Friday, June 1, 2012

fresh apple.

 


"Saya nak fresh orange satu eh" pesan seorang pakcik.

"Err fresh orange takde la pakcik, dah habes. Epal je ade. Fresh apple nak?" 

Fresh apple? erk. Kenapa bunyi macam pelik je. Ahh buat bodoh sudah, orang cakap terlajak kereta boleh di-reverse, terlajak kata, tak boleh nak tarik balik. hohoho.

Beberapa saat kemudian aku dengar mamat-mamat yang sedang melepak melantak sambil minum air kat sebelah meja pakcik ni gelak-gelak. Dem.! Diorang dengar la kot. Pakcik tadi pun gelak-gelak. Tapi aku kool secool aiskim Mat kool, jadi sambil senyum, aku tanya lagi pakcik tu. 

"Macam mana pakcik, ok ke kalo jus epal"

Terus tukar fresh apple kepada jus epal, kerana aku rasa itulah yang sepatutnya. 

"Macam tu, tak apalah buat jela FRESH APPLE. Buat sedap-sedap tau" 

pesan pakcik tu balik sambil kenyit mata. Fresh apple tu sengaja ditekankan masa menyebutnya. Nak perli aku lettew. Oh ye, part kenyit mata tu aku sengaja je tambah untuk menambahkan ke-dramatik-an scene ini. kehkehkeh.

Setelah selesai mendapatkan pesanan, aku pun berlalu untuk membuat Fresh Apple tu. dem.! Hahahaha. Sambil-sambil memotong epal untuk di-blend hancus mulus, aku terfikir.


Kenapa oren boleh disebut FRESH ORANGE. Normal je. Tapi bila apple, FRESH APPLE macam kelakar plus pelik. Adakah sebab jarang/langsung tak pernah orang guna. Tak silap aku, FRESH means segar/baru.
so, FRESH ORANGE = oren segar, FRESH APPLE = epal segar la kan. 

Ke ada maksud lain? anyone can explain?