Monday, January 21, 2013

Selamat Pagi Cikgu!



Dah masuk 3 minggu aku menjadi cikgu ganti di sekolah lama aku. Rupanya bergelar seorang guru agak taff jugak eh. Kena pandai jerit-jerit, pandai tarik perhatian pelajar, pandai mengajar (opkos laa kan) dan mesti kreatip. Oh ye, mesti pandai bergaya. AKu tengok guru-guru kat sini semua bergaya. Aku je yang selekeh. Fuh~! Nasib baiklah aku tidak memilih kerjaya GURU sebagai kerjaya pilihan aku.  

Aku mengajar subjek matematik untuk tingkatan 1 dan subjek Pendidikan Sivik untuk tingkatan 5. Mengajar maths takde masalah bagi aku, tapi part nak mengajar Pendidikan Sivik tu, hancuss. Dahlah dulu, aku tak belajar subjek Pendidikan Sivik, so, aku sendiri pun tak reti nak mengajar, lagi teruk nak mengajar Tingkatan 5 yang dah besar panjang pun…huhuhu.

Yang paling best, bila jalan-jalan sikit orang panggil CIKGU. Sampaikan ada dua tiga orang pelajar aku sanggup ikut aku balik, semata-mata nak kenal umah..GILO~! hahaha. Tapi budak-budak kecik je, apa dehal.

Setiap kali mengajar kelas akhir, mesti aku akan sapu losyen kat tangan..Sebabnya, budak-budak akan bersalam dengan aku sebelum balik umah. Jadi, untuk mengelakkan diorang menghidu tangan aku yang berbau sambal belacan, baik diorang hidu tangan yang berbau wangi ditempek dengan losyen…ngeh3. 

Next week minggu terakhir bergelar guru, rasa sedih la pulak. Anak-anak murid pun sibuk cakap..

"Ala cikgu, takyah la jadi bomba. Jadi la cikgu sampai bila-bila".

hihihi..takleh sayang. Kerjaya guru memang tak match langsung dengan aku. Lagipun, aku rasa, seandainya aku menjadi cikgu mesti kopak je gaji aku tiap-tiap bulan nak kena beli baju dan tudung baru....huuuuu







12 comments:

onie said...

betul,jadi cikgu kopak duit sbb nak kena beli baju dan tudung baru,haha....

Eza Faezah said...

cikgu2 sekarang memang bergaya. Best ada pengalaman jadi cikgu ni. Sangat bermakna. ;)

NIZAM said...

hahaha. macam kelaka plak ayat last tu. kopak duit bei baju ye. tapi btol jugak. jadi cikgu kena pakai formal sepanjang masa.

Tukang Karut said...

kalau ko sanggup jadi cikgu, aku nak masuk sekolah balik...

hafiz hafizol said...

cg lelaki jugak yg simple kan.. huhu..

HeNRieTTa JoSe said...

oooo skank cikgu sementara...hmmm...dua kerjaya yang ssangat berbeza nie...hehehe....

combi said...

hoho...rindu zaman skolah2

ZWAN SABRI said...

Hai Cikgu Lea.. Nak salam ngan cikgu boleh? nak bau losyen.. HEHE

ct kektus said...

mesti cikgu pakai lotion garnier. wangi. kehkeh :D

Pengetua Speaker Sekolah said...

wahhh...terasa nak kembali ke zaman sekolah dan bersalam dgn cikgu lea lah..hehe

p/s:kalau anak murid baca blog cikgu diorang mcm mne la agaknye..

Lea Isnawi said...

ingat nak pomote anak murid suh bace blog ni gak..

hahahaha

Anonymous said...

Lepas ni tak sempat pakai losyen la jawabnya. Mesti sibuk pakai pemutih muka ja. He3.
( Hitam itu bergaya)

Fataf