Monday, December 30, 2013

BAB 1: KURSUS KAHWIN



Tempat: Masjid Negara, Wilayah Persekutuan KL
Tarikh: 28-29hb Disember 2013

Semalam dan kelmarin, sempat jugak aku mencuri masa untuk menghadiri kursus kahwin, kursus yang tertangguh berbulan-bulan. erk!

Sebenarnya 28hb tu aku keje shift siang, tapi nasib baik lah penyelia bagi green light untuk pergi kursus tu. 29hb pulak keje shift malam, jadi balik je dari masjid terus zip zap bersiap untuk masuk bertugas. Nasib baik, masjid negara dengan balai bomba hang tuah ni tak jauh sangat. 


Nasib baik ada member pergi kursus kawen. Kalo tak, bosan jugak. Member aku tu dah nak kawen pun Mei 2014, jadi tak payahlah nak mintak no tepon bagai dengan aku. keh3. 

Alhamdulillah selesai satu bab, menunggu hari yang sesuai untuk babak-babak seterusnya..hee 




Saturday, December 28, 2013

REKRUT TAK SUDAH.


28 Disember 2013

Masuk hari ni, hampir 10 bulan 13 hari aku training bomba. fuhh fuhh lama giler. Kalo ikut surat tawaran hari tu, kursus ni makan masa 6 bulan jer. tapi extend extend extend sampailah sekarang. 

flashback balik tarikh2 keramat

15 februari 2013

Daftar diri di Akademi Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bharu (FRAM KKB), Selangor. Daftar pukul 8 pagi, pukul 11 pagi bertolak ke Akademi Bomba & Penyelamat Wakaf Tapai, Terengganu. 


Jun 2013

Berpindah kursus di FRAM KKB. 


September 2013

Mula attachment di Ibu Pejabat Bomba & Penyelamat Malaysia, Putrajaya


akhir Oktober 2013

Sambung attachment di Balai Bomba & Penyelamat Shah Alam


akhir November 2013

Sambung attachment di Balai Bomba & Penyelamat Jalan Hang Tuah. 




Dah pelbagai tempat aku merantau dan dah pelbagai jenis katil aku merasa. 

Seriusly, tak sabar giler nak menanti detik 23 Januari 2013