Wednesday, January 2, 2013

Rezeki 2013

 

Sekian lama tak update, baru terasa ringan tangan nak menaip di sini. Kepada yang menunggu jawapan teka teki hari tu, sori sangat sangat buat kalian menunggu lama..nanti aku bagitau ok ok?

Sempena tahun baru, bulan baru, aku nak share satu berita baik dengan korang, alah tapi mungkin ada yang dah tau pun c0z terbaca status fesbuk aku...tapi takpe, aku still nak post kat sini jugak. 

AKU DAH DAPAT KERJA! 

Yehuuu~! setelah hampir setahun lebih kerja menjadi kuli batak, akhirnya aku temui juga masa depan yang cerah. Aku dapat juga, apa yang aku ingin capai. alhamdulillah, terima kasih sangat sangat Ya ALLah :)
 


 Lepas ni, aku akan menjalani 9 bulan training atau kursus Diploma Lanjutan Kebombaan di Wakaf Tapai Terengganu. Sampai sekarang aku masih belum tahu, bila aku akan lapor diri. Mungkin sebulan lagi, takpun dua bulan lagi. Takpelah tunggu jela. Ikutkan aku takut juga, nak kena pergi training selama 9 bulan, dengar dengar quite taff, harap harap aku dapat tempuhi dengan tabah nanti. InsyaAllah.

 Sekarang aku dah tak perlu rimas lagi bila ada yang sibuk menanyakan aku kerja kat mana? sebabnya i'm already have the answer. :)

oh ye, yang bestnya sepupu dan best friend aku pun dapat jugak! Suka suka ade geng masa training nanti...heee

kepada yang sentiasa bertanyakan berita tentang progress temuduga bomba aku hari tu, terima kasih sangat sangat. Korang buat, i terharu tauu..lap lap u.

 Doakan yang terbaik untuk aku nanti ye...





 
** jawapan teka teki hari tu adalah perbandingan dua peluru di bawah comparison microscope. 


 

34 comments:

Khai faiz said...

tahniah lea...

piNky LuCiA said...

tahniah lea.. jadilah bomba yang berwibawa.. hehehe

tikahmodjaika said...

heheehe... ;) rindu wakaf tapai...

chiLleD...!! said...

tahniah..hehe

Mohamad Zulfadli said...

tahniah kak lea...slmt menempuh kehidupn rekrut...

ct kektus said...

tahniah dear. :)
9bulan tu pejam celik pejam celik dah habis dah. :)

combi said...

congrtz :)

combi said...

congrtz :)

syahirooAhmad said...

Tahniah lea... :)

onie said...

tahniah leaaaaaaaaaa :D

Tukang Karut said...

tahniah...

Uncle Jonni said...

tahniah...

haipp !!... (sambil tabik spring)

boni kacak said...

tahniah awak... gaji pertama nanti jangan lupa belanja choki2 tau..hehehe

sara pedrosa said...

tahniah sekali lg lea..
gaji mahal neh..hehe

afzalsukasuki said...

alhamdulillah

dari tahun lepas kan abis blaja.susah nak dapat keje skarang kan

so dh dapat keje ni..kena buat kenduri ni hehe :D

tahniah2 :D

Anonymous said...

Jumpa kat sana nanti Lea, Saya pun dapat jugak, Fataf

Anonymous said...

Saya duk follow entry awak sejak dari tahun lepas, time PPIB tak perasan sebab ramai sangat orang. Yang bestnya saya pakai no BIB 21, daftar no 21, dapat bilik no 21, saya punya email dari mula2 kenal komputer fataf_21@yahoo.com. Dah berkahwin dan ada anak sorang, tu yang lagi parah nak tinggalkan depa semua. tambah2 nak tinggal anak. FB tak ada sebab malas nak lwyan FB nanti EX lama kacau, Blog tak ada sebab tak reti. apa akumerapu ni.

Anonymous said...

Elok kita call balai bomba putrajaya tanya depa bila lapor diri, prohibition period saya 2 bulan, kalau tak kena byar kat kilang 2 bulan gaji, dah la masuk nanti gaji hold 2,3 bulan. Boleh ja nak blah terus tapi nanma baik kena jaga. Saya dah tanya pihak SPA, depa cakap masuk keja kerajaan tak perlu surat berenti keja dari swasta. Selamat la kalu terdesak berenti keja swasta.

Best Regard;
fataf

saifudin abu izzudin said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Anonymous said...

Salam Lea,

Saya call Bomba Putrajaya tadi, depa cakap tarikh terbaru 15 Feb ni. Jadi saya terpaksa hantar resign later tak sampai 2 bulan. Kena bayar sikit la kat company. Dan tak sempat dapat bonus. Sakit2. Dah la masuk rekrut ni kita tak dapat gaji selama 2 bulan kot. Mungkin sapa dah kawin macam saya diberi awal klau tak macam mana nak tanggung anak bini. Loan lagi. Dugaan pertama sebelum jadi penguasa bomba. Anak pun macam tau2 bapak dia nak tinggal dia lama2, bukan main merap dia sekarang. Bini pulak keja nak berkepit ja.

Fataf

Anonymous said...

Confirm ke beb 15 feb? kawe pn dpt jugak.

Anonymous said...

Saya dua kali cal Bomba putrajaya, kali kedua saya call dia cakap tarikh terbaru 15 feb, saya siap hantar resign letter lagi. prohibition period dah la 2 bulan, maknanya kena baya lagi kat kilang. Apa kata kita call ramai2 dan confirm tarikh dengan depa. Then post tarikh kat Lea punya Blog blh ramai2 baca. Thank Lea for your blog

Fataf

Anonymous said...

KB 41 kali ni 9 bulan kat Kuala Kubu Baru. Tak sampai sebulan kita akan dapat surah rahan melapor diri dalam masa sebulan dari tarikh surat. Sapa2 ada info terkini post la

Fataf_21@yahoo.com

Lea Isnawi said...

tenkiu fataf for your information. Dah agak dah mesti akan lapor diri after Chinese New Year (CNY). CNY kan 10. 11 feb ni...

see u later jugak :)

nanti apa2 maklumat gtau balik eh..insyaAllah saya akan post di blog ni..

asri.azhari said...

Tahniah

Anonymous said...

Takkan la lapor diri 15hb tu kan hari jumaat..baik ang try call org akademi kuala kubu baru.

Anonymous said...

Saya harap tarikh tunda pi bulan 3. Tak bersedia la aku. Kalau boleh biar lepas notis period aku dan dapat bonus. Sebelum ni ingat tak result temuduga tunda dari bulan 10 pi bulan 12.

Fataf

lea said...

FATAF:

err taknak la tunda ke bulan 3, lama bebenor. Awak yang dah keje boleh la cakap camtu, saya yang baru nak merasai dunia kerja sebenar, sangat berharap dipercepatkan. Lagipun, lagi cepat training, lagi cepat habes. nanti bulan 7 dah start puasa kan...pastu raya...

Apa-apa pun, tunggu jela surat dari JBPM....

Unknown said...

ok ak nak tnya... medical checkup kena buat dgn hosp. krajaan atau hosp. swasta pon boleh?

Anonymous said...

Pusat inform 15hb feb lapor diri kat kkb. Surat lapor diri dah prepare. 2 3 hari lg smpai rumah.

Anonymous said...

Saya buat M.Checkup kat hospital kerajaan senang, memang confirm2 valid.

Fataf

Anonymous said...

Baru joging2 dan kayuh basikal, macam nak muntah. Punya la stamina tak ada. Ada sebulan ja lagi nak kena dera, kalau demam lebih dari 4 hari, atau demam berturut2 banyak2 minggu kena halau balik.

Fataf

Anonymous said...

Salam, Asri Azhari, aku ingat lagi hang satu group dengan aku time PPIB wakaf tapai. Aku time tu jadi pengurusi untuk perbincangan nak selamatkan kebakaran banggunan 5 tingkat. Sapa2 yang tau tarikh terbaru kita lapor diri roger2 la ya. Surat bomba tak sampai lagi.

Fataf

Lea Isnawi said...

saya dh dapat surat dah
lapor diri 15 februari ni, di kuala kubu bharu untuk 6 bulan