Friday, December 5, 2014

Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hamba-Nya.

 

 Hari tu, ada member aku tanya sama ada aku kena alahan teruk tak masa mengandung ni. Aku cakap la aku masih under-control lagi. Tak teruk sangat. Masih boleh telan makanan. Muntah pun tak pernah lagi setakat ni. Cuma badan letih jela bila mengandung ni je.  

Kemudian dia bagitahu aku, 

"Mungkin Allah permudahkan urusan aku semasa mengandung ni sebabnya suami jauh dari sisi."

Dan aku terfikir, mungkin betul juga apa yang dia cakap. Mungkin Allah sayang sangat kat aku, taknak aku susah tanggung derita alahan seorang-orang.  Mungkin juga, Allah nak kurangkan kerisauan suami, tinggal isteri dia ni yang sedang membuyut seorang-seorang. 

Ya! Allah SWT sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya kannn. Alhamdulillah syukur Ya Allah dengan nikmat yang Kau berikan ini. *lap air mata*

Tapi kadang kesian jugak kat rakan-rakan yang seusia kandungan dengan aku. Ada yang tu sampai terpaksa masuk air sebab tak boleh nak makan langsung. Asal makan je muntah. Aku ni, asal nampak makanan je nak melahap. Asyik lapar sokmo! Cuma malam je tak boleh makan sangat, nanti rasa loya sampai ke pagi.

"Takpela dila, time mengandung ni la kita kan buli hasben kita kaw-kaw. Kita boleh tengok tahap kesungguhan dan kesabaran dia menjaga kita macam mana"

Untunglaaa Abang Ahmad tak menjadi mangsa 'buli' untuk kehamilan pertama ini...kekekeke...




 

Thursday, November 27, 2014

Alhamdulillah.

 
 

 ********************************

 Actually tu gambar bulan lepas, cumanya baru hari ni terdetik nak pamer. Alhamdulillah, sudah hampir 7 minggu, si tecik berada dalam perut aku. Yang paling best, ex-housemate aku pun mengandung sama dengan aku. Adalah geng nak g buat check up nanti. ngeh3. 

Sekarang ni, alahan biasa-biasa je. Nasib takde morning sickness. Cuma takde selera nak makan sangat. Nasi pun tiap-tiap hari nak kena paksa makan. Tak makan kang, kesian kat baby pulak.

Moga anak ibu selamat di rahim ibu sehingga selamat dilahirkan. inshaAllah.

 

"Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat."
 


 

Monday, November 24, 2014

Saya Sayang Blog Saya!

 

Serius. Aku sayang blog aku ni hah. 

Percaya atau tidak, aku start menulis blog sejak tahun 2008 lagi. Bayangkan aku start menulis masa 2nd year di zaman universiti. Masa tu masih bujang. 

Sekarang, aku dah hampir dua tahun bekerja dan sudah pun berumahtangga. 

Gila tak lama usia blog aku ni haa.

Banyak kisah-kisah zaman muda dalam blog ni. 

kadang-kadang suka jugak baca kisah-kisah lama, mengulit kenangan dulu..ihiks!

kemuncak tahun yang paling aku suka time blogging adalah semasa tahun 2011. Masa tu aku baru habis belajar dan masa banyak dihabiskan dengan blog. Ramai kawan blogger aku sempat aku kenali dan berkawan secara maya. 

tapi bermula tahun 2012, aku kembali menyepi kerana menjalani training selama setahun. Kesuntukkan masa menghalang untuk aku hapdate blog. 

kini 2014, aku kembali ke dunia blogging. Namun, perasaan blogging tak sama dan tak se-best macam dulu. Ramai kawan blogger yang aku rapat dah jarang hapdate cerita di blog. Yang bersara dari dunia blogger pun ada. Mungkin usia dan tuntutan kerjaya serta rumahtangga menghalang mereka untuk bergiat aktif dalam dunia blogger. 

oh! sungguh aku rindu zaman kegemilangan dulu. zaman punyai ramai rakan-rakan blogger. Kini, terpaksa mencari kawan blogger baru lain pula. 



 

Monday, November 17, 2014

Bakat Terpendam Suami.

 Assalamualaikum wbt.

Hujung minggu lepas, terpaksa menghabiskan cuti sensorang. Hasben tak dapat datang ke Kuantan pulak minggu lepas. Menghadap la aku depan laptop dari pagi sampai malam pastu bangun tidur sambung menghadap lagi sampailah sedar sedar dah Isnin. Bila dah Isnin, rasa malas pulak nak pergi kerja. Gara-gara hujan+sejuk membuatkan aku rasa malas gila nak keluar rumah..

Actually hasben tak dapat datang Kuantan hujung minggu lepas sebabnya dia ter'join' satu Pertandingan Ukir Kayu di TTC, Terengganu selama dua hari berturut-turut (Jumaat & Sabtu). Hari Jumaat, dia masuk bertanding bagi kategori Tertutup a.k.a amatur dan hari Sabtu pulak untuk kategori terbuka a.k.a profesional. Dan alhamdulillah, rezeki di tangan hasben. Dapat jugak jadi Juara bagi Kategori Tertutup. Dapatlah bawak balik duit bernilai RM500. Boleh bahagi dua, maka sorang dapat lah RM250..kekekeke. Aku pun kena masuk bahagian, yelah aku kan kipas susah mati hasben. Bagi semangat dan doa dari jauh. Tu yang boleh menang tu...hikhikhikhik. 


Ni hasil kerja sang suami. Yang belah kanan yang membawa tuah. Yang belah kiri tu untuk kategori Terbuka. Tapi aku lagi suka yang belah kiri, nampak cantek je! Hasben cakap dia kalah kategori terbuka sebab dapat kayu yang rosak. Ramai juga yang dapat kayu rosak. Kayu rosak susah nak mengukir. Tapi apa boleh buat, pemilihan kayu adalah berdasarkan undian.


Ini dia hasben bersama hadiah kemenangannya. Kan best kalo aku boleh berada bersama-sama. tapi apa boleh buat, jarak memisahkan kami. sobs!

Tahniah suami atas kejayaan kamu. Im proud with you. err nanti duit hadiah tu share share tau...hihihi. 


Monday, November 3, 2014

Tambah pahala


Kejadian di dalam kereta. Saat hanya corong radio yang memainkan lagunyaa....

"Sayang, nak tambah pahala tak?"

"Hurm? Nakk!"

Terus si suami memegang tangan si isteri.  




Islam itu indahkan. Hanya perkara remeh macam tu tapi  jika dilakukan oleh pasangan yang halal, 
sudah boleh buat pahala. 

Indahnya sebuah perkahwinan :)


Saturday, November 1, 2014

Peperiksaan Online PTD 2014

 

Gigih je datang opis malam-malam buta semata-mata nak menjawab peperiksaan online ni. Nasib baiklah hasben teman, kalo tak seram sejuk jugak nak datang sorang-sorang...huuuu



Ikutkan aku malas nak attend exam ni, tapi member aku yang menghasut. Lagipun tak rugi pun kan, jawab jela soklan-soklan tu. Bukan semua orang dapat peluang ni. 

Ini merupakan peperiksaan kemasukan penjawat awam yang keempat pernah aku duduki. Walaupun dah berjaya menjawat sebagai penjawat awam, tapi still nak attend exam jugak, yelah mana lah tahu kot kot leh tukar jabatan lain ke...heee. Usaha je dulu kan. Dapat tak dapat belakang kira. 



 

Friday, October 31, 2014

Dilema hari Jumaat

 

Jumaat datang lagi. Maka, aku pun dah start pening ni nak masak apa esok dan lusa. Biasalah hasben nak datang. Kena masak yang sedap-sedap. Kalo hari hari biasa takde nak kesah sangat. Biasanya pergi beli kat kedai atau pasar malam je. Takpun kalo rajin turun dapur cuma masak yang ringkas ringkas je. Selalunya aku akan masak bihun sup, bihun tomyam atau megi. Semuanya berasaskan bihun atau mee. Nak masak nasi memang taklah. Diet diet...kekekeke. 

Walau bagaimana, aku bertuah sebab ahmad bukan jenis cerewet bab makan. Bagi je makan apa, semua dia telan kecuali kayu, batu dan pasir. Dia yang cakap camtu bukan aku sengaja cakap..hehehe. Cumanya aku kena berhati hati supaya air atau makanan tidak terlalu masin atau manis je. Ahmad memang pantang sikit dengan makanan manis atau masin. 

Padahal tengah berkursus di kuala kubu bharu lagi ni tapi fikiran dah menerawang duk fikir nak masak apa...nak beli apa kat Giant petang ni. Eksaited tak sudah nak masak dan sambut sang cinta esok....heee. 


Ade idea resepi yang best best tak? Heee







 

Wednesday, October 29, 2014

A short birthday vacation.

Assalamualaikum wbt.


Seperti yang diwar-warkan di entri lepas, aku dah buat plan romantika de amor untuk sambut besday aku dan ahmad sama sama memandangkan besday kami dekat dekat. Birthday aku 24 oktober dan ahmad 26 oktober...jadi aku decide kami celebrate besday on 25 oktober..tengah tengah gitu..hikss dan lokasinya adalah tempat yang sejuk iaitu Cameron Highlands.


Hasben semangat bawak aku pergi sini. Katanya ade tempat cantek untuk bergambar.  Okay.ternyata memang cantek pun. Cuma stress jalan tak berapa nak elok. 

Hasben bawak aku ke Boh Plantation di Sungei Palas, 4 km dari Brinchang untuk sambut birthday.  Sangat cantek dan nyaman. Lagi best sebab kami dapat seat di penjuru anjung cafe tu. Harga makanan kat situ okla. Cuma harga teh yang agak macam sikit. Padahal dah ladang teh, patutnya bagi la murah takpun free je kan kan....



Hepi belated birthday to me. 


And hepi belated birthday to him :)




Actually ini kali pertama aku datang ke Cameron Highlands. Dan aku rasa nasib baik lah aku tak berhoneymoon kat sini dulu. Rasanya honeymoon kat pulau lagi best dari honeymoon di tempat sejuk ni. Bila kat tempt sejuk rasa pasif je. Tambah tambah aku ni jenis tak tahan sejuk. Hee. Ni pun rasa macam nak demam je..hukhukhuk

Tapi walau bagaimanapun, aku tak menolak kalo hasben ajak berdatim kat cameron highlands ni lagi. Hee. Banyak lagi tempat tempat best yang tak sempat nak diterjah. Hari tu masa terhad sangat, kami pergi dua hari satu malam. Esokkannya, aku kena lapor diri untuk berkursus seminggu di kuala kubu Baru. 

Yang kesiannya, hasben boleh pulak tersesat lepas hantar aku di kuala kubu bharu. Boleh pulak dia ter'naik' Bukit Fraser. Memang risau giler time tu. Dah la malam pastu dia sorang2 pulak tu..huhu. tapi pape pun syukut Alhamdulillah dia selamat jugak sampai ke terengganu.

Sekarang tengah mood berkursus. Tak sabar nak menanti hari sabtu ni untuk berjumpa sang cinta lagi...hee ~!



Tuesday, October 21, 2014

CUTI

 

"Bos, khamis ni saya nak cuti."

"Kamu ni raya india pun sambut ke? Raya haji hari tu dah cuti"

"Saya tak jadi cuti hari tu bos. Tak cukup orang, jadi saya masuk kerja"


*****************  

Ayat boss agak sentap, tapi aku tau boss gurau je tuu dan cuti tetap akan diteruskan. Dah siap beli tiket nak balik malam ni dah pun..ngehngehngeh. Bila dah macam ni, nampaknya terpaksa cancel untuk amek cuti sekali lagi 7 November ni. Baru plan nak ikut hasben pergi kenduri kawen sepupunya di Bangi. Melepas peluang nak sopim di KL. sobs.! Terpaksa cancel sebab boss pergi kursus time dan aku kena jaga opis. Moga semasa ketiadaan boss, tiada bencana alam melanda. Kalo tidak..nahas aku. Pengalaman masih ciput untuk 'lead' sebarang operasi. huhu. 

Malam ni boleh ketemu Ahmad lagi. Padahal baru last ketemu semalam, tapi rindu dah membuak-buak di dada. Entah bilalah masanya kami dapat hidup sebumbung. Kadang-kadang terasa nak jadi suri rumah sepenuh masa je. Boleh bagi full komitmen kepada Ahmad dan bakal anak-anak kami. Hurm, takpela...mungkin ade rezeki selepas ni. inshaAllah :) *think+ve*

Tak sabar menanti hari hari esok. tiga hari lagi birthday aku, pastu lusanya pulak birthday Ahmad. Aku dah siap susun plan romantis de'amor untuk celebrate besday sesama tahun ni..hihihihi.



 

Monday, October 20, 2014

Berat Badan.

 

Zaman belajar dulu, aku jarang mengambil berat mengenai berat badan. Cumanya bila terasa badan dah naik sedikit, pipi dah jadi macam ikan buntal, baru aku terhegeh-hegeh nak berdiet dan jogging bagai. Pastu dua tiga minggu, lupa balik misi menurunkan berat badan. Makan banyak-banyak balik. Memang dasar semangat hangat hangat tahik ayam. 

Tapi sekarang bila dah jadi anggota unit beruniform, nak tak nak aku kena amek berat tentang berat badan aku. Tambah tambah bmi akan dikira untuk kenaikkan pangkat >.<.

Zaman rekrut dulu pun, badan tak berapa nak kecut sangat. Walaupun, setiap hari kena lari hampir 4.8 km. Kena perah keringat peluh. Tapi tak turun banyak pun. Tiap kali balik kampung, melantak semua jenis fast food. Tu yang tak berhasil tu...=.='

Sekarang dengan nekad dan azam, aku rasa perlu untuk membuang 10 20 kilo lemak tepu kat badan. Erm ada sesiapa nak tak? kang best kalo boleh donate lemak kannn...

Ni gara-gara jeles tengok kerampingan pinggang cik epal. jeles seyh! Aku kenal dia dulu time badan dia gebu gebu apam. Bulan lepas, terlintas blog dia..pergggh! Slim siot cik epal sekarang..jeles jeles! 

Aku ingat lepas ni, aku pun nak amalkan clean diet. Bagus diet ni. Selain dapat kurangkan berat, dapat juga kurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang berbahaya. Kegemukkan boleh mengundang kepada penyakit...

Jadi...jom mulakan gaya hidup sihat.krikkrikkrik.


 

Thursday, October 16, 2014

Review Kerjakahwin Part 1 - Deal Secara online memudahkan kerja.

 

 
Ikutkan kahwinnya dah nak masuk 3 bulan tapi baru terasa dan kepingin nak bercerita pasal kenduri aku. ngeh3. Okay la baru 3 bulan, belum setahun lagi. kehkehkeh. 

Totally, aku sangat sangat berpuas hati dengan everything about my wedding. Dari pakej pelamin+busana, photography, catering, kad kahwin, kek kawen, kanopi. Cuma kenduri belah hasben je aku sedikit terkilan. Sebabnya erm erm TUDUNG TAK BERBENTUK DENGAN ELOK. Uwaaaa! Orang perempuan ni, kalo tudung tak menjadi, terus hilang m0od. Sedih sangat. Gambar dah cantek, posing pun dah lawa tapi sayang tudung tak menjadi..grrr~! Okay, lupakan pasal tudung, proceed kepada hal seterusnya...hikhikhik.

Kalo korang nak tahu 90% dari persiapan kahwin means kenduri belah aku, aku just deal atau 'book' tru facebook je. Facebook okay. Takyah penat g survey setiap kedai yang ada di area kemaman. Cuma untuk kanopi je, aku amek no fon pakcik kanopi dari member aku. Aku akui ada juga yang taknak percaya tau yakin dengan khidmat-khidmat atau kedai online. Tapi aku percaya je dan alhamdulillah sepanjang aku berurusan dengan orang 'tru' facebook tiada yang mengecewakan. 

Tapi untuk kerjakahwin ni, seeloknya carilah kedai-kedai yang berdekatan rumah. Macam aku, aku survey facebook facebook mak andam seluruh kemaman, kemudian bila dah yakin dan tertarik dengan harga-harga ditawarkan. Aku terus deal dan kemudian bila ada masa free aku terus bersua muka dengan mak andam. Seeloknya berjumpa terlebih dulu dengan orang-orang yang bakal kita berurusan, kalo boleh 6-7 bulan sebelum kenduri. At least, sekiranya jika kita tak berpuas hati atau tidak yakin dengan orang tu (mungkin selepas kita tengok dari segi personaliti atau barang-barang dia), kita masih ada masa untuk cari orang lain pulak...betul tak betul tak?

Bagi yang tengah plan nak menikah atau bertunang atau merisik atau nak buat kenduri apa-apa pun, aku sugget untuk korang join mana-mana group yang berkaitan dengan 'perkahwinan'. Yang paling aku suggest adalah group "All About Majlis Perkahwinan" (closed gorup). Sebelum menikah dulu, hampir setiap hari aku akan bukak pages ni. Kat situ ramai yang akan promote khidmat atau barang masing dari mak andam, photog, kad kahwin, gubahan hantaran, photobooth, candy buffet dan pakej doorgift. Boleh la kalo nak cari idea-idea untuk kerjakahwin. Selain itu, kat situ juga korang boleh tanya apa-apa yang korang perlukan dengan ikut harga kemampuan korang dan dekat dengan area rumah korang. erm faham tak dengan ayat aku ni? hahahaha. okay takpe takpe aku bagi contoh. 

"Saya memerlukan khidmat photog untuk majlis pertunangan saya 14 mei ini. Kalo boleh harga di bawah RM1000 dan area sungai buluh"

Nanti akan ada yang mengomen. Sama ada menawarkan khidmat masing-masing atau ada yang suggest photog-photog tertentu. Kan ke mudah tu, tak payah nak berhujan berpanas g survey kedai satu satu. 

Next entri aku akan bercerita mengenai pakej mak andam yang aku amek. Next next entri aku akan cerita pasal catering, kad kahwin dan so on. heee. okay adios! 


 

Thursday, October 9, 2014

Oktober.

 
Oktober datang lagi! Walaupun agak lambat untuk ucapkan Hai! Hai! Oktober. Tapi rasanya tidak mengapa..heee. 

Bulan Oktober mengingatkan aku pada detik perkenalan kami. Aku dan Ahmad mula berkenalan pada Oktober 2011. Kebetulan besday kami hanya beza dua hari. Aku 24.10, manakala Ahmad 26.10. Jadinya Oktober 2011, kami sambut besday sama-sama dan masa itu masih atas tiket KAWAN.....BARU. ngeh3. Aku masih ingat, pada masa itu. NO BIRTHDAY CAKE. NO MAKANAN SEDAP2. Hanya sambut di kedai makan biasa. Sebabnya, masa itu aku ON DIET. Dalam proses nak kurangkan berat untuk ujian fizikal bomba bulan November 2011. Dan alhamdulillah, aku berjaya ujian itu. Maka, Oktober Oktober tahun seterusnya, adalah BIRTHDAY CAKE pada hari lahir kami..hihihi. 

Kini sudah Oktober 2014, bermakna genap 3 tahun perkenalan kami. Sepanjang tiga tahun bersama, terlalu banyak kenangan pahit manis bersama. Ahmad adalah penyokong tegar aku sehingga aku berjaya menjawat jawatan hari ini.  Dan yang paling penting, alhamdulillah aku dan Ahmad pun sudah sah menjadi yang halal pada 9 Ogos 2014. Ikutkan nak menikah pada 25 Oktober 2014, kiranya sekali harunglah - potong kek kahwen dan kek besday sekali. Tapi tapi benda baik buat apa nak dilewat-lewatkan. Boleh kurangkan dosa dan tambah pahala banyak-banyak kannnnn..hiks!



 ilapu my hubby muchie muchie!


 

Friday, September 19, 2014

Resepi Nasi Goreng Sardin Tip Top Sedap

 
 Semalam dapat mesej dari my bff, Puan Aina. 

"Beb, nak resepi nasi goreng sardin yang tip top sedap!"

"erm tip top sedap tu takdelah, yang biasa-biasa ada lah."


**************************

Hee. Sebelum Puan Aina, dah Puan Nana pun ada minta resepi nasi goreng sardin dengan aku. Ni semua gara-gara aku post gambar nasi goreng sardin kat facebook. Actually itu 1st aku masak dan aku main campak-campak je, tak sangka ada jugak yang mintak resepi. ngeh3.  

Jadi, kali ni aku share resepi aku. Kot-kot ada yang berminat nak masak buat breakfast pagi esok kannn....

Bahan-bahan:
2 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (ketuk) 
1 sudu cili boh
Sayur-sayur (sawi/kubis/carrot/cili padi)
Kicap 
2 tongkol sardin (lenyekkan, kalo ada kuahnya lagi bagus, terasa kesardin-annya)
1 mangkuk nasi
garam
minyak 

Cara penyediaan: 
1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi (kalo nak pedas) dan cili boh. Tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan sardin bersama kuahnya. Kacau sampai agak2 garing sedikit sardin tu supaya tak hanyir. 
3. Masukkan sayur-sayuran dan kacau lagi. 
4. Masukkan nasi, gaul dan perasakan dengan garam dan MSG (kalo nak).
5. Renjis dengan kicap sedikit untuk kasi nampak warna lawa dan untuk kasi sedap lagi. 

Nasi goreng Sardin Siap!!

Mudah kan kan? Jadi, boleh la cuba esok pagi :)


Aku gak takleh nak menggoreng nasi dah, SAY NO TO NASI buat sementara waktu ni. sobs. Camne tak boikot, berat naik 2 kilos selepas nikah. adeh adeh =.='
 

Thursday, September 4, 2014

Giliran.



aku: Minggu ni, abang datang Kuantan eh. Saya kena standby. Minggu depan baru balik kemaman. 

ahmad: eh minggu depan balik manir la pulak. 

aku: eh taklah, minggu ni kan patutnya kita balik kemaman, tapi saya kena standby. Jadi tukar la..minggu ni standby. minggu depan balik kemaman. Minggu satu lagi baru balik umah abang. 

ahmad: oo..hurm ikutlah. 


***************************

Inilah suami isteri yang tidak ada rumah tetap dan mengamalkan konsep PJJ ni. Hehehe. Tapi kadang rasa macam lawak jugak. Sebabnya biasa suami isteri bergadoh pasal giliran balik kampung time nak raya. kami lak, tak raya lagi dah gadoh. heee. tapi takdelah gadoh sangat cuma berbeza pendapat..kekekeke

Apa boleh buat, kerja aku memerlukan aku untuk standby selang seminggu. Dua minggu sekali baru boleh kampung atau keluar daerah. tapi alhamdulillah, Ahmad memahami. 

Jadual datim kami suami isteri,

Minggu Pertama: Dating di Kuantan
Minggu Kedua: Dating di Kemaman
Minggu Ketiga: Dating di Kuantan
Minggu Keempat: Dating di Kuala Terengganu


Tapi kadang jadual ni boleh berubah-ubah jugak. contohnya bermula minggu depan, 3 minggu berturut-turut akan balik kampung Ahmad. Kebetulan minggu depan kena pergi berkursus di Wakaf Tapai, alang-alang balik umah Ahmad terus. ok! suka suka. Suka sebab masa kursus tu boleh selit selit kuar datim dengan Ahmad. ngeh3. Ok, Mohon lepas ni, banyakkan lagi berkursus di Wakaf Tapai. ngeh3. 



Tuesday, September 2, 2014

Candle lite dinner di rumah sendiri.

Hari Sabtu seperti yang aku cakap dalam entry lepas, Ahmad nak datang melawat aku kat Kuantan. Jadinya, pagi-pagi la aku sudah pergi ke pasar untuk membeli bahan mentah untuk masak masakan special buat Ahmad. Aku masak masakan simple je untuk lunch hari tu. Tapinya itu pun dah membuat aku dan Ahmad menambah nasi berpinggan-pinggan. erk! Sebabnya..ada petai dan budu. slurppp!.  

Menu lunch hari tu hanyalah, ikan bakar, sambal udang petai, sayur air labu air, ulam-ulam dan budu. Gambar? tak sempat snap sebabnya Ahmad lapar sangat time tu. Kang aku cakap rileks jap bam, ayang nak amek gambar. mahu kena pelengkung semua makanan. Orang lapar jangan diusik kan kan..huhu. 

Hanya ini yang sempat aku snap. Itu pun sebab eksaited 1st time guna pemanggang ajaib-hadiah kahwin dulu. Ikan bakar balut daun pandan. rasa macam sirap pandan. eh! rasa ke-pandan-an dia..ngeh3. Memang mabeles.! Nanti aku share resepi dia okai?

Malam tu, aku masak grilled chicken lemon dan grilled salmon. Resepi dari buku 101 Resepi Pemanggang Ajaib. Serius sedap sangat! Makan tanpa ada sos lada hitam pun okai. 

  abaikan pisau pemotong bawang itu. Itu je yang ada.....harharhar.   

Ekceli, aku sekarang tinggal bersama 3 orang rakan serumah lain. Kebetulan, minggu lepas semua orang balik kampung. Jadinya rumah tu, kami punya untuk satu malam..hihihi. Boleh la nak makan beromatik di bawah cahaya lilin. kekekeke. 

Aku malas nak sewa sorang-sorang lagi. Sebabnya, aku takut pencuri masuk umah dan untuk jimatkan kos. Ahmad pulak duduk kat Kuala Terengganu. Dia pun dalam perancangan jugak, untuk datang berhijrah ke Kuantan. Doakan moga urusan perpindahan dia berjalan lancar. Boleh la kami tinggal sekali selepas ini. InshaAllah :)



 

Friday, August 29, 2014

Persediaan Meraikan Kedatangan Ahmad Esok.

 

Esok pagi Ahmad datang Kuantan. Uish hati dah berbunga-bunga je tauu. ngehngehngeh. Maklumlah dah hampir dua minggu tak bersua muka, rindu pun dah berguni guni guni ni. Tapi takpe, rindu pada suami dapat pahala kan...hihihi. alhamdulillah. 

Memandangkan Ahmad nak datang esok, aku duk pening ni memikirkan menu apa nak masak esok. Kalo boleh biarlah spesel sikit..hehe. Aku ni takdelah reti masak sangat tapi aku suka nak masak bagi orang makan. Ustaz Idrus cakap, tak pandai masak takpe, janji rajin. ehem ehem. 

Plan untuk lunch esok, aku nak masak masakan kampung je. Lagipun aku memang jenis suka makan ulam-ulaman. Ahmad pulak tak kesah. So, ON. Cuma menunya jela masih dalam kira-kira. Setakat ni, ingat nak buat 

* ikan bakar dan air asam (1st time nak mencuba membakar menggunakan pemanggang ajaib hadiah kahwen hari tu..hihi)

*ulam ulaman dan budu (wajib untuk penambah selera..ohmai! abes diet aku nanti. T_T, takpe takpe minggu depan start diet balik..ngehngehngeh),  

*sayur lemak nangka (feberet Ahmad, sebelum ni pernah buat tapi tak menjadi sebab tersalah resepi. =.=' harap esok menjadi sehingga menjilat mangkuk! fuhfuhfuh). 

Apa lagi menu best untuk diselit eh...ke dah cukup dah? heeee. 

Untuk dinner, hari tu aku tanya Ahmad, nak steambot atau western. Dia request western, dia cakap steambot dah selalu makan. Then, selepas bagi beberapa pilihan, dia memilih grilled salmoon blackpeper. Aku tak pernah masak, makan pun tak pernah. Takpe takpe esok kita tengok menjadi ke tak..

Nanti aku update dan tunjuk gambar masakan aku. Tapi kalo takde entri pasal makanan tu, faham faham lah, tak menjadi lah tu..harharhar. 


 

Thursday, August 28, 2014

Home-made Steambot. Serius lagi Jimat!

 
 Sebenarnya ini kisah petang Ahad hari tu tapi baru terasa nak share pagi ni. ngehngeh. Ahad hari tu, mulut ni terasa nak nak sangat makan tomyam tapi bahan mentah kat dapur takde dan rasa malas yang amat nak keluar pergi sopim bahan mentah. Tapi last-last pukul 6.00 petang tu, aku keluar jugak pergi ke Tunas Manja yang tak sampai 5 minit pun dari rumah aku. Masa tu, tahap keinginan betul-betul meneballah. Haa..jangan nak cakap aku mengidam sebab pembawakan baby. No No, belum ada rezeki rasanya kott.

Sesampai di Tunas Manja, aku terus ke tempat bahan-bahan basah. Dah grab semua yang patut terus ke kaunter. Tak sampai 20 minit dah sampai kat umah pun. Takleh lama-lama kat sana, takut hasben bising yelah dah lewat kan, sorang sorang pulak tu. 

Plan mula-mula memang nak masak tomyam, but then tertukar menjadi steambot pulak. Ini pun gara-gara gas kat umah dah abes. Jadinya terpaksa memasak menggunakan rice cooker.  

 agak-agak ni untuk berapa orang? hikhikhik

Kos untuk membuat homemade steambot ekspress ini adalah:-

  • Pes Tomyam Adabi (RM1.10x2 = RM2.20)
  • Kepah Hijau 5 ekor (RM 0.45)
  • Udang 6 ekor (RM 2.29)
  • Fillet Ayam 5 keping (RM 1.97)
  • Sayur campur (RM1.90)
  • Serai (RM0.80)
  • Daun Limau Purut (RM0.60)
  • Limau kasturi (RM0.20)
  • Cili kecik (RM0.43)
  • Hotdog (RM 2.64)
total:  RM 13.48. 

Murah kan? Biasanya mau cecah RM20 per kepala. Ini boleh sampai 3 kepala. Tapi steambot ni aku makan berdua dengan hosmate, balance aku simpan buat makan dinner petang esok lak.  

Resepi?

Mudah je. Masukkan daun limau purut, bawang merah, bawang putih, cili kecik, serai yang diketuk dan 2 plastik pes adabi ke dalam air. oh ye! sedikit perahan limau kasturi untuk bagi rasa masam. Kemudian didihkan. Selepas mendidih, masukkan ke semua bahan-bahan aksesori. Lepas tu, nyum nyum! 
 
 Megi tomyam, balance dari steambot sebelum tu.


 oke, buat aku terasa nak makan tomyam lagi hari ni =.=' 



 

Wednesday, August 27, 2014

1st Time Selfie Berdua.

 

Believe or not

Sepanjang  hampir 3 tahun dari tempoh berkenalan, bercinta sehinggalah bertunang dan sehari sebelum diijab qabulkan, kami memang tak pernah berselfie berdua. Hatta, semasa hari persandingan kami pun, kami tak terfikir nak berselfie berdua. Sehari selepas sah menjadi suami isteri, baru teringat..

"eh, kita takde pun amek gambar berdua guna fon kann"

Teringat pun bila member-member mitak nak tengok gambar kami. Puaslah godek-godek fon memang tak jumpa. Terpaksa mitak ehsan dari fotografer tak rasmi. Gambar dari fotografer rasmi, minggu depan baru siap =.='


1st time selfie berdua. Itupun selepas 2 hari SAH bergelar suami isteri. 

"Kadang-kadang kita perlu simpan sedikit kemanisan semasa bercinta supaya kemanisan selepas berkahwin tidak hilang dan pudar"


Selain 'Tidak Boleh Bergambar Berdua', ada lagi beberapa syarat yang kami tetapkan sepanjang ketidak-halalan. Tapi yang lain tu biarlah menjadi rahsia kami. Dan, sekarang kami dah boleh langgar syarat-syarat tu semua. ngehngeh.