTIKa de Amor sikit. 

ngeh ngeh ngeh. 

Pernah jadi kat korang? 





# entri tiada kaitan dengan si penulis. Gambar curik dari SINI. 

Comel2 doodle dia. 



 

Tuesday, May 22, 2012

Kenapa Pilih Bomba?

 

Minat eh awak dengan bomba.

Kenapa pilih bomba? kenapa taknak jadi polis?

bla bla bla bla bla

***********************

hoho. begitu antara soklan biasa yang sering ditanya. Baiklah baiklah, kali ni aku akan bongkarkan rahsia terpendam kenapa aku nak sangat jadi bomba. Err tapi kan sebenarnya aku pernah tulis pasal menda ni dalam entri ni. Tapi tu versi kanak-kanak baru nak membesar, sekarang ni versi remaja dah matang...heee..

Ekceli kan, tak terlintas pun di hati aku nak masuk bomba. Yelah, aku ni bukan jenis yang tuff, sporty atau jenis aggresive. Kalo yang pernah tengok aku depan-depan mesti tak percaya aku nak jadi bomba. Teringat masa aku pergi PPIB ari tu, roomate yang baru aku kenal pun boleh cakap kat aku,

"tak sangka awak boleh lulus ujian fizikal hari tu, tengok macam lemah lembut je." hohoho..

ala tu hanya luaran, dalaman, lengan aku berketul ketul dengan muscle ni. err. ok, ini tipu sunat. 

Aku jugak tak terlintas pun nak join bomba atau mana-mana badan beruniform, sebabnya aku macam perempuan lain. Kalo boleh nak pakai baju lawa-lawa, kasut high heels, mekap mekap, tudung kelip kelip, tone tone pergi bekerja. Tapi kalo dah join badan beruniform, opkos la kena pakai baju uniform jer. =.='


"Eh ok la tu lea, at least duit ko jimat. Takyah habeskan duit untuk beli baju baru setiap bulan" - komen Saziana, kosmate aku dulu. 

Erk..betul jugak kan..heee. 




*************************************


Ekceli, aku semangat nak jadi bomba bukan bermaksud aku semangat berkobar kobar, berlumba lumba, nak pergi memadamkan kebakaran atau menjadi superwomen untuk menyelamatkan orang yang tersepit atau bla bla..Aku semangat nak jadi bomba, sebabnya ini adalah salah satu bidang yang membolehkan aku apply ilmu ilmu dan pengalaman yang telah dituntut 4 tahun lepas. hoho. *kalo aku jawab macam ni masa interbiu kira lulus tak? ngeh ngeh. 


Dulu, aku ada la belajar sikit sikit, ilmu tentang bagaimana nak menyiasat kebakaran, nak menentukan sama ada kebakaran tu berlaku secara natural atau dirancang atau disengajakan. Bunyi macam best je kan. Tapi kan sejujurnya aku hanya dapat B+ je untuk subjek ni - Fire Investigation & Chemistry of Fire. Tulah banyak sangat main dalam kelas dulu, lecturer ngajar depan, aku sembang takpun conteng conteng nota, takpun tido. erk. Tapi sekarang ni, terpaksa belek belek nota tu balik, untuk persediaan interbiu nanti. *sebut interbiu ni, berdebor la pulak. 


******************************

Teringat peristiwa tahun lepas. 

"Pasni apa target kak lea? Sambung belajar ker?" adik junior.

"Tak. Nak masuk bomba!" aku. 

Cakap dengan penuh yakin, padahal dalam hati masih ragu-ragu keupayaan aku dan tahap keyakinan diri pun hanyalah 49%. Yelah, sebabnya aku memang seorang yang lembik, lari pun asyik semput je, pastu err lebih berat badan. Bila bace komen si DuniakuAbstrak (DA) dalam entri ni, pun buat aku berfikir patbelaskali. 

"kau larat ke masuk bomba? member aku yang taff pun gagal ujian kecergasan" - DA. 

Tapi siapa sangka, aku dah pun melepasi ujian fizikal&kecergasan tu berkat usaha, sokongan dari family & kengkawan dan juga dengan izin Allah SWT. 

sekarang, hanya tinggal satu step je lagi. InshaAllah aku cuba buat yang terbaik. 










kata hati LEA: Agak agak kacak tak kalo aku pakai uniform Bomba? 



 

Friday, May 18, 2012

Terima kasih Korang!



Setelah hampir 2 bulan menunggu, akhinya semalam keluar jugak keputusan Penilaiaan Individu Bomba (PPIB) yang aku sertai bulan 3 hari tu. 


dan, alhamdulillah, aku LULUS.





Mungkin dah basi sedikit kot, berita baik ni. Sebabnya semalam aku dah pun tempek kat fesbuk. Ahh, tapi lantaklah still nak tempek kat blog jugak. ngeh ngeh ngeh. 


Ramai sangat yang mengucapkan tahniah kat fesbuk. Thanks eh korang dan sori jugak, mungkin aku tak sempat nak reply komen korang. Cuma mampu LIKE, harap jangan majok majok manja ye.  


*********************


Selain tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family, kakak & abang ipar, ahmad, rakan satu kos, adik adik junior, lecturers, rakan satu usmkk, rakan sekampung, rakan rakan blogger dan mereka mereka yang terlibat yang telah banyak bagi support bermula dari aku pergi ujian fizikal & kecergasan tahun lepas sampai lah ujian kedua ni. 


Thanks sangat sangat 


Tak sangka aku dah sampai ke tahap ni. Tinggal satu lagi langkah untuk kejar cita-cita aku. Tinggal menunggu surat panggilan untuk temuduga pulak. Selepas itu, inshaAllah boleh join team bomba kalo berjaya. 








kata hati LEA: Cepat dapat kejar cita-cita, cepat dapat kawen. heee. 



Thursday, May 17, 2012

Resepi Chicken Chop Mudah & Jimat




Kali ni terasa nak share resepi. 1st time neh. kekeke. Ekceli minggu lepas, aku baru je mencuba membuat chicken chop, dah lama tanam hasrat nak buat masakan ni, tapi minggu lepas atas permintaan orang, akhirnya terbuat jugak..

Mula-mula ingatkan susah, rupanya takdelah susah sangat. Lebih kurang nak masak daging masak blekpepper je pung. Ok, jadi kali ni aku dengan baik hati, nak share resepi chikcen chop yang mudah, yang aku cilop di blog orang tapi telah dialter oleh aku ikut sedap tangan aku nak mencampak apa ke dalam periuk. kehkehkeh. 

ok, ok..kembali serius..Nah resepinya...


Untuk Ayam 
  • 1 ekor ayam
  • 5 biji telur (amek telur putih je, telur kuning tu buat masak menda lain. Takleh campur dengan telur kuning sebab akan rasa hanyir)
  • Tepung goreng segera (lagi mudah guna yang segera, tak payah fikir nak campur tepung apa. jimat masa, tenaga dan kos..hee. Untuk tepung segera ni, aku guna brand SeriAji, mula-mula was jugak tapi ternyata memang Ohsem! Hot&Spicy gittew...
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng.



Tepung segera yang HOT&SPICY.

Cara Penyediaan


1. Potong dan rebone ayam ikut kreativiti masing-masing.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, asingkan putih dan kuning.
3. Celup ayam ke dalam telur putih kemudian ke dalam tepung goreng segera
4. Biarkan beberapa minit, kemudian boleh start menggoreng.




untuk sos lada hitam
  • 1 biji bawang besar & 4-5 ulas bawang putih (potong dadu)
  • Lada hitam yang telah ditumbuk (ikut suka nak tumbuk banyak mana)
  • 3 sudu sos tiram
  • kicap masin (untuk hitamkan kuah)
  • air
  • 1 kiub pati ayam
  • lada sulah *optional
  • air bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan sos)
  • 1 tin cendawan butang (ambil cendawan je, air boleh buang. cendawan tu potong kecik kecik)


cara penyediaan


1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dan naik bau. 
2. Masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram. 
3. Masukkan air diikuti dengan kicap masin. 
4. Biarkan mendidih, kemudian masukkan kiub pati ayam, cendawan yang telah dipotong dan air bancuhan jagung.
5. Taburkan sedikit lada sulah untuk jadikan sos sedikit pedas. 
6. ALter rasa sos dengan menambahkan garam&gula. 
7. Siap! Boleh dituang ke atas ciken ciken yang telah siap digoreng.



TARAAA...!!




Dah siap. Ciken chop yang simple tanpa roti bun, fries, tomato salad bla bla

ahhh...janji perut kenyang kannnn




Kata hati LEA: Menaip resepi ni macam menaip lab report je. 




Wednesday, May 16, 2012

Ucapan Hari Guru.




ditujukan khas untuk

-> Cikgu cikgu Tadika Kemas Kijal, Sekolah Kebangsaan Kijal, Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal
-> Cikgu cikgu Maktab Rendah Sains Mara Kuala Lipis, Pahang
-> Cikgu cikgu Kolej Matrikulasi Johor
-> Para Pensyarah Sains Forensik Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan 



Terima kasih kerana mendidik saya sehinggalah mendapat segulung Ijazah. 

Syukran jazilan. Arigato gozaimas. Thanks You. 




pst:


Selamat Hari Guru buat Rakan blogger jugak. :)






Tuesday, May 15, 2012

Sup Belut Vs Paprik Sotong

 

Semalam ahmad ada bagi beberapa ekor ikan keli dan belut kat aku, hasil pemancingan nya dan rakan-rakan. Ikan keli sudah selamat dimasak semalam, dan telsah sebati dalam perut aku kot, eh ke dahs elamat dikeluarkan balik. tak pasti. 

Tinggal belut je. Aku tanya ayah aku, nak masak apa belut ni. Ayah aku suruh buat sup. Erm erm, ikutkan aku nak suruh ayah aku je masakkan belut, tapi alih alih tadi ahmad cakap dia nak rasa sup belut aku masak. Adeh.! Tekak aku dahlah takleh nak terima belut, sekali dia nak aku masakkan. Maknanya nanti, aku kenalah merasa jugak. Sebabnya dah masak, haruslah merasa makanan tu kot kot tawar ke masin manis. 

Tapi bila fikir balik, inilah masanya nak merasa isi belut tu. Kata ahmad, isi belut lagi sedap dari ikan keli. Ok, kita rasa nanti. 


Belut yang sudah siap dipotong oleh ahmad. Ok, nasib baik dah siap semua. Kalo dia bagi aku seekor belut terus..errr speechless. Btw, comel je kan nampak belut ni.


Selepas hampir setengah jam duk ketung ketang *bunyi periuk bertemu senduk*, akhirnya siap jugak sup belut. Tapi sebelum api ditutup, haruslah merasa cukup rasa tak sup tu. Kot kot terlebih atau terkurang garam gula. 

Bismillahirahman ni rahim...

Slurppp! *hirup sup. 

Erkkkkk..! Rasa semacam je. 

Ok, tak sanggup nak telan habes. Terus tutup api. Ceduk wat masuk dalam tupperware. Bungkus nak bagi kat ahmad. 

Ok la kot rasanya...huhu. Lantaklah, tawar ke masin ke, janji ada rupa sup jugak, bukan rupa masak tomyam atau masak lomak cili api. Kalo tawar nanti, pandai-pandailah ahmad/ayah aku letak garam sendiri. Hehehe. 



Rupa belut yang telah sebati bersama rempah sup Bunjut Adabi. 
*iklan tak berbayar. 

kemudian, aku sambung masak Sotong Masak Paprik untuk adik lelaki aku. Aku tahu adik aku ni jenis tak makan benda benda pelik. Sebelum dia ugut aku nak masak megi sebab aku tak masak lauk sedap kat dia untuk lunch hari ni, baik aku masak siap siap lauk lain untuk dia. Well, aku tau aku kakak yang baik kan. Ehem.!



Makan paprik sotong lagi sodap!



Ala, sebenarnya aku memang nak masak lauk pun, sebab tekak aku memang takleh nak telan sup belut tuuuuu...

Biarlah orang cakap, belut bagus untuk kesihatan bla bla, lagi sedap dari ikan keli atau ikan apa-apa pun, aku takmo makan jugak. Noktah. Ok, cukup nekad di situ. kehkehkeh. 

Selamat makan tengah hari atau dinner atau brekfast. 
*ikut masa anda membaca post ni. ngeh3


 

Monday, May 14, 2012

Remaja Sekarang Menakutkan. Serius.


Hari tu, aku sembang-sembang dengan seorang budak perempuan berumur 16 tahun dan baru baru berkahwin dua bulan, Samsiah (bukan nama sebenar). Samsiah ni belajar sampai darjah enam, pastu tak sambung belajar. Taktahulah desakan hidup ataupun dia memang tak berminat nak sambung belajar. Tetapi majoriti adik-beradiknya memang tak belajar habes sampai tingkatan lima. Oh ye, adik beradik dia ramai sampaikan kadang-kadang aku terkonpius, mana satu adik dia  mana satu anak sedara dia. Kecik-kecik je semua. 

Sedang borak-borak tu, aku ditanya dengan satu soklan yang cukup cukup cukup sentapp. 

"Mu pernah buat seks?" 

Dush! Ada ke patut ditanya soklan sebegini kepada seorang gadis sunti yang masih belum berkahwin. gulp. 

Yang buat aku terkesima, bayangkan budak belasan tahun tanya soklan begitu dan dia boleh tanya soklan begitu secara open. Tanpa rasa segan silu, sambil gelak ketawa. Seolah-olah pertanyaan dia tadi lebih kurang, Kau dah makan? huh!

Aku sendiri pun, nak menyebut perkatan seks di depan orang pun terasa sangat sangat malu. Ni nasib baik aku menaip je, tak rela kot untuk menyebutnya. 

Ikutkan hati, nak je aku tanya soklan balas. Yelah dia dah tanya begitu kat aku, aku pun teringin gak nak tahu. Pernah ke dia buat seks sebelum kahwin. Boleh buat survey nanti. Tapi tulah, tak terkeluar soklan tu dari mulut aku. Rasa tak sanggup nak tanya, walaupun dalam hati membuak-buak nak tahu. Ahh..last last aku fikir, lantaklah dia, apa-apa pun dia dah selamat kahwin pun kan. 

Memang menakutkan, bila dia boleh jadikan soklan 'pernah buat seks' tu sebagai soklan biasa tanpa sebarang rasa. 

Tu kisah hari tu, kisah semalam pulak..dia beritahu aku, dia ada video bogel seorang budak perempuan yang aku agak kenal tapi gitu gitu. Tak rapat pun, just kenal nama, kenal orangnya. Mula-mula aku tak percaya tapi kemudian dia excited tunjuk video tu melalui phone dia. Ok, dia siap buat koleksi dalam phone dia lagi..=.=' Budak belasan tahun, perempuan, simpan koleksi videao lucah dalm phone. 

Aku pun tengok la, hanya sekadar untuk memastikan betul ke perempuan. Ok, aku hanya mampu tengok 5 saat je, geli kottttttttt. Tak sanggup aku nak terus tonton. eiii. Sah memang perempuan tu, separuh bogel bersama seorang lelaki. ermm..

Saat tu, aku rasa...eh bod** nya perempuan tu. Dah lah buat perkara sumbang pastu boleh pulak biarkan si lelaki tu rakam aktiviti tidak bermoral tu. Tak terfikir ke, sekiranya rakaman tu tersebar satu kampung, satu negara, satau dunia. Kemudian, mak ayah dia tengok. Tak rasa malu ker? Diri sendiri pun tak rasa malu ke, kalo kawan-kawan tengok video maut dia...oh.

Ok, aku tahu isu ni dah lama pun. Isu rakam video lucah ni dah lama. Sebelum ni, aku just biasa-biasa, yelah tak kenal si aktor aktress tu tapi bila menda tu berlaku depan mata aku dan si aktress tu aku kenal. Rasa macam...hurmmm....speechless. 

Dalam hal begini, siapa yang harus disalahkan? Diri sendiri? Keluarga? Kawan-kawan? Masyarakat? atau Perkembangan Teknologi?

Tapi bagi aku, keluarga sangat sangat memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak-anak, memastikan anak-anak dalam ilmu yang cukup dari segi ilmu akademik dan agama. Diri sendiri pun haruslah bijak membuat keputusan, jangan disebabkan cinta, sanggup gadai badan. Serahkan badan untuk orang tersayang. Orang tersayang tu kalo suami takpe, ni belum tentu jadi suami ke tak. 

disebabkan menda-menda macam nilah, bertimbun bayi bayi dibuang setiap hari. 

hurm...moga kita terhindar daripada perkara-perkara begini. Sentiasalah ingat Allah Swt & keluarga, jangan biarkan nafsu & syaitan menguasai diri. 



Kata hati LEA: Masih terkejut dengan insiden semalam. Kesian aku kat mak ayah budak perempuan tu. Sungguh, remaja sekarang sangat menakutkan......



Sunday, May 13, 2012

RAWR! Dinasour Mengamuk.





Ma, RAWR!


Ayah, RAWR!


kakak, abang & adik2, RAWR!


Ahmad, RAWR! eh.


kengkawan, RAWR!



# mereka semua bukan dinasour, aku juga bukan seekor dinasour. Harap Maklong.! 



psttt:  in cat, in ciken, in fish...apa pulak eh?



Saturday, May 12, 2012

Tak Minat Anak Ikan.


Sebagai mukadimah untuk entri ni, aku nak bagitahu. Aku sekarang hanyalah pekerja di sebuah kedai makan yang terkemuka di kampung aku. 

Ini kejadian minggu lepas. Citer dah basi, baru nak tayang sini. ngeh3. Masa tu, datanglah segerombolan budak-budak, aku bajet dalam tingkatan 4 5 camtu datang minum minum kat kedai aku bekerja ni. Budak budak, datang minum jela yang mampu. Nak makan makan kena bawak mak bapak datang sekali. 

Kemudian, bila dah puas borak borak tak hingat dunia sambil minum minum. Diorang dah bersedia untuk blah dari kedai makan. Tapi sebelum nak blah, haruslah bayar dulu. 

Masa tu, aku sedang jaga di kaunter pembayaran.

budak 1: teh o beng. berapa eh?

aku: ok, rm1.30. haa..yang ni air apa pulak. *tanya budak lain pulak.

budak 2: Panggil la dia abang. 

Abang??? #muntah hijau biru cokelat purple. Tapi aku cool, sengih jela. Budak-budak. 

selepas cukup 6 orang buat pembayaran, orang terakhir tu sempat berkata kat aku.....

budak 6: Nak mitak no telefon boleh? *muka mengharap sambil siap pegang fon, bajet boleh salin lelaju bila aku bagi no phone nanti. 

aku: tak payah. *sengih macam taknak sengih. Aku malas nak cakap banyak. Kang tak pasal aku bagi ceramah motivasi free pulak. 

Wahai adik, masa sekolah ni, jangan nak bercintan cintun sangat ye dik. fokus belajar tu dulu...bla bla bla bla bla bla

mau berdarah telinga diorang nanti. 

budak 6: errmm...... *kawan-kawan yang lain dah sengih sengih. 

kemudian mereka berlalu. 


********************


oh come on dik, akak umur 24 tahun kot. Mentang-mentang tinggi kita lebih kurang, ingat akak sebaya korang ke? hoho~ lagipun maaflah ye dik, akak jenis tak minat nak kumpul 'anak anak ikan'..auw. kalau kumpul anak ikan puyu, anak ikan haruan, ok jugakk...boleh dijual kat kakak-kakak, makcik-makcik, nenek-nenek yang baru lepas bersalin. Bagus untuk memulihkan luka-luka selepas bersalin. 

Untungla kan, budak budak zaman sekarang, masing masing ada henpong, canggih lak tu. Zaman aku dulu, guna telefon rumah je, nak kol kawan tanya ada kerja sekolah tak, esok sekolah tak, esok nak ponteng sekolah tak, esok PJ nak pakai tshirt kaler apa, tudung kaler apa. Tu pun kadang-kadang curi-curi kalo nak gayut lama-lama. 


Bila mak ayah lalu, terus tanya..


"soklan math no 2 tu macam mana nak jawab eh? bla bla"


Bila mak ayah blah je..


"Eh ko tengok tak citer hindustan tadi..sedih kan...hero mati bla bla hidup semula bla bla"


Padahal boleh je, bercerita esok kat sekolah. tapi punyalah nak bergayut dengan telepon kann...

Tapi awas ye adik-adik, jangan guna henpong ke arah yang tidak elok untuk kesihatan dan pertumbuhan minda. Tak payah sibuk nak ber SMS MMS BBM dengan bopreng dengan gipreng sangat...fokus belajar tu dulu ye adik adik. 







Wednesday, May 2, 2012

Model baru meningkat naik

 








nama: Nazurah Solehah binti Mohd Nazri

nama glemer: Miss Solesole.

Panggilan manja: Kak Ah

umur: 6 bulan. 

Hobi: Menyimpan jambul sejemput, Jilat bibir. aum. 

Lain-lain info: Mempunyai lesen T (kereta bulat tanpa pintu, tingkap, enjin). tidak mengambil nasi untuk sentiasa selim, menggunakan pencuci muka, kerim & toner Johnson untuk kulit lebih mulus, tulus, licin dan anjal. 

pesanan untuk auntie Lea: Moga auntie sukses dalam dunia blog ni. Moga cepat kawen jugak, cepat I dapat sepupu. 


errr. 

"untunglaa kan, kecik kecik dah reti posing"



 

Tuesday, May 1, 2012

Tangkal mengubat cacing

 
Ingat tak, hari tu aku ada citer pasal rantai berloket siput yang direka khas oleh ahmad? Ingat tak ingat tak? kalo tak ingat, klik sini. tu pun kalo sudi nak klik la kannn.....

Nah, aku tempek lagi sekali gambar rupa paras rantai tu. 


rantai silver berloketkan kulit siput. 


Untunglaa kan dapat rantai silver? tapi tapi sayangnya kulit aku agak sensitip. Kulit badan aku ni jenis allergik barang-barang metal ni. Jam besi, rantai silver, gelang silver, cincin silver, cincin besi..semua tu aku tak boleh pakai..kecuali barang yang berunsurkan EMAS...auww..nak barang-barang mahal je kan.......

ok, ni bukan demand tau, ini serius. Serius aku ade allergik tuh.=.=' Kalo aku pakai jugak, mulalah berbintik merah sekitar tempat yang pakai barangan tuh. 

Jadi, disebabkan aku gedik nak jugak pakai rantai berloketkan siput tu, aku pun tukarlah rantai silver tu dengan rantai tali hitam biasa. Rantai tali hitam biasa yang boleh didapati di kedai kedai aksesori berdekatan dengan harga...erm terlupa skrip pulak. =.='


berlatarkan fail konbokeseyen aku hari tu. 




*************************************************************


"Ma, ma...comel tak rantai ni.?" 
sambil gerakkan badan ke kiri kanan untuk melancarkan proses pemerhatian mak aku terhadap rantai tu. 


"Sekali tengok, comel jugak. Tapi kali kedua tengok, dah macam tangkal mengubat cacing je"
komeng mak aku sambil lewa. 


dush.


T__________T



tengok! BOBO pun berkenan dengan rantai ni. Siap suruh aku tolong pakaikan lagi. kikikiki




Kata hati Lea:  Lantaklah macam tangkal mengubat cacing ke mengubat sawan gila khinzir ke, janji aku suka nak pakai. Ahmad yang bagi, haruslah suka kan....erm  #sorok muka belakang BOBO.