Monday, December 30, 2013

BAB 1: KURSUS KAHWIN



Tempat: Masjid Negara, Wilayah Persekutuan KL
Tarikh: 28-29hb Disember 2013

Semalam dan kelmarin, sempat jugak aku mencuri masa untuk menghadiri kursus kahwin, kursus yang tertangguh berbulan-bulan. erk!

Sebenarnya 28hb tu aku keje shift siang, tapi nasib baik lah penyelia bagi green light untuk pergi kursus tu. 29hb pulak keje shift malam, jadi balik je dari masjid terus zip zap bersiap untuk masuk bertugas. Nasib baik, masjid negara dengan balai bomba hang tuah ni tak jauh sangat. 


Nasib baik ada member pergi kursus kawen. Kalo tak, bosan jugak. Member aku tu dah nak kawen pun Mei 2014, jadi tak payahlah nak mintak no tepon bagai dengan aku. keh3. 

Alhamdulillah selesai satu bab, menunggu hari yang sesuai untuk babak-babak seterusnya..hee 




Saturday, December 28, 2013

REKRUT TAK SUDAH.


28 Disember 2013

Masuk hari ni, hampir 10 bulan 13 hari aku training bomba. fuhh fuhh lama giler. Kalo ikut surat tawaran hari tu, kursus ni makan masa 6 bulan jer. tapi extend extend extend sampailah sekarang. 

flashback balik tarikh2 keramat

15 februari 2013

Daftar diri di Akademi Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bharu (FRAM KKB), Selangor. Daftar pukul 8 pagi, pukul 11 pagi bertolak ke Akademi Bomba & Penyelamat Wakaf Tapai, Terengganu. 


Jun 2013

Berpindah kursus di FRAM KKB. 


September 2013

Mula attachment di Ibu Pejabat Bomba & Penyelamat Malaysia, Putrajaya


akhir Oktober 2013

Sambung attachment di Balai Bomba & Penyelamat Shah Alam


akhir November 2013

Sambung attachment di Balai Bomba & Penyelamat Jalan Hang Tuah. 




Dah pelbagai tempat aku merantau dan dah pelbagai jenis katil aku merasa. 

Seriusly, tak sabar giler nak menanti detik 23 Januari 2013




Tuesday, October 29, 2013

Lea Isnawi Is BACK!




wehuuu! Cak! 

hohoho.~! Lama giler tak hapdate blog dengan penuh bernafsu. Sebelum ni hapdate pun sekadar tangkap muat, harapnya semangat yang ada kali ini berkekalan selamanya. Amin~! ngeh3. 

Yeah! Setiap kali mo0d baru, wajah belog pun bertukar baru. Perabot-perabot kat tepi pun kena tukar baru. hehe. Tapi kan, problemnya...aku tak reti nak edit template blog. Blogger sekarang kan dah advanced. Nak buat bling-bling ropol-ropol pun dah tak reti. s0bs.! Ada sapa boleh bantu tak? bagi link blogger yang bagi toturial edit blog pun dah cukup baik. 


muka hitam, tangan berurat. 



perkembangan terkini:


* sekarang ni, aku tengah bertungkus lumus menjadi ahli bomba untuk tempoh 2 bulan.Sebulan di Balai Bomba Shah Alam, Seksyen 15 (15.10.2013-29.11.2013) dan lagi sebulan di Balai Bomba Hang Tuah. (30.11.2013-27.12.2013). 

* Masuk hari ni genap 8 bulan menjalani rekrut Bomba. 4 bulan di Akademi Bomba & Penyelamat Wakaf Tapai, 2 bulan di Akademi Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bharu, 1 bulan attachment di HQ Putrajaya dan 2 bulan attachment di balai. 

* Dijangka akan tamat latihan pada 15 Januari 2014. Gila lama kan. T__T

* Sepanjang tempoh 6 bulan rekrut, berat turun 7 kg. Tapi sekarang rasanya dah naik berkali-kali ganda. erk! harapnya dapat kurangkan balik sebelum tamat latihan nanti. Tak smart kot pakai uniform, perut boroi. erk!.



ok, chow dulu, siren kecemasan dah berbunyi. Ada kucing yang perlu diselamatkan. haish kucing ni, naik pokok pandai, turun tak pandai. 




Wednesday, September 18, 2013

Attachment.

Assalamualaikum....

Hari ni sudah masuk dua minggu aku ber-attachment di HQ Bomba & Penyelamat Malaysia, Putrajaya. So far so good la...

Aku attachment kat sini selama sebulan. Attachment kat sana sama macam praktikal di jabatan kimia malaysia (JKM) masa zaman study dulu. Kami di berikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan akan berada di bahagian tertentu kemudian akan di-rotate by week. Di hq ni terdapat 4 bahagian iaitu bahagian latihan, bahagian operasi, bahagian penyiasatan dan bahagian keselamatan kebakaran.

Apa yang bestnya sekarang adalah aku dah bebas!!!

Sekarang ni aku bukan lagi bergelar pelatih rekrut. Bebas untuk.shopping, dating, eating, balik kampung dan bla bla. Tapi apa-apa pun still kena jaga disiplin, yelah belum tamat latihan lagi. Dijangka kami akan tamat latihan pertengahan bulan januari tahun depan. Lama gile kan. T_T

Tak sabar nak tamat latihan.

Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan.


Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa, tapi tak sempat lagi nak wish selamat berpuasa kepada korang semua. Maka, di kesempatan yang ada ni, saya dan suami ingin mengucapkan...




Eh eh bila masa aku dah bersuami? Maap, nilah bahana kalo tido selepas sahur, kang dah jadi lupa ingatan lagi tak sedar diri,hengat diri sudah berkawen. ngeh3. 


Apa-apa pun, selamat bersahur, berpuasa, berbuka. dan jangan lupa selamat bersemayang terawih!!! kutiplah pahala sebanyak mungkin di bulan penuh barakah ini :)

Oh ye! Jangan lupa mengaji jugak, sebolehnya biarlah dapat khatam satu Quran sebelum raya ni. Kalo novel setebal 800 muka surat boleh habiskan dalam masa sehari, takkan Al-Quran setebal 604 muka surat sahaja tak boleh habiskan dalam masa sebulan, betul tak? 


kbai~ 




#untung jugak training dalam bulan puasa, tak begitu tuff sangat..hee. syukur2 :)



Thursday, June 6, 2013

Satu Kemusykilan


Minggu lepas, tetiba aku terfikir...


Islam menyuruh wanita agar menutup aurat dan melabuhkan tudung sehingga melebihi paras dada.


Habis tu, wanita-wanita yang menjawat jawatan dalam unit beruniform seperti bomba, polis, kastam, jururawat? Mereka (termasuk aku) kan memakai tudung ke dalam dan terkadang sehingga ada yang menampakkan bonjolan-bonjolan.

Hurm, apa hukum dia eh?


Just curious. 

Hari tu, aku ada ajukan soklan ni kat pages Ustaz Azhar Idrus, tapi tak terjawab pulak. huhuhuhu. 

So, apa pendapat korang?



****************************************************



#Terkadang aku pun tak selesa dengan pemakaian aku dalam rekrut bomba ni.  Tudung ke dalam, baju tight-in. Tapi apa boleh buat, ini kerjaya yang aku pilih. Terima jela kan.

Aku ni dahlah jenis feminin, kurang gemar berseluar. But lastly, pakaian berseluarlah yang akan menjadi pakaian harian kerja aku nanti. 








Friday, May 24, 2013

Sedih Tanpa Sebab







Nak balik umah! Homesick tertibe. 

sungguh! sejak aku masuk asrama, duduk jauh-jauh since sekolah menengah sampai masuk universiti, tak pernah rasa homesick.
duduk kat sini walaupun dalam negeri yang sama, rasa homesick la pulak.

sobs!



Tuesday, January 22, 2013

Hukum Simpan Teddy Bear


Ini kisah bulan yang lepas kot. Masa tu, aku dalam kereta bersama ahmad. Masa dalam perjalanan tu, terpandanglah satu stesen minyak sedang buat promosi untuk redeem barang. Aku pun ternampaklah teddy bear besar amat, best tu kalo boleh peluk peluk timang tuuu....

"Awak, awak. Saya nak teddy bear besar tu"

"Oo..pergilah beli sendiri"

"Ala..awak belikanlahhh.." 
sambil buat muka budak umur satu tahun. 

"Hmm..jangan harap saya nak belikan teddy bear. Sampai bila-bila pun, saya takkan belikan awak teddy bear.!"

Agak sentap, dengar ahmad cakap macam tu. Mulut aku terus muncung seribu, tanda protes. merajuk! Mungkin terpandang muncung aku yang hampir 3 inci tu, ahmad pun berkata...

"Sayang..bukan saya taknak beli atau bagi awak teddy bear. Kan tak baik simpan teddy bear dalam umah. Tak masuk malaikat dalam umah tu"

tertiba sejuk dengar dia cakap macam tu. ngeh3. Setahu aku, kalo simpan Barbie Doll memang tak elok. Tak masuk malaikat dalam umah, tapi kalo teddy bear, im not really sure. So, balik je umah terus aku google hukum menyimpan teddy bear.


**********************************


Hanya boleh untuk mainan kanak-kanak belum baligh. HARAM yang sudah baligh simpan dalam bilik sebagai hiasan bilik atau hiasan dinding.

- Koleksi soal jawab UAI



nak tau lebih lanjut, boleh klik SINI


**********************************


Kebiasaannya ramai lelaki suka menghadiahkan teddy bear kepada cinta hati tersayang. Yela, teddy bear kan cumels. Tapi bila dah tau hukum ni, sebolehnya elakkanlah ye pakcik pakcik, abang abang dan adik-adik sekalian. Carilah hadiah lain yang lebih manfaat dan menyihatkan seperti mesin eksesais takasima kee...


Bagi yang ada simpan teddy bear dalam bilik tidur ke, kereta ke atau mana-mana tempat, sebolehnya buang jela. Kalo rasa sayang sangat sangat, hadiahkan je kat anak sedara ke atau mungkin anak jiran...tapi pastikan budak yang belum baligh dapat, bukan kakak atau mak budak tu pulak. har3.




Rumah yang tidak dimasuki malaikat, maka yg masuk adalah syaitan.. jangan terkejut kalau tengah2 sedap peluk teddy bear yg berbulu lembut, tiba2 berubah menjadi makhluk yang berbulu kasar
sumber: UstazLove.


Monday, January 21, 2013

Selamat Pagi Cikgu!



Dah masuk 3 minggu aku menjadi cikgu ganti di sekolah lama aku. Rupanya bergelar seorang guru agak taff jugak eh. Kena pandai jerit-jerit, pandai tarik perhatian pelajar, pandai mengajar (opkos laa kan) dan mesti kreatip. Oh ye, mesti pandai bergaya. AKu tengok guru-guru kat sini semua bergaya. Aku je yang selekeh. Fuh~! Nasib baiklah aku tidak memilih kerjaya GURU sebagai kerjaya pilihan aku.  

Aku mengajar subjek matematik untuk tingkatan 1 dan subjek Pendidikan Sivik untuk tingkatan 5. Mengajar maths takde masalah bagi aku, tapi part nak mengajar Pendidikan Sivik tu, hancuss. Dahlah dulu, aku tak belajar subjek Pendidikan Sivik, so, aku sendiri pun tak reti nak mengajar, lagi teruk nak mengajar Tingkatan 5 yang dah besar panjang pun…huhuhu.

Yang paling best, bila jalan-jalan sikit orang panggil CIKGU. Sampaikan ada dua tiga orang pelajar aku sanggup ikut aku balik, semata-mata nak kenal umah..GILO~! hahaha. Tapi budak-budak kecik je, apa dehal.

Setiap kali mengajar kelas akhir, mesti aku akan sapu losyen kat tangan..Sebabnya, budak-budak akan bersalam dengan aku sebelum balik umah. Jadi, untuk mengelakkan diorang menghidu tangan aku yang berbau sambal belacan, baik diorang hidu tangan yang berbau wangi ditempek dengan losyen…ngeh3. 

Next week minggu terakhir bergelar guru, rasa sedih la pulak. Anak-anak murid pun sibuk cakap..

"Ala cikgu, takyah la jadi bomba. Jadi la cikgu sampai bila-bila".

hihihi..takleh sayang. Kerjaya guru memang tak match langsung dengan aku. Lagipun, aku rasa, seandainya aku menjadi cikgu mesti kopak je gaji aku tiap-tiap bulan nak kena beli baju dan tudung baru....huuuuu







Tuesday, January 15, 2013

Sedia Menyelamat



Hola! Sejak akhir ni, aku memang jarang sikit boleh nak hapdate blog. Nafsu untuk menghapdate tu sangat sangat membuak, tapi takleh nak buat apa, laptop kesayangan aku dah lama jadi arwah. Nak beli baru, masih tak mampu lagi, tunggu la dapat gaji nanti..huuuu. Oh ye! ni pun curik curik hapdate di PC bilik komputer sekolah. ngeh3. 

I got a good news! Semalam, abam posmen datang umah aku dan surat yang aku tunggu tunggu dah pun sampai. Ada dua surat sampai semalam, satu kad jemputan kawen senior aku dan satu lagi jeng jeng jeng..surat lapor diri di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Mengikut surat tu, tarikh lapor diri adalah 15 Februari 2013 di Akademi Bomba dan Penyelamat, Kuala Kubu Bharu, Selangor selama 6 bulan.

At first, agak kecewa jugak sebab dekat Selangor bukan Terengganu, tapi last last agak happy jugak sebabnya bila aku bagitau senior aku yang sudah pun bergelar Penguasa Bomba, dia cakap...

"Ooo..untunglah dapat KKB. Training ringan sikit..."

Ok, harap harap betullah cakap abam senior tu. Senior aku ni tempat rujukan aku sebelum pergi ujian kemasukan bomba sehinggalah aku dah dapat kerja bomba ni. Kena belanja makan nanti ni..kikikiki. 

6 bulan training. means no handphone, no outing, no balik umah watsoever, no internet, no MCD, KFC, PIZZA. huuu~! no ahmad jugak. sobs. 

Harapnya aku dapat hadapi dengan gigih, cekal, tabah, kuat. 

Yeah I CAN DO IT!  


For those yang sama nasib dengan aku, see u di Kuala Kubu Bharu next month.! oh ye, abam senior aku pesan, bawak kasut putih banyak sikit, kalo boleh more than 2 sebabnya nak kena pakai hari-hari, pastu kena sentiasa putih bersih...




nota hati kecil LEA: Disebabkan aku dah takde laptop, jadinya aku tidak dapat blogwalking kat blog korang buat masa sekarang. Jangan kecik hati tau. Rindu sangat nak g jejalan baca citer korang, tapi tapi apakan daya kan...sobss...tunggulah kemunculan aku nanti ye kawan-kawan blogger yang aku sayangi. 



Wednesday, January 2, 2013

Rezeki 2013

 

Sekian lama tak update, baru terasa ringan tangan nak menaip di sini. Kepada yang menunggu jawapan teka teki hari tu, sori sangat sangat buat kalian menunggu lama..nanti aku bagitau ok ok?

Sempena tahun baru, bulan baru, aku nak share satu berita baik dengan korang, alah tapi mungkin ada yang dah tau pun c0z terbaca status fesbuk aku...tapi takpe, aku still nak post kat sini jugak. 

AKU DAH DAPAT KERJA! 

Yehuuu~! setelah hampir setahun lebih kerja menjadi kuli batak, akhirnya aku temui juga masa depan yang cerah. Aku dapat juga, apa yang aku ingin capai. alhamdulillah, terima kasih sangat sangat Ya ALLah :)
 


 Lepas ni, aku akan menjalani 9 bulan training atau kursus Diploma Lanjutan Kebombaan di Wakaf Tapai Terengganu. Sampai sekarang aku masih belum tahu, bila aku akan lapor diri. Mungkin sebulan lagi, takpun dua bulan lagi. Takpelah tunggu jela. Ikutkan aku takut juga, nak kena pergi training selama 9 bulan, dengar dengar quite taff, harap harap aku dapat tempuhi dengan tabah nanti. InsyaAllah.

 Sekarang aku dah tak perlu rimas lagi bila ada yang sibuk menanyakan aku kerja kat mana? sebabnya i'm already have the answer. :)

oh ye, yang bestnya sepupu dan best friend aku pun dapat jugak! Suka suka ade geng masa training nanti...heee

kepada yang sentiasa bertanyakan berita tentang progress temuduga bomba aku hari tu, terima kasih sangat sangat. Korang buat, i terharu tauu..lap lap u.

 Doakan yang terbaik untuk aku nanti ye...





 
** jawapan teka teki hari tu adalah perbandingan dua peluru di bawah comparison microscope.