Tuesday, January 22, 2013

Hukum Simpan Teddy Bear


Ini kisah bulan yang lepas kot. Masa tu, aku dalam kereta bersama ahmad. Masa dalam perjalanan tu, terpandanglah satu stesen minyak sedang buat promosi untuk redeem barang. Aku pun ternampaklah teddy bear besar amat, best tu kalo boleh peluk peluk timang tuuu....

"Awak, awak. Saya nak teddy bear besar tu"

"Oo..pergilah beli sendiri"

"Ala..awak belikanlahhh.." 
sambil buat muka budak umur satu tahun. 

"Hmm..jangan harap saya nak belikan teddy bear. Sampai bila-bila pun, saya takkan belikan awak teddy bear.!"

Agak sentap, dengar ahmad cakap macam tu. Mulut aku terus muncung seribu, tanda protes. merajuk! Mungkin terpandang muncung aku yang hampir 3 inci tu, ahmad pun berkata...

"Sayang..bukan saya taknak beli atau bagi awak teddy bear. Kan tak baik simpan teddy bear dalam umah. Tak masuk malaikat dalam umah tu"

tertiba sejuk dengar dia cakap macam tu. ngeh3. Setahu aku, kalo simpan Barbie Doll memang tak elok. Tak masuk malaikat dalam umah, tapi kalo teddy bear, im not really sure. So, balik je umah terus aku google hukum menyimpan teddy bear.


**********************************


Hanya boleh untuk mainan kanak-kanak belum baligh. HARAM yang sudah baligh simpan dalam bilik sebagai hiasan bilik atau hiasan dinding.

- Koleksi soal jawab UAI



nak tau lebih lanjut, boleh klik SINI


**********************************


Kebiasaannya ramai lelaki suka menghadiahkan teddy bear kepada cinta hati tersayang. Yela, teddy bear kan cumels. Tapi bila dah tau hukum ni, sebolehnya elakkanlah ye pakcik pakcik, abang abang dan adik-adik sekalian. Carilah hadiah lain yang lebih manfaat dan menyihatkan seperti mesin eksesais takasima kee...


Bagi yang ada simpan teddy bear dalam bilik tidur ke, kereta ke atau mana-mana tempat, sebolehnya buang jela. Kalo rasa sayang sangat sangat, hadiahkan je kat anak sedara ke atau mungkin anak jiran...tapi pastikan budak yang belum baligh dapat, bukan kakak atau mak budak tu pulak. har3.




Rumah yang tidak dimasuki malaikat, maka yg masuk adalah syaitan.. jangan terkejut kalau tengah2 sedap peluk teddy bear yg berbulu lembut, tiba2 berubah menjadi makhluk yang berbulu kasar
sumber: UstazLove.


28 comments:

Tukang Karut said...

bini aku kata dah ada 'bear' yang besar dekat rumah dah...

Lea Isnawi said...

elelelele ko la tu ye :P

combi said...

okeyh..thanks sharing..huuuuuu

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the share....

justin lover said...

alaaa...baru ingt nk g rantau pjg beli bear lg, haha^^

Pengetua Speaker Sekolah said...

orite dah ade idea nak save duit dan bagi alasan kat makwe da lpas ni..ngengehngeh

the malay male said...

dah besar besar ni tak yah la nak ber teddy bear sangat kan :-)

diana said...

kat rumah akak belambak teddy bear dengan barbie doll.maisara la main sampai tercabut2 leher..

kalau orang dewasa dia tak main bear ni..dia letak tinggi2 tak bagi sapa2 main..itu memang tak boleh..

ZWAN SABRI said...

kat umah ada teddy bear tp suma pemberuaian org.. time konvo lah.. time menang competiton lah and macam2 lagi.. nak buang rasa x sampai hati sebab org bg.. huhu

boni kacak said...

kalau tak salah nak simpan boleh, tapi potong dulu bahagian kaki atau tangan bear tu.. ni kalau tak salah saya

WO Orchid said...

Memang betul tu..tk elok simpan teddy dalam rumah...

missSenget said...

kalo teddy bear tu mmg kite pakai..?

bukan hiasan la..

jadikan bantal..?

Aien Alien said...

sharing is caring kan Lea. hehe. lama tak mai sini.


kita banyak teddy bear...semua orang bagi, sayang kalau buang ke, lagipun tak buat hiasan pun, semuanya simpan elok2 dalam kotak.

Nasuha said...

dh tak mau main teddy bear..

ct kektus said...

tedy bear tak buat hiasan, buat bantal peluk2. huhuu

Kuazue Mohd said...

as salam... cik azue datang vertandang...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

Lia Irdelia said...

errr..
serba salah..!
haahha...

tpi, ada dgr jugak, kalau bukan hiasan, cth guna buat bantal ker, x per...

wallahualam..

Aida Omar said...

dulu time study ada kawan tanya dekat ustaz pasal simpan teddy bear nie.. ustaz kami cakap banyak pandangan pasal teddy bear nie.. salah satunya yang tak boleh bila ada teddy bear dipuja.. contohnya bf/gf beli bila pandang je bear tu teringat/rindu gila2, ustaz kami kata patung yang kita puja, patung yang kita buat perhiasan dan percaya ada ong, elak bala or etc tu yang tak berapa nak boleh.. tapi seeloknya kita elakkan je la kan. hehe.. good info nie lea :)

CTK said...

huhu...lau simpan je bleh?xbuat hiasan..huhu

afzalsukasuki said...

kalau buat plok time tido walaupun org dewasa?

jatuh haram tak hukumnya kalau aku dok umah sebab wife aku panggil aku bear2 ucuk2 hahaha

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum...

Teringat satu member yg sangat minat teddy. Nak simpan tak boleh. Tengok-tengok je selalu. ^^,

Moga Allah kasih.

xila dot said...

ai syg...rindu!!

Hanie Dew said...

ok.ayat last tu aku takut..teddy bear sume dah kasi kat anak buah umur 4 tahun.kekeke..teddy bear konvo je pun.

Cik Kartun ( CK ) said...

hoho 1persatu tedy dah d buang oleh cik abah.
maaf lme x jguk cni

boni kacak said...

kalau tak salah saya, ada pendapat yang mengatakan.. nak simpan boleh tapi koyakkan dulu bahagian kaki atau pun bahagian tangan ke. supaya bear tu tak sempurna sifatnya

Abg Stalker said...

ok jom kwin.bt laki or bini kita jd bebear.lg sedap peluk ada tindakbalas :P lol

OBAT PEMBESAR PENIS said...

This article is very helpful thanks for sharing.......................!!!!!!!!!!!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)