Tuesday, January 22, 2013

Hukum Simpan Teddy Bear


Ini kisah bulan yang lepas kot. Masa tu, aku dalam kereta bersama ahmad. Masa dalam perjalanan tu, terpandanglah satu stesen minyak sedang buat promosi untuk redeem barang. Aku pun ternampaklah teddy bear besar amat, best tu kalo boleh peluk peluk timang tuuu....

"Awak, awak. Saya nak teddy bear besar tu"

"Oo..pergilah beli sendiri"

"Ala..awak belikanlahhh.." 
sambil buat muka budak umur satu tahun. 

"Hmm..jangan harap saya nak belikan teddy bear. Sampai bila-bila pun, saya takkan belikan awak teddy bear.!"

Agak sentap, dengar ahmad cakap macam tu. Mulut aku terus muncung seribu, tanda protes. merajuk! Mungkin terpandang muncung aku yang hampir 3 inci tu, ahmad pun berkata...

"Sayang..bukan saya taknak beli atau bagi awak teddy bear. Kan tak baik simpan teddy bear dalam umah. Tak masuk malaikat dalam umah tu"

tertiba sejuk dengar dia cakap macam tu. ngeh3. Setahu aku, kalo simpan Barbie Doll memang tak elok. Tak masuk malaikat dalam umah, tapi kalo teddy bear, im not really sure. So, balik je umah terus aku google hukum menyimpan teddy bear.


**********************************


Hanya boleh untuk mainan kanak-kanak belum baligh. HARAM yang sudah baligh simpan dalam bilik sebagai hiasan bilik atau hiasan dinding.

- Koleksi soal jawab UAI



nak tau lebih lanjut, boleh klik SINI


**********************************


Kebiasaannya ramai lelaki suka menghadiahkan teddy bear kepada cinta hati tersayang. Yela, teddy bear kan cumels. Tapi bila dah tau hukum ni, sebolehnya elakkanlah ye pakcik pakcik, abang abang dan adik-adik sekalian. Carilah hadiah lain yang lebih manfaat dan menyihatkan seperti mesin eksesais takasima kee...


Bagi yang ada simpan teddy bear dalam bilik tidur ke, kereta ke atau mana-mana tempat, sebolehnya buang jela. Kalo rasa sayang sangat sangat, hadiahkan je kat anak sedara ke atau mungkin anak jiran...tapi pastikan budak yang belum baligh dapat, bukan kakak atau mak budak tu pulak. har3.




Rumah yang tidak dimasuki malaikat, maka yg masuk adalah syaitan.. jangan terkejut kalau tengah2 sedap peluk teddy bear yg berbulu lembut, tiba2 berubah menjadi makhluk yang berbulu kasar
sumber: UstazLove.


Monday, January 21, 2013

Selamat Pagi Cikgu!



Dah masuk 3 minggu aku menjadi cikgu ganti di sekolah lama aku. Rupanya bergelar seorang guru agak taff jugak eh. Kena pandai jerit-jerit, pandai tarik perhatian pelajar, pandai mengajar (opkos laa kan) dan mesti kreatip. Oh ye, mesti pandai bergaya. AKu tengok guru-guru kat sini semua bergaya. Aku je yang selekeh. Fuh~! Nasib baiklah aku tidak memilih kerjaya GURU sebagai kerjaya pilihan aku.  

Aku mengajar subjek matematik untuk tingkatan 1 dan subjek Pendidikan Sivik untuk tingkatan 5. Mengajar maths takde masalah bagi aku, tapi part nak mengajar Pendidikan Sivik tu, hancuss. Dahlah dulu, aku tak belajar subjek Pendidikan Sivik, so, aku sendiri pun tak reti nak mengajar, lagi teruk nak mengajar Tingkatan 5 yang dah besar panjang pun…huhuhu.

Yang paling best, bila jalan-jalan sikit orang panggil CIKGU. Sampaikan ada dua tiga orang pelajar aku sanggup ikut aku balik, semata-mata nak kenal umah..GILO~! hahaha. Tapi budak-budak kecik je, apa dehal.

Setiap kali mengajar kelas akhir, mesti aku akan sapu losyen kat tangan..Sebabnya, budak-budak akan bersalam dengan aku sebelum balik umah. Jadi, untuk mengelakkan diorang menghidu tangan aku yang berbau sambal belacan, baik diorang hidu tangan yang berbau wangi ditempek dengan losyen…ngeh3. 

Next week minggu terakhir bergelar guru, rasa sedih la pulak. Anak-anak murid pun sibuk cakap..

"Ala cikgu, takyah la jadi bomba. Jadi la cikgu sampai bila-bila".

hihihi..takleh sayang. Kerjaya guru memang tak match langsung dengan aku. Lagipun, aku rasa, seandainya aku menjadi cikgu mesti kopak je gaji aku tiap-tiap bulan nak kena beli baju dan tudung baru....huuuuu







Tuesday, January 15, 2013

Sedia Menyelamat



Hola! Sejak akhir ni, aku memang jarang sikit boleh nak hapdate blog. Nafsu untuk menghapdate tu sangat sangat membuak, tapi takleh nak buat apa, laptop kesayangan aku dah lama jadi arwah. Nak beli baru, masih tak mampu lagi, tunggu la dapat gaji nanti..huuuu. Oh ye! ni pun curik curik hapdate di PC bilik komputer sekolah. ngeh3. 

I got a good news! Semalam, abam posmen datang umah aku dan surat yang aku tunggu tunggu dah pun sampai. Ada dua surat sampai semalam, satu kad jemputan kawen senior aku dan satu lagi jeng jeng jeng..surat lapor diri di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Mengikut surat tu, tarikh lapor diri adalah 15 Februari 2013 di Akademi Bomba dan Penyelamat, Kuala Kubu Bharu, Selangor selama 6 bulan.

At first, agak kecewa jugak sebab dekat Selangor bukan Terengganu, tapi last last agak happy jugak sebabnya bila aku bagitau senior aku yang sudah pun bergelar Penguasa Bomba, dia cakap...

"Ooo..untunglah dapat KKB. Training ringan sikit..."

Ok, harap harap betullah cakap abam senior tu. Senior aku ni tempat rujukan aku sebelum pergi ujian kemasukan bomba sehinggalah aku dah dapat kerja bomba ni. Kena belanja makan nanti ni..kikikiki. 

6 bulan training. means no handphone, no outing, no balik umah watsoever, no internet, no MCD, KFC, PIZZA. huuu~! no ahmad jugak. sobs. 

Harapnya aku dapat hadapi dengan gigih, cekal, tabah, kuat. 

Yeah I CAN DO IT!  


For those yang sama nasib dengan aku, see u di Kuala Kubu Bharu next month.! oh ye, abam senior aku pesan, bawak kasut putih banyak sikit, kalo boleh more than 2 sebabnya nak kena pakai hari-hari, pastu kena sentiasa putih bersih...




nota hati kecil LEA: Disebabkan aku dah takde laptop, jadinya aku tidak dapat blogwalking kat blog korang buat masa sekarang. Jangan kecik hati tau. Rindu sangat nak g jejalan baca citer korang, tapi tapi apakan daya kan...sobss...tunggulah kemunculan aku nanti ye kawan-kawan blogger yang aku sayangi. 



Wednesday, January 2, 2013

Rezeki 2013

 

Sekian lama tak update, baru terasa ringan tangan nak menaip di sini. Kepada yang menunggu jawapan teka teki hari tu, sori sangat sangat buat kalian menunggu lama..nanti aku bagitau ok ok?

Sempena tahun baru, bulan baru, aku nak share satu berita baik dengan korang, alah tapi mungkin ada yang dah tau pun c0z terbaca status fesbuk aku...tapi takpe, aku still nak post kat sini jugak. 

AKU DAH DAPAT KERJA! 

Yehuuu~! setelah hampir setahun lebih kerja menjadi kuli batak, akhirnya aku temui juga masa depan yang cerah. Aku dapat juga, apa yang aku ingin capai. alhamdulillah, terima kasih sangat sangat Ya ALLah :)
 


 Lepas ni, aku akan menjalani 9 bulan training atau kursus Diploma Lanjutan Kebombaan di Wakaf Tapai Terengganu. Sampai sekarang aku masih belum tahu, bila aku akan lapor diri. Mungkin sebulan lagi, takpun dua bulan lagi. Takpelah tunggu jela. Ikutkan aku takut juga, nak kena pergi training selama 9 bulan, dengar dengar quite taff, harap harap aku dapat tempuhi dengan tabah nanti. InsyaAllah.

 Sekarang aku dah tak perlu rimas lagi bila ada yang sibuk menanyakan aku kerja kat mana? sebabnya i'm already have the answer. :)

oh ye, yang bestnya sepupu dan best friend aku pun dapat jugak! Suka suka ade geng masa training nanti...heee

kepada yang sentiasa bertanyakan berita tentang progress temuduga bomba aku hari tu, terima kasih sangat sangat. Korang buat, i terharu tauu..lap lap u.

 Doakan yang terbaik untuk aku nanti ye...





 
** jawapan teka teki hari tu adalah perbandingan dua peluru di bawah comparison microscope.